Tuesday, November 16, 2010

PusaT JaGaaN KucinG TerBiaR MPJ : HaTi sayA TerLaLu sakIT BiLa LihaT BukaN saTu, BuKaN Dua TaPi TiGa BanGkai KucinG BerGeLimPanGan. saTu PenGaniayaaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:01 AM
Amaran : 'entry' ini agak panjang. Penuh dengan emosi bila lihat dengan mata sendiri. Penuh dengan kata-kata yang tajam. Penuh dengan amarah. Sila tinggalkan laman ini jika kamu rasa kes ini hanya di celah gigi. Terima kasih.

Bukan seperti selalu, semalam aku sudah berniat untuk telefon dulu sebelum datang. Kebetulan ada kerja di PPD Jasin. Bawa terus budak 3 ekor, Dak Kunyit, Dak WardWard dan Dak Onchet (Dak Gam ) ke Pejabat Veterinar Jasin untuk suntikan fungus. Ketiga-tiga tempat ini berdekatan antara satu sama lain. Hanya sekangkang kera. Tinggalkan mereka di PVJ dan aku selesaikan urusan.

Sebelum itu aku cuba menelefon MPJ seandainya ada pegawai yang bertugas di PJKT itu. Jawapnya 'Pegawai berkursus.'

Selesai urusan di PPd aku terus ke PJKT.

Photobucket

Ini yang aku nampak. Rasa macam tidak percaya. MasyaAllah. Astagfirullah Al Azim. Seluruh badan menggeletar. Mata berkaca. Mereka tidak perlu di PTS jika begini caranya mereka di jaga. Mereka akan tidur sendiri.

Yang hitam itu sudah berbau. Di hurung lalat yang banyak. Sudah berulat. Mungkin mati sehari sebelum . Yang putih badannya itu masih elok. Mungkin baru mati. Yang hujung sekali juga sama seperti yang hitam. Kenapa mereka mati? Penyakit? Kebulur? Jika mereka di luar saat ini, merayap di pasar-pasar basah, adakah mereka akan mati atau sedang sihat walafiat?

Photobucket

Photobucket

Lalat begitu banyak menghurung. Rakan-rakan yang lain juga terganggu dengan lalat dan bau.

Photobucket

Photobucket

Kucing-kucing yang lain mengiaw tanpa henti. Saling bersahutan. Mereka lapar mungkin. Bekas makanan ada makanan yang tinggal sedikit tetapi sudah tidak bergerak keluar dari bekas. Sudah 'stuck'. Air sudah kering.

Apa yang terdaya aku buat? Jaring itu terlalu halus untuk aku masukkan makanan walaupun aku membawa satu balang 'blackwood' dan air mineral.

Photobucket

Kucing sebelah kanan sudah mati. Sebelah kiri bahagian belakang tidak bergerak walau masih bernafas perlahan.

Photobucket

Dua ekor anak kucing bersama ibu. Lemah. Tiada ngiuan.

Photobucket

Ini kucing kegemaran aku bila tiap kali datang. Dia terlalu aktif. Sila lihat di sini. Dia sangat cantik. Hari ini dia sudah tidak bergerak. Tidak memberi apa-apa reaksi walau aku cuit telinga dan kepala dia berkali-kali. Angkat kepala pun tidak. Tinggal nafas. Ya Allah. Azabnya dia.

Hati jadi tidak tertahan. Geram! Amarah yang membuak. Aku telefon semula ke MPJ. Bercakap dengan Encik Azuan, Ezwan? Apa-apa sajalah.

Memang agak kasar bahasa aku mulanya sampai aku menyebut 'Macam mana Encik kerja?' Aku sudah tidak boleh bercakap kerana terlalu sebak. 'Encik datang sekarang, saya tunggu!!'

Aku tunggu. Seminit... 5 minit... 10 minit.. 15 minit.. 25 minit.. 30 minit! Okey! Kau tidak datang! Pejabat MPJ juga hanya sekangkang kera. Tidak sampai 3 minit kau boleh sampai. Kau main-mainkan aku. Dan jangan ingat aku juga main-main. Aku serius sekarang. Amat serius!

Photobucket

Aku terus memecut kereta ke Pejabat MPJ. Bertanya di kaunter dan di tunjukkan arah. Jauh nun di belakang pejabatnya. Atas bukit. Aku di bawa oleh seorang kakitangan wanita.

'En Azwan? Saya yang telefon tadi. Maaf jika tadi bahasa saya agak kasar. Saya tidak mewakili mana-mana pertubuhan. Saya datang secara individu. Macam mana 3 ekor kucing sudah jadi bangkai? Mungkin 2-3 ekor lagi selepas ini?"

Dia balik-balik cakap pegawai yang jaga itu berkursus. Tiada kunci pendua.

'Mahu simpan bangkai kucing sampai bila? Sampai pegawai yang berkursus balik? Makanan pun tiada. Minuman sudah kering. Itu adalah pusat jagaan encik. MPJ yang beri nama pusat jagaan. Tapi kucing tidak terjaga. Kotor. Ini bukan kali pertama saya pergi. Sudah lebih 10 kali. Satu kali pun tidak jumpa dengan pegawai yang bertugas di sana. Kalau begini caranya menjaga, tidak perlu pusat jagaan. Lepaskan mereka di pasar atau gerai makan. Walau mereka merempat mereka tidak terseksa.'

Saat ini aku sudah jadi terlalu sebak. Airmata sudah menitis. Tiada siapa di pejabatnya kecuali seorang kakitangan wanita. Aku ingin lebih banyak bercakap. Tapi tidak terkeluar kata-kata. Sebak buat aku tidak dapat mengungkap banyak.

'Sekarang, apa yang encik boleh lakukan.'

Dia ulang semula ayat 'Itulah pegawai berkursus, tiada kunci. Hanya dia yang tahu semua!"

'Dia tetap bawah MPJkan? Ketua Jabatan dia tetap MPJ. Kenapa tiada perancangan jangka panjang. Kalau dia tiada, orang lain boleh ganti. Kenapa tiada kunci pendua? Kalau tiba-tiba ada berlaku kecemasan di sana, macam mana? Pandang sahaja?'

Mungkin dia agak hairan melihat wanita gila ini yang menyerangnya bertubi-tubi dan dia menjawab tanpa konsisten. 'AaAaa...' Itu yang kedengaran dalam tiap awalan ayatnya.

'Ini satu penganiayaan encik. Encik jawaplah nanti. Saya minta maaf kalau bahasa saya kasar tapi saya harap encik faham apa yang saya cuba sampaikan. Tidak guna ada pusat jagaan kalau sekadar membiar kucing-kucing mati begitu saja'

Aku keluar dari pejabatnya dengan airmata yang tidak putus-putus. Perlukah aku ke PJKT lagi? Tidak! Aku terus ke PVJ, mengambil budak 3 ekor itu dan terus pulang. Aku tidak boleh berpatah ke PJKT itu kerana aku rasa amat bersalah. Aku tidak dapat selamatkan mereka. Tidak dapat membawa bangkai-bangkai itu keluar dan tanam segera. Aku tidak dapat membantu kucing kegemaran aku yang tinggal nyawa-nyawa ikan. Tidak dapat membantu. Tidak dapat.

Semuanya kerana 'Pegawai kami berkursus dan tiada kunci pendua!!'

What The Fish MPJ? What the what? Kalau pusat jagaan itu terbakar, kau tengok sajalah puluhan kucing itu mati hangus dan rentung. Kenapa?

SEBAB TIADA KUNCI PENDUA!!

Sila rujuk 'entry' ini untuk mengetahui tindakan seterusnya.

Nota kakitanganku : Saya hanya bertindak seorang diri. Tiada panduan. Saya terpaksa memberanikan diri demi nyawa-nyawa mereka yang di anggap tidak berharga!! Terima kasih Allah, beri saya kekuatan dan keberanian!!

ISU INI SUDAH SELESAI. DI HARAPKAN TIADA PIHAK YANG MENGEKSPLOITASIKANNYA LAGI. JANGAN MEMBUAT KESIMPULAN DAN ANDAIAM SENDIRI. RUJUK SAYA JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN. TERIMA KASIH. 20 JUN 2011.






83 kUs-kUs:

husnaradzi on November 16, 2010 at 8:08 AM said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaa
kenapa ini semua terjadi .
sobs sobs .
kejamnya mereka . kejamnya kejamnya!
mntang2 mreka hnya binatang .
hux sedihnya .
smpai aty dorg .
kerja sbb gaji . yah mereka hnya bekerja sbb gaji .
kucing tu . hux kesiannya .

umi_e on November 16, 2010 at 8:21 AM said...

Salam... membaca n3 ini saja air mata tak dapat dibendung... apa lagi aklau berada di sana...

* Kalau kak e berada di situ, sah2 kak e akan cari alat dan potong pagar/kunci tu! Apa yang mereka nak lakukan? Nak marah? Nak saman? Silakan... Nama saja pegawai tapi TAK ADA OTAK!!! OTAK bxxx lagi cepat bertindak! *sedih+sakit hati+marah+benci*

Suara Kalbu on November 16, 2010 at 8:24 AM said...

Ya Allah,

Sebak pagi-pagi tengok kucing-kucing ni dan nasib mereka di situ. Tak sedar airmata pun bertakung jugak. Kenapalah sampai hati mereka ni. Sudah dibayar gaji tapi tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Alasan itu tak masuk akal langsung. Alasan org keje gomen macam tu lah..kalau orang itu tak datang kerja, pergi berkursus atau tak ada ditempatnya, mesti tak ada orang yang akan take over tempatnya. Dah masak sangat alasan-alasan macam tu.

Kucing-kucing mati dibiarkan macam itu saja ? Bau busuk dan lalat sudah pasti mengganggu kucing-kucing lain. Yang tinggal nyawa-nyawa ikan sudah pasti tak sanggup dilihat dan ditinggalkan. Rasa bersalah kerana tak mampu membantu. Saya faham perasaan awak Tedi . Sedangkan saya terlambat memberi makanan yang kehabisan di dalam bekas pun, hati saya sudah rawan melihat anak-anak bulus saya mengiau kelaparan inikan pula derita yang ditanggung mereka di pusat jagaan tu. Tanpa jagaan, tanpa makanan dan air yang cukup, rawatan mungkin jauh sekali. Ya Allah Ya Tuhan.. i really dunno how to describe kesedihan saya ni.

Semoga kucing-kucing tu diberi perlindungan dan ada tindakan diambil selepas pendedahan ini.

Terima kasih dan sangat happy dengan pendedahan dan keberanian awak Cik Tedi. Bukan semua orang boleh buat macam apa yang awak buat. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan awak, diberkati dan diberi rezeki berterusan untuk awak membantu kucing-kucing terbiar ini.

NaddY on November 16, 2010 at 8:24 AM said...

cik tedi...nak share link di Facebook boleh?

Shaizul Sapar on November 16, 2010 at 8:35 AM said...

suruhlah pegawai td berhenti jadi orang. cadangkan dia menyumph diri sendiri menjadi kunci pendua. fikiran dia jauh lebih hina dari binatang. duduk mkn gaji tp xtau tggungjawab. dok ckp alasan yg sama, nmpk sgt dia xtau apa yg jd kt bwh dia. moga esok hari dia bgun dan apabila meliht cermin, dia sudh bertukr menjadi kucing pondan.

Softtouch [Hanim] on November 16, 2010 at 8:45 AM said...

kesiannya mereka tedi...xboleh ke pecahkan mngga kat kurungan dorang tu..siannya...xboleh ke report kat bhgn tetringgi mpj?...jgnlah seksa dorang mcm tu skali...sian...

Syazni Rahim on November 16, 2010 at 8:58 AM said...

AKu selalu tengok rancangan Polis yang menyelamatkan haiwan teraniaya dekat Animal Planet. Kadang-kadang orang barat ni ada bagusnya. Kalau ada orang yang menyiksa binatang, orang itu boleh dipenjara / disaman, mengikut berat mana kesalahan dia.

Malangnya, di negara kita ni, TIADA kot unit beruniform untuk haiwan macam tu?

Memang tak tahu nak adu kepada siapa kalau ada masalah macam tu kan?

Apa-apa pun, Allah ada. Kucing adalah haiwan yang diciptanya khas untuk bermanja-manja dengan manusia, di akhirat esok pandai2lah pegawai2 tu jawab.

ULtradya on November 16, 2010 at 9:04 AM said...

buat apa buat tempat jagaan klu nk menyaksa binatang tuh ja...buat apa sampai berkunci...bukannya diorang harimau ke hapa....kucing ja...bukannya diroang tahu nk buka pintu yg ada selak....klu mcm nih...xpayah la jadi pegawai ke apa kat situ...buang duit kerajaan n dalam xsedar dh jd firaun

Rozita on November 16, 2010 at 9:20 AM said...

sungguh tidak patut
mereka terseksa di sana
kesian nya
sedih sungguh baca ntri kali ini...
sy pun ter emo jugak nih...

azianierdawati on November 16, 2010 at 9:21 AM said...

x nak bc sampai abis tapi tau dah sedih n rs sakit hari pd maknusia mcm tu... bengong btl

Southern-Girl on November 16, 2010 at 9:22 AM said...

Salam, sebelum ini saya silent reader sahaja. Tetapi sebak dan marah membaca entry ini tidak terbendung lagi.

Boleh lapor pada polis tak?

Kalau la ada cara utk buat report utk di ambil tindakan segera.

Untung di negara Uncle Sam ada animal police, yang menjaga kebajikan binatang teraniaya. Di Malaysia tidak ada. Yang dipertanggungjawabkan menjaga mereka juga tidak bertanggungjawab. Patutkah Malaysia menubuhkan pasukan animal police swasta sekiranya kerajaan tidak dapat mengambil berat tentang binatang-binatang ini??

Saya rasa, PATUT ADA! Siapa setuju?

ejdeejasmi on November 16, 2010 at 9:31 AM said...

tedi sebarkan ke akhbar..baru dorang tahu mcmana MPJ kerja..time ni jgn kata kunci pendua dengan pegawai yg menjawab tadi yg akan kena bambu..bengoong punya manusia...buat pusat pejagaan tapi dorg yg lebih sifat binatang...

Unknown on November 16, 2010 at 10:00 AM said...

sedih sgt...xmmpu nk kate ape....kite kalo kucing mati pon xkn d biarkan lama tapi terus tanam..tp diorg????xde hati perut manusia lansung....!!!!

meowwmania on November 16, 2010 at 10:22 AM said...

ya Allah kenapa kejamnya manusia terhadap makhluk mu yg bernama haiwan, tidak berhargakah nyawa mereka :(

mmg penganiyaan haiwan namanya ni, bukan pusat perlindungan. apa tujuan buat pusat perlindungan kalau hanya ingin menambah siksa haiwan comel yg tdk berdosa ini :( :( :(

ya Allah sesungguhnya Kau maha berkuasa, Kau maha penyayang, Kau maha pengasih...bantu lah mereka ya Allah lindungilah mereka

terima kasih tedi kerana tindakan berani anda, kita berdoa sama-sama semoga situasi ini akan berubah amin...

Tiara on November 16, 2010 at 10:26 AM said...

Pergh.
jahat mcm babi.
kalau ye xde org nk jge.
Offer la pd masyarakat wat mcm program sukarela. Dtg2 kms2. Bg mkn. Banyak je org yg syg kuceng,
Ak dr tgkak pn sanggup dtg slalu.
Kalo nk tlg2. Boleje.
Ramai je org nk ak gerenti.
bwk mknn cket2.
Tlg ltkkn air
Air pn xde kn?
Bodo gle MANUSIA tu sume.
Kak Tedi mmg tebaik sbb share psl ni.

Anonymous said...

reason yg sgt tidak masuk akal!
mungkin mereka fikir, hanye nyawa seekor 'kucing je'..'kucing je'..sbb tu la mereka bertindak sambil lewa...

Hanye Allah sahaja yang akan membalas perbuatan 'baik' mereka itu..

xnk reveal kn ke tengah perkare ni ke?sekurang2nye mereka akan terbukak mate sket..jangan ingat hanye nyawe 'kucing je' leh wat main2..

- chulakitty-

Unknown on November 16, 2010 at 10:56 AM said...

aku bukan la peminta kucing...
tp xsanggup tgk kucing2 tu dibiarkan cenggitu...
diorang mmg amik ringan hal nih...

Papa Hero on November 16, 2010 at 11:06 AM said...

SHAME ON THEM...ADA MASA PH NAK PERGI SENDIRI TEMPAT TU...KALAU PERLU GADUH, PH AKAN GADUH......BUAT MALU JER ORG2 MACAM NI...MAKAN HASIL GAJI BUTA......TIDOOOO......

mama affan on November 16, 2010 at 11:30 AM said...

kejamnya!

Aini on November 16, 2010 at 11:31 AM said...

perlu buat report tedi. Adukan penganiyaan kucing di pusat penjagaan kucing! Perlu tindakan. Geram sungguh baca entri ni.

Cuba kita sumbat mereka yg bertanggungjawab tu dalam sangkar tu pulak, ape dia rasa?

Kejam!

Anonymous said...

Ya Allah, lindungi la kucing2 itu.. yang mana masih hidup berilah mereka kekuatan... Sat ini airmata ku juga bergenang...

Kenapa sini takde tempat utk report kalau ada binatang dianiaya oleh badan2 sebegini ataupun individu...

Saat ini terasanya nak jadi menteri biar binatang2 ini dilindungi...

Tedi, sabar ye... terima kasih sebab sudi share ngan kami cerita ni...

~Chika~

Tupai Karan on November 16, 2010 at 11:48 AM said...

boleh lepas tangan dan pegang dengan alasan bodoh "takdak kunci pendua"? sangat2 tak bertanggungjawab..

kalau aku bersama ko waktu tu tedi, aku pun turut rage jugak.. lepas tu aku tak kira apa punya mesti p potong ja pagar tu.. tak besaq pun buat lubang kecik setakat boleh tolong bg makan + air cukup la..

sedih..

aNIe on November 16, 2010 at 12:01 PM said...

tEDl... sedihnya membaca entry ni..

Sebenarnya yang mengurung menyiksa dan menganiaya itulah haiwan sebenar...

Kenapa mereka tidak prihatin langsung...

Lepaskan aje mereka... kerana dengan cara itu mereka boleh hidup sendiri... kenapa dikurung 'dijaga' konon di tempat penjagaan yang sepatutnya tak wujud masalah sedemikian...

AngeL BeaR on November 16, 2010 at 12:42 PM said...

Kekejaman sedang berlaku!!!!

Complain ngan SPCA! I share your link ye....

Si GadisSemasa on November 16, 2010 at 1:14 PM said...

ish . sebabkan kunci , kucing yang jadi mangsa . apa lah . mana pergi tanggungjawab dorang sume nie .
gerammm !

Ieeko. on November 16, 2010 at 1:26 PM said...

Ya Allah, menitis air mata saya baca. Kejamnya manusia zaman skang ni :(

Vivian on November 16, 2010 at 1:29 PM said...

Ya Allah..kenapa la bodoh tak berhati perut betol..tak lama mane pun potong pagar or etc..mereka saje je malas nak buat kerja..

biar turn mereka kena kurung jugak..

Unknown on November 16, 2010 at 1:36 PM said...

salam tedi~

ini upanya yg ko maksudkan semlm... memang melampau sgt2... mna peginya belas kasihan dorg nie??

Princess Ayang on November 16, 2010 at 3:11 PM said...
This comment has been removed by the author.
Princess Ayang on November 16, 2010 at 3:11 PM said...
This comment has been removed by the author.
Ceritara Kami on November 16, 2010 at 3:42 PM said...

kenapa semua ni berlaku?
ya Allah kucing x bersalah menjadi mangsa..
lebih rela lihat kucing2 berada di pasar drpd pusat jagaan yang teruk..
saya mohon tolong la buat laporan supaya pusat jagaan ini akan diambil tindakan..
tak tau lepas ni berapa byk lagi kucing2 kat situ menjadi mangsa..?
ya Allah kau berilah perlindungan kepada kucing2 yang teranaiya ini..
:(

baincardin on November 16, 2010 at 4:26 PM said...

Selamat Menyambut Aidiladha!!!~ ^_^

Dee on November 16, 2010 at 4:33 PM said...

kejamnya..sy rasa pegawai yg dilantik jenis yg x syg kucing..kalo dia penyayang pd kucing seperti tedi..dia tidak akan tergamak membiarkan pusat jagaan itu begitu..

nEuR0 shEwAzni on November 16, 2010 at 6:18 PM said...

babi pnye pegawai . mende pkerja berkursus ? ape kaitan ? ape kunci pendua takde ? klo gitu rumah kau , kete moto kau takyah laa bt kunci pndua . pembohong ! dasar pemalas ! tahu mknn gaji buta ! kau mkn laa duit haram tuh ! klo btol kunci pndua takdak ato ilang , ape takleh pikir nk potong sket jaring tu kasi mkn ? ko egat kucing akan lari ke tgh lapar2 tuh ? BODOH ! dh ptong kau sambung la balik ! blja tinggi2 jadi pegawai tp bodoh dari hanjing ! BODOH !

nareiQa on November 16, 2010 at 6:28 PM said...

Gila ke MPJ tu !! MELEPASKAN BATUK DI TANGGA ! Kalau kursus belambak tapi tak penah nak amek tau pasal hal jagaan kucing , watpe g kursus ? kursus ape ? kursus membunuh kucing ke ??

Anonymous on November 16, 2010 at 6:29 PM said...

aduhh..aduh...aduhh...memang SAKIT HATI! kejam sgt2... memang kalo saya pn akan nanges... kalo kita nak kopak sdiri jaring tu, mgkin kurang ajar la psl tu tempat org..tpi kalo saya, mmg saya ceramah pjg sampai la si pegawai tu fed up dan menjawab balik dgn kata2 yg lebih bernas berbanding "aaa...aaaa" tu... Eee.. ase cam nak siku je... haiwan pn ada hak utk hidup la!

aiMo0o on November 16, 2010 at 7:46 PM said...

astagfirullahalazim!!!!! mendidih darah ni baca. jawab lah kat akhirat nanti.

JAMILKUCING on November 16, 2010 at 8:21 PM said...

Askm maafkans aya kerana tidak boleh buat apa-apa kerana bukan di kuala lumpur. kalau di kuala lumpur saya apa peduli mewakili siapa atau tidak. jawapanya pecahlah pagar tu saya kerjakan. kenapa tidak laporkan teurs ke jabatan haiwan malaysia. tak perlu takut untuk berbahasa kasar kerana mereka ini memang kalau cakap lembut mereka pijak kepala kita.

Tolong bagi saya specifik alamat tempat ini di mana. kalau awak berani pergi sana bawa gunting dawai atau palyer gunting biarkan kucing kucing itu bebas. mereka tahu cari makan mereka sendiri.

Saya bercakap bukan seperti kebanyakan yg memberi komen, hanya setakat bercakap saja. ini pengalaman saya. cuba suruh mereka ambil mesti berjuta alasan akan keluar. tolonglah beranikan diri.gunting dawia tu biar mereka keluar.pleaseeeeeee.help me to do that.

http://jamilthecatman.blogspot.com

Yatre Hayati on November 16, 2010 at 10:06 PM said...

mungkin mereka menganggap nyawa kucing hanya sekadar nyawa kucing. tidak memberikan apa-apa erti. bersabarlah wahai tedi.

JAMILKUCING on November 16, 2010 at 10:07 PM said...

Askm saya telah menghubungi seseorang bergelar dato di melaka yg saya kira mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan, saya telah menghantar email dan sms link anda. harap ia dapat membantu.

Kalau di izinkan Allah saya dan Ybg Dto tersebut sednag berbincang untuk membuat taman kucing terbiar untuk tujuan pelancongan di melaka, doakanlah ia terjadi dan terbesar di malaysia.

Sharz on November 16, 2010 at 11:58 PM said...

kalau dorg semua lepas bebas mesti takkan terima nasib macam tu..sedih sgt2 bile tgk ade yang mati...kalau dorg bebas boleh cari mknn sendiri..name je pegawai tapi duduk kat dalam opis je jadi mcm tue la..sepatutnya org2 yang sayangkan haiwan patut kerja kat tempat mcm tue..kriteria yang amat penting... =(

Anonymous said...

Ok semua yang concerned boleh buat aduan kepada Biro Pengaduan Awam. Click here :

http://apps1.pcb.gov.my/eApps/bp ... c/add.do?aplCode=ms

Saya dah buat aduan, yang lain pun patut buat kalau rasa kes ini adalah penganiayaan haiwan dan kezaliman. Kalau banyak aduan mesti government akan take notice

Anonymous said...

ya allah.... nie bkn nyer tmpt pelindungan tp tempat tempah maut...rase2 kalo kucen2 2 kat pasar @ kdi2 makan lebih trjaga diowang walaupo terpaksa cr makanan sendiri...menjawab la kowang smua kat akhirat nnt...
bkn buat baik...tp lg menganiaya kucen2 2....
nauzubillah...

Unknown on November 17, 2010 at 4:48 PM said...

aku kagum dgn ko tedi.. sebaknya aku tgk kucing2 yg hidup dibiarkAN skali dgn kucing2 yg dh mati... takda kunci pendua?? wth!! ko boleh potong dawai tu... takkan kerana kunci pendua nak dibiarkan kucing tu mati kebuluran...

sebaknya aku tgk... takleh digambarkan kalo tu yoko...

keen on November 17, 2010 at 7:09 PM said...

sy share link ni d fb ek..biar ramai org tau..benda cmni bukan leh buat main, diorg pn makhluk bernyawa gak! sy marah sgt2!!!

Amirez on November 17, 2010 at 8:26 PM said...

sebak bila tengok kucing2 tu mati terbiar..lagi2 dah berulat. memang tak patut diorang abaikan kucing2 tu. alasan pegawai keluar kursus memang takleh diterima. sepatutnya mesti ada pengganti.

teringat kucing sy, chemon yg mati 5 jam lepas balik dari jumpa vet...

usamah said...

please everyone.. ramai2... complain kat spca... pegi sini..

http://www.spca.org.my/v51/reportacase.php

lagi bagus... report kat the star / harian metro / sinar harian / utusan / semua akhbar

usamah said...

jom ramai2 suruh The Star investigate...

tolong email kat starprobe@thestar.com.my

http://thestar.com.my/starprobe/

Pu3seroja on November 17, 2010 at 10:25 PM said...

owner,

ni ada senarai nama & no.hp vaterina dlm melaka

http://www.spcamelaka.org/index.php?option=com_contact&view=category&catid=10&Itemid=11

Pu3seroja on November 17, 2010 at 10:26 PM said...

owner blog,

blh complain psl pusat jagaan
yg xbrguna pd SPCA Selangor
nti diaorg akan siasat..

just for your information

http://www.spca.org.my/v51/reportacase.php

cikgu kucing kl said...

alasan tak boleh terima pakai. ari ni raya. esok ramai cuti tambahan. abih tu KALAU SEMUA MATI nak cakap penjaga tu balik kg pulak ke?

kalau saya yg disitu, saya gunting pagar tu, tarik paip @ apa2 je yg bolehs alur air, saya tembak ke dlm sangkar. KALAU saya disitu. sebab saya dah pernah buat sebelum ni kat tempat lain.

mangga tu mangga murah. lantak la pecah asalkan boleh selamatkan miaw2 tu. alasan pegawai tu mmg alasan paling bodoh.

saya MARAH sebab kes tak ambil endah camni dah pernah jadi kat nyanyaw saya. 11 EKOR mati. bawak g spital veterinar GOMEN kat KL ni, 4 ekor dah kritikal. g hari khamis petang. dorg tolak mentah2 alasan waktu tu hanya utk appoinment sahaja. saya dah tunjuk baby nyanyaw saya dah nyawa2 ikan dalam kotak kasut, pandang pun tak! KALAU saya mampu g private, dah lama saya dah g. tapi saya tak mampu! dan baby nyanyaw saya SEMUA mati sebab spital gomen takat buka hari isnin minggu selepasnya. sampai hati mereka2 ini!!!!

Unknown on November 18, 2010 at 12:51 AM said...

=(

Kakdell on November 18, 2010 at 12:58 AM said...

Memang berdosalah mereka yang mengurung binatang tanpa diberi makanan dan minuman sehingga mereka mati kebuluran... semoga Allah membalasnya...

Anonymous said...

MACAM MANA NASIB KUCING TU SEKARANG,,,,TAK BOLEH JADI NI DIORANG NI DAH MELAMPAU,,KENA BUAT ADUAN,,KALU BOLEH BUAT MASUK KAT TV3 ,,GERAM AKU DGGN PERANGAI YG BANYAK ALASAN"TIADA KUCI PENDUA"

Anonymous said...

siyan nye kucing2 nih...xde kunci pendua bkn satu alasan nk abaikan kucing2 tuh...diorg tuh xde ati perot ke...akak, patot pegi report kt majlis biar diorg rs...apsal diorg ni bangang sgt, ape igt kucing tu anak patung ke...arghhhhhhhhhhhhhh...geram nye,

kella on November 18, 2010 at 5:28 PM said...

Ya Allah.. begini layanan yang mereka berikan pada kucing2 tu! ya Allah..
seksanya mereka tu Ya Allah..
manusia manusia itu pula seakan tiada rasa belas dan lansung tiada rasa bersalahkah!
aku menaip pun seakan tersekat sekat sekarang.. benganng! sedih.. sebak..

mereka juga punya nyawa!

princess tatamie zaidi said...

bole tak saya nk share ni kat fb ..ngee..tergamak nye mereka wat mcm ni kat miau2 ni..tak der perasaan ker..kalo saya ..saya da cr per2 la alat...kopak kan jer jaring 2...dr tengok miau2 ni terseksa mcm ni.,..

amad_walrus on November 19, 2010 at 8:56 AM said...

woooo..sedeynyeee!

ejaMaria on November 19, 2010 at 8:19 PM said...

ada satu lagi jalan tedi... britau kat karam singh walia... biar dia buat liputan... masuk tv3... biar semua 'org2 besar' nampak benda ni...

HONEY Vets on November 22, 2010 at 3:08 PM said...

Jujurnya saya tak terkejut membaca entry awak. Ada byk lagi tempat yg 'so-called shelter' yg diuruskan oleh orang2 yg ignorance mcm yg awk jumpa. Apa yg awk buat adalah sgt baik, SYABAS sy ucapkan. Memang mereka tidak sepatutnya berbuat begitu semata2 tiada kunci pendua. Ketuk je kunci sekarang, boleh ganti kunci baru kan? tp inilah dia orang yang tidak berperikemanusiaan apatah lagi peribinatangan. Apa agaknya Nabi Muhammad SAW akan kata kalau beliau masih hidup. Rasulullah sgt sayangkan kucing sehinggakan dia sanggup potong jubahnya tempat kucingnya tidur. Tp, org Islam (tak semua)sekarang begitu kejam dgn haiwan!
Sebenarnya ada Akta yg boleh mensabitkan orang yang menganiaya haiwan dan mereka boleh disabitkan kesalahan.
Perkara ini patut didedahkan. Awk boleh mengadu pd SPCA, mereka akan buat inspection dan lepas tu boleh bw ke media. Selagi benda ni tak di publicize, pihak yg berkenaan akan buat dek dan haiwan akan terus teraniaya.

myQza on November 23, 2010 at 3:41 PM said...

salam,
semua komen sudah di baca dan terima kasih atas kerpihatinan.

Tindakan dan aduan sudah di buat. sila baca entry seterusnya. =))

Terima kasih.

Anonymous said...

x btanggungjawab tol dorang tu.... sedih rasanye....

Unknown on December 16, 2010 at 10:13 AM said...

hello, saya di beri tugasan untuk conduct community service dekat tempat penjagaan dan perlindungan haiwan...tapi tak tahu kat mane tempat yang ok, u all bley share x tempat yang ok area kl or selangor...selain spca, ada tempat lain lagi x yg senang nk akses...klu ada, pm kt ridzuanshafiee@gmail.com ok...

Anonymous said...

kita kutip tandatangan ,hantar kat menteri untuk persatuan pecinta haiwan,jangan bunuh haiwan tersebut tetapi biarkan dia bebas seperti sunah nabi:

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius ,dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri (dikurung ), Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka “
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa manusia tidak sepatutnya mengurung kucing tersebut dan sepatutnya membiarkan kucing tersebut mencari makanannya sendiri. Kecuali ia adalah kucing yang dipelihara dan dijaga dengan rapi untuk diletakkan di dalam rumah.

myQza on December 29, 2010 at 8:08 PM said...

anon 28 disember,
=))

CM saya pun hanya mampu senyum sahaja bila saya adukan hal ini face to face dengan dia. . Lakukah tandatangan kita?

TQ

♥Putri ilyanie♥ on March 6, 2011 at 2:54 PM said...

tidak patut langsung...

Anonymous said...

budus btol....kalu xleh jge lepas kan la...name nye pegawai...otak letak kat lutut agknye buat kje pon xthu...huh alsn xmusabah...cmne leh jd pegawai????n tuk ape bukak pust jagaan kalu x terjage....nonsense!!!

atie said...

aku benci penganiaya binatang terutama kucing...binatang dah tentu x der akal tp yg manusia nie x der akal juga ker..kalo camtu baik bagi jer otak tu kat binatang tu..atleast dier leh buat apa yg sepatutnya

atie said...

aku benci penganiaya binatang terutama kucing...binatang dah tentu x der akal tp yg manusia nie x der akal juga ker..kalo camtu baik bagi jer otak tu kat binatang tu..atleast dier leh buat apa yg sepatutnya

Loola Tamara on June 20, 2011 at 11:21 PM said...

KUNCI pendua bukan alasan untuk kucing2 tu mati,.. kerja yg diamanahkah x mampu di pikul? bukan susah sangat nk kasi kucing2 tu makan, bukan duit sendiri pun, kalu x mampu nk jaga, X mampu nk kasi makan jgn dikurung binatang tu,BINATANG betullah diaorg ni, Apalah malang sungguh majikan yg membayar upah pd pekerja yg hanya MAKAN GAJI BUTA!!! lebih baik merempat tepi jln seperti ANJING & KUCING dr jadi manusia yg BODOH, BUTA HATI... Ramai lagi yg memerlukan kerja dari ambil org yg tak tahu pikul amanah! BODOH!!! memang BODOH!!!

sapati on July 11, 2011 at 12:16 PM said...

Sedih teramat sedih.Baru sahaja melihat gambar belum lagi berada d tempat kejadian sebenar.Geram teramat geram apa2 pun taniah buat insan yg perihatin sangat2 dgn kucing ini.

Anonymous said...

Bukan sahaja dikurung, malah tidak dijaga dan tak diberi makan. Kejam sungguh. kalau tak sanggup nak jaga, lepaskan jer. biar kucing tu cuba nasib dia sendiri.

Anonymous said...

sdeh sgt2 ngn citer nie...
biar la Allah yg membalas mereka2 yg mnyeksa binatang serupa itu...

oh
sy nk tnya dkt mne blh adopt kucing ye?sbb tringin sgt nk bela kucing
but dunno where 2 find it...
sbb klu nk amik kucing dkt jln 2 smua nye dh besar2
so blh bg info x?
area2 k.L n selangor

myQza on November 1, 2011 at 7:34 PM said...

hai anon 1 november,

boleh ke KTAJ Online Adoption House ( search di FB )

Kat situ ada byk kucing2 yg di iklankan di seleuruh Malaysia. Terima kasih

dareena ishak said...

Saya dan adik baru sahaja melawat pusat jagaan itu pada 23 jan 2012.... Dan ini bukan kali pertama kami ke sana.... Kami ank jati Jasin... Sanggup kami ke sana sedangkn kami menyambut tahun baru cina... Mungkin alasan mereka tidak bekerja kerana public holiday.... Akn tetapi bangkai kucing di hadapan yg telah berulat dan nmpk tulang membuktikn tempat itu tidak dilawat lebih seminggu.... Sngt sedih kerana tiada sebarang perubahan... Kucing2 masih bnyk yg sakit dan bekas makanan kosong... Saya terus menghubungi person incharge tetapi amaran pula yg diberikn... Katanya itu kawasan larangan org awam... Kepala hotak dia... Setiap kali pulang ke kmpng kami adik beradik pasti melawat ke sana... Tetapi ape yg kami dapat hanya mampu melihat dan menagis sambil brdoa agar suatu hari nnt kami dpt mengambil alih tempat itu tanpa sebarang subsidi... Terus saya adukn hal ini kepada PH dan En Jamil Kucing.... Nika blog ini ditulis lebih setahun yg lepas... Ternyata hingga sekArang tiada perubahan... Akan ku pastikn diri ini mengamuk di MPJ dalam masa trdekat jika ini masih tiada perubahan.... MPJ melampau hingga malu nk ngaku saya org jasin... Walaupon kerja di KL, akan saya pastikn ada spy yg akn saya hantar untuk pantau keadaan di sana.... Siap lah kau MPJ!! Ydp dia pon saya sanggup hadap jika keadaan memaksa....

Anonymous said...

terima kasih wahai hamba Allah yang baik hati... mulianya hati kamu.... Allah.......

Anonymous said...

siannya...:-(

Anonymous said...

makan gaji buta... Kerja senangpun tak amanah. aku yang kerja swasta pun sanggup jaga kucing terbuang walaupun aku tak suka kucaing. walaupun gaji aku tak seberapa sehinggakan setiap bulan tiada simpananpun aku tetap ada belas kesian sesama makhluk. semoga allah membalas apa yang meraka lakukan..

Anonymous said...

as salam.. saya ada 4 ekor kucing peliharaan.. sesiapa yang berminat nak bela kucing.. sila pm saya di : 0129969757

MOHD HAIRI JAMALUDDIN on June 5, 2014 at 2:22 AM said...

kluar duit skit lah cik...beli pemotong besi kasi lepas itu kucing sume snyap snyap.....

Anonymous said...

saya setuju dgn tuan...buek jo..

akar rustika on May 23, 2017 at 12:01 PM said...

Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html

Unknown on December 1, 2020 at 12:44 PM said...

Ya Allah pilunya hati kesian kucing tu 😭😭😭 zalimnya mereka..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting