Sunday, April 25, 2010

BiLa saMPai IPoH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:14 AM 12 kUs-kUs
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai diIpoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai diIpoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya.

Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh...

Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!"

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

Nota kakitanganku : Buang karan!





Saturday, April 24, 2010

sayA sI ManIs 17. siLa PercaYa. LaGi seTahUn saYa LayaK menOnTon fiLeM KlasiFikasI 18sx. Oh! InI kEknyA. Opsss!! kEk-kEknyA. BuaTan daN HaDiah DarI DIa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:00 PM 28 kUs-kUs
Photobucket

Dia sedang membaca! 'Say Cheeseee'!! Katanya 'Jangan letak di blog! Malu. Tidak jadi keknya.'

Okey kawan! Tengok kek di atas itu! Tiada cacatkan? Kan? Kan? Sila kata 'Tiada'!! Kasihan dia... Ha ha ha ha....

Photobucket

Oh! Ini satu lagi! Berat dan besar! 3-4 kg agaknya. Sudah aku agih-agihkan kepada jiran tetangga. Zaradgreat masih di UKM. Bukan rezeki dia. InsyaAllah . Kalau panjang umur setahun lagi. He he he..

Photobucket

Ini sepatutnya di susun dan di hias di atas kek. Tapi kanak-kanak ribena sudah nyum-nyum satu persatu.

Photobucket

Okey! Aku akan terus jadi gemuk jika begini gaya dan hidangannya.

Photobucket

Ada nampak perkataan 'TQ' tidak? Ha ha ha ha

Terima kasih buat dia. Terima kasih. Terima kasih.

..Senyum..

Nota kakitanganku : Dak Leha,sila jangan 'jeles!!' Datang sini jika mahu. Masih ada lebih. He he he..


sEMua PeMBaCa cIk tEDi BerI HaDiaH HarI LaHir... TeriMa kasIh. Kamu seMua Kawan YanG HeBaT!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:02 PM 28 kUs-kUs
Kamu semua telah beri aku hadiah hari lahir. Sedar tidak? Oh! Mari aku tunjukkan.

Photobucket

Graf analitik ini amat cantik sekali di mata aku. Ini adalah jumlah pengujung paling hebat pernah aku dapat. Ini adalah hadiah hari lahir yang paling bermakna. Terima kasih kerana menyokong tiap apa yang aku coretkan di sini. Kunjungan  kamu amat besar maknanya.



Photobucket

Terima kasih Te atas kad yang di beri. Siapa yang minta alamat itu, nanti aku beri. He he he he...Tapi alamat blog. he he he Gurau!

Terima kasih pada semua yang ucap pada aku. Baik di blog mahupun di Facebook. Aku perlukan doa kamu semua untuk aku meneruskan kehidupan dan memperbetulkan segala kesilapan. 
Kamu semua memang kawan yang hebat. 

Terima kasih.

Semoga Allah membalas segala kebaikan yang di beri.

Terima kasih.

Oh! Sila jawab sama-sama.


Kamu PernaH TiDak, DaTanG kE BLoGnYa, BerI KomeN Dan BeramaH mesRa seHinGGa samPai saTu MasA JanTinanYa bUkan sePerTi aPa yanG KamU SanGka??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:30 PM 13 kUs-kUs
Okey! Jika dia tidak menang 'captured' nombor semalam, pasti sampai ke sudah aku menganggap jantinanya adalah perempuan. Besar hikmahnya aku menukar nombor di saat-saat akhir.
Maafkan aku kawan.
Fizan dari ayukiblackcomeldora telah berjaya memenangi'captured' nombor 060244. 

Nama blog beliau di ambil sempena dengan nama kucing-kucing peliharaannya.

ayuki
black
comel
dora

atau 'Me and My A,B,C,D... '

Unikkan? Walaupun kini sudah bertambah E,F,G,H,I. Eh! Betul ke? Tapi belum ada nama sebenarkan?

Sebelum ini aku 'mati-mati' ingatkan dia perempuan. Bila dia menang, aku minta nama dan alamat, 'terkezut' di buatnya sebab nama dia ada Mohd. 'Kemudian aku terus tanya 'Kau ni lelaki ke?'

Ha ha ha ha..

Cenderhati akan di poskan sedikit masa lagi.

Moralnya di sini. Jangan buat andaian sendiri. Malu bertanya sesat jalan. 

Nota kakitanganku : Nama saya sItEDi. Saya seorang perempuan. Cikgu Ayu, jangan mengurat saya! He he he he..




SuBhanALLAH.... BuDak BermaTa BirU...InI BukaN PasaL Cik Biru...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:34 PM 37 kUs-kUs
Budak Melayu bermata biru jadi tumpuan. Itu tajuk berita dalam Utusan Malaysia hari ini.

Photobucket
AHMAD Mustafa bersama cucunya, Mohd. Aizat Aiman Mohd. Rizal yang dilahirkan aneh dengan matanya berwarna kebiruan walaupun tiada darah kacukan di Kampung Teluk Amboi, Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah, kelmarin. - utusan/ OPAT RATTANACHOT 

 Mengapa perlu kata itu aneh. Semuanya kuasa Allah. Allah maha menjadikan sesuatu itu. Tiada yang mustahil.
Anak kecil ini merupakan anak kepada pasangan insan istimewa yang mana ibubapanya kurang pendengaran dan bisu. Tengok! Allah beri hikmah yang besar.

Menurut kata datuknya, semasa mengandung ibunya suka bermain dengan seekor kucing yang bermata biru. 

Berita lanjut kamu boleh selan Utusan Online. Linknya di sini.

Nota kakitanganku : Mahu pakaikan Dak Kimo 'contact lense' warna hijau! Ha ha ha!


BiLa PeriUk BeLanGa cIk tEDi BerLaGa : 'sPagHeTTi' aPa yanG aDa...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 12 kUs-kUs
Photobucket

Okey! Tolong jangan tanya resepi. Ini resepi namanya 'Spaghetti Apa Yang Ada.'

Maksudnya di sini main campak-sahaja. Memang tidak sedap walaupun 500grm spaghetti yang di rebus licin! Ekekekeke...

Tiada daging cincang.Yang ada nugget ayam, bebola ikan dan sayuran serta anjing panas !Erk! Sebut 'hot dog' lebih sopan! Gila aku makan anjing!!!!

Aktiviti hari ini. 

-Aktiviti pertama adalah rahsia. Ha ha ha. Entah apa-apa.
- Hadir jemputan Majlis Perkahwinan Blogger @re_long di Bachang, Melaka.
- Hadir Majlis Doa selamat sepupu aku yang di adakan di Dewan OUM dekat dengan Masjid Al-Azim.

Petang acara kuak lentang! He he he he...

Nota kakitanganku : Siapa yang mahu belanja makan beritahu! Ekekekeke..



 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting