Monday, January 30, 2012

KeraNa Dia, saYa MenanGis LeBih 24 Jam TanPa HenTi. Di manA kucinG sayA??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:55 AM
Tajuk hanyalah gimik. Menangis 24 jam berhenti-henti. =))

Photobucket

Dia hanyalah kucing comot dengan telinga serombong kapal yang 'tak boleh blah'. Tiada ciri jantan idaman langsung. Ditambah dengan warna hitam pekat, melekat. Percayalah.

Photobucket

Di miliki sejak 06 November 2010.

Membesar bagai juara

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Beliau akan sentiasa besama saya 24jam sehari semalam kecuali jika saya bekerja dan beliau menjadi penunggu rumah penuh setia. Tidak pernah hilang lebih 30minit dari mata kecuali tidur tidak bangun-bangun 3 jam berturut-turut.

Sehinggalah pada satu hari...
Jeng jeng jeng...

Malam 24 Disember 2011 beliau HILANG tanpa dapat di kesan kira-kira jam 1.00 pagi. Itu pun setelah seorang rakan pulang selepas menghantar barang. Di syaki Dak Onchet telah terikut mereka pulang sama ada menaiki pacuan empat roda atau tersangkut di bahagian enjin.

Tunggu punya tunggu punya tunggu tidak juga muncul-muncul. Ajaib. Beliau tidak pernah tidur di luar bilik. Luar rumah apatah lagi.

Maka, bermulalah drama "Airmata Maria' cuma dalam kes ini di tukar kepada 'Airmata Tedi'. Selepas Subuh, nampak saja tanah sudah mula keluar mencari. Hati rasa macam pasti sangat Onchet sudah termasuk ke dalam enjin kereta rakan, di bawa pergi dan 'tergolek dog' di tengah jalan kemudian... di lenyek kereta. Tiada fikir yang baik-baik.

Photobucket

Awan gelap tidak ku hiraukan. Berbekalkan, penyodok, plastik hitam, suratkhabar, glove bagai , saya keluar mencari Onchet. Tidak kisahlah kalau sudah jadi bangkai sekalipun. Saya tetap akan bawa pulang. Maka deraian airmata tidak henti-henti mengalir. Pantang nampak benda pelik tengah jalan, berhenti, tengok betul-betul. Fuhhh... Bukan Onchet. Ada harapan lagi.....

Memandu sampai ke susur masuk tol Ayer Keroh, tiada??? Kemanakah Onchet. UWaaaaaa!! Onchet sudah sampai Kuala Lumpur!! Menangis... menangis.. menangis.. macam hanya Onchet seorang kucing yang ada!

Balik.
Telefon rakan yang datang malam tadi. Tanya. Di mana beliau berhenti makan semua. Katanya ada 2 tempat yang berhenti agak lama. Di simpang lampu isyarat sekian sekian dan di Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Okey! Jom kita terjah.

Photobucket

Pertama kali seumur hidup ke Restoran Jejantas. Semata-mata mencari seekor kucing yang hilang. Membeli 3 biji kuih pau dan air setin. Duduk menanti kalau-kalau muncul kucing yang di tunggu-tunggu. Lama. Tiada. Tunggu lagi. Tiada.

Sambil makan, airmata jatuh setitik demi setitik. Betul-betul macam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

Photobucket

Yang datang hanya ini sahaja. Lama menunggu akhirnya pulang dengan kecewa yang teramat sangat walaupun dalam hati tetap menaruh harapan, bila pulang nanti, Onchet akan tersenyum menanti di muka pintu.....

Hampa. Sudah sehari suntuk. Sudah hilang hampir 24jam!! Perlu buat laporan polis????

Malam itu mata sangat susah untuk lelap. Di mana kucing saya? Saya rasa sudah putus harap walaupun beliau baru satu hari hilang. Sudah yakin benar, beliau sudah entah kemana-mana tempat yang pasti saya tidak dapat jejaki lagi.

Onchet... =((

Tiba-tiba terjaga bila ada sesuatu yang sedang nyenyak tidur di celah kaki? ONCHET!!! Saya jerit dalam malam yang gelap. Hanya dia saja yang suka menempel tidur begitu. Bangun. Pantas. Buka lampu.

Ya!!! Onchet. Saya bermimpi ke! Saya tepuk-tepuk Onchet. Tampar-tampar sedikit muka dia. Goyang-goyang badan dia. Onchet ke ni?? Saya tidak bermimpi. Alhamdulillah. Sujud syukur. Onchet balik pada Subuh Isnin selepas hilang pada Sabtu malam Krismas.

Tapi dia jalan dalam keadaan yang terhencut-hencut macam kaki depannya terseliuh. Dia tidak mahu makan. Hanya mahu tidur.

Photobucket

Penat benar nampaknya. Dari mana dia berjalan tidaklah di ketahui. Tapi dari gaya macam berjalan jauh saja lagaknya.

Photobucket

BFF. Sambung tidur atas laci pula!
Hanya Onchet dan Allah saja yang tahu kemanakah Onchet pergi. Alhamdulillah, beliau kembali dengan selamat.

Jika anda mempunyai naluri yang sama dengan saya tentang haiwan yang bernama kucing ini, pastinya anda tahu bagaiman perasaannya bila kita kehilangan sesuatu yang kita sayang!

Welcome back Onchet!!






43 kUs-kUs:

wanita mutalib on January 30, 2012 at 10:15 AM said...

dah lama tak dapat pegang kucing.
Qalesya pulak takut kucing.
rindukan kucing-kucing te.
owh ya.
te pun pernah mencari sampai begitu sekali.
tapi tak pernah lagi sampai jauh begitu.

kamu tabah betul.

tu sebab Tuhan pulangkan semula oncet pada kamu :)

sedih-sedih, pagi lagi dah wat te nangis!!

Esah on January 30, 2012 at 10:21 AM said...

Cah pernah kehilangan comel.. selama 9hari.. hilang masa dia kat umah abg diteluk kemang.. dia keluar mengejar tikus.. ingatkan dia masuk semula ke umah abg.. lagipun umah abg dekat ngan ladang kelapa sawit.. puas cari sampai ke ladang kelapa tu.. tiap2 hari dok berulang ke sana.. yang pasti.. 9hari lepas tu nampak kelibat comel didepan pintu.. badan kurus.. badan penuh dgn rumput dan daun2 melekat.. tapak kaki luka.. jauh sgt comel berjalan.. jarak umah cah ke umah abg lebih kurang 30km.. comel dah kembali pada penciptanya.. sudah 2 tahun.. sempat menjaga nya selama 9 tahun.. RIP comel..

anizarina on January 30, 2012 at 10:21 AM said...

waaa..rina mmg xleh nk bayangkan sbb rina xnk jadi benda2 ni..huhu..rina tiap kali nk tutup pintu umah..siap kira ada 4 ekor kt dlm..siap pesan kt adik2 tlg and tlg make suke before kuar umah kira ad 4-4 dlm umah...huhuu..rina baca post ni pun dh nk nangis(tak leh nangis..kt opish ni)..tp rina sgt faham perasaan cik tedi...mujur kamu dh balik yaa onchet.

Anonymous said...

saya baru bela kucing..baru sangat, tapi boleh rasa perasaan cik tedi ni. masa baca entri ni pun rasa sayu pilu je. tak dpt saya bayangkan kalau tomey saya hilang mcm tu. harus berendam airmata saya dibuatnya.

tapi betul ke org cakap..jauh mana pun dia pergi, dia akan balik juga ke rumah tuan dia? kuat betul instinct kucing ni..kagum saya..

Anonymous said...

Rasanya memang Onchet terikut kawan Tedi tu balik KL. sib baik separuh jalan sempat terjun keluar dan berjalan pulang.... kesiannya Onchet! Lain kali jangan hilang lagi ye.

maya on January 30, 2012 at 11:29 AM said...

kalau kita pn same menanhis sentiasa.. selgi xjmpa bdk bucuk ni.. mgkn naluri yg menyayangi bdk bulus saje yg tau dan dpt merasai apa yg kita lalui kn.

Mama Tatami on January 30, 2012 at 11:38 AM said...

Saya fhm perasaan tu. Kita kasih pada mereka semua. Syukur onchet pulang dgn selamat.

Miesz Niza said...

bila baca entry ni, teringat perasaan sy bila hilang Susi dan Sasi..satu demi satu hilang..bagai nak gila sy mencari..sekitar rumah..market..kedai makan..pantang jumpa yg ada bulu sama pasti sy tngkap n buka mulut dia (ada tanda di langit mulut)tp hampa..xmungkin dicuri coz diaorg amat penakut dgn yg x dikenali.. doa x putus2 supaya mereka jumpa jalan balik..dan akhir sekali sy redha..mungkin bukan rezeki sy utk menjaga diaorg..uhuhu

ery D cat on January 30, 2012 at 12:00 PM said...

2jam pun ery dh berpinau dan nak rebah inikan pula 24 jam...mau jatuh sakit...mula2 sedih jg bila bc...phm perasaan bermcm2 yg ada dipikiran kan...alhamdulillah bila dia dh pulang

:: ChEQaLA :: on January 30, 2012 at 12:02 PM said...

sedih..!! kucing saye minyi dah lebih 3 minggu xbalik2 ke rumah.. berharap jugak semua tu adalah mimpi tp rupanya realiti.. minyi, mane kamu syg... T__T

milley's mom on January 30, 2012 at 1:01 PM said...

yes Tedi kita sama~sy pun nangis semalamna sbb si bobo sy ilang dr umah~sy tertidor sejam je.bila bangun da xda!ngatkan masuk rumah jiran.almaklum la kucing sy ni suka sgt cabaran..bila panggei dengar dia menyahut..rupanya mbr terjatuh ke tingkat bawah..lagi la nangis lagi laju2..smlman xtido sbb pikirkan keadaan dia..patah kaki ke mamat ni...berdrh ke kepala dia?adeh!mmg xleh nk tidor lgsg..pagi2 da sibuk turun ketuk pintu umah jiran..walaupun jiran xmangun tidor agi..xkesah..yg pntg dpt amek si bobo sy..paksa en suami ketuk..sbb sy ketuk umah jiran2 yg len~alih2.jiran2 xda sbb balik raya da..adeh!mati kutu..report kat pengurusan umah!naseb bek dorg ada kunci ke lorong "itam" itu...
dpt la sy amek si bobo sy yg lgsg xda calarnya setelah jatuh dr tngkat 5 apartment!!LEGA AMAT~pastu..si bobo terus insap nk lepak2 kat balkoni agi~ :D
sorry komen pnjg..just nk emphasize yg sy pun stock cam tu jugak..nangis sbb kucing..sy xkesah la org nk cakap apa..tapi mereka adalah anak2 sy!! :D

aNIe on January 30, 2012 at 2:14 PM said...

Alhamdulillah...onchet selamat pulang... selalunya orang kata kucing camaner jauh pun diorang pergi diorang akan ingat untuk balik...

Cat-from-Sydney on January 30, 2012 at 5:08 PM said...

Aunty Tedi,
Masa Angelina pergi "vacation" sorang2 dulu tu, Mama dia menangis, meroyan dan macam2 lagi...tak pergi kerja, tak makan, tak minum, sampai demam....Nasig baik jumpa balik... Kalau tak, blog ni pun dah tutup. purrr....meow!

oyo on January 30, 2012 at 7:08 PM said...

penah juga alami kes kucing hilang. pulak tu SiMontel satu2 kucing betina kat rmh mak yang tukang buka pintu kalau adik2 semua nak kuar...siap post kat FB lagi suh kawan2 dan sdae mara carikan. Tapi smp skrg Montel tak balik2. Dengar cite ada jiran2 nmpk Montel kat rmh salah sorang ahli Yaasin kampung kami. Mungkin org tu berkenan dan curi..

Anonymous said...

Botbot, kucing jantan kaki tiga hilang dr jagaan saya pd 2009. April 2011, jiran jumpa dia di pasar dn trus dukong bwk balik. Sampai skrg kehilangan dia jadi misteri..

Mona Mesra on January 31, 2012 at 12:29 AM said...

alhamdulillah onchet balik... Adif sampai sekarang tak balik, jauh perjalanan nya, mungkin dah jumpa keluarga yang lebih baik.. harap begitu lah.. sangat understand perasaan bila dia tak balik...sedih nyaa.... onchet,kamu comel!

Shaz Alina on January 31, 2012 at 12:31 AM said...

mlm 24 dis onchet ilang? kot x slh, mlm tu sy ade dtg umah tedi gak kan? lps sy blk mlm tu, masih nmpk onchet lg x? kot tedi x prsn, maybe dia terikut sama ada kete sy atau kete kwn tedi tu...

teringat dak onchet tu dia mmg x takut org kan? manje lak tu... mmg suka nak main masuk kete org je... ;)

syukur Alhamdulillah... onchet pulang gak ke pangkuan tedi... n sy dpt jumpe dia lg aritu... =))

Suara Kalbu on January 31, 2012 at 12:03 PM said...

Alhamdulillah sudah jumpa. Suspen baca cerita kamu Tedi.

Saya pernah alami perasaan seperti kamu. Perasaan yang tidak dibuat-buat. Menanagis tidak henti-henti. Orang yang tidak memahami mungkin akan berkata kita ini keterlaluan hanya kerana kehilangan seekor kucing.

Tapi hanya kita.. hanya kita yang faham

Ryyn_kiss12 on February 1, 2012 at 12:25 AM said...

welcome back cik tedi!!...selalu terjenguk2 ke sini, tp takde entri bru..huhu *keciwa*

sy pn dpt rsekan dia mebi terikut kwn cik tedi tu, tp smpi kat stau tahap, dia berpatah balik ke rumah cik tedi...

dak onchet, sebijik mcm kucing sy yg baru ilang iaitu dak itam...huhu

¤(`×[¤MyA¤]×´)¤ on February 1, 2012 at 5:39 PM said...

cerita ni cerita sedih tp disbbkan tukang cerita, langsung gelak berdekah2..adoi la...Onchet2..

Kerin Ahmad on February 2, 2012 at 2:57 PM said...

wahh suspen jerk bace tajuk tu..syukur jumpe gakk onchet...mcm tu la perasaan saya bile my dear mok hilang...puas cari berhari2...dlm hujan pun redah gak berjalan mcm org gile kat setiap lorong taman...hanya ALLAH jer yg tahu betapa saya risaukan dia...menangis bagai nak rakk....tp still tak jumpe..kehilangan nye sgt misteri sbb mok liar...hanye dgn sye jer dia jinak...walaupun da lama almost 3 month..tp hatinye masih berharap mok balik umah dgn selamat.....till now..rindu gile kat dia..wallpaper tuk lappy n hp sume gambar mok..tak rase lagi nak tukar.... :(

shimahz on February 5, 2012 at 1:20 AM said...

buat gempar je dak onchet ni... ni sah g dating la ni...

Shahrizat on February 5, 2012 at 5:10 PM said...

paklang saya ada kucing nama abu hurairah. sekali tu abu hilang selama 7 hari, dan selama 7 hari tu lah paklang saya buat solat hajat supaya abu jumpa jalan pulang. Alhamdulillah hari ke 8 abu pun pulang .
bapa saya ada kucing yang sangat sayangkan dia bernama badang.badang keluar jalan-jalan 3 hari hilang pun mak dan bapak saya siap berdoa supaya badang jumpa jalan pulang...alhamdulillah dia pulang. perasaan macam ni hanya pencinta kucing je tahu betapa sebaknya bila adik-adik kaki 4 tu tak balik rumah.

Yana said...

sedih kn...btol3..penah gak rasa..tp smpai skrg dy tetap xkembali..huhu..

nani said...

sy pernah rasa...seminggu manja hilang dibuang jiran blh..pg tu mmg mak sy nmpk jiran tu bwk guni tp xtau apa dlmnya....seminggu tu sy menangis...merata sy cr makan minum pn xfikir lg..hanya risaukn manja...satu hari sy mcm terdengar2 suara manja..mak sy kta mgkn perasaan sy saje...sy pn duduk dpintu dapur...dr jauh sy nmpk se ekor kucing berjalan perlahan...kejap jln kejap duduk...hati sy terdetik mcm manja...makin lama makin dekat...sy panggil mak sy...mak sy pergi tgok...betul itu manja...sy berlari sambil nangis dapatkn dia xkisah dh org keliling pandang...dia kurus sgt..kaki dpn dia terseliuh..kurus sgt...selepas tu dia trauma xkeluar dr rumah..takut dgn org lain kecuali sy...sy bela dia dr kitten sampai la ke akhir hayat dia

Anonymous said...

serious mmg takut gile kalu kucing tersangkut kat engine keta pastu jatuh kat somewhere else. It happened to my beloved mr cat, huhuhu 3 hari tak balik, sedey giler.

leina on March 16, 2012 at 12:54 PM said...

Termenangis jua di ruangan ini.......

Atomizer on January 18, 2013 at 9:25 AM said...

kucing saya baru hilang malam td. malam jumaat. dia main kat luar dr petang. selalunya pkl 8lbh mesti dia dh blk bwk cicak ke, lipas ke belalang ke. tp mlm td dia x blk2 smpai pagi nih. mlm td sy cari dia naik kereta tp xnmpk lgsg batang hidung. pagi tadi sy cari lg sblm pegi keje. xde jugak. dr mlm td sy bukak je pintu rumah, berharap dia blk. xleh tdo, asik mimpi atom blk. tp bl bgn xde. sy pg keje harini pon sy bukak je pintu umah, berharap dia balik harini. kalau takde jugak sy nk jalankn operasi mencari atom secara besar2an harini jgk. doakan atom sy balik.. :(((((((((((((((((((((

As Lee Aspar on February 24, 2013 at 12:36 PM said...

Ya Allah, sebak baca entri ni. Che Yam saya pun dah masuk hari ke-4 tak nampak batang hidung. Biasanya beliau akan muncul dari syiling garaj kereta kalau dgr suara sy. Tak pernah beliau hilang lama mcm ni, lagi-lagi beliau adalah seekor kucing sopan yang pemalu (penakut) pd orang yg tak dikenal :'(

NUR AIN AHMAD KAMIL on November 11, 2013 at 6:07 PM said...

haa kucing kita sama .. sama sangat macam Onchet ni .. nama dia Sallem .. hmm sekarang dia hilang .. taktahu pg mana .. hmm sedih nya .. Allah je yg tahu :(

liyanaziz on November 22, 2013 at 12:35 AM said...

Baru bela Dusty dua hari... mama lupa tutup cage, sama ada terjatuh dr balkoni atau keluar ikut balkoni dapur dan diambil jiran... iklan dah ditampal, tapi masih negatif... x sanggup fikirkan apa yg Dusty tgh bt, sihat ke dia... allahuakbar

Anonymous said...

kucing aku tengah ilang lah nih.sekarang ni dok terfikir pasal dia je.takde benda laindah.dia kitten.huhuhu...baliklah fifikuuu

It is the matter of heart. on January 17, 2014 at 5:52 PM said...

Saya pun sdg kehilangan kucing.master grey. Umur 4 bulan.baby boy. Mmg comel.dia ni mmg suka sgt naik kereta orang. Dah lbih 24jam Grey hilang. Hati saya dah tak keruan,air mata asik rasa nak menitik je. Ya Allah! peliharalah Grey dlm keselamatan dan kebaikan...himpunkanlah kami semula..

Anonymous said...

saya pn menerima nasib yg sama kucing sy leo pas dia kuar hri jumaat mlm smpai ke hri ni x pulang2 xtau dia kemana.. hanya ALLAH sje la yg tau b`tapa sedihnya sy.. yela dh 4 hri xpulang.. namun sy x pts2 b`doa agar kucing sy leo akn kmbali lg ke rmh ni..

Anonymous said...

Yon yon pun sama masih tak balik...

yaya said...

alhamdulilah onchetbalik..kuni pulak x balik2... hari tu dia keluar lepas tu dia x balik dah ....sehingga kini ,tidak ku temu kuni

Unknown on June 1, 2016 at 6:29 AM said...

Kucing saya c mimi tlh hlng pda 28/5/2016..pada malam tu kmi hndak brgerak ke kola kubu bharu..mimi sblum ni mmg mengeong panjang dan keras..sbb nk keluar umah..sblm ni dy dh kluar dr umah duduk ats bmbung umah..mimi sya x kc kluar umah lgsung sbb tkut org ambik..lps kki blik dr kkb tgk2 mimi dh hlng..4 hari sya x da selera makan..hnya mmgil nma mimi shj..sy fhm mcm mna prasaan kucing hilng..mcm hilng bnda yg pling brhrga dlm hdup..pda mlm 31/..adik sya kluar p bli air..tiba2 mimi kejar motor adik smpai pulng ke umah smla..dy trus pgi dapur..dy mkn byk sgt..dy pulng dlm kdaan kurus.ada luka di leher..dy pulng dn cium sya..sdih tau bla kucing hlng..

Unknown on July 11, 2016 at 4:31 PM said...

Sy jg sdg menghadapi dugaan Allah ini..kucin sy chalkie ilang d kg sy d grik..puas mncari segala umah org dan hutan sy masuk tp masih xjumpa..sy menangis ari2 shingga menulis ini pn mengalir aircmata..sy bela dr kitten..abg dia mnngiaw cari die..sy trpksa pulang k k.l jg smlm krn ank plu sklh..sy pn xrasa nk mkn..mngenangkn chalkie..Allah pdMu hmbaMu ini brhrp kembalikn kpd kami..pinjamkan lah chalkie kmbali pd kami...

Unknown on July 11, 2016 at 10:08 PM said...

Waaa....kucin sy dh 4 ari xblk...oric ni baka british long hair...memg ler gebu gebas..tp kalo dh jantan tu tetap ni nk tunjuk jantan..blk kalo lapar je...masuk pun ikut suka je..ikut tingkap bilik atas la..ikut dpn pastu kuar ikut blkg pulak...tp tiba2 sunyi jer subuh raya ke3...xper la kot kehao lg ada...ni dh hari ke4 oric xblk...xtau nk cr kt maner dh...abis tmn dh round...hrp sgt dia check in kt umh gf jer...semoga oric blk esok...huhuhu

Unknown on July 11, 2016 at 10:09 PM said...

Waaa....kucin sy dh 4 ari xblk...oric ni baka british long hair...memg ler gebu gebas..tp kalo dh jantan tu tetap ni nk tunjuk jantan..blk kalo lapar je...masuk pun ikut suka je..ikut tingkap bilik atas la..ikut dpn pastu kuar ikut blkg pulak...tp tiba2 sunyi jer subuh raya ke3...xper la kot kehao lg ada...ni dh hari ke4 oric xblk...xtau nk cr kt maner dh...abis tmn dh round...hrp sgt dia check in kt umh gf jer...semoga oric blk esok...huhuhu

kakak penny said...

Penny pon baru hilang semalam. ralat rasanya. semalam satu rumah blackout. saya duduk sorang. lilin takdak. rumah dalam ladang kelapa sawit. pukul 11 malam decide nk tidor kat umah family angkat coz fon 4-4 habis battery, power bank 0, lilin habis. saya tak sampai hati tinggalkan penny seekor-ekor dalam rumah. saya dukung dia bubuh dalam beg untuk bawak ke rumah fmly angkt. naik moto; tengah2 jalan penny lompat. saya tak perasan sehingga sampai kt rumah fmly angkt baru perasan penny dah tak dak. hari ni je dah 4x saya ulang alik tempat kerja semata mata nak cari penny. saya duduk sorang. penny je kawan saya. teman saya bila takut. penny pandai buang air dlm tandas.tak banyak kerenah. kalaulah saya tinggalkan je penny semalam, mesti tak jadi macam ni. ya tuhan, kembalikan penny. kakak rindu sangat.kakak nangis bila tingatkan penny T_T

Unknown on November 26, 2018 at 5:50 PM said...

Salam.. Kucing saya mood baru je hilang.. Dari tengah hari semalam terus x nmpak.. Kebiasaannya klau saya balik keje mood(kucing) akan follow saya nak masuk rumah. Nak tunggu makanan dari sy.. Tapi malam tadi xde kelihatan.. Anak sy pun mcm sedih je mood x balik.. Habis 1 taman sy cari malam td. Taoi x jumpa.. Mnalah mood ni, dahla x sihat, sakit mata n selsema.. Minggu lepas dag cucuk kat vaterina.. Ingtkn pagi tdi nak bawak gie cucuk lagi.. Hurmmm harap2 mood balikšŸ˜­

Unknown on November 26, 2018 at 5:52 PM said...

Ada x idea nak cari balik.. Sebb jiran sebelah sy tu mcm x suka kucing.. Tapi mood(kucing) x berak merata2.. Ada bekas dah sy sediakn khas untuk dia.. Rsanya x mnggngu kot.. Aduuuii mnaalhh mood ni

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting