Thursday, August 18, 2011

aDa Dua BuDak cOmEL beRi sAyA HaDiah TeTaPi merEkA BuRuk suKu. SuDah BaGi MaHu amBiL BaLik saMBiL henTak-HenTak kaKi mEnanGis. EeEEeEe... TakuTnyA....

Photobucket

Ini hadiahnya. Comel tak?? Comel tak???

Photobucket

Warna sangat cantik!! Keoren-orenankan?


Photobucket

Tapi beliau sangat penakut!! Sentiasa syak wasangka dengan rakan-rakan sekeliling!

Photobucket

Mata sudah mengantuk. Mahu tidur tapi takut. Takut orang lain ganggu.

Photobucket

Termenung mengenang nasib diri.

Photobucket

Oh!!

Photobucket

Zzzzzzzzz...


Along telefon. Ada anak kucing di hadapan rumah beliau. Sudah bawa masuk ke dalam tetapi tidak tahu mahu bagi makan apa. Sebab kecil takut silap bagi makan. Jadi, dia bertanya 'Mahu tak?'

Adakah saya akan menolak. Kasihan. Along melakukan provokasi. ' Kasihan kucing ini. Yatim piatu. Entah siapa yang buang. Sudahlah depan rumah ni ada anjing, kena makan nanti. Sia-sia saja. Cantik pula tu.'

Aiyoooooo...

Akhirnya saya bersetuju dan Along menghantar ke rumah. Menjadikan jumlah kucing saya 24 ekor semuanya. Ya. Memang cantik. Montok saja badannya. Warna oren yang memikat hati. Okey. Anak saudara namakan dia MILO. Apa-apa sajalah.

Okey.
Masa untuk mereka balik. Eh! Kenapa Milo tinggal rumah nenek? Si Kakak sudah mula sangsi. Bukankah tadi sudah buat acara penyerahan. Hadiah Ramadhan. Tiba-tiba beliau jadi keliru pula. Mogok. Tidak mahu masuk kereta dua beradik itu. Mahu kucing semula. Milo!! Milo!! Sudah mula menangis.

Adegan tarik menarik belaku. Hoi! Hoi! Hoi!! Putus kepala kucing ni! Dia tidak mahu lepaskan Milo. Mahu bawa balik ke rumah sendiri. Apakah budak-budak ini? Isk isk isk. Buruk siku. Baru sekejap tadi beri sudah mahu ambil balik.

Pengakhirannya, mereka bawa semula Milo balik ke rumah. He he he he. Saya bekalkan, Blackwood kitten dan bekas makanan.

Tapi hari ini Milo ada di sini kembali sebab kakak balik ke rumah saya. Sayangnya Milo tidak ngam dengan rakan-rakan yang lain dan asyik mendengus sahaja.

Erhm...
Milo... Milo....


5 kUs-kUs:

belogkiter said...

comel sangat

NuR si CiKGu RiBeNa said...

mesti tgk citer indon tv3 kul 2 tu. hero dia nama Milo.. hensem.. sehensem kucing ni. cantik bulu dia.

sI tEDI said...

belogkiter : TQ

nur : taklah.. anak menakan kita suka minum milo.. he he he

Juz Call Me Sharz said...

comel sangat!!! macam kucing pasir la!! =D

azie.azureEn said...

comel! takot takot tapi tidow jugak.. :P

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP