Tuesday, February 02, 2010

PerBuaLan aLa-aLa BuL| DenGan BuDak LeLak| DarJah EmpaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 24 kUs-kUs
BD4 : Makcik, nak guna telefon boleh?
Aku : Banyaklah kau punya makcik!
BD4 : Yelah! Makciklah!
Aku : Bila masa pula aku kahwin dengan pakcik kau?
BD4 : Erk!
Aku : Panggil kakak!
BD4 : Kenapa pula tak boleh panggil makcik?
Aku : Sebab tak bolehlah.
BD4 : Kalau nak panggil juga?
Aku : Kalau kau panggil makcik, letak dalam tabung tu 40 sen. Kalau kau panggil kakak, letak 20 sen je.
BD4 : Lah.. mana orang ada duit lagi?
Aku : Sendiri mahu ingatlah!
BD4 : Yelah, orang panggil kakak. Letak 20 sen je kan?
AKu : Tau tak pe!
BD4 : Main paksa-paksa lak.
Aku : Hutang kau 10 sen dah 2 minggu belum bayar lagi. Letak lagi 10 sen.
BD4 : eeeeeee. Dah lama pun ingat!!
Aku : Hutang! Berdosa tak bayar.
BD4 : Yelah. Orang masuk dalam tabung 30 sen.
Aku : Eh! Dua kali je dengar bunyi.
BD4 : Orang pakai syiling 20 satu, sepuluh sen satu.
Aku : Yelah tu. Percayalah sangat.
BD4 : Tak caya sudah.

Ha ha ha ha. Itu perbualan aku dengan seorang budak Darjah 4. Nama dia Aliff. Hari-hari waktu rehat mesti mahu telefon emak dia. Itu tertinggal, ini tertinggal. Ada sahaja alasan dia. Budak-budak ini kalau mahu guna telefon kena masukkan 20 sen dalam tabung untuk sekali panggilan. Maklumlah, sekolah UE mana ada duit banyak. He he he. Bil Telefon pun PIBG yang bayarkan.

Saja mahu menyakat dia panggil aku kakak. Dia panggil aku Acik. He he he... Mahu bagi dia boring. Nanti tidaklah selalu dia melangut di bilik aku mahu telefon sahaja! Ekekekeke..

Eh! Tapi serius budak-budak ini belum layak panggil aku makcik. Masih pangkat kakak ni. Muda lagi. Ha ha ha.. Mahu juga!!!

Nota kakitanganku : Dah tua dah Tedi oooiiii!!






BuLaN Dan B|nTanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 AM 16 kUs-kUs
Photobucket

Malam tadi sewaktu sedang menyekodeng Dak Utih 'be**k' aku lihat suasana terang dan bersinar. Cheewah! Mukadimah boleh tahan. Bila mendongak ke langit, aku lihat bulan sedang mengambang penuh! Kata orang kalau bulan mengambang penuh segala kaum hantu seronok berkeliaran. Binawe ini perasaan!

Kerdipan bintang mengelilingi bulan yang satu. Macam sebaris lirik lagu 'Malam, bulan di pagar bintang'. Lagu apa ek? Siapa nyanyi? P. Ramlee? Memang syahdulah malam tadi. Nasib baik 'tah*' Dak Utih tidak menusuk ke lubang hidung. Kalau tidak memang kacau daun.

Kalau di tanya kepada aku 'Kamu mahu yang mana sebagai hadiah hari lahir?' Aku akan menjawab 'Aku mahu bulan'. Mengapa? Sebabnya bulan hanya satu. Hanya itulah dia yang di puja-puja manusia seantero alam. Tiada dua dan tiada tiganya.

Manakala bintang itu banyak. Jika kamu beri aku bintang, bintang masih ada untuk kamu berikan pada orang lain. Namun jika bulan sudah jadi milik aku, orang lain tidak boleh lagi memilikinya. Huh! Okey tidak alasan aku?

Kamu pula?
Yang mana lebih menarik hati? Bulan atau bintang?


Nota kakitanganku : Sudah masuk Bulan Februari.....




Dak uT|h Pun MakaN PeTa|!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 19 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket

Banyak kerja yang sudah siap menanti di pejabat. He he he.. Kerja semalam yang HRMIS 'offline' perlu di hantar 05 Mac 2010. Ada sebulan lagi.

Hadap Audit dahulu minggu depan. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Motif gambar? Tiada motif. Nampak budak ini tidur antara petai dan jagung dalam guni malam tadi. He he he...

Nota kakitanganku : Siapa makan petai angkat tangan!





JanGan sOmBonG SanGaT BeB!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 AM 42 kUs-kUs
Aku melangkah ke sekolah rendah sewaktu aku darjah 4 dan 5. Banyak perubahannya. Ini pertama kali aku masuk ke kawasan sekolah setelah berabad-abad aku tinggalkan. Bangunan perpustakaan sudah tidak ada. Bangunan baru telah di wujudkan. Pejabat juga telah di pindahkan.

Aku sampai di pintu pagar utama sekolah tepat jam 7.30 pagi. Perhimpunan hari Isnin baru sahaja selesai. Aku menunggu keadaan reda untuk masuk. Belum sempat lagi aku keluar kereta, senior aku semasa di SMA Merlimau dulu yang sekarang menjadi tenaga pengajar di sini datang mendapatkan aku. Terharu sekali. Kami berpelukan dan bersalaman. Oh! Dia seorang perempuan. Gila mahu peluk lelaki bukan muhrim?

Bila semua sudah bersurai, kami bergerak ke Makmal Komputer di mana Bengkel Kemaskini HRMIS 'offline' akan di adakan. Bengkel amat selesa. 'Fasi' yang memberi penerangan amat ramah dan menerangkan secara santai dan bersahaja.

Pukul 10.30 pagi berhenti seketika untuk minum pagi. Di sinilah ianya berlaku.

Aku bertemu seorang rakan sebaya yang menjadi guru di sini. Beliau sedang makan bersama-sama rakan di kantin. Aku masuk. Teruja melihatnya kerana sudah lama tidak bertemu, lantas aku melambai tangan dan tersenyum lebar. Dia hanya tersenyum sedikit dan mengangkat kepala. Senyumnya memang sedikit. Aku ingin bertanya khabar dan bertanya lanjut, tetapi dia seakan tidak berminat dan terus makan serta berbual dengan rakan-rakan.

Cubaan aku untuk berbual gagal. Aku tidak mahu memotong kerancakkan beliau berbual dengan rakan-rakan gurunya yang lain.

Oh! Terusik hati kecil ini. Ya! Aku datang ke sini bukan atas kapasiti seorang guru. Mungkin dia malu untuk mengaku aku adalah rakan sedarjah dan sepermainan. Baik. Aku akur.

Siap mengambil makanan aku duduk semeja dengannya. Meja panjang. Dia selang 2 buah kerusi dari aku. Aku memandangnya dan berkata 'makan'. Dia masih senyum sedikit. Masih rancak berbual dengan rakan-rakan. Sehingga dia selesai makan dan keluar dia tidak bertegur sapa dengan aku. Laju sahaja langkahnya.

Oh kawan! Adakah kita sudah tidak setaraf dalam menilai erti kata sebenar rakan? Menjadi guru DGA29 sudah cukup gah buat kamu sehingga kawan yang pernah kamu tumpangi bahunya saat kamu kesedihan terkontang-kanting melihat perilaku kamu?

Aku menggeleng kepala. Menyuap lemah mihun goreng ke dalam mulut sambil berfikir, mengapa begitu layanannya?

Otak! Tolonglah berfikir secara positif. Mungkin dia memang mahu cepat. Mungkin ada perkara penting yang sedang mereka borakkan. Mungkin dia mengejar waktu. Mungkin... Mungkin...

Nota kakitanganku : Senyum saja!








Monday, February 01, 2010

SeKanGkanG K.E.R.A!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 30 kUs-kUs
OOoOoo!! Ada yang cuti hari ini ya? Ini tidak adil!! Ha ha ha.. Kalau mahu adil, pindahlah ke Putrajayakan! Ekekekekeke... Selepas itu nanti 15 April, bila Melaka sambut Hari Melaka Bandaraya Bersejarah, pindah semula ke Melaka.Ha ha ha ha.. 'Giloss' budak ini!

Okey! Hari ini ada Bengkel Kemaskini Sistem HRMIS. Jadi aku tidak ke pejabat. Ingatkan bolehlah cuci-cuci mata jalan jauh-jauh sedikit, kalau di JPM, waktu rehat boleh 'skodeng' Jusco tapi rupanya hampa!!

Jika aku ke pejabat masa yang di ambil tidak sampai 5 minit, mahu ke tempat bengkel tidak sampai 3 minit dari rumah. Sob Sob Sob. Zaradgreat, tolong jangan gelak!

Ini betul-betul JPM berbelanja secara berhemah. Ekekekekeke..

Selamat Hari Isnin semula. Memulakan tugas dengan senyuman sehinggalah bertemu semula dengan Jumaat yang akan datang. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Ada makan-makan tidak?





Sunday, January 31, 2010

MenaMakan s| ken|T

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:01 PM 28 kUs-kUs
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Ha ha ha! Ini pertandingan. Harap maklum. Dak Utih mungkin sedang mimpi basah. Ekekekeke.. Pandai-pandai sahaja aku! DeshuMmm!!

Okey! Ini adalah pertandingan. Pertandingan menamakan anak kucing! Penganjurnya ialah Puan Iela.

Nama yang aku pilih bagi anak kucing betina ini ialah CHIKI.

Oh! Mungkin aku terlalu rindukan Choko dan Choki. He he he.. Mereka telah bersenang lenang di rumah baru memang tidak ingat aku punya itu!! He he he he..

Siap! Terima kasih Puan Iela anjurkan pertandingan kucing-mucing ini! Aku suka!

Nota kakitanganku : Banyak 'puleekkk' 'contest' aku masuk kali ini!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting