GPV2 ( 1 )
Jantina : Jantan
GPV2 ( 2 )
Jantina : Betina
GPV2 ( 3 )
Jantina : Jantan
Lokasi : Bandaraya Melaka Bersejarah.
Umur : 3 bulan
Vaksin : Belum
Dewormed : Sudah
Makanan : Blackwood kitten
Puas saya menjaga dan memerhati. Begitu teliti sekali.
Tapi tuhan juga yang menentukan. Ibu GPV2 tengah sarat bunting. Saya perasan perutnya semakin membuncit sejak anaknya belum cerai susu lagi. Apakah saya begitu lewat? Saya sudah berkira-kira untuk mengembirinya bila anaknya sudah pandai makan sendiri. Tapi??
Siapa punya angkara? Dak Itam? Budak SPM? Aduhai!
Saya buka adoption untuk anak-anaknya sahaja. Saya tidak menggalakkan mereka yang tidak mempunyai kucing untuk ambil seekor. Mereka sudah biasa beramai-ramai bermain.
Sesi temuduga akan di jalankan. Ini bukan sesi 'kepochi'.Saya mahu tahu latar belakang adopter bagi menjamin kebajikan kucing yang akan di adopt.
Kucing hanya akan di serah bila emaknya selamat bersalin. Kerana apa? Mereka anak beranak sangat akrab. Saya tidak mahu ibunya rasa kehilangan.
Berminat dan mahu berbakti menjaga mereka? Emel saya di mylosermind@yahoo.com
Lain-lain gambar boleh di lihat di Facebook di bawa laber GPV Dua.
=))
5 kUs-kUs:
bunting lagi... nampaknya lepas ni, cukup anak dia umur sebulan lebih, dah boleh bagi zasss. wp anak masih menyusu :( tapi demi mengelak kehamilan tak dirancang, terpaksalah begitu.
alahai, comelnye... sukernye tgk...
alaa.... sayangny.... nasib baik kucign aku tu dh smpat aku kembiri... kalau bunting lg mmg terpaksa adopt juga anak2 dia yg 3 ekor tu...
mula2 mmg ingat nk bg kat org anak2 dia... tp x sampai hati sebab tgk dia dan anak2 dia amat rapat... so dh pujuk mak abah aku... alhamdulillah diorang sanggup jaga... yahooo...
bila sy bc entry ni sy dh risau puma ngn bb belum cerai susu tkt jgk nnti dia dh pregnnt
mudah2an ada yg terbuka hatinya nak adopt budak2 kenit nie..
Post a Comment