Thursday, August 18, 2011

sAya BanTu DiA Dan ALLAH BanTu saYa. SeTiaP DuGaaN iTu PasTi aDa HikMaH Di seBaLiknyA. AlhamDuLiLLah. SeLePas TiGa HarI KamI BerTemU semULa. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:10 PM
Kelmarin ( Selasa ) saya bawa si putih ke Klinik Haiwan Melaka untuk merawat matanya yang semakin teruk. Sudah tersembul keluar. Menurut Dr Jeya, kedua belah matanya berkemungkinan buta. Oh! Kasih Si Putih. Satu surgery kecil di lakukan dan saya menjadi pembantu.

Gagal! Tidak boleh jadi pembantu veterinar. Kucing mendengus, saya yang menangis. =P SI kecil ini hanya di bius sedikit memandangkan kondisinya yang kecil dan tidak sihat.

ALhamdulillah. Tidak apalah jika tidak nampak. Harap mata akan pulih dan kering dan tidak sakit. Itu sudah cukup baik. Asalkan dia dapat duduk dan tidur dengan selesa tanpa rasa sakit. Syukur.

Dia suka di pangku, tapi sayangnya aku tidak punya masa yang banyak untuk memangku beliau. He he he he..

Photobucket

Kebetulan pada Sabtu malam kucing saya Dak Acong telah hilang a.k.a tidak kembali ke rumah. Kerana terlalu letih saya terlupa mengurung mereka di dalam sangkar. Hanya biarkan mereka bermain di dalam bilik mereka. Acong telah membolosi diri melalui bumbung dan sejak Sabtu malam beliau tidak kelihatan lagi di rumah.

Sangat hiba rasa hati. Rindu membuak-buak. Setiap hari saya mencari. Bertanya ke rumah jiran. Bertanya kepada Dak Itam andainya dia nampak. Maklumlah Dak Itamkan kaki jalan. =P

Puas sudah saya goncang-goncangkan makanan kucing kegemarannya. Tidak juga dia muncul. Dalam fikiran saya sudah berkata 'Kalau dia mati pasti sudah berbau.' Tapi tiada. Kemanakah Acong??

Selasa. Selepas ambil Si Putih dari veterinar saya singgah sebentar di Jusco. Tinggalkan SI Putih yang pengsan di dalam kereta dengan membuka suku cermin tingkap. Bergegas untuk membeli tisu basah yang sudah habis. Tidak sampai 10 minit saya kembali ke kereta.

Dugaan apakah ini? Tiba-tiba enjin kereta tidak boleh di hidupkan. Si Putih sudah mamai bangun. Oh!! Kenapa? Jam sudah hampir pukul 6.00 petang. Sangat risau. Mahu balik segera. Mahu cari Acong lagi. Si Putih lagi. Dugaan.

Selepas cik-cik abang Jusco menolak kereta saya enjin berjaya di hidupkan. Alhamdulillah. Tapi jangan mati sekali lagi pasti perlu di tolak lagi. Huhuhuhu... Masalah bateri rupanya. =P


Sampai di rumah , letakkan si Putih dalam sangkar terus ke bengkel kereta pula untuk mengganti bateri. Aduhai... Rabak RM 140.00. Bateri 'kering' sesuai untuk pemandu wanita kata tuan kedai. Ha ha ha.. Sabar sajalah!!

Photobucket

Balik sudah hampir Maghrib dah tidak sempat cari Acong. Sedih sangat. Balik terus berbuka. Malamnya saya berkira-kira mahu cari Acong ke tidak. Nanti di katakan 'Gila ke apa? Acong!! Acong!!'

Hampa. Harap esok boleh cari Acong.

Tidak berjemaah di surau kerana terasa penat dengan kejadian kereta rosak di tengah panas, saya melepakkan diri sambil terus memikirkan pasal Acong.

Tiba-tiba, sewaktu adik balik dari surau, dari jauh dia sudah jerit. 'Kak.. tengok ni hah. Siapa yang berterawikh di surau??'

Dengan pantas keluar.

Acong!!!!!!! Macam tidak percaya!! Acong!! Peluk-peluk!! Gomol-gomol!! Bebel-bebel sedikit dekat dia. Terus bagi dia makan.

Photobucket

MasyaAllah. Lahapnya kucing saya makan!!! Lapar gila!! Maklumlah, sudah 3 hari dia tidak balik , entah apa yang dia makan di luar itu.

Kata adik, Acong duduk elok sahaja dekat saf sembahyang orang perempuan. Diam. Mungkin dia keliru dan penat tambah lapar lagi. Ada seorang kakak itu, peluk-peluk dan cium-cium Acong. Itu yang adik perasan. Macam kenal saja! He he he...

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kucing kesayangan saya kembali dengan selamat. Syukur. Saya bantu Si Putih dapatkan rawatan, Allah bantu mengembalikan kucing saya dengan selamat dan di jumpai di tempat yang sangat mulia. Syukur.





11 kUs-kUs:

amal on August 18, 2011 at 8:41 AM said...

Alhamdulillah :)

Esah on August 18, 2011 at 9:17 AM said...

Alhamdulillah..

GtHans on August 18, 2011 at 9:18 AM said...

alahai..pilunya ati baca part last tu..syukur..harap sumernya baik2 ajer lepas ni..

Tuah on August 18, 2011 at 9:52 AM said...

terharu bila baca kisah ni... tak terkata apa dah.

* HeeBum and HaeBi * on August 18, 2011 at 9:52 AM said...

alahai.. duduk kt saf perempuan tu nk cari tedi la kot..

Zuhal Zulaikha on August 18, 2011 at 9:57 AM said...

Alhamdulillah jumpe =)

farrahnize said...

Alhamdulillah...tp menitik air mata kenangkan nasib si putih...semoga dia sihat walaupun dah jadi KKU....plzz update kisah putih yer...

CITY® on August 18, 2011 at 11:31 AM said...

salam sahabatku,
maaf kalau ada salah dan silap
semoga kamu sentiasa bahagia...

wassalam

Kak Lia on August 18, 2011 at 11:53 AM said...

Alhamdulillah....

p/s : tmpat persembunyian si Omot telah akak jumpa....dalam culvert...dalam semak....kalau smpat ptg ni nk angkut bawak balik..harap2 anak2nya cukup 3.....insyaAllah

Cikgu DrDJ on August 18, 2011 at 11:54 AM said...

suspen membaca dr awal sampai abis...syukur semua selamat termasuk kete skali..ngeeeeeeeee..

HUD AIKARA on August 18, 2011 at 1:01 PM said...

rasa sebak pulak saya...alhamdulillah dia selamat...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting