Monday, August 01, 2011

GenG PoPia VersI emPat : InI PoPia BerinTi. Ha Ha Ha! CubA TekA siAPA BaPa merEkA? TekA! TekA!

Photobucket

Ini Popia berinti. Yang putih itu popianya. Yang hitam itu intinya. Ha ha ha.

Alhamdulillah, NoName yang saya sangkakan ada masalah untuk beranak, telah selamat melahirkan anak pada 29 Julai 2011 yang lalu. Anaknya ada 4 ekor.

Jantina tidak pasti!! 2 ekor putih 2 ekor warna macam emaknya.

Kalau kamu seorang pembaca blog saya sejak dulu, pasti sudah tahu siapa bapa mereka?? Siapa? Cuba teka? Pembayang 'warna putih'. Ha ha ha ha..

Budak-budak ini berekor kontot. Sangat comel. Ada seekor yang tiada ekor langsung. Rata sahaja. Ha ha ha ha.. Tidak sabar mahu tunggu besar. Mesti 'ensem' macam Ated!! Ated kucing dari PJKT Jasin yang saya serahkan kepada Wani. Budak ekor kontot juga!! =))


Photobucket

Saya sudah pindahkan mereka ke rumah bawah ( Rumah Kucing saya panggil Rumah Bawah sebab bawah bukit. Ha ha ha ) Anak SBK dalam bilik saya. Saya tidak boleh pindahkan SBK ke bawah dan letak anak Noname dalam bilik saya sebab NoName tidak sebulu dengan Pakcik Oghen. SBK pula sejak melahirkan sudah okey dengan Pakcik Oghen. ALhamdulillah.

Sudah ada 22 ekor kucing.

Dak Itam, Pakcik Oghen, Dak Tom, Dak Em, Dak Onchet, Geng Popia Versi 1 empat ekor, Geng Popia Versi 2 tiga ekor, Geng Popia Versi 3 empat ekor, Geng Popia Versi 4 empat ekor, SBK dan Noname.

Wah!! Meriah!!





6 kUs-kUs:

anis said...

anis dah 24...tgu kak capuk nak besalin plak nnt, lg meriah...ngehehe

catlady said...

meriah sempena bulan Ramadhan yg mulai ini...hehehehhe, cute2 kittens kamu =)

nurulsulzali said...

wahaha!! ni masuk pangkat mak sedare ke atau da jd nenek, kak?

ch0mbi said...

waahhh...dua hitam, dua putih.yang mana satu jantan yang mana satu betina ye...?teruja nak tahu gak...hehe..,

^^

Wanita Mutalib said...

selamat berpuasa ted|....

lama tak sapa ted| :)

m.q said...

best ni....ada ramai kanak2 ribena yg akan melompat2 di rumah baru nanti..huhu

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP