Subuh tadi saya bangun dengan seribu rasa dalam dada. Malam tadi tidur awal sebab hati rasa sangat-sangat sebak menerima satu berita yang sangat menghiriskan hati sebagai seorang kawan.
Saya tertanya sendiri, bagaimanakah mereka yang menanggungnya berbanding saya yang mendengarnya? Sekuat manakah mereka melalui hari-hari yang mereka sudah tahu penghujungnya bagaimana?
Saya bertafakur sejenak.
Mencari-cari kenyataan hakikat kehidupan ini yang seharusnya dan semestinya akan berakhir tanpa kita ketahui caranya.
Kuatlah sahabat,
saya ingin berkongsi tetapi tidak tahu bagaimana saya ingin memulakannya. Saya ingin di sisi tetapi kamu jauh di mata. Berceritalah jika kamu ingin bercerita. Berkongsilah jika kamu ingin berkongsi. Jangan pendam seorang diri. Jangan himpunkan kesedihan dan kesakitan kamu menjadi satu yang akhirnya akan buat kamu luka dan terus luka.
Saya ingin kamu gembira. Gembira walau dengan cara apa sekalipun. Senyumlah walau pahit. Ketawalah walau sumbing. Asalkan kamu dapat menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya.
Saya bersedia menjadi bahu andai kamu mahu menumpang tangis....
Selamat hari Jumaat semua...
Selamat hari Jumaat semua...
2 kUs-kUs:
sedihkan bila kita tidak dpt membantu..begitu jugalah dengan rakan saya yang disimbah asid baru2 ni..saya sedih..hya mampu bagi sokongan moral sahaja..
hmmmmm....ramai sgt kawa2 yg kehilangan akhir2 ni...harap diorang semua kuat menghadapinya
Post a Comment