Friday, November 19, 2010

BiLa akU Di SuruH BerLakOn MenJaDi oranG 'Besar-BesaR' : TiDak PerLu BerLakOn Pun seBaB akU MemanG SuDah BesaR Dan siHaT BaGai JuarA!! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:11 PM 2 kUs-kUs
Photobucket

YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam sedang memberi ucapan. =)) Beliau memakai baju melayu berwarna merah jambu 'gitu'!

Bos suruh aku gantikan dia pergi ke majlis anjuran Perpustakaan Awam Melaka hari ini. Ada ke suruh aku? Suruhlah orang lain? Alahai.. Malas betul mahu pergi. Risau fikir pasal bengkel kewangan akan datang sebab komputer yang aku buat PATSKOM rosak! 'Masak'lah aku mahu menjawab nanti!!!

Yang mengikut perintah.

Pergi juga. Nasib baik aku terfikir mahu pergi awal. Majlis di hadiri oleh semua wakil satu Melaka. Penuh tempat letak kereta nanti. Sah! Orang Pustakam tidak beri masuk ke dalam. Suruh letak kereta di luar. Huh. Nasib baik dekat juga aku letak. Ada yang sampai ke Pejabat Pos Besar. Ekekekeke.. Berpeluh ketiak menapak!

Pelancaran Program Baru Pembelajaran Secara 'on-line', FokusA. Ala-ala ScoreA =))

Selesai terus balik tidak sempat makan. Ramai sangat. Leceh!! =))

Nota kakitanganku : Dia mendengar dan tersenyum....





TeLaNLah waLauPun HakikaT iTu PaHiT umPamA HemPeDu Dan BeLajarLah Dari KesiLaPan. UnTuk aPa akU RisAu JiKa semUanYa aDaLah FakTa DaN BenaR?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 15 kUs-kUs
Photobucket

Terasa bagai 'AdukaTeruna' atau juga 'Puan Famos Amos' bila blog tempat jari jemari mengetuk papan kekunci di perhatikan pihak yang berkenaan. Di beri peringatan tentang setiap 'entry' yang di tulis. Okey! Saya tidak kisah tapi itu bukan bermakna saya tidak peduli. Tiada apa yang perlu di risau atau di khuatiri kerana semuanya yang di papar adalah benar belaka dan bukan fitnah atau buat-buatan.

Perhatikanlah blog saya. Perhatikanlah juga Facebook saya andainya ada ayat atau kata-kata berunsur provokasi untuk mengancam mana-mana pihak. Ini bukan kali pertama saya menulis tentang Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ ini. Sudah banyak. Semuanya tidak di pandang oleh pihak yang berkenaan. Mengapa? Kerana saya hanya penulis picisan yang tiada kuasa apa-apa untuk merubah keadaan melalui tulisan.

Mengapa 'entry' ini begitu terkesan sekali? Kerana kesabarannya sudah sampai ke kemuncak. Perlukah saya hanya melihat dan membebel seorang diri tanpa berbuat apa-apa? Melihat dan terus mengharapkan keajaiban agar semuanya akan jadi perhatian pihak yang berkenaan?

Bukalah mata. Terimalah ini dengan hati yang terbuka. Pendedahan bukan bermakna untuk mengaibkan mana-mana pihak. Bukan bermakna untuk menjatuh atau menyusah orang yang 'bekerja'.

Kamu nampak hikmahnya? Kamu sendiri cakap 'Terima kasih kerana membuat aduan mengenai isu ini."

Nah! Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan mengatakan mereka 'tidak buat kerja' walaupun ayat itu sudah saya 'lepaskan' kepada seorang kakitangan kamu. Saya anggap kamu terlepas pandang ini atau mungkin kamu pandang tetapi kamu tidak berapa kisah. Saya menulis selepas kakitangan kamu tidak mengendah dan memperlekeh saya.

Jangan cakap soal 'tidak sampai hati' atau 'saya sudah mengalah' hanya kerana kamu tidak sanggup melihat kucing-kucing itu. Jika seorang doktor di arahkan untuk melakukan pembedahan ke atas seseorang yang di sayanginya 'Bolehkan dia berkata 'Saya tidak boleh lakukan. Tidak sampai hati.' Di mana keprofesionalan kamu?

Saya tidak dapat menghalang orang lain untuk berkongsi pautan saya. Tapi itu bukan bermakna saya bersetuju dengan setiap komen yang di lempar. Tolong jangan pandang hanya satu 'entry'. Tolong pandang 'entry' saya yang lain juga.

Saya tidak akan menarik 'entry' saya di blog mahu pun di facebook berkenaan dengan isu ini. Saya tidak mahu jadi pengecut atau tidak tetap pendirian. Kamu baca dan nilailah sendiri. Bukan hanya satu, tapi semua 'entry' berkenaan dengan ini. Jika saya tidak menulis dan bertindak, adakah kamu akan kisah tentang ini? Adakah bangkai yang sudah 2-3 hari itu akan di sempurnakan secepat mungkin? Adakah kucing-kucing yang mana makanan dan minumannya sudah kering kontang masih lagi bernyawa?

MPJ,
Telanlah hakikat pendedahan ini walaupun pahit....

Nota kakitanganku : Dan Allah juga yang Maha Mendengar dan Melihat....





anTaRa kisaH HimYaRiyAh IsraiLiyaH yanG MenGurunG KucinG HinGGa MaTi , HaDis Dan HaTi : RenunGan Di PaGi JumaaT. JaDikaN PenGaJaraN. SeLamaT BeramaL!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM 5 kUs-kUs
Hati yang keras dan tabiat yang buruk boleh menjerumuskan pemiliknya ke dalam Neraka. Hal itu karena ia kosong dari kasih sayang yang membuatnya tidak peduli terhadap apa yang dia lakukan kepada orang lain, maka ia membunuh, memukul dan merusak. Dengan itu, mereka mencelakakan diri mereka disebabkan oleh apa yang mereka lakukan kepada orang lain. Di antara mereka ada seorang wanita yang diceritakan oleh Rasulullah. Dia mengurung seekor kucing sampai ia mati kelaparan dan kehausan. Karena perbuatan itu dia pun masuk Neraka.

NAS HADITS
Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi bersabda, “Seorang wanita masuk Neraka karena seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Dalam riwayat di Bukhari, “Seorang wanita disiksa karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk Neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu. Mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.”

Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di Neraka manakala beliau melihat Surga dan Neraka pada shalat gerhana. Dalam Shahih Bukhari dari Asma binti Abu Bakar bahwa Rasulullah bersabda, “Lalu Neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.”

Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahwa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.


TAKHRIJ HADITS
Hadits tentang kucing dalam Shahih Bukhari dalam Kitab Bad’il Khalqi, bab”Jika lalat jatuh ke dalam bejana salah seorang dari kalian” (VI/356), no. 3318. Dan dalam Kitab Ahaditsil Anbiya’, no. 3482. Dan dalam Kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no. 2365.

Hadits ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar dalam Kitabus Salam, bab ”Diharamkannya membunuh kucing” (4/1760, no. 2242-2243).

Hadits tentang Rasulullah melihat seorang wanita yang mengikat kucing diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahih-nya dalam Kitabul Adzan dan Asma’ binti Abu Bakar (2/231, no. 745) dan Kitabul Musaqah Abdullah, keutamaan memberi minum air (5/41) no. 2364.

Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah melihat wanita yang menyiksa kucing terdapat dalam Kitabul Kusuf, bab apa yang diperlihatkan kepada Rasulullah dalam shalat Kusuf, 2/622, no. 904.

PENJELASAN HADITS
Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati karena kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya.

Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, niscaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang bisa menjaga hidupnya. Rasulullah telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rizki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk Neraka. Rasulullah melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di Neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala Surga dan Neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

PELAJARAN-PELAJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH HADITS

Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk Neraka karena dia menjadi sebab kematian seekor kucing.

Boleh menahan binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mau, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rizkinya sendiri.

Di Akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.

Nota kakitanganku : Di salin bulat-bulat dari sumber Internet!





Thursday, November 18, 2010

CokLaT InDuLGencE Dari secrEt ReciPE Dan TeH O ePaL aiS : sayA inGin BuaT keJuTan TaPi sayA yanG TerkeJuT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 PM 9 kUs-kUs
Photobucket

erHmMmm.. Makan seorang diri. Gagahkan diri untuk habiskannya.

Terima kasih untuk diri sendiri.

Selamat Hari Lahir Untuk Awak..

Tidak mengapa..

Saya sudah biasa...

Nota kakitanganku : Entah apa-apalah F&N punya resepi air!! =))





Isu PusaT JaGaan KucinG TerBiaR MPJ : kamI BerTinDak ikuT unDanG-UnDang BukaN NaFsu amaRah. LaPan ekOr kucinG maTi TermasuK KesayanGan sayA! reDhA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 50 kUs-kUs
Kadang-kadang kita selalu rasa diri kita betul dan orang lain salah. Tolong komen dengan cara yang berhemah kerana kita juga manusia yang tidak dapat lari dari berbuat silap. Tolong jangan bercakap besar macam kau tahu semua dan orang lain hanya tahu cakap. Kami boleh buat ikut suka kami. Pecah dan ceroboh tapi kami memilih saluran undang-undang agar perkara ini dapat di atasi dengan baik kerana aku sedar aku seorang rakyat Malaysi yang cintakan keamanan. Tolonglah! Walau marah, geram atau sakit hati macam mana sekalipun, bertindaklah menggunakan akal yang waras tanpa hasutan syaitan. Kerana ianya melibatkan kesejahteraan jangka masa panjang.

Pagi 16 November 2010.

Hati terasa malas untuk bekerja kerana semalaman asyik terfikir dan terbayangkan 3 bangkai kucing yang di hurung lalat sehinggat terbawa-bawa dalam mimpi. Kebetulan pula perut terasa sakit akibat cirit-birit.

Seawal 8.45 pagi aku sudah terpacak di halaman Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ yang jaraknya dari rumah dalam 17km. Oh Tuhan! Bangkai masih ada. Tapi.... Kucing kesayangan aku?? Dia sudah berehat dengan tenang bersama rakan-rakan yang lain. =(( baru semalam aku menguit-nguit kepalanya hari ini dia sudah terperosok di bawah pangkin bersama seekor lagi kucing yang baru mati. Menjadikan 5 ekor di ruang belakang premis.

Photobucket

Bangkai dua ekor yang baru mati di bawah pangkin. Kucing yang di atas ada potensi untuk menjadi mangsa korban seterusnya. =((

Apa yang perlu aku lakukan? Berdiam diri?

Dalam 1 jam aku di situ mengharapkan keajaiban agar ada petugas akan datang, tapi sayang tiada. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan aku berfikir lama, membuatkan aku mengambil keputusan berpatah balik dan menuju ke klinik terlebih dahulu.

Di takdirkan Allah Sha dan Eena pemilik kittyworld menghantar mesej dan mengajak aku ke sana bersama-sama. 'Kita bukalah dengan apa cara sekali pun.'

Kami bertiga dengan pelbagai kelengkapan seperti penyodok, ketuk besi, plastik, makanan dan minuman kucing menuju ke PJKT dan mendapati keadaan masih sama. Perlukah di pecahkan kunci mangga ini? Perlukah? Tidak salahkah? Tidak di dakwa? Setelah berfikir panjang adalah lebih baik kami mengikut saluran undang-undang bukan mengikut nafsu amarah.

Aku menelefon sekali lagi ke MPJ. En. Wan pegawai yang aku 'serang' semalam tiada. Minta pula bercakap dengan Mr. Ong, Ketua Unitnya. Juga tiada. Jam hampir 1.00 petang. Mungkin mereka sudah keluar.

Rancangan kedua? Membuat aduan di Balai Bomba. Meminta bantuan untuk memecahkan kunci mangga dan pintu. Walaupun rasanya agak mustahil sebab ianya semacam menceroboh, kami cuba juga. Memandu ke Balai Bomba Jasin dan meluahkan masalah. Penerangannya kami dengar dengan teliti. Ada betulnya. Premis itu bertuan. Jika mahu pecah pun biarlah tuannya ada sekali jika tidak kita akan di caj sebagai penceroboh.

Aku masih mahu menjaga status aku sebagai kakitangan awam dan ingin sekali mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang melanggar perjanjian aku dengan Kerajaan Malaysia. Kami patut ikut saluran yang betul. Kami mengambil keputusan untuk ke MPJ semula selepas waktu rehat ini.

Tepat jam 2.00 petang kami ke MPJ. Syukur, semuanya ada. Di sini seisi meluah ketidakpuasan bermula. Dari sini jugalah baru kami tahu petugas yang di arahkan menjaga PJKT itu BUKAN di kalangan kakitangan MPJ. Dia di lantik oleh badan NGO yang di amanahkan untuk menjaga pusat itu. Maka En Wan telah mengkelentong aku bila mana dia katakan pegawai itu berkursus! Binawe!! Dia juga tidak menyampaikan aduan aku semalam kepada ketuanya. Binawe kali kedua! Staff yang mengambil mudah aduan yang di buat. Dia fikir aku main-main bila kali pertama aku datang 'serang' dia. Dia fikir aku tidak akan buat tindakan susulan. Dia fikir aku akan terus diam bila tiada tindakan. What the fish En Wan? Jangan jadi kakitangan awam kalau malas untuk bekerja dan bertindak. Jangan makan hasil haram!

Kami berpatah semula ke PJKT setelah petugas yang menjaganya berjanji untuk datang.

Kami tunggu dan terus tunggu. Adalah dalam 30 minit. Tidak muncul-muncul. Yang muncul adalah Mr. Ong Ketua Unit Perkhidmatan Bandar MPJ bersama pegawainya.

Photobucket

'Yo yo oooOo jolah korang!!' Kalau tiada aduan tiadalah kamu semua terpacak di sinikan?

Photobucket

Dia paling aktif. =)) Tapi mungkin juga terlalu lapar. Bekas makanan dan minumannya kering betul!

Tunggu lagi En. Azani, orang yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga kucing-kucing ini. Nah! Itu dia sampai dan sebelum itu satu lori barang-barang di angkut sama. Beliau ingin terus berpindah masuk ke rumah di sebelah pusat ini.

Maaflah, gambar beliau tidak sempat di ambil sebab dia datang sahaja aku sudah serbu dia macam wartawan yang tidak bertauliah! Mengasak dia dengan beberapa soalan dan dia terkebil-kebil sahaja.

Cepat!! Cepat!! Buka pintu kami mahu masuk!!

Photobucket

Oh Tuhan! Anak-anak comel ini kelaparan. Dalam pusat ini baunya jangan cakap. Sampai sudah lali hidung aku! Najis bersepah-sepah. Air kencing mereka juga merata-rata. Keadaan amat daif!

Photobucket

Nampak kotak itu. Di dalamnya ada 3 ekor anak kucing yang mana 2 daripadanya sudah mati. =(( menjadikan 7 setakat ini. Satu lagi mati di dalam 'litter box.' Tidak tinggal apa-apa cuma ulat yang menguit-nguit. =(( Aku simpulkan 8 ke semuanya.

Photobucket

Photobucket

Ini anak kucing yang panjang umurnya. Usia belum sampai sebulan rasanya. Mata sudah terbuka. Tapi di abai oleh ibunya.

Photobucket

Ini sebahagiannya. Banyak betul anak kucing kurus dan kecil sahaja. Hari sudah agak lewat, kami hanya sempat membantu membasuh bekas makanan kucing dan menggantikan makanan dan minuman yang baru. Sha dan Eena bawa satu balang 'blackwood'. Mereka makan kenduri beramai-ramai.

Photobucket

Sementara itu bahagian belakang sudah di kemas. Bangkai kucing sudah di angkat.

Photobucket

Di masukkan ke dalam guni. Berkali-kali aku pesankan, tolong tanam bangkai ini, jangan buang!

Kami masih lagi mengulang-ulang perkara yang sama, tolong jaga kebajikan kucing-kucing ini. jaga keselesaan mereka. Jaga kebersihan. Makan minum. Persekitaran. Encik Azani mengangguk dan aku simpulkan itu sebagai satu janji yang perlu di kota.

InsyaAllah, ini bukan penamatnya. Ini satu permulaan. Aku akan selalu menjenguk ke situ. Memerhati mereka agar mereka mendapat layanan yang sempurna.

Photobucket

Sayu betul untuk meninggalkan mereka. Antara kami memang sebak hingga menitis airmata. InsyaAllah kami akan datang lagi.

Di harap segala cacian, makian, carutan dan hinaan berakhir di sini. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan menunding jari. Kesilapan itu boleh di baiki namun makian dan cercaan kita kepada mereka yang di pertanggungjawabkan tidak akan merubah apa-apa melainkan kepuasan sementara.

Aku menjalankan tanggungjawab sebagai sesama makhluk di muka bumi ini. Syukur kerana mendapat sahabat-sahabat yang sama-sama merasai penderitaan mereka. Segala komen-komen yang di terima sama ada negatif atau positif aku baca dengan hati yang terbuka.

Aku harapkan sesiapa yang mengambil 'entry' yang lepas dan sebarkannya, sila ambil 'entry' ini juga kerana ini adalah jawapan segala makian dan cercaan yang telah di lemparkan.

Alhamdulillah. Sujud syukur.

Berkat Aidiladha....

Pulang ke rumah dengan perasaan yang puas. Mencari Dak Oghen dan Dak Tom lantas memeluk mereka erat.

'Kamu berdua kucing jalanan yang amat-amat bertuah......'

Nota kakitanganku : Dan Allah juga yang Maha adil dan lagi bijaksana....





Wednesday, November 17, 2010

KuCinG TerPeranGkaP TiGa BeLas Hari aTas PokOk keranA BanJir : BeLiaU seLamaT DaN PasTi PuLuhaN kucinG yanG LaiN suDah maTi Di HanyuT BaH....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM 11 kUs-kUs
Photobucket

Photobucket

IBRAHIM Osman berjaya menyelamatkan seekor kucing bernama 'Bong' yang terperangkap di atas pokok kelapa setinggi 30 meter selama tiga belas hari di Kampung Alor Merus, Bohor Lateh, Kangar, semalam.

Dan aku pasti puluhan kucing yang lain sudah mati di telan bah.....

Sumber gambar dan berita di sini.

Nota kakitanganku : Puluhan mungkin ratusan termasuk kucing jalanan...






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting