Monday, November 15, 2010

RamaI yanG tanyA PasaL kucinG. siaPa maHu LaGi? sayA MaHu skODenG di PusaT JaGaaN KucinG TerBiar JaSin. yanG Lain ToLonG JanGan BaGi haraPaN PaLsu!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM
Sepanjang minggu lepas ramai yang tanya pasal kucing. Mahu 'adopt' atau mahu beli. Maaf! Aku tidak jual kucing. Kucing yang aku ada kucing jalanan. Walau mereka di layan 5 bintang, di beri makanan premium yang berkualiti, di beri rawatan jika tidak sihat. Aku tidak sesekali akan menjual. Jika ada pun hanya bayaran mengembiri sahaja yang aku kenakan. Tapi setakat ini belum lagi.

Cukup sekadar kamu menjaga mereka sebaik mungkin. Menjaga kebajikan mereka. Memberi kasih sayang secukupnya. Jangan beza-bezakan mereka walau mereka tidak seindah kucing kamu. Beri layanan sama rata. Tolong!! Hanya itu yang aku mahu.

InsyaAllah, aku akan ke Pusat Jagaan Kucing Terbiar di Jasin lagi. Aku telefon dulu. Aku ingin masuk dan mengambil gambar. Jika di izinkan dan jika ada penjaganya. Sesiapa yang mahu boleh beritahu. Bebaskan mereka dari kurungan kerana mereka berhak mendapat kasih sayang dan tempat tinggal yang lebih sempurna.

Kepada mereka yang telah mem'booking' anak-anak kucing ini, terima kasih. Tapi tolong jangan beri harapan 'palesu' kepada aku. Setakat ini 8 daripadanya telah betul-betul 'confirm'. Cuma aku sahaja yang belum menghantarnya ke Shah Alam. InsyaAllah. Dalam bulan ini.

Nota kakitanganku : Buka mata dan minda terhadap kucing jalanan dan terbiar.





5 kUs-kUs:

Gee on November 15, 2010 at 3:16 PM said...

semoga jasa baik kamu sentiasa di permudahkan dan dirahmati Allah.. Amin

fiqkbe on November 15, 2010 at 4:21 PM said...

buat baik dibalas baik =) insyaAllah..

hans on November 15, 2010 at 4:53 PM said...

semoga teddy dikurniakan rezeki lebih dan sihat sentiasa pasnih

P/S : Anda Makan Pisang Tapi Pisang Apa Yang Anda Makan? Jom Tengok Pisang!

jamilah.chantek on November 15, 2010 at 5:26 PM said...

ko mmg pencinta kucing lah tedi. salute!!!

:)

milley's mom on November 18, 2010 at 4:51 PM said...

mintak izin nk share blogs awak ngan kwn2 yg lain..
Thanks.sayu baca entry pasai pusat jagaan kuceng tuh...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting