Tuesday, June 07, 2011

MereKa hanyALah KucinG JaLanaN YanG seDikiT BerunTunG. JikA kiTa TiDak BerTinDak, BaGaimanAkaH nasiB MerekA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM
Photobucket

Adakah yang mahu? Adakah yang sudi dan simpati?

Photobucket

Mengapa tidak? Kotor dan jijik? Warna tidak menarik?

Selalunya soalan yang sering di aju bila kita mahukan seekor kucing 'Cantik tak?' Mengapa jika tidak cantik? Mengapa jika berkudis, di penuhi kutu dan di hurungi lalat?

Saya pernah terasa dengan seorang rakan bila di katakan saya hanya memilih kucing yang cantik. Saya amat sensitif tentang itu. Kerana apa? Kerana saya bukan orangnya begitu. Yang cantik-cantik tiada dalam kamus hidup saya untuk memelihara seekor kucing.

Photobucket

Cantiknya sampai ke mana jika tidak di jaga? Cantiknya sampai ke mana jika tidak terbela?

Saya juga pernah di tanya 'Mengapa Geng Popia Versi Satu' tidak di buka untuk 'adoption'? Sebab mereka cantikkah? Saya sayang? Bukan. Jawapannya adalah kerana GPV1 adalah satu amanah untuk saya jaga. Sesiapa yang mengikuti blog saya tentu tahu asal usulnya SBK dan GPV1. Mana mungkin saya menyerahkan amanah yang telah di pertanggungjawabkan kepada saya. Tidak kisahlah dia cantik atau sebaliknya.

Photobucket

Saya memang memilih kucing jalanan. Mengapa?

Seorang jiran pernah berkata 'Eh! Banyaknya kucing!! Kau bela ke? Banyak kosnya ni. Baik kau bela kucing yang bulu lebat tu! Berbaloi!!!'

Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab. 'Semua orang nak bela kucing cantik, yang ni siapa nak jaga?'

Photobucket

Masing-masing punya citarasa. Citarasa saya lebih terarah kepada kucing jalanan dan terbiar begini. Mungkin kerana mereka lebih memerlukan perlindungan daripada kucing mahal yang ada di kedai. Jika tiada orang beli mereka masih dapat makan dan minum. Begaimana mereka di jalanan yang mempertaruhkan diri untuk terus hidup?

Photobucket

Bagaimana jika kurap dan sakit mereka tidak di rawat? Akan melaratkah? Akan membawa maut dan mati sia-sia?

Kitalah harapan mereka untuk mendapatkan kehidupan yang sedikit sempurna dari hari biasa. Salahkah kita berkongsi sedikit rezeki yang kita dapat dengan mereka? Akan jatuh mufliskah kita?

Photobucket

Jika mereka di jaga dengan baik mereka juga akan cantik sepertimana yang kita mahu. Ianya akan lebih berbaloi dan kita akan lebih menghargai. Kenapa? Kepuasannya lebih kerana kita menjaga mereka sedari mereka tidak mempunyai apa-apa sehingga mereka menjadi seperti hari ini.

Oh! Kenapa agak emosi menulis pasal kucing jalanan hari ini?

Genap 7 bulan Dak Onchet bersama saya hari ini. Masih terbayang gelak makcik gerai yang ketawa bila saya membawa si hitam legam ini pulang. Alhamdulillah.. Doa rakan-rakan pada hari pertama saya jumpa dia termakbul. Dia kini menjadi kucing sihat paling di sayangi!! =))

Semua model gambar kucing di atas adalah gambar pada hari pertama saya bertemu mereka. =))






14 kUs-kUs:

CT on June 7, 2011 at 8:09 AM said...

alahai..ciannya yg kurap tu..mesti gatalkan...

meowwmania on June 7, 2011 at 8:17 AM said...

syukur alhamduillah...mmg satu kepuasan bila melihat mereka yg satu ketika dahulu sgt menyedihkan keadaannya

mungkin mereka tidak tahu hanya kami di kalangan pencinta haiwan yang amat mengerti perasaan itu

smoga kita semua diberi kekuatan dan kecekalan untk terus melakukan apa yang kita lakukan ;)

GtHans on June 7, 2011 at 8:44 AM said...

mmg biasa org cakap camtu Tedi..pengalaman sendiri..kawan cakap aper laa beria bela kucen bebyk..bukan untung pun..

kita mmg tak pilih rupa pun..cantik atau tak tetap suka..tetap sayang..mmg tak peduli walau ader juga terasa ngan kata2 kawan sendiri..

RaFFLeSiA MeRaH on June 7, 2011 at 11:27 AM said...

mintak tuan blog bagi email kat sy boleh?? apepun sy ni salah sorg pencinta kucing....

Angah on June 7, 2011 at 11:42 AM said...

jika berniat baik utk membela kucing terbiar ni, teruskan niat suci itu, jgn peduli kata-kata orang..

belogkiter on June 7, 2011 at 2:01 PM said...

sedihlah.. kesian tengok diorang

ery D cat on June 7, 2011 at 3:02 PM said...

salam..
sy setuju sgt2..biar org gelakkan kt..tp niat kt btl nak beri perlindungan pd mereka...syukur anda tau tanggungjwb anda pd mereka...:)

Anonymous said...

Have u see Moris kucing mix persian yg bergelandangan kat apartment dan mau di buang oleh management tu? Masa mula2 jumpa dan post gambar dia, akak kat opis ni terus berkenan nak adopt. I told her lepas deworm dan vaksin baru dia akan dilepaskan pada akak tu. Tup2 bebaru ni terdengar perbualan dia dengan opismet lain "mau kawenkan si Moris dengan kucing i DSLH tu.. anak2nya mesti cantik", terus tak sedap hati.. Sedangkan dia tau prinsip i tentang pemandulan.

So lepas bawak ke vet aritu, i bgtau akak tu. "Kak, kucing ni tak boleh digunakan sebahai kucing baka. Dia perlu dimandulkan"

"Kenapa?"

"Sbb dia dah berumur 4-5 tahun dan tak layak beranak lagi."

Terus muka akak tu berubah sambil menjawab, "ohhh kucing tua" dengan wajah sangat hampa.

Tak tau camne nak gambarkan perasaan i. Si Moris yg cantik tak mau diterima keluarga baru sbb dia kucing tua kah? Atau sbb tak boleh beranak? Tapi dia cantik!

Tak rugi pun jika kau tak mau.. sbb Moris akan kerumah yg lebih baik dan yg menerima dia seadanya..

d0tbl0gsp0td0tk0m on June 7, 2011 at 4:34 PM said...

biasa le.... manusia nih.. seme nak yang cantik2... nak yang comel... tak mau nye fasha sanda... seme nak lisa surihani ..... ehhh apa kene ngene plak dengan depa tu..huhuhu

Shaz Alina on June 7, 2011 at 7:31 PM said...

dah faham sgt daahhh reaksi n ckp² mulut org² yg mcm tu tedi... huuu~

ape²pun, teruskan je usaha murni anda sbb masih ramai yg menyokong dr belakang... =))

Anonymous said...

hobi suami saya suka bwk balik rumah kucing terbiar yang sakit dan dia rawat.selalu bwk balik anak2 kucing yang terbiar kerana selalu suami saya fikir anak2 kucing nie nak makan apa la kalau kecik2 dah buang sbb kdg2 ada yg nak emak saja anak pi buang...

MujahidahIslamiyah (Nurul Iman_Pedang Islam//Amelia) on June 24, 2011 at 6:54 PM said...

Slmt kak tedi..ssguhnya org yg mngasihani haiwn2 ni,blsnnya adlh syurga... insyaAllah,psti kucing2 ini akn bntu kak tedi di akhirat nt sbgai blsn akq penh mnjaganya...

Aily on September 12, 2011 at 10:29 AM said...

setuju...slalu sgt org pandang yg cantik je..
teringat masa first jumpa my babies kat tong sampah tepi jalan..umur 3 bulan..kurus..comot..fleas, worms segala..but it was love at first sight..
semua org ckp diorg x cantik..even my family. kecik ati je rasa..
skang ni..da fluffy, gemuk, cantik, sihat..semua sayang..hmm...
my vet kata "they don't look like strays at all,they look expensive and exotic!" pergh..bangga je ati mummy die neh bila anak2 kene puji..=)

sinar on January 24, 2012 at 9:12 PM said...

Salam yg empunye blog. Mmg x ramai yg sudi membela nasib kucing kurap yg buruk warna rupa..saya akui sbb saya salah seorang dr mrk tp saya mmg syg kucing cuma yg cantik je bwk balik itu pun tmp terhad. Saya kagum dengan sikap anda semoga dimurahkan rezeki oleh Allah swt. Sedih pn ada dalam dunia ni masih ada orang yg berhati mulia mcm anda.Doakan agar saya mendapat tender runcit yg renovate x siap2 dlm TUDM ni dan dapat menyumbang kpd anda walau x banyak dpt la jg kucing2 tu merasa..insyaallah.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting