Friday, September 20, 2013

SesI PerBincanGan yanG BerakHir DenGan TraGeDi.......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 8 kUs-kUs
 photo Black-Wallpaper1_zps47c6649c.jpg

Situasi di dalam bilik 'mesoarat'.


 photo 10092013120_zps09debb52.jpg

Perbincangan sedang di adakan. Sangat unik lokasi mereka. T__T

 photo 10092013121_zps1ee2bbd6.jpg

Nampaknya ada pihak yang tidak berpuas hati dan keluar dari sesi perbincangan!!

 photo 10092013122_zps1562f2ce.jpg

Sesi perbincangan di ganti dengan sesi pergaduhan. 'Kelepukk!! Kelepuk!!!'

 photo 10092013123_zpsc1190b44.jpg

Pukul memukul. Panjat memanjat. Pergaduhan bertukar ganas!!

 photo 10092013125_zps17376ec9.jpg

Yang akhirnya mangsa pengsan dan di kejarkan ke vet berhampiran!!!!

KAKI BULI!! DETECTED!!!













Wednesday, September 11, 2013

LITTLE FLUFFIES ONLINE PET SHOP

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:02 AM 1 kUs-kUs
 photo LF_zps43dfbffd.jpg
Hi Pencinta Kucing sekalian...

Salah satu pet shop online yang boleh anda cuci mata untuk membeli barang2 keperluan kucing anda.

Klik di sini :

https://www.facebook.com/LilFluffies

Hot Item antaranya ada makanan kucing jenis premium, super premium dan holistic. Cat litter jenis woody, Okoplus, silica gel dan pasir dan beberapa jenis mainan untuk kucing.


 photo CP_zps02415c9e.jpg
Catnip Pillow
RM5 each.

Boleh tengok aksi-aksi kucing 'mabuk' dengan catnip ni. Klik di sini ya.

Barang-barang ada yang boleh COD dan boleh di pos seluruh Malaysia.

Selamat mencuci mata dan membeli belah

=))

















Monday, September 09, 2013

Senarai Nama 'manGsa-manGsa' sayA!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:16 PM 2 kUs-kUs
  1. Itam
  2. Oghen
  3. Onchet
  4. Em
  5. Tom
  6. MeiMei
  7. Omot
  8. Didi 
  9. Dodo
  10. Ompok
  11. Mata Kucing
  12. Labu
  13. Yamaha
  14. Milo
  15. Kimo Jr.
  16. Zoey
  17. Mucy
  18. Snowy
  19. Sky
  20. Koko
  21. Kiki
  22. Abi
  23. Si Ibu
  24. Bubu Jr.
  25. Toshie
  26. Popo
  27. TamTam
  28. TamTam Jr I
  29. TamTam Jr II
  30. Atek
  31. Bubu
  32. Xiexie
  photo oghen1_zpsc242344e.jpg
Pakcik Oghen
8 tahun ++ lebih umurnya.

  photo itam1_zps2d962a80.jpg
7 tahun ++

2 ekor kucing senior saya.. =))
ErhMmmmmmm .. Ada yang tertinggal...??













Thursday, September 05, 2013

SBK a.k.a Si Bulu KemBang a.k.a GurGirL teLah BerLari RianG Di JamBatan PeLanGi......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:46 AM 4 kUs-kUs
 photo 28022013769_zps14383c9b.jpg


Anda pembaca blog saya sejak dulu?
Mengenali kucing-kucing yang acapkali saya pamer dan ceritakan di sini?

Pasti mengenali SBK. Terlalu banyak saya menulis mengenai SBK di sini. Asalnya SBK bukan kucing milik saya tetapi milik jiran yang agak jauh rumahnya. Oleh kerana sering ke rumah saya, memberanakkan diri di rumah, akhirnya tuan asal beliau telah menyerahkan SBK kepada saya beserta anak-anak-anak-anaknya sekali. 2 kali SBK sempat memberanakkan dirinya di rumah saya sebelum saya bawa ke vet untuk di kembiri.

Kini SBK hanya tinggal kenangan. Tinggal nama yang tetap terpahat kukuh di ingatan saya.
SBK telah pergi selamanya tanggal  28.02.2013
Beliau telah di langgar di hadapan mata saya di halaman rumah pada sekitar pukul 7.30 pagi.
Allahuakbar... tidak dapat di bayangkan perasaan saya ketika itu. Hanya mampu terduduk dan menekup muka seakan tidak percaya. Baru beberapa minit saya beri beliau makan. Andai dapat di putar masa semula... mahu saja saya ulangkan supaya SBK tidak menyeberang jalan untuk poo dan pee.

SBk adalah kucing yang 95% 'indoor' melainkan untuk poo dan pee dia perlu keluar rumah tanpa perlu menyeberang jalan. Takdir. Pagi itu agak jauh dia pergi. Yang akhirnya tidak kembali lagi......


Tidak ada setitik darah pun. Tiada luka. Tiada apa-apa. Bangunlah SBK. Bangunlah. Jangan bergurau begini.... Saya terus meratap. Tubuh besarnya saya angkat ke beranda rumah tanpa menghiraukan tuan kereta yang melanggar SBK. Beliau berkali-kali memohon maaf. Hati saya sudah berdarah. Susah untuk berkata-kata saat itu. 

  photo 28022013770_zps52ce617e.jpg 
Si Mata Kucing memberi penghormatan terakhir buat bonda tercinta....

SBK sudah berhenti bernafas. Selamanya.... Saya meletak SBK di beranda. Mengambil tuala. Membalut ke tubuhnya. Meletakkannya di dalam besen. Masih di beranda. Pemilik kereta turut berada di situ. Turut menangis. Terus berkata-kata. 'Akak minta maaf. Akak memang tak perasan. Akak tak sengaja. Takkanlah akak sengaja nak langgar.'

Saya menarik nafas panjang.
'Takpe kak. Sudah tiba masa dia. Sampai hari ini sahaja. Saya maafkan. Takpe. Janji Allah....'

Saya terus masuk ke dalam rumah. Menangis. Menangis. Menggugu. Meratap. Menyesali takdir. Andai dapat undur sesaat dua pasti saya akan larang SBK melintas. Kalau itu.. kalau ini... macam-macam kalau yang keluar...

Astagfirullah al azim... Saya tidak redha rupanya. Maaf saya tidak ikhlas. Saya menyalahkan takdir..??? Emak berkali-kali kata 'Kenapa macam ni? Dah.. dah.. kenapa nak meratap. Nak marah-marah? Allah dah tetapkan sampai hari ini sahaja. Kalau bukan di langgar pun, dia akan tetap mati hari ini. Istigfar... Mengucap....'

Saya membasuh muka. Mengambil air sembahyang. Berzikir tanpa henti. Redhakanlah hati.. Pasrahkanlah.. Emak sudah suruh adik lelaki menggali lubang di belakang rumah. Anak-anak buah juga sudah mula menangis. Mahu lihat SBK. Kenapa SBK mati? SBk gemuk. Dia tak boleh mati. Anak-anak yang sudah beruniform mahu ke sekolah jadi tidak keruan juga.

Emak telefok pemilik asal SBK memberitahu tentang pemergiaannya. Berbahasa. 

  photo 28022013771_zps714c49ac.jpg

Bersemadilah dengan tenang SBK.
Redha.

 photo 11022013747_zpsfd053169.jpg

Gambar di ambil 2 minggu sebelum dia pergi.

Saya juga ingin memaklumkan tuan asal SBk yang saya gelarkan Makcik Kucing di dalam blog ini juga telah pulang ke pangkuan Yang Maha Esa genap 3 bulan selepas SBK pergi iaitu pada 28 Mei  2013 kerana di serang strok. Al-Fatihah untuk Mak Kiah. Insan yang terlalu sayangkan kucing. Pernah tengok dia tidak kisah bila tengah makan, kucingnya tumpang sekaki sekali makan guna pinggan yang sama.

Sejak Mak Kiah tiada, saya memang sudah tidak melawat kucing-kucingnya lagi. Khabar terakhir yang saya dengar, suami arwah sudah buatkan rumah kucing yang besar untuk kucing-kucing beliau. Alhamdulillah...

Semoga bahagia untuk mereka yang saya sayang.
Rehat dengan tenang di Jambatan Pelangi bersama-sama rakan-rakan yang lain SBK.
Al-Fatihah untuk Mak Kiah.









Wednesday, September 04, 2013

MenanGisLah... sayA JuGa PernaH sePerTi iTu. BezanyA sayA SenDiri....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:09 PM 12 kUs-kUs
Saya tiba di Maju Animal Clinic agak lewat. Tepat jam 3.00 petang. Kesesakan jadi begitu luar biasa bila hujan lebat turun tanpa henti.

Duduk menunggu giliran, datang satu keluarga. Seorang ibu dan 2 orang anak perempuan. Mereka kelihatan sangat serius. Takut juga saya mahu melemparkan senyuman, cukuplah sekadar memaniskan muka. 

Mereka terus masuk ke dalam.
Sunyi.
Tiba-tiba terdengar tangisan yang sangat memilukan. Terpaksa menyibukkan diri, menjengah-jengah ke dalam. Kelihatan seorang dari anak perempuan itu sudah terduduk di pintu. Tersandar sambil menangis. Tersedu-sedu. Hiba hati saya mendengarnya.

Lantas saya berbisik kepada staff di situ. Barulah di fahami, kucing kesayangan mereka yang berusia hampir 6 tahun telah mati. Punca kematian adalah kerana kencing berdarah. Subhanallah. Runtun juga hati saya. Menitis juga airmata saya. Walau tidak pernah bertegur sapa. Tidak pernah mengenali mereka tetapi kehibaan, kesedihan, kelukaan hati mereka sangat saya fahami. Kucing-kucing saya, Pakcik Oghen dan Onchet juga pernah mengalami sakit kencing berdarah. Saya agak bernasib baik kerana cepat sedar dan segera bawa ke vet. Kedua-duanya selamat. Sayangnya, kucing milik keluarga itu lambat mendapatkan rawatan. 

Saya juga pernah mengalami situasi yang sama.
AG, kucing kesayangan saya juga menghembuskan nafas terakhir di vet. Sakitnya, hanya tuhan saja yang tahu. Kucing yang kita sangkakan boleh sihat dan akan hidup normal, sayangnya pergi tanpa dapat kita pangku atau riba.

Walau kali terakhir saya melihatnya, dia kelihatan beransur sihat, boleh berjalan, nafas tidak berbau lagi, air liur tidak meleleh lagi, tapi kuasa Allah, siapa yang dapat menghalang?

Saat menjemput tubuh kaku AG di vet untuk di bawa pulang bagi di semadikan, saya berlagak tenang. Cuba senyum. Menarik nafas panjang. Redha. Pasrah.

Namun semuanya hanya kekuatan sementara. Saat kotak dari peti sejuk beku yang mana di dalamnya terdapat anak kucing comel yang saya berikan nama AG beralih tangan, saya jadi lemah, jadi tidak kuat dan airmata tumpah bagai empangan air pecah.

AG pergi akhirnya.
Tarikhnya 28 Januari 2013.

Jadi, jika anda bukan seorang pencinta haiwan, ratapan hiba atau tangisan hanya kerana kami kehilangan seekor haiwan yang di beri nama  kucing adalah sesuatu perkara pelik, menjengkelkan atau 'buang tabiat', kami tidak merasa marah kerana anda tidak punya sama perasaan seperti kami.

Rehat dengan tenang buat si comel-si comel yang terlebih dahulu pergi daripada kami.
Rehat dengan gembira......






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting