Tuesday, November 01, 2011

aDakah kucinG anDa menDapat rawaTan yanG SeLayaknyA? KucinG kamPung kE. KucinG BanDar kE. KesihaTan TetaP di Utama. TiaDa PiLih kasih.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:20 PM
Photobucket

Bila jiran saya nampak saya angkut budak-budak secara beramai-ramai mereka akan bertanya 'Nak bawa ke mana tu?'

Mereka sangat 'kagum' bila saya menyusun sangkar-sangkar di dalam kereta sambil mengatakan 'nak bawa ke klinik nek.'

Bagi warga-warga emas, lebih-lebih lagi yang tinggal di kampung, membawa haiwan ke klinik adalah sesuatu yang sangat mengkagumkan. Tidak terucap dengan kata-kata melainkan ' Baiknya kau ni nak. Kucing kampung je tu. Kalau kucing cantik lagi lah agaknya yer??'

Wah!! Keterujaan sangan mereka nampaknya.

Bila Dak Kimo ( RIP ) di jahit matanya dulu pun mereka sangat-sangat teruja. Mereka tidak menyangka kucing di layan sebegitu rupa. Di beri rawatan jika sakit. Membayar ratusan RM untuk memulihkan kesihatan mereka.


Photobucket

Cantik tidak jahitan dia? Hik hik hik.

Saya pernah berbohong bila di ajukan jumah bil yang perlu di bayar ketika membawa Pakcik Oghen ketika sakit bulan April lepas. Kerana saya tidak mahu mereka terkejut mendengar jumlahnya. Sedangkan saat menyebut RM 250.00 ketika merawat Dak Kimo, dia sudah mengurut dada terkejut. Bayangkan jika saya sebut angka 2 kali ganda dan lebih dari itu.

Saya tidak mahu nenek itu pengsan!! Sungguh!

Bawalah kucing anda mendapatkan rawatan mengikut kemampuan . Jangan hanya membatu jika kucing anda sakit. Jangan guna alasan 'tiada duit'. Bawalah ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Kosnya murah berbanding swasta. Tidak mengapalah jika layanannya tidak setaraf swasta asalkan kucing kita mendapat rawatan.

Tidak perlu bergolok gadai untuk menghantar kucing kita mendapatkan rawatan yang terbaik sedangkan ianya memudaratkan diri sendiri. Asalkan anda berusaha. Itu sudah cukup baik buat mereka. Jika tidak mampu berubat cara moden, boleh guan cara tradisional seperti sakit-sakit mudah seperti kurap atau luka yang tidak besar.

Asalkan anda tidak berdiam diri. Membiarkan kucing anda yang sakit seorang diri. Buatlah mana yang terdaya untuk mereka. Kerana bagi saya, bila anda membela mereka, anda sudah bersedia dari segi fizikal dan mental akan kesan jangka masa panjangnya andainya mereka sakit.

Andai anda menganggp mereka sebahagian dari kebahagiaan anda, jangan biarkan mereka berasa susah hati.....





4 kUs-kUs:

Nadhyat on November 1, 2011 at 8:33 PM said...

but, kat terengganu susah nk dapat kan pusat rawatan haiwan...

nak beli cage pun tak kesampaian lagi,,huhu

nikki on November 1, 2011 at 8:49 PM said...

ronald, i di kt. sila ke klinik jbt haiwan, tiap2 hari ada yg hantar kucing utk dirawat.jgn segan.pergi je.

umi_e on November 1, 2011 at 9:25 PM said...

Samalah... ada masa kak e terpaksa menipu bayaran yang dikeluarkan... tadi ada yang kata pada saya, bayaran untuk ubatkan mata si CP yang tidak sampai 1 bulan (asyik ulang-alik ke Klinik) mencecah RM800 - ada yang kata...lebih baik beli itu..beli ini... ada juga yang kata, jumlah itu kak e boleh beli benda tertentu... Mereka tidak tahu apa yang kak e rasa... sanggup berhutang (CC) hanya kerana mahu anak2 bulu sihat dan mendapat rawatan yang terbaik...

Kak Lia on November 4, 2011 at 2:54 PM said...

ya..akak pun tak mampu....tapi semangat nak melihat mereka sihat dan gembira...


p/s : sedang merawat mata si Bebi Black Maria....guna ubat mata saja....alhamdulillah...smlm dah boleh celik semula

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting