Rindu. Sudah 5 bulan tidak bertemu sejak di masukkan ke Hospital Pakar ACER. Baru semalam bertentang mata. Alhamdulillah. Sakit lama sudah sembuh tapi timbul pula sakit baru. Papan kekunci yang separuhnya tidak berfungsi. Apakah?
Tag pesakit yang di pakai.
Bil sudah di ketahui. Oh! Oh! Oh! Lemak siapa lagi yang ingin aku jual selepas ini. Pakcik Oghen? Tidak sampai hati. Bilnya kalah sedikit dari bil rawatan Pakcik Oghen. Kurang beberapa puluh sahaja. Aduhai.... Apakan daya. Tiada pilihan.
Sabtu baru boleh keluar wad. Sediakan saja bayarannya. Ada 3 hari untuk mengikis saki baki lemak perut Dak Onchet. Ha ha ha ha...
3 kUs-kUs:
laptop compaq saya dah tersadai tak terbela... nak g repair 500 tak kurang.. keybod kadang2 boleh guna kadang2 tak boleh.. mula 2 nak on susah.. sekarang nak on pun tak boleh!
sabo jela.. incik acer saya ni lagi la..nak kne g centre servis sbb web cam prob.huhu
rasanya cik ted perlu kikis lemak dak oghen utk mula menabung beli yg baru. rasanya acer mmg byk masalah. akak dulu pun guna acer. memula ram rosak. pastu h/disk. pastu h/disk lagi. xtahan asyik masuk spital je. kumpul sket2, beli yg lain pulak.
Post a Comment