Semalam balik sahaja menghadiri peperiksaan BITK, terus bawa GPV 1 dan GPV2 berserta Dak Tom ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Jasin .
GPV 1 sudah berumur 3 bulan setengah dan sedang elok untuk di vaksin. Dak Tom juga berada dalam kondisisi baik berbanding sebelum ini yang asyik selesema. Kelima-lima mereka di beri suntikan vaksin kali pertama.
Dak Onchet dan Dam Em sudah vaksin kali kedua.
Adakah kamu membawa kucing kamu ke klinik haiwan untuk di vaksin? Apa tujuan vaksinasi ini?
Perlu di ketahui bahawa walaupun kucing kamu di vaksin, mereka masih terdedah kepada penyakit. Maksudnya vaksinasi ini tidak melindungi sepenuhnya kucing kamu dari penyakit tetapi ianya dapat mengurangkan potensi mereka di jangkiti penyakit.
Di JPV ini saya hanya perlu membayar RM 15.00 untuk seekor kucing. Berbanding dengan klinik swasta ada yang mencecah sehingga RM 35 .00 hingga RM 40.00 untuk seekor kucing.
Kamu akan di bekalkan kad seperti ini dan tarikh temujanji seterusnya akan di nyatakan di dalam kad.
Bertindaklah sekarang!
14 kUs-kUs:
harap-harap klinik haiwan dekat kuala selangor nie ada vaksin akan datang..senang nak bawak..dekat je dgn rumah..murah pon murah... =))
Kucing akak pun sekarang antar kat Jabatan Veterinar Kerajaan... nak pergi swasta lebih mahal dari duit ubat kita
kt perak ni.. gov pon 20+.. huhuhu
knp gov vet kt kl mahal..35rgt..cmne kalu owner yg ade kucing byk2 nk bwk p vaksin..sedey tauu :(
- chulakitty -
a'ah kan... x tpikir plak sy nak gi anta bebudak ni vaksin kat gov vet... bajet mcm byk duit plak bunyi... adehhh! *sambil tepuk dahi laju²... huhu*
zu skrg pun guna swasta punya..sgla ubat g sana...mmg mahal kosnya...
Ni JPV mane eh?bg alamat blh x.sy ad 5 ekor kitten..kopak ler kalau smua nkp anata swasta...sypon stdent lg..huhu..blh tlg x bgtau
macam mana kite nk tau kucing tu dah vaksin atau belum tanpa rujuk doc haiwan??
anon 12 disember.
vaksin hanya valid 1 tahun dari last kucin di suntik.
vet akan beri kad.
kalau kucing anda ambil dari jalanan,
confirm dia belum di vaksin.
\kalau adopt dari rakan, minta kad vaksin dari beliau
Sekarang vaksin vet kerajaan rm30 sekor..
Kucing saya kaki bengkak n dia demam..boleh x bwk g JPV ni???
Anon 25 mac, di JPV Jasin, masih RM15 seekor. :))
anon 5 april : Boleh, InsyaAllah.
berapa usia permulaan anak kucing yg sesuai divaksin ye? kucing sya banyak dah mati :'(
Kucing saya ada kudis dekat buah dia..dia dh disunat dlm bulan 7 lps. Dah bwk klinik dekat umah sy ni tp makin besar luka dia.
Post a Comment