Friday, August 19, 2011

sAyA TiDak aDa maTa LeBih unTuk kamU. sAyA TiDak maHu BerJanJi. TaPi sAyA cuBa semamPu sAyA unTuk JaDi TonGkaT kaMu seHinGGa kamU maMPu BerDikaRi.

InsyaAllah. Segalanya dengan izin Allah. Saya 'mencuri' kamu demi kebaikan. Bukan 'mencuri' untuk menganiaya dan buat kamu tambah derita.

Photobucket

Saya tiada mata lebih untuk beri pada kamu. Tiada wang ringgit untuk beri kamu mata kedua. Tiada. Saya harap kamu faham. Saya mahu kamu berdikari. Mahu kamu tahu gerak geri yang betul.

Photobucket

Saya akan tumpangkan riba saya untuk kamu menenangkan hati. Memberi bahu jika kamu ingin menangis jika sakit. Memeluk kamu untuk beri kamu keyakinan bahawa kamu tidak keseorangan. Melatih kamu agar kamu bisa membezakan gelap dan terang. Akan cuba sentiasa di sisi kamu untuk buat kamu rasa dunia ini tidak sentiasa gelap sebenarnya.

Saya tidak akan berjanji dan tidak mahu berjanji dengan kamu. Tapi saya akan usahakan sehabis baik untuk lihat kamu bahagia dan ceria. Agar kamu dapat berlari dan tidak rasa terasing dan terpinggir. Agar dapat kamu tersenyum riang gembira bersama rakan-rakan yang lain. InsyaAllah.

Photobucket

Bertabahlah hati dengan dugaan ini. Walau ianya berpunca dari sikap sambil lewa dan tidak peduli manusia, biarlah. Serahkanlah semuanya ke pengetahuan Yang Maha Esa. Siapa kamu dan siapa saya untuk mengadili. Biarkan. Biarkan mereka terus rakus mempersendakan kewujudan kamu. Biarkan mereka tidak peduli. Allah Maha Mengetahui.

Senyumlah,
kerana saya yakin, ramai lagi yang sayang pada kamu.

Dengan izin Allah juga...





15 kUs-kUs:

GtHans said...

Sedihnya..harap kamu tabah yer comey..

GtHans said...

Sedihnya..harap kamu tabah yer comey..

Esah said...

Harap kamu tabah yer comel.. Jadi mcm auntie ALFA kamoo yg cacat penglihatan sebelah mata.. tapi mampu membesar dengan sihat dan membanggakan hati auntie cah.. :)

aNIe said...

tEDl..Insyaallah...kalau dijaga dgn rapi... si kecil tu akan baik matanya... kerana ia dari pengalaman akak... kena selalu bersihkan...dulu pernah jaga mata anak kucing yg dah bernanah...alhamdulillah dia dpt melihat semula...

MamaBetty said...

insyaallah dia boleh berdikari..sbb org yg sygkan dia ada disekeliling..

Nini Zulkifli said...

saya syg dia sgt2. harap si comel tabah, insyaAllah ad ssuatu yg lebih baik untuknya di dunia & akhirat. :'(

Amieynna said...

sedihnya..

meowwmania said...

sayunya hati...

harap si comel kuat menghadapi, ramai yg mendoakan comel di sini :)

Zuhal Zulaikha said...

bertabahlah si comel.

anizarina said...

be strong comel. mama bubuye yakin comel seekor kitten yg kuat...

l.u.q said...

hurmmm sebak nye...cmna ek nanti die??...hurmm

Annursufi said...

selalu sebak sendiri bila baca post ttg si comey ni..
xper, dia pasti ok..kazen saya ada bela kucing yg mmg azalinya buta, hingga anak2nya yg lahir juga buta.tapi hidupnya masih mcm kucing2 yg lain..mampu bergerak bebas malah bermain2 sesama sndri..
semoga cepat sembuh comey...

Suara Kalbu said...

Kasihan dia.

Semoga cepat sihat. Tedi pasti akan jaga kamu dengan baik

molliesa said...

dulu kucing saya buta sebelah mata..tapi skang cantik je mata dia..:) cume kecik seblah mata tu

ULtradya said...

molliesa : kita sama la...skg nih kucing yg saya bela nih matanya mcm tuh...dengar cakap n sihat tubuh badan...harap si comel ni akan tabah...go chayok2

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP