Friday, November 12, 2010

18 SG : AmaraN! TerDaPaT GamBar anaK KucinG yanG Di BeDah SiasaT keraNa Di JanGkiTi FeLine InFecTious PeriToniTis ( FIP ). amBil Ini seBaGai ILmu.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:00 PM
Photobucket

Gambar-gambar ini telah di zinkan untuk di paparkan di sini oleh seorang Doktor Veterinar yang menjalankan bedah siasat ke atas anak kucing yang di jangkiti FIP untuk haiwan atau HIV untuk manusia.

Sila ambil perhatian bahawa ini BUKAN satu kekejaman tetapi satu prosedur bedah siasat untuk memastikan punca kematian haiwan peliharaan. Rata-rata pencinta kucing sudah biasa dengar penyakit FIP ini. Penyakit yang di geruni kerana ianya cepat berjangkit dan meragut nyawa haiwan kesayangan kita.

Kucing ini telah di bedah siasat setelah dia dan adik beradiknya mati di syaki di jangkiti FIP.

Photobucket

*Cecair yang terkumpul dalam abdomen kucing yang mati. Warna kuning terang cecair ini menunjukkan positif FIP di mana cecair ini mempunyai level protein yang tinggi.

Photobucket

* Buah pinggang yang bengkak.

Photobucket

* Hati yang bengkak dan kemerahan.

Petikan yang terdapat di dalam blog beliau. Sila lawati Honey Pet Shop untuk artikel penuh. :

* Seekor kucing yang di jangkiti memungkinkan semua kucing juga akan berjangkit lebih-lebih lagi jika berkongsi bekas makanan dan minuman. Peratus kematian adalah 100%. =((

* Rendam dan bersihkan bekas makanan dan sangkar sekurang-kurangnya seminggu sekali dengan peluntur dan membilas bersih.

* Penyakit ini tidak akan berjangkit dengan manusia.

Sekali lagi di ingatkan, paparan ini BUKAN menunjukkan kekejaman terhadap haiwan tetapi sila ambil sebagai ilmu dan pengetahuan untuk kesejahteraan binatang peliharaan kita. Sila peka jika mereka jatuh sakit tiba-tiba.

Nota kakitanganku : Aku memang di takdirkan tidak boleh jadi doktor haiwan. Tidak sampai hati...





16 kUs-kUs:

tRio CoLLeCtiOn on November 12, 2010 at 3:17 PM said...

1st time tgk kucing macam tu...klu aku pun x sampai hati :(

baincardin on November 12, 2010 at 3:18 PM said...

samalaa ngan bain, mmg x bole jd doctor haiwan. sian tgk kucing tu..

Dee on November 12, 2010 at 3:36 PM said...

sy pun..x smpi hati..

Softtouch [Hanim] on November 12, 2010 at 3:46 PM said...

sy pun..kesian....xsmpai hati...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on November 12, 2010 at 3:49 PM said...

tertengok.
tekut
kesian

aku pun atk mungkin jd doktor. nurse pun tak boleh
nampak orang accident aku + darah aku pun pitam

lupie on November 12, 2010 at 4:33 PM said...

Dah pengsan....

gadisBunga™ on November 12, 2010 at 5:50 PM said...

kesian dia. tapi kite faham maksud entri ni. no worries.

Anep™ on November 12, 2010 at 5:53 PM said...

kesian nyer kucing tu..hmm..x sanggup tgk.,..

10 Fadhilat Coca Cola, Terbaek Dari Ladang !

Unknown on November 12, 2010 at 5:58 PM said...

Mr Poposh pernah kena tp alhamdullilah dapat diselamatkan....bukan senang mau bela kucing huhu

umi_e on November 12, 2010 at 6:08 PM said...

Salam... alhamdullilah Chiku negatif FIV tapi FeLV :(

Unknown on November 12, 2010 at 6:21 PM said...

mcn mn kite nk detect diorg kna fiv ni ek?

myQza on November 12, 2010 at 6:24 PM said...

vixenlady,
menurut doktor rujukan saya,
ianya tidak dapat di duga. pagi tadi dia boleh meloncat dan bermain, tidak mustahil petangnya dia akan lemah dan terus mati.

cuma apa yg kita boleh lakukan, pastikan tempat dan beka smakanan kucing kiat sentiasa bersih.

chentaMAYA on November 12, 2010 at 7:08 PM said...

argh! kesian nye! har har. isk! wajib la cuci nih besih2 bekas mkn dy~

molliesa on November 12, 2010 at 10:49 PM said...

waaaaaaaaaaa.....takot nye tengok...sedih jeee...alamak..kene cuci bekas gegirl, sebab ade kucing liar dtg makan sekali....takot kucing tu ade sakit...

Unknown on November 14, 2010 at 2:32 PM said...

aiyarkkkk
mau pgsn

Anonymous said...

http://eekshop.com
In as part of your present-day day unsteady financial unit you purchase,the start all the way and experienced} business has an all in one a number of things option to understand more about obtain an appealing asset and financing arrangement and then for ly leases and repossession do just fine trucks allowing you to have easier loans qualifications.and smallest down payment be right for you.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting