Friday, December 12, 2014

rEsEPi aPam SusU

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:31 PM 38 kUs-kUs
Assalammualaikum
Ini hasil  pertama kali buat resepi ini.
Itupun setelah di desak dek anak-anak sedara yang bukan 
main ghairah nak buat kek warna-warni katanya.

Ini resepinya. Ambil dari sini. 

Bahan-bahannya:
1) 4 biji telur.
2) 1 sudu teh esen vanilla
3) 1 sudu besar ovalate
4) 1 cawan gula pasir
5) 4 sudu besar susu pekat
6) 2 cawan tepung gandum
7) Pewarna ikut suka
Cara-caranya:
 
- No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang.
- Selepas itu masukkan tepung dan gaul sebati di dalam mangkuk adunan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan kut suka
- Selang selikan tuang masuk ke dalam acuan loyang. *acuan di sapu mentega atau minyak
- Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit hingga masak..



 Ovalett.
=))

Saya hanya bakar. Tidak kukus. Hasilnya tetap gebu.
=))



Saturday, November 29, 2014

#throwback : Geng Popia Versi Satu. 24.02.2011-29.11.2014

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 45 kUs-kUs
Assalammualaikum.
Ingat Geng Popia saya?
 
Dari berempat. Kini tinggal 2 sahaja.

Omel hilang tanpa khabar pada usia kurang lebih 6 bulan.
Acong juga hilang begitu sahaja pada usia kurang lebih 2 tahun.
Tinggalah Omot dan MeiMei sahaja.

Omot masa bayi. ( bayi tak boleh belah!!)

Inilah wajah-wajah terkini dan boroi mereka.
=))




Alhamdulillah.


Friday, November 28, 2014

Tempat Menarik Di Melaka : Bayou Lagoon Park Resort Theme Park

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:00 PM 1 kUs-kUs
Assalammualaikum.

Baru sedar diri orang Melaka. =))
Akhir-akhir ni, banyak carian tentang taman tema di Melaka.
Selain di A Famosa Resort di Alor Gajah dan Melaka Wonderland Theme Park di Ayer Keroh, satu lagi tempat santai 
yang boleh anda kunjungi adalah Bayou Lagoon Park Resort Theme Park di Bukit Katil.
Selain Taman Tema yang ringkas ianya juga menyediakan resort atau hotel untuk bermalam.

Hah! Walaupun Bayou Lagoon hanya sekangkang kera dari rumah, saya juga pernah bermalam di sini. Baca review yang agak negatif tentang Bayou Lagoon, tapi bila duduk semalam di sini, Alhamdulillah. Saya tidak mengalami apa-apa layanan negatif seperti yang di war-warkan. Semuanya baik kecuali saya bernasib malang kerana tergolek 'dog' dan retak kaki. Di akui ianya adalah kesalahan diri sendiri yang menuruni tangga dengan berpakaian basah. Nasiblah!

Yang paling seronok adalah taman tema. Walaupun ringkas tidak seperti di Melaka Wonderland, tapi ianya sudah cukup seronok buat kanak-kanak ribena berendam dari pagi sampai Maghrib.
Pantang ada nampak banner promosi kedatangan Upin &Ipin, Boboi Boy ke apa ke, hah!! Dah di paunya kita beli tiket. RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.


Tapi!!!! Groupon masih buka tiket diskaun untuk Bayou Lagoon Theme Park.
RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanan 12 tahun dan ke bawah.
Sila klik laman Groupon

Tanpa menginap di hotel juga anda boleh hanya ke taman tema air mereka.
Bayou Lagoon Park Resort,
Lot 45, Jalan Wakaf Utama
 Bukit Katil Melaka 75450

Selamat datang ke Bandaraya Melaka Bersejarah!

Thursday, November 27, 2014

anTara Rainbow Cake, FrozeN Cake dan 'Rambut KerintinG cAke.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 1 kUs-kUs
Assalammualaikum wbt.

Ini cerita hari lahir ke 7 Si Kakak.
Buat kecil-kecillah di rumah. Jemput jiran dekat-dekat sahaja.
Selasa malam 25 November. 


 
Selepas buat bacaan Yassin, Tahlil dan Doa, acara makan-makan bermula.
Emak goreng bihun dan buat nasi lemak.
 
Si kakaklah yang paling 'happy' sangat-sangat. Dapat kek 3 biji.
Rainbow Cake Mak Lang dan Busu 'sponsor'.
Frozen Cake Ayah  sponsor'.
Rambut Kerinting Cake Pak Ngah sponsor.
Habis nafas tiup lilin.
 Si Adik mahu tolong pun habis di marahnya.
'Semua kek kakak. Kakaklah yang tiup'
Sampai merajuk dan menangis si Adik tak dapat tiup lilin sama-sama.
Di tonyohnya kek Si Kakak. Geram!
 
 
 
 
Tahun ini memang tiada hadiah seperti tahun-tahun lepas.
Tapi Mak Lang akan bagi hadiah yang sangat 'besar' untuk Si Kakak. 
Selain sebab hari lahir pada 25 November 2014, sebab kakak dapat nombor 2 dalam kelas 1 Pandai, ada hadiah istimewa yang akan di kotakan untuk Si Kakak.
Hadiah istimewa apa?
Tunggulah.

Untuk menambahkan keceriaan si Kakak, ada kotak sederhana besar gambar Teddy Bear untuknya. Dalamnya di isi segala mak nenek alat tulis. Semuanya untuk kegunaan tahun depan ya.
Kakak suka sangat hilangkan alat tulis
Satu minggu 2-3 batang pensil yang di guna.
Lepas ni boleh suruh Ayah buka kilang pensil.
 
Selamat Hari Lahir yang Ke 7 tahun Kakak.
Jadi anak yang baik.
InsyaAllah.



 
 

Saturday, November 22, 2014

ResePi Cheese Tart : SaiZ RasaKsa UntuK yang PemaLeh macaM sayA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 5 kUs-kUs
Assalammualaikum.

Kanak-kanak dalam rumah ni memang suka dengan cheese. 
Jangan cakap kanak-kanak, mak kepada kanak-kanak pun lebih loratnya.
Cheese Tart, cheese cake, red velvet.
Semua jenis kek yang ada cheese, mereka suruh buat.
Sedap ke tak sedap, perkara kedua.
Ha ha ha ha

Kalau buat makaroni, suka bakar dan tabur cheese.
Cheese cheese dan cheese.

Cheese Tart ni lebih berbaloi kalau buat sendiri.
Kalau beli memang hazab harga dia.
25pcs dah dekat RM35. Itu pun saiz yang comel-comel tu.
Rasa nak masukkan saja 2-3 ketul sekaligus.
25pcs satu family memang tak cukup.
Celah gigi saja. 
Kalau beli 'shell tart' pun mahal sangat.
100pcs RM35.
Bagi saya dengan  RM 35 tu boleh buat 1000pcs shell tart. Ha ha ha

Jadi, mari kita buat sendiri.
Mudah sangat.

Saya buat cheese tart ikut resepi di sini.
Siap ada step by step lagi.
Mudah nak ikut.
Shell tart dia pun mudah dan sedap.





Hah!! Apa lagi. Hujung-hujung minggu ni, jom 'membakau'!!


Thursday, November 20, 2014

KenaPa OLaf maTi??? Dia Tak kenaL aDik daH kE??? Sobb sobb sobbb

cOrat cOret Oleh : myQza pada 3:29 PM 4 kUs-kUs
Assalammualaikum.

Kali terakhir saya bawa kucing untuk di kembiri adalah pada bulan Disember 2013. Bawa Dak Abi. Selepas hampir setahun, semalam bawa lagi 5 ekor hero pula.

Seperti yang di war-war dalam entry sebelum ini, peserta yangterlibat ialah :
Olaf
Popo
Pak Abu
Adik Jr 1
Adik Jr2

Kali ini saya bawa ke Dr Jeya di Klinik Haiwan Melaka, Taman Sinn, Ujung Pasir, Melaka.
Jika tidak jumpa, boleh whatsapp saya untuk saya tunjukkan lokasinya.
Saya sangat-sangat mencadangkan kepada rakan-rakan yang mempunyai bajet terhad untuk rawatan atau kembiri haiwan anda, bawa ke klinik ini.

 

Olaf dan Adik Jr 1 yang masih fengsaaannn...
Si Adik bila tengok Olaf begini, terus menangis.
'Kenapa Olaf mati?'
Kenapa itu kenapa ini.
Ha ha ha ha

Bila sudah sedar.
'Tadi Olaf mati, dah hidup balik. Popo pun dah hidup. Pak ABu mati lagi belum hidup.'
Aiyoooo anakkk.....



Pembantu yang tak boleh pakai. Baru angkat 'carrier' sekejap dah penat. Pemalehhh.

Mengapa saya mengembiri kucing?
Tidak berdosa?
Tidak zalim?

Ini jawapan saya bagi pihak diri sendiri.
Saya mempunyai lebih daripada 30ekor kucing.
98% daripadanya adalah kucing yang di pungut di jalanan. Yang di sepak dan di buat mainan anak-anak kerana mereka kecil, kotor dan busuk.
Berkurap dan ada yang luka sana sini.
Mereka terseksa di jalanan.

Bila di bantu, di beri sedikit kehidupan yang baik, itu sudah cukup mengembirakan mereka.
Saya tahu had kemampuan saya. Membiarkan kucing saya beranak pinak. tidak terjaga, di luar kawalan, membiak hingga beratus ekor, berak sana sini, mendatangkan kemarahan jiran tetangga.
Jadi, di mana kebaikan niat kamu mahu menjaga kucing sebaik mungkin?
Semuanya akan jadi huru hara, tidak terurus, kucing berpenyakit, bergaduh sesama sendiri.
Muhasabah diri. membantu ada had.
Ikut kemampuan.
Yang penting kualiti, bukan kuantiti.

Jika saya menganiaya kucing, di tangkap, di denda dan di penjara..
Siapa yang mahu jamin...????
Yang lebih penting, 
Siapa yang mahu menjaga kucing-kucing saya?
Opssss!!



Thursday, November 13, 2014

ToPLife : Susu unTuk KucinG. Ibu aTau anAk?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:30 AM 0 kUs-kUs

Assalammualaikum.

Susu kucing yang bagi saya baru bersuai kenal.
Sebelum ini popular dengan brand Pets Own Milk.
Sekarang kotak merah jambu jadi pilihan.
Mudah.
Jika guna separuh boleh tutup kotak.
Jika Pets Own Milk, gunting di hujung, terbuka, susah pula mahu simpan.

Susu ini saya guna bukan untuk anak kucing. Tapi emaknya. Bukan main suka dia
minum. Anak kucing pula lebih berzat dapat susu badan dari ibu terus. Hah! Kira susu Toplife dapat tambahkan susu ibu yang sedia ada.
Hik hik hik. Betullah kan?

Jika anda di Melaka atau mana-mana negeri dalam Malaysia ni yang mahu dapatkan susu untuk kucing brand Toplife, boleh terus whatsapp 014 6280901.
Harga boleh bincang.
Jangan tinggal komen dekat sini ya? Selalu terlepas pandang.
=))

Terima kasih.

Wednesday, November 12, 2014

Cek NuFFnanG samPai Jua. Rezeki Budak-Budak yang inGin Di Kembiri MinGGu DePan.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:58 PM 3 kUs-kUs

Assalammualaikum.
Lama betul tak tengok cek Nuffnang secara 'live'.
hik hik hik...

Alhamdulillah.
Ada juga buat tambah-tambah untuk anak-anak bulus yang dah akil baligh.
Minggu depan sudah siap temujanji dengan Klinik Haiwan Melaka. Mahu kembiri 5 ekor jantan. 

Pak Abu
Popo
Olaf

Bulan lepas gaji dapat awal.
Sekarang dah kering poket.
Nasib baik ada Poket Doreamon yang hulur cek Nuffnang ni.
=))

Alhamdulillah..
=))

 



Monday, November 03, 2014

Cer tEka, aDa BeraPa ekOr kucinG DaLam 'GamBau??'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:15 PM 1 kUs-kUs

Berapa ekor kucing?
=))

 


                       
 

Thursday, October 30, 2014

Tahi Cicak!! SemuA DapaT sAmA rATA .. JanGan IrI HaTi..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM 3 kUs-kUs
Assalammualaikum.
Lama tidak update pasal kucing-kucing.
Sekarang ada Rumah Epal dan Rumah Anggur.

Ini Si Ibu Putih.
Kucing yang di buang di Rumah Anggur.
Berbadan dua.
Cukup syarat memberanakkan 4 ekor 'anak cicak' pada 4 Oktober 2014.
Petang mantai Aidiladha...
Ada yang macam cicak, ada yang separuh siap cicak, ada juga cicak yang dah habis dakwat. =))

Tadaaaaaaaa...

Gangster yang akan menggegarkan Rumah Anngur.. =))



Cari mana yang macam dakwat hampir habis?


Syurga di bawah telapak kaki ibu

Minum time!!

Apa pandang-pandang? Ada hutang?


Tak terfikir nak letak for adoption.
Cukup syarat kembirikan.
Biarlah dia lepas bebas dekat Rumah Anggur.

Moral of the story.
'Awak buang kucing bila kucing ni bunting. Salah siapa? Kucing yang tiada akal atau awak yang berotak dan berakal? Siapa yang lebih kebinatangan? Kucing atau awak..? Jumpalah kucing ni dekat Padang Masyar nanti. Jawablah soalan dia. Kenapa dia hanya di sayang waktu kecil dan comel dan di buang bila bunting?. Cari saya juga nanti . Saya ingin bertanya, semasa awak buang kucing bunting ni di rumah saya, awak letak otak dan akal awak di mana? Saya tahu jawapannya.. 'Waktu itu, Akal dan Otak saya bergaduh, tidak dapat berhubung dengan sepenuhnya... "

Wallahulam....


Wednesday, October 15, 2014

Cat Hammock : Buai laju Laju samPai CuCur AtaP. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:26 AM 1 kUs-kUs



Assalammualaikum.

Cat Hammock.
Untuk kucing ya.
Bukan manusia.
Jangan nak mengada-ngada korang nak masuk dalam hammock tu.

Kucing-kucing tidak di jual ya.
Mati kena sembelih I dengan Cik Nerq Leman nanti.
Gambau gambau kredit pada Cik Nerq Leman dan kucing-kucingnya.

RM10 /pc = RM6 pos laju.
Nak COD boleh saja di Melaka.
InsyaAllah.
Call/Whatsapp/SmS : 014 6280901.

Kalau nak beli dalam kuantiti banyak, InsyaAllah ada diskaun harga.

Terima kasih.
=)))













CAtniP PiLLow : UntuK BuaT kucinG anDa BaGai di Rasuk!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:15 AM 2 kUs-kUs
Hah!!
Uolsss pernah dengar tak pasal catnip.Uolss yang ada kucing ya? Kalau uolss ada bela arnab, namanya jadi rabbitnip. Eh! Tak! Tipu je. Matilah kena maki dengan pemilik arnab nanti.

Uols boleh google apa itu catnip atau pokok kucing galak.
Memang sangat-sangat menggalakkan jika di berikan kepada kucing anda.
Macam 'mabokk todi' gitu!!

Untuk memudahkan anda dari menanam atau masuk hutan cari pokok galak kucing ini, hah!! Mari rapat!! Mari rapat!! Ada barang baik punyaaaa!! 

Catnip Pillow yang comel.
Ini bukan bantal untuk kucing tidur semata-sama. Tapi ianya adalah bantal 'handmade' yang telah di isikan serbuk catnip di dalamnya.

Meh! Tepek sikit gambar budak-budak yang sudah mengadap catnip pillow ni tanpa hiraukan keadaan sekeliling!!

 photo cp3_zpsea0b55d6.jpg

 photo cp4_zps18708ca2.jpg

Lain-lain gambar 'kucing yang di rasuk' boleh klik link Catnip Pillow ya.

Untuk pembelian :

1pc RM6
+pos laju RM6 ( 1-10pcs) ( untuk semenanjung)
atau 
RM10 postage untuk pembelian 11pcs dan ke atas untuk seluruh semenanjung , Sabah dan Sarawak.

Kalau sesiapa yang nak beli pukal pun boleh.
Harga menarik untuk pembelian yang banyak..

Boleh emel myqza244@gmail.com untuk pembelian dan sebarang pertanyaan.
Terima kasih.













Wednesday, July 02, 2014

Petshop Di Melaka. Kedai Haiwan Di Melaka. Kekedai Kucing Sahaja. Harimau Tiada!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM 6 kUs-kUs
Petshop di Melaka.
Petshop di Melaka.
Petshop di Melaka.
 Petshop di Melaka.
Petshop di Melaka.

Hanya 'home based'.
Ayat 'petshop' saja 'bakau line'.
He he he he

Kalau ada bela kucing.
Kucing saja.
Bukan harimau.
Itik pun bukan.

Kalau mahu tanya, mahu beli, mahu cari,  pasal makanan kucing, pasir kucing, barang-barang kucing,
sila SMS/Call/Whatsapp 014 6280901.

InsyaAllah, harga boleh bawa bincang.
Keh keh keh.

Ada Blackwood, Iams, Proplan, Sportmans Pride, Acana, Orijen, Total Equilibrio, Taste Of the Wild, Tuscan, Evo, pelbagai jenis RC.
Ada pasir clumping, woody, Okoplus, silica gel a.k.a kristal.
Pelbagai barangan kucing lagi.
=))

Terima kasih.
=))

Saturday, June 14, 2014

9 ekor Bala Tentera Ke Vet untuk di Vaksin Tahunan

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:00 AM 1 kUs-kUs
Assalammualaikum wbt

Minggu lepas terpaksa ambil half day untuk bawa bala tentera ke Jabatan Perkhidmatan  Veterinar Jasin untuk suntikan vaksin tahunan.

Peserta yang terlibat ialah 
Kimo Jr.
Snowy
Labu
Mata Kucing
Yamaha
Zoey
Mucy
Adik 1
Adik2

Kos satu kepala adalah RM15.
Boleh google kebaikan vaksin untuk kucing anda.
Banyak sangat kebaikannya.
Kucing saya walaupun ada lebih 30 ekor, Alhamdulillah mereka jarang sakit.
Syukur.


3 beradik.
Yamaha yang duduk bawah sangkar.
Mata kucing yang tertonggeng.
Labu yang steadyyy je..


Adik 1 dan Adik 2


Kimo dan Snowy.


Mucy dan Zoey dalam satu lagi  tiger carrier.

Bulan depan ada satu lagi kumpulan.
=))

Wednesday, June 11, 2014

PERCUTIAN BAJET KE KOREA . BUSAN DAN JEJU. MENYAMBUT HARI LAHIR HANYA ATAS AWAN. SEDIH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:10 AM 4 kUs-kUs
Assalammualaikum wbt.
Tajuk sangat gah dan teruja untuk memblog tentang percutian yang 'bajettt sangat'.
Mahu kemaskini percutian ke Busan-Jeju dan melangkaui kemaskini untuk percutian ke Beijing Disember lalu.
Keh keh keh...

Kenapa bajet? Sebab kali ini bercuti gaya 'backpakers' saja. Jika sebelum ini boleh goyang-goyang kaki ikut tour kali ini terimalah penat lelah dan maki hamun serta sindiran dengan hati yang terbuka bila berjalan dengan 3 kepala lain yang punya ragam sendiri.


24 April 2014.
Untuk kali keduanya hari lahir di habiskan di negara orang. Ha ha ha ha. Jika pada tahun 2011 , 24 April  di Masjidil Haram, Mekah kali ini 24 April adalah sangat sadis kerana waktunya hanya habis atas pesawat. Sedih.... Sob sob sob....
Bergerak dari Melaka ke LCCT  pada jam 3.00 am sebab flight adalah pukul 8.30 am. Haruslah awal untuk mengelakkan kelam kabut dan tercicir itu ini. Kami naik Air Asia X. Bajet untuk keseluruhan tiket termasuk bagasi dan makanan kurang lebih RM800 pergi balik.

Berlepas ke Lapangan Terbang Gimhae Busan. Kurang lebih 7 jam. 'Montot' adalah kematu. Di sebelah kanan adalah jejaka Korea 'ensem' yang peramah. Ajak berbual bajet macam BI aku A1 masa SPM!!! ha ha ha ha..
Di sebelah kiri agak sadis kerana saiz badannya adalah kurang lebih seperti saya. Sangat comel. Saya di tengah-tengah terpaksa menguruskan diri sedaya upaya. Walaupun kadangkala gagal asyik tersentuh jejaka ensem di sebelah. Nasib baik dia sporting. 'Its ok .. its ok.. '.. Katanya.... Wah!! Jangan nak ambil kesempatan Tedi!!
 
Agak sesak nafas sebenarnya. 7 jam rasa terhimpit. Ehmmm... Sila diet untuk keselesaan berpanjangan. Keh keh keh.....

Sampai di Gimhae Airport kurang lebih 4.00pm
Terus menuju ke lapangan domestik untuk ke Pulau Jeju jam 8.00 malam nanti.
Flight kali ini kita pilih Jeju Air. Untuk harga tiket pergi balik kurang lebih RM340.
Terminal sebelah sebelah sahaja.
 
Sementara tunggu flight pukul 8.00pm tu sempatlah beronline dan sembahyang. Kami sembahyang dekat bilik tukar lampin baby. Kena bahasa jugalah dengan ibu yang nak guna bilik tu. Redha je lah.

Naik flight pukul 8.00 lebih sebab flight delay beberapa minit. 
Horeyyyy.. Sampai Pulau Jeju.
Ambil teksi untuk ke Guest House yang sudah di booking.
Kos teksi dalam RM 20 gitu. 
Yeha Airport Guest House.
Kos untuk guesthouse 3hari 2 malam adalam RM 190 seorang.
Sangat-sangat okey walaupun bilik dekat tingkat 3.
Koh koh koh.

Siap masuk bilik, sembahyang semua keluar semula cari kedai 24jam untuk beli nasi segera. Nasi yang hanya perlu di panaskan. Makanlah dengan sambal tumis atau canned food yang di bawa bertin-tin dalam beg tu. Ha ha ha ha...

Sempat rembat air yang lazat ni. 

Okey.
Masa untuk tidur.
Esok mahu jalan-jalan ke Pulau Jeju dengan Hencek Drebar !!

Kalau rajin saya sambung. Kalau malas tunggulah tahun depan.
koh koh koh....

p.s : saya tidak suka bergambar oleh itu gambar adalah kurang!!

Thursday, June 05, 2014

Mereka Datang Dan Pergi. Akur dan Redha kerana Nafas Hanya Pinjaman.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM 3 kUs-kUs
Assalammualaikum wbt.

Milo sudah berlari di jambatan pelangi bersama rakan-rakan yang lain.
Kisah hari pertama Milo ada saya lakarkan di sini.


Alhamdulillah.
Hampir 3 tahun Milo bersama saya.
Takdirnya sampai di sini sahaja kasih sayang saya yang dapat di curahkan buat Milo di dunia ini.



Milo mula sakit sebulan yang lepas.
Tidak mahu lagi duduk di rumah Epal.
Mahu lepas bebas di rumah atas.
Tidur sekatil.
Mahu di pangku.
Tidak mahu makan.

Sudah 3 veterinar merawat.
Milo masih tidak menunjukkan perkembangan yang positif.
Sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada 27 Mei 2014 jam 5.15pm.
Kata Along, Milo memang tunggu saya balik kerja.
Elok saya sampai. Bersiap-siap untuk bawa dia ke veterinar semula. Kemaskan sangkar dan bersihkan dia, 2 kali dia tarik nafas dan kejang. Dengan mata yang terbuka, Milo sudah kembali ke sisi pencipta.
Allahuakbar.

Redha.
Apa lagi yang perlu di ucap.
Selamat jalan Milo.
Maafkan segala kesilapan saya Milo.

Semoga gembira di sana.....

Wednesday, June 04, 2014

CeriTa Makan : Restoran Celop Celop a.k.a Satay Celup Warisan Di Melaka

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:31 PM 4 kUs-kUs
Assalammualaikum.
Lama tak blog pasal makan-makan.
Pasal kucing pun lama tak tulis apatah lagi makan-makan ye tak?
hahahahaha.

Ini restoran yang sangat saya cadangkan buat anda.
Nama asalnya Satay Celup Warisan di Kampung Bukit Duyung Melaka.
Tapi bila sudah berpindah, ianya telah di beri nama baru.
Celop Celop.





Alamat :
  No. 6 Jalan Lagenda 3,
Taman Lagenda,
Melaka.
Waktu operasi setiap hari kecuali Rabu.
5.00pm-12.00am

Landmarknya : Berhadapan Jusco Bandaraya Melaka.
Belakang RHB Bank.

Kalau anda kaki makan macam saya, apakata datang cuba.
Kalau lebih afdal, belanjalah saya sekali.
He he he he...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting