Wednesday, April 04, 2012

kimI??? kenaPa? DiLanGGar? TerLanGGar? MeLanGGar?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:43 AM 22 kUs-kUs
Photobucket

Kimi???????????????????
Kenapa?????????????????

Siapa langgar??? Langgar dan lari?????????

Mari kita imbas semula!!

Photobucket

Berlari-lari anak!!

Photobucket

Kira macam jogginglah ni!!

Photobucket

Sampai sudah ke garisan penamat!

Photobucket

Penatnya!!


Photobucket

Pengsan!!
Ooooo!! Ingatkan kenapa!
Penat jogging rupanya!!

Fuhhhh.....
Kus semangat!!!





Monday, April 02, 2012

BaranG Baru Di CubA : JuJurnyA, kOs kePerLuan merekA, meleBihi kePerLuan saYa. SemuanYa KeraNa rambanG maTa.=))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:08 PM 4 kUs-kUs
Photobucket

Cat bed
Tolong manfaatkan ye budak-budak.
Di sumbangkan oleh Makcik Reha.
Ekekekekeke...

Photobucket

Advantage Cat.
'Spot On' untuk mematikan kutu kucing. Sila abaikan ekor panjang itu. =))
Alhamdulillah. Serasi. Tapi saya kena terima hakikat, kucing saya 'outdoor'. Dalam sebulan kutu pasti akan datang lagi!

Photobucket
Pet Grass.
Walaupun duduk di kawasan kampung yang banyak rumput dan pokok-pokok hijau, sikap mahu mencuba buat saya membeli rumput ini. Sedang gigih menanam dan telah menunjukkan hasil lumayan! Ha ha ha ha


Photobucket
Nutricoat
Untuk anak-anak yang kehilangan bulu akibat fungus. Belum di gunakan lagi!


Photobucket
'Crystal Catlitter '
Pertama kali mahu mencuba walaupun jujurnya terasa sayang sangat mahu guna sebab kristal ini putih dan cantik sangat! Boleh?? T___T

Photobucket

Tempat asah kuku! Sangat-sangat berguna! Tiada lagi menjadikan kusyen atau tikar tempat cakar. Letak satu di ruang tamu dan satu dekat Rumah Epal!!

Bila bab barang-barang budak-budak ini sudah jadi tidak berkira walaupun sebenarnya bulan ini sahaja sudah hampir pitam bayar bil rawatan sebab mereka di serang virus selesema. Kalau seekor dua boleh tahan lagi, tetapi walau di asing, di kuarantin, jangkitan tetap ada. Tapi Alhamdulillah... mereka beransur sembuh. Cuma Abang Onchet sahaja yang tidak baik-baik. Sudah masuk 2 set ubat dia telah. Harap-harap akan sihat. =))

InsyaAllah. =))

Kredit : semua barang di beli di Dewi Petshop! =))





Wednesday, March 28, 2012

GemBira yanG HanyA sekeTika...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 7 kUs-kUs

Ahad lepas, 25 Mac 2012, sepupu perempuan saya mengadakan majlis sambut menantu perempuan di rumahnya. Sayangya saya tidak hadir kerana telah terlebih dahulu berjanji untuk hadir hari sukan si kakak Wani.

Balik sudah agak lewat dan kepenatan akibat berpanas di padang membuatkan kami memang tidak pergi walaupun emak sudah berkali-kali pesan, 'Singgah rumah Kak Ngah nanti.'

Waktu emak balik dengan tangan berlenggang saya bertanya 'Eh, Kak Ngah takde kirim nasi ke mak?' Atau orang kampung panggil 'berkat'.

'Tak de. Dia kata sudah habis. Tapi mak nampak orang lain dapat. Tak pe lah. Dia tak perasan agaknya.'

Saya agak hairan. Petangnya makcik saya yang bongsu juga bercakap perkara yang sama. 'Kak Ngah tak kirim pun. Selalu berpunjut-punjut dia bagi. Sampai terlebih-lebih.'

Malam tadi, sedang kami sekeluarga bermuzakarah di rumah, anak lelaki Kak Ngah datang menghulur beberapa beg plastik. 'Ada kenduri tadi. Ini emak kasi lauk dengan nasi'.

Saya bersuara kepada emak.
'Eh Kak Ngah ni. Kenduri tak jemput! Tiba-tiba lauk saja sampai. Macam tahu-tahu saja kita dok cakap pasal tak dapat 'berkat' kelmarin. Dan kami berpakat ketawa.

Tepat jam 11.30 pagi tadi sewaktu bekerja saya menerima panggilan dari Along.

'Kau tak pergi melawat ke?'

'Siapa?'

''Eh! Emak tak telefon beritahu?'

'Siapa??' Ulang saya.

'Kak Ngah dah takde. Meninggal pagi tadi dekat rumah. Jatuh.'

Seluruh badan saya rasa menggigil. Teketar-ketar. Rasa tidak percaya.

Innalillah.. Kak Ngah sudah tiada. Ketawa riang menerima menantu sulung sudah lenyap. Ya Allah...

Terasa hiba.. hiba dan hiba....
Menitis airmata namun saya tahu dan redha janji Allah S.W.T yang satu ini tetap pasti iaitu MATI!

Selamat jalan Kak Ngah..
Al-Fatihah!







Monday, March 26, 2012

Bila kuTu kucinG hanyA 'Purak-puraK' PenGsan!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 13 kUs-kUs
Sudah 'gila' mahu matikan kutu kucing yang semakin menjadi-jadi walaupun Frontline Spray telah di gunakan tetapi tetap 'tak jalan' juga.

3 minggu lepas bawa ke veterinar dan suntikan 3 serangkai di beri. Seperti biasa, kutu-kutu akan hilang sehari dua tetapi masuk hari ketiga mereka jelma kembali bagai tiada apa-apa yang terjadi.

Pura-pura pengsan untuk mengaburi mataku yang rabun ini????

Nah! Kali ini selepas jenama ubat kutu yang di gunakan tidak memberi kesan seperti yang di harapkan, seorang rakan mencadangkan menggunakan Advantage Cat.

Jumaat petang gotong royong titikkan ubat kutu jenis 'spot-on' ini di tengkuk dan kawasan-kawasan di syaki penempatan haram kutu-kutu jahanammmm!

Setakat hari ini, 'line clear'. Kita tengok lagi sehari dua, harap-harap kutu-kutu yang bermaharajalela di seluruh badan dan telinga akan terhapus selamanya. Keh keh keh keh...

Jangan berputus asa untuk mematikan kutu yang degil. Jika Jenama A tidak jalan, apa kata guna Jenama B. Atau C, D, E, F dan seterusnya???

=)))






Tuesday, February 14, 2012

BiLa kucinG PerGi berkELah... =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:28 AM 14 kUs-kUs










2 minggu lepas bawa Dak Omot berkelah di Pantai Bagain Pinang, Port Dickson. Pilih dia antara ramai-ramai sebab nampak dia lebih bersopan santun, mendengar kata dan tidak lorat macam yang lain. hahahaha...


Tidak dapat mahu bayang kalau bawa Dak Onchet. Takpe Onchet.. lain kalilah giliran kau itupun kau kena duduk dalam 'carrier' sajalah. He he he he...

Seperti di jangka Dak Omot memang tidak banyak karenah. Lepaskan saja pun beliau tidak ke mana melainkan mengkor saja. Kalau saya sakat dan bergerak sedikit demi sedikit pun dia akan ikut juga. Jalan pun takut-takut. =))


Lain kali bawa ramai sedikit... 4-5 ekor ke.. Ha ha ha..





Wednesday, February 01, 2012

Rumah KucinG : Alhamdulillah. Apa aDanya, Budak-Budak siLaLah TerimA. JanGan Banyak Bunyi. NasiB awaK ,Baik BanyAk BanDinG yanG Di Luar saNa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 20 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Setakat semalam halaman sudah siap di simen.
Ada beberapa perkara lagi yang perlu di baiki terutamanya jaring-jaring walaupun saya siap pasang kain rentang boleh juga budak-budak besar yang tak makan dek saman meloloskan diri. Panjat terus meloncat keluar lalu ruang sempit.

Dalam kepala macam yang ingin di buat tapi tidak dapat pula mahu di zahirkan atas kesuntukan masa dan keadaan yang sibuk dan kelam kabut. Jadi apa adanya sekarang ni, mahu di baiki sedikit demi sedikit.

Walaupun impian untuk lihat semuanya duduk satu tempat macam mustahil tapi InsyaAllah, kena pujuk yang sudah veteran-veteran ni supaya dapat terima hakikat, bilikku, bilikku jua, bilikmu ada, silalah pindah!! =))

Nak kena letak katil baru semua melekat dekat rumah bawah ni. Ha ha ha ha...

cc: Itam, Oghen, Tom, Onchet, Em, Acong, Omot, MeiMei, Milo, Dodo, Didi, Ompok, Nowy. SBK, Noname, GPV3 3 ekor, GPV4 4 ekor, KImo Jr dan satu lagi budak tiada nama. =)) Korang take noted dekat tapak kaki masing-masing!!!!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting