Bila seseorang itu tidak jujur dia akan selalu berdolak dalih. Akan cuba mengalihkan perhatian kita kepada topik lain sedangkan kita sedang bercakap topik lain. Dia akan jadi gelabah dan tidak tentu arah. Mengapa? Kerana bila kita berbuat silap atau berbuat sesuatu yang salah kita akan rasa tidak selesa kerana terpaksa menipu.
Aku terjumpa FB seseorang. Seseorang yang telah menjadi sejarah silam. Tersenyum sinis aku melihat di bahagian 'hubungan' dia mempunyai hubungan dengan seseorang. Aku terasa ingin ketawa sekuat hati. Nah! Kamu pernah menipu dan berdolak dalih. 'Seseorang' itu memang benar wujud sebenarnya. Mengapa kamu tipu? Sekarang kamu sedang ber'hubungan'. Aku tidak peduli. Tetapi penipuan kamu dulu tidak menjadi.
Aku tidak pernah akan lupa kata-kata kamu 'Kawan biasa'. Kamu berdolak dalih walau sebenarnya sudah amat ketara penipuan kamu sehingga kamu tidak dapat menutupnya.
Okey! Sudah bertahun itu berlalu dan baru kini aku 'jumpa' kamu yang sedang 'dalam perhubungan' itu. Allah itu Maha Berkuasa.
Mengapa lelaki sukar berterus terang. Berdolak dalih dan mengadakan benda yang tiada dan mengtiadakan benda yang ada?
Aku lebih suka jika kamu tidak suka, kamu kata tidak suka. Jangan sesekali kamu berlapik dan berkata 'kurang suka atau kurang sesuai.' WTH?
Kamu boleh menipu orang lain tentang hati kamu, tapi kamu tidak boleh menipu diri sendiri.
Jangan risau, aku bukannya perempuan yang akan bertarik rambut bila kalah di 'tampar' kecurangan manusia. =))
Nota kakitanganku : Cepat atau lambat, bangkai tetap akan berbau juga. =))
20 kUs-kUs:
huhu..
berkatalah benar biarpun perit..
itu lebih mulia..
sabar ye awk..
:)
kebenaran itu emmang pahit tp kepalsuan lebih melukakan
tak suka laki macam ni..pernah terkena..perit sekali..te paham.. :|
huhuhu.
lelaki
entahlah
ppn pun sama kot
Berani kerana benar. kejujuran tanda keikhlasan.
huhuhu
teringat zaman muda2
aku juga pernah bermaki2 gara2 lelaki
oh apakah
sgt memalukan :(
lelaki oo lekakie.
susah mahu cakap.
pelbagai ragam pelbagai aksi.
kalo kita mengalah kita yang kalah.
salam tedi~
huhuhu.. kita serupa.... :(
hu3..
xpe..
biarkan mereka..
makcik tedi sabar ek..
:)
kebanyakkan lelaki x berterus terang sebab nk jaga hati sigadis atau xnk menghampakan sigadis...tp itu perbuatan yang salah...
kenapa sukar berterus terang..lambat laun mesti terbongkar juga!
pernah merasainya..dan akhirnya dia kahwin dgn perempuan itu..dulu x ngaku..paling benci lelaki begitu..
jujurlah walau pahitkan..
agree.
berdolak dalik la macam mana pun. sampai masanya nanti, kebenaran akan terbukti.
tersenyum lebar.
sebab lelaki mahu semua. percayalah!
Salam... Kalau sebut perkataan 'lelaki memang begitu' pasti akan ada lelaki yang tak setuju... tapi hakikatnya rata2nya begitu...
*penipu*
lelaki memang ada yang macam ni. konon tak mau ego tercalar... last2 kantoi sendiri
tak suka jugak!!
bangkai pasti akan berbau, lambat atau cepat ajer.. kalau xnak bg bau, kambus dlm tanah.. ap0 dem merepek nih?
-> alamaks, saye jer ker laki kat sini? tp betul kata kak e, saya mmg xsetuju.. hehehe..
kebenaran itu sakit~
sob sob.
yup kebenaran itu menyakitkan.. tapi pembohongan itu TERLEBIH menyakitkan!huuuu sgt emo okeh bab ini..
Post a Comment