Wednesday, June 22, 2011

BiLa akU BuaT 'enTry' nI, PasTi aDa yanG cakaP ' Kau saJaLah yanG sayanGkaN kUcinG!! OranG LaIn TaK!' : seJaUh manakAh niLai kasIh sayanG iTu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:46 PM
Photobucket


Photobucket

Seronoknya dia bercerita tentang 4 ekor kucing dia yang mati di baham anjing. Memang cari nahas kucing itu masuk rumah berpagar yang ada anjing.

Apa masalahnya pada aku hal ini? Mungkin tiada pada kamu. Tapi aku ada alasan sendiri mengapa ianya aku katakan bukan isu remeh yang boleh di jadikan bahan lawak atau sindiran?

Jika semua tuan kucing seperti tuan kucing di atas. Amat malanglah kucing beliau. Tidak belajar dari pengalaman. Bukan satu dan bukan dua. Tapi empat ekor sudah di baham anjing dalam masa yang berlainan.

Mahu salahkan anjing? Anjing yang salah sebab di jadikan lebih rakus dan garang dari kucing?? Mahu salahkan ajing sebab gigit dan makan sampai berdarah-darah? Gila ke apa mahu salahkan anjing!

Mahu salahkan kucing? Kucing yang salah sebab curi-curi masuk rumah orang? Kucing yang salah sebab tersilap masuk rumah yang ada anjing garang? Gila ke juga kalau jawapannya ini.

Kita yang ada akal ini patut berfikir lebih. 'Kucing aku seekor sudah mati di gigit anjing. Apa perlu aku lakukah??"

Itu yang sepatutnya. Fikir. Cari jalan. Apa mahu di lakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Kalau sudah 4 ekor jadi mangsa, kamu rasa mereka berfikirkah? Mereka cari jalan penyelesaian bagi mengelakkan ianya berulang lagi?

Suka kucing bukan bermakna kamu sayang kucing. Suka waktu kucing cantik, comel dan manja. Bila sebaliknya sudah jadi tidak suka.

Sayang kucing. Kamu akan jaga kebajikan kucing tersebut kerana kamu sayang kucing. Kamu tidak mahu apa-apa berlaku kepada kucing kesayangan kamu hatta dia sakit pun kamu akan turut berasa sakit.

Jaga kebajikan kucing kamu. Itu yang aku selalu tekankan. Jaga kucing bukan hanya sekadar bagi makan bila mereka lapar. Bukan hanya sekadar di gomol bila cantik.

Jika persekitaran mendatangkan bahaya, kurung kucing kamu. Hadkan pergerakannya. Pantau selalu di mana beliau berada.

Tolonglah.. Satukan perasaan suka dan sayang agar ianya dapat menjamin kesejahteraan kucing sampai akhir usia mereka....





13 kUs-kUs:

KittyWorld on June 22, 2011 at 11:43 AM said...

huhuhu...sakit hati baca!!
nak jaga kucing betul2 la..:(

Azmira Yusof on June 22, 2011 at 11:55 AM said...

Ya allah , Tuan nya berakal . kucing tak berakal . spptnye tuanya tau lah .. langkah2 dr dibaham anjing ....

alhamdulillah taman perumahan mira takde anjing ...

walapun jiran2 ade 3 rumah cina

Unknown on June 22, 2011 at 12:31 PM said...

Kesian dekat kucing tu.. :(

NOR HAYATI PUTRI on June 22, 2011 at 12:31 PM said...

saya sakit hati n sedih....ada org yang betul2 x prihatin macam tu dalam dunia ni.....kejam....

Suara Kalbu on June 22, 2011 at 12:35 PM said...

Setuju dengan kamu Tedi. Kita yang ada akal perlu berfikir ..bukan setakat bela dan bagi makan sahaja sudah dikira sayangkan kucing

umi_e on June 22, 2011 at 1:11 PM said...

Kak e jadi emo bila baca entri ni...

*Macam manalah tuan kucing tu tak rasa risau dan seriau fikirkan kalau2 kucing dia termasuk rumah yang ada anjing tu??? Kak e kalau ada di rumah, anak2 bulu bermain di luar, mesti tunggu tepi pagar sebab takut kereta lalu dan tak nampak mereka bermain... Kalau kereta nampak laju, cepat2 kak e meluru dan pastikan kereta perlahan atau berhenti di situ! Jantung ni laju je berdegup kalau anak2 bulu keluar rumah...

**Harap tuan kucing tu ada perasaan 'risau' dan 'seriau' terhadap anak2 bulu mereka...

Anonymous said...

Rasa marah pada org yang dengan 'senang hati' memaklumkan 'kucing saya mati lagi...'. Memang tak ada perasaan. Suka kucing berbeza dari sayang kucing.Kamus DBP menyatakan:
suka - perasaan girang dalam hati;
sayang - mengasihi, kasihan, berasa belas.
Saya rasa perempuan yang dimaksudkan ini TIDAK SAYANG kucing. Senang kata 'akal dia memang kurang' @ B@#%$!!

Susleen said...

People need to understand anjing dgn kucing adalah dua jenis haiwan yg berbeza dari segi character mereka. Anjing is a loyal pet, whereby it works in the best interest of it's owner, ie protecting the owner and their property. It's role as a pet is being responsible towards the owner. Bak kata org you jatuh miskin pun your dogs still want to be with you. That's the nature of a dog loyal. However cats being cats forever degil, they love to assume the grass is greener at the other end, the love to trespass other homes.This is how they get themselves into trouble actually. Curiosity killed the cat as they say. For that reason we need to work to protect our pet cats, dlm negara kita sekrg ni kalau bukan anjing yg gigit kucing pun ada byk budak budak yg gila yg suka baling batu and tedang kucing yg mereka nampak sbb parents mereka tak de masa nak ajar moral to their kids, beranak and forget. For all these reasons and many more , we need to protect our cats and don't blame situation if our cat went and look for trouble. Best to keep them safe, is btr to be safe thean sorry :)

Anonymous said...

bengongla,dhla cr announce kematian kucing cam nak buat lawak pulak.

Dulu pernah kawasan umah saya dimasuki ular dan sekor anak kucing kena belit sampai mati.tp tak dpt telan coz kitorang suluhkan lampu kat ular tu,dan ular tu lari.x sampai hati nak biar kucing yg kita sayang tu ditelan depan mata,hilang.nak mati pun biarla kita boleh tanam dan buat kubur.sebelum tu sorg dah ilang tak balik2,so lepas kejadian tu dah agak rasanye mungkin kena makan ular tu yang tak balik2.

Lepas tu mmg terus kucing2 tak dilepaskan kecuali waktu petang bg dia main kt laman,itupun ada pengawasan.liang2 pagar yang terbuka semua ditutup,seal habis sampaikan kira orang dari luar pun xleh nampak kawasan rumah.tiap2 bulan smpai sekarang sekali akan tabur belerang dan garam kasar utk elak ular dari selinap masuk,ikut petua.

Saya ada berbelas,baru sorang je mati depan mata camtu rumah dh rupa penjara.yang org buat status ni dr gayanye dulu2 pun kucing mati pasal anjing,cam bior je..mmg takyah bela kucing la mcm tu.

Geram pulak..haih


mas at

Miss b on June 22, 2011 at 2:37 PM said...

kucing sy x bole dikurung. mesti die mengamuk. kasihan dkt die bg jgk die keluar. tp alhamdulilah kwsn umah sy melayu tiada anjing. takot jgk ade anjing sesat. malam2 pon selalu ada musang. tp malam biasa die da masuk dalam rumah.

Cat-from-Sydney on June 22, 2011 at 5:43 PM said...

Aunty tEdi,
I'm speechless. Orang macam ni patut diharamkan dari bela kucing atau apa-apa binatang peliharaan. *sad*

meowwmania on June 22, 2011 at 7:09 PM said...

tak tahu nak cakap apa...geram, sedih, marah

kalau dah bela, bela lah betul-betul jgn sambil lewa je..

sedih :(

Anonymous said...

baru2 ni kucing saya digigit hanjing durjana...akibatnya en.gotut kakinya tempang sebelah kiri..sayu tengok bila dia jalan dan berlari badan dah senget2...
akhirnya kerana fobia..saya sanggup berabis duit menukarkan pondok bunga kesayangan menjadi rumah kucing yg sangat selesa..
Alhamdulilah..sekarang dapat tidur lena setiap malam...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting