Thursday, July 21, 2011

kOranG aDa staLker TaK Di BLoG? akU aDa Dan Dia amaT comEL. kenApA coMeL? SeBaB haRi-haRi Dia aKan TunGGu akU BaLas kOmeN Dia GunA 'SHouT BoX'.

Silalah percaya bahawa 'stalker' aku di blog ini sangat comel. Dia akan menunggu aku membalas setiap komen dia dengan setia. Dia sangat rajin membuka dan membaca 'blog gila' yang di labelkan ini tanpa jemu. Kamu rasa, adakah dia mempunyai perasaan 'benci tapi rindu kepada aku?? Eh! Kepada blog aku?? Mungkinkan? Jika tidak, masakan setelah di labelkan 'blog gila' tapi dia masih gigih membuka dan membaca. Aku amat terharu punya 'stalker' yang prihatin seperti dia.

Photobucket

Banyak lagi tulisan dia di 'shout mix'. Boleh semak sendiri . He he he he..

Puncanya hanya kerana 'entry' Guru Yang Menunjuk Jari Tengah. Mengapa beliau marah sangat?? Mengapa beliau tidak puas hati?? Mengapa??

Adakah beliau guru tersebut? Adakah beliau pengomen upahan? Adakah beliau mempunyai motif tertentu? Apakah?

Agak hairankan kerana Guru Yang Menunjuk Jari Tengah sudahpun memohon maaf dan isu ini sudah selesai tanpa perlu di ungkit lagi. Kenapa? Tidak puas hati aku masih papar di blog dan tidak memandam 'entry' tersebut.

Maaflah.
Kalau cubaan kau untuk memaksa aku memadam enrty tersebut, cubaan itu telah gagal. Aku tidak pernah memadam setiap entry 'hot' yang aku tulis walaupun 'entry' itu telah sampai di kaunter Balai Polis sekalipun.

Jangan jadi pengecut memberi komen tanpa nama. Bertanggungjawablah dengan setiap apa yang kita komen tanpa berselindung. Berani bukan penakut. Mengapa ya perlu bersembunyi tanpa menonjol diri? Itu ciri-ciri orang yang tidak berani.

Kadangkala (kadang-kadang ya. Bukan selalu ) malas mahu layan. Lagi di layan, lagi menjadi-jadi. Tetapi jika tidak di layan, rasa tidak seronok kerana tidak dapat menguji tahap kesabaran aku sampai di mana. Ha ha ha.. Okey! Serius. Jika tidak di layan, aku akan berasa simpati kerana dia akan menaip seorang diri tanpa respon!

Erhmmm..
Apakan daya. Dalam sebiji nangka pasti ada 2 3 ulas yang berulat dan busuk. Dalam banyak-banyak lalat baik, pasti ada langau yang jahat!! ha ha ha..

Guest,
jika kematangan anda lebih daripada saya ( anda mengatakan saya menggunakan laras bahasa tidak matang! Eh! Saya dapat A1 BM SPM okey? Mahu tengok sijil?? ) anda sepatutnya yang perlu bertindak matang.

Tunjukkan identiti. Guna nama yang di kenali tanpa berselindung di sebalik Tanpa Nama atau Guest?? Apakah anda tidak seberani saya?? Awwwww!!

Oh! Satu lagi.
Ejaan untuk 'gila' ialah 'gila', bukan 'giler'. Macam budak bawah umur 'giteewww'.

Opssss!!





16 kUs-kUs:

Tuah Hanani said...

hanya boleh menaip heheheh... lama tak jenguk sini. bz GILER dowhhhhh... :))

m.q said...

hahaha....stalker comel
hebat betol....

~AyUmIshA~ said...

hahaha..caya la tedi!

aNIe said...

tEDl...agaknya dialah guru tersebut...so abaikanlah...

thefluffies said...

"Menulis tanpa soal selidik," <-- ayat ni beliau tujukan untuk entry yang mana ye?

Kalo tgk penggunaan bahasa melayu yang digunakan rasa² macam satu spesis dengan yang mem-backing org² yang penah kita hentam dalam blog ni kan?

Adakah Encik Guest ni org tersebut? Atau kaum kerabat dan sahabat handai taulan?

Manusia berdebat atau membalas kenyataan org lain dengan 2 cara.

1) cara bijak : "Kenyataan kamu tidak berasas. Buktinya, sekian sekian sekian...."

2) Cara bodoh : "blog gile. ini blog giler ke?"

Encik Guest tergolong dalam SI BODOH. Kesian dengan org macam ni. Maafkan sajalah! Sbb orang bodoh tak penah bijak dan tak sedar yang dia tu bodoh. Kesian kesian...

Simpati dengan golongan ini.

iR yuS said...

setuju dengan thefluffies.. ;)

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

hahahahha
dia makan cili kut

ctpayong said...

thumb up ted. berani buat berani tanggung.

Esah said...

hahahah!! orang itu semestinya senget! tidak berani tunjuk identiti sebenar.. kah kah kah

umi_e said...

Berani kerana benar, takut kerana salah... :p

Collin said...

mungkin guest itu adalah pegawai yg asyik bercuti sampai 8 ekor kucing mati. nak cover rase bersalah dia mebi?

Farahliza Isa said...

kalau dh ari2 masuk n komen mean bkn stalker lagik tapi peminat setia....ahahaha ~ i jeles uuu......:D

Shaz Alina said...

GUEST ni sah² TAK kenal siapa tedi yg sebenarnya... sbb tu dia suka² je nak kutuk² tedi ngan blog ni...

dia tak tahu di blkg tedi ramai sahabat² yg LEBIH mengenali dan menyokong tedi...

dia kutuk atau provok macamana pun, tedi tak kan gentar lah... kami semua kan ada... takkan goyah punya... =P

Cat-from-Sydney said...

Kalau kat Shout Box mungkin ada cara kita boleh detect ISP dia....be afraid be very afraid.... nanti kita hantar cat patrol kasi poo sama dia. har har har *evil laughs*

MamaLeeya said...

gilernyerrr diewwww...ahakks

Chika said...

hahaha pedassss...

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP