Alhamdulillah. Saya ingat zaman saya untuk 'cash out' pendapatan sudah berakhir bila Nuffnang agak kedekut memberi pendapatan setiap minggu. Tapi, ada rupanya walau tidak sebanyak yang terdahulu. Rezeki 8 ekor cucu-cucu bulu saya yang lahir bulan Julai mungkin. Syukur.
Kadangkala saya rasakan saya sudah berhenti berharap dengan Nuffnang. Untuk mencuba yang lain saya tidak teruja pula. Mungkin bila sudah semakin lama berblog saya rasakan untuk mengejar trafik atau jumlah pengunjung bukan tujuaan utama lagi. Zaman saya sudah berlalu.
Jika ada seorang dua pembaca setia, saya sudah cukup bertuah dan boleh tersenyum. Bila ada yang 'inbox' di Facebook, mesej di telefon bimbit mengatakan yang mereka seronok membaca tulisan lebih-lebih lagi mengenai kucing-kucing dan gambar mereka, itu sudah cukup buat saya terharu.
Alhamdulillah.
Walau ada yang melabelkan blog saya 'giler', bagi saya biarlah kegilaan itu kerana orang suka membaca. Bukan kegilaan yang membawa kesesatan dan kemunafikan. Saya juga tidak sempurna. Saya menulis apa yang saya rasa. Jika ada tulisan saya yang menyinggung dan tersalah fakta, tegurlah secara berhemah.
Saya suka ketelusan. Saya memang lantang bersuara. Saya tidak suka berpura-pura. Saya tidak suka pejam mata tanpa mempedulikkan sesuatu yang sedang berlaku. Saya suka kebenaran walaupun kadangkala apa yang saya bongkarkan selalu di manupulasikan menjadi satu isu yang tidak relevan.
InsyaAllah saya akan terus menulis walau kepahitan itu sesuatu yang pahit untuk di terima. Walau hinaan atau kejian itu akan kerap datang saya tidak peduli. Tiada siapa yang dapat mematikan jari jemari saya dari menari menggantikan pena yang tidak di guna.
Kerana bagi saya,
Yang Maha Esa lebih tahu niat di sebalik semuanya.
Wallahualam...
7 kUs-kUs:
Assalam Dik....Selamat Berpuasa...moga sihat dan ceria selalu dengan cucu bulu yang pasti comel....Jello pun baru jer selamat melahirkan 5 ekor anak yang comel-comel...dan Akak pastinya sibuk dengan urusan menjaga cucu-cucu itu!.....Moga cek Nuffnang yang Adik harapkan itu tiba pada waktunya!!!
selalu nak menitis air mata bila baca blog u nie .. hope lebih ramai yang mampu jd macam u to be cat angels ...
Aloh...jgn wat ayat2 sedih cmni...terharu plak bace...btw, kipidap okeh..suke terjah blog ni! =))
rezeki anak-anak pastie ada ;)
Lorr.. lIZA memang sentiasa melawat.. cuma kekadang tak berkesempatan nak mengomen..
Salam,
Selamat berpuasa...
Teruskan usaha murnimu itu.. bila kita buat sesuatu dengan ikhlas, insyallah akan dipermudahkan segala urusan kita...
InsyaALLAH saye akn tlong tiap2 hari utk tkan so dpt biayai kos hidup meow meow yg d'bela.. HoHoO
Post a Comment