Saturday, November 20, 2010

Isu PJKT MPJ : BiLa LaLaT Dan LanGaU BerkeLiaraN Bawa Bau BusuK. ConToh ManUsiA yanG sukA BuaT FiTnaH TanPa siasaTan TerPerinCi. BoLeh JaLan Da....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:00 PM
Photobucket

Dia kata aku 'Bagai Anjing Menyalak'. Aku tidak tahulah kena atau tidak peribahasa itu pada aku. Eh! Itu peribahasa ke? Bagai Anjing Menyalak Bukit. Ha ha ha ha.. Sebab apa yang aku salakkan sudah dapat perhatian dan pihak yang bertanggungjawab sudah bertindak. Aku rasa Anonymous ini pasti tidak lulus subjek Bahasa Melayu SPM atau tidak ambil SPM langsung! Opsss!!

Aku maafkan dia sebab dia tidak kenal aku. Mungkin kali pertama dia masuk blog aku. Kenapa dia marah sangat! Dia juga terlibat sama ke? Sudah kantoi!!

Photobucket

Ini orang yang sama. Sebab soalan dia dalam dua 'entry' yang berlainan juga sama. 'Tengok diri sendiri dulu, berapa banyak kucing terbiar yang awak bela di rumah. Mesti berjuta alasan di beri.'

ErhMmm.. Maaflah, aku tiada satu alasan pun mahu beri pada kamu.
Aku sudah menjawab soalan ini di ruangan komen. Ada 16 ekor semuanya. Semuanya kucing jalanan dan kucing terbiar yang orang sepak terajang. Yang orang buang ikut suka. Tiada satu pun yang aku beli. Tiada satu sen pun aku keluarkan duit untuk beli kucing. Kau boleh emel aku dan buat lawatan amal ke rumah aku. Aku akan belanja kau makan mee goreng? Amacam? Setuju?

Aku tidak mampu untuk menjaga dan mengambil 20 atau 30 kucing terbiar seperti yang 'orang itu' buat sebab aku bukan berpendapatan tinggi. Aku tidak akan sesekali jadi pengemis meminta duit orang untuk jayakan misi aku. Kalau mahu buat kerja amal tidak perlu ke hulu ke hilir menadah tangan meminta sumbangan. Cari publisiti murahan dengan menjaja kucing-kucing yang tidak tahu apa-apa. Bila orang tidak beri kau cerca dan hina. Kau perlekehkan macam kau sudah terlalu baik sebab pungut kucing dan orang lain tidak sebab bila kau minta duit tidak dapat.

Tidak malu??? Sudah jadi tidak ikhlas. Orang akan dengan sendirinya beri kau sumbangan bila nampak keikhlasan kau membela kucing-kucing terbiar. Tapi kalau kau 24 jam tadah tangan dan memaki hamun bila tidak dapat, apakejadahnya???

Photobucket

Ini pun orang yang sama mungkin? Sebab ayat dia sedikit lebih kurang sahaja. 'Buat sendiri tidak mahu.' Maaflah, aku sudah lama buat kerja mengutip kucing-kucing terbiar ini. Sejak Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ itu tiada lagi aku sudah buat. Ada masalah? Kenapa? Kau mahu buang kucing ke? Beri tahu aku, aku akan kutip.

Photobucket

Yang ini pula, maaf cakaplah. Sudah ke laut impiannya. Aku tidak kisahlah kau mahu buat Pulau Kucing ke? Taman Kucing ke di Melaka ini. Aku tidak kisah impian kau. Tapi isu aku Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ yang sekangkang kera di Jasin itu. Itu pun belum tentu hala tuju. Belum terurus. Masih lintang pukang sudah mahu fikir pasal Taman Kucing terbesar untuk produk pelancongan. Alahai pakcik.... Bangun!! Bangun!! Bangun!!

Aku ketengahkan isu PJKT MPJ bukan mahu publisiti. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Bukan sama sekali. Jika tidak aku sudah pun meletakkan gambar muka aku di sisi pegawai-pegawai MPJ dan membuat tanda 'peace' bila mereka datang melakukan siasatan atas aduan aku.

Mungkin aku sudah panggil wartawan paling 'cikai' pun dari akhbar Sinar Harian untuk 'cover' isu ini? Ha ha ha ha...

Macam-macamlah !!

Nota kakitanganku : Orang pengecut yang berselindung di sebalik 'Anonymous', berani mengutuk tidak berani tunjuk muka! Boleh jalan da...!





33 kUs-kUs:

CIK BIRU on November 20, 2010 at 9:14 AM said...

sabar la cik tedi...biasa la orang2 yang tidak berperikehaiwanan...dia mengata orang bagai anjing menyalak, tapi dia menyalak dan menyalahkn orang tanpa alasan dan bukti yang kukuh..sekurang2 nya cik tedi buat sesuatu yang betol.kalo tak dibuat begitu, agaknya lagi banyak kucing2 tbiar yg dikumpulkan di 'pusat kematian' tu...

kepada anonymous,
awak mungkin x kisah dengan nyawa seekor kucing, tp TAK bg kami2 pencinta kucing.

Anonymous said...

hahahaha!
kan2 cik tedi..
tegur sikit dh mnggelabah!!!
mati r!!!

m4rilyn on November 20, 2010 at 9:19 AM said...

sabar la tedi, biasanya kata2 orang seperti itu akan pulang balik kepada diri sendiri.

ibarat meludah ke langit.

ramai manusia yang belum buka mata bahawa Allah bukan sahaja mencipta manusia,malah segala haiwan,tumbuhan dah tanah2 dsekeliling. mereka sangat patuh padaNya bersyukur dengan anugerah Nya.

chentaMAYA on November 20, 2010 at 9:23 AM said...

euww! xsuke betol gua! huh~ kejadahnye dy plak nak nilai baik org? tuhan ke dia? dri sndrik pn xbetol aq rase! huh~

iQa~ on November 20, 2010 at 9:31 AM said...

tedi,ko wat je keje ko...keje 'org tu', biar jela die...

tah pape~

iQa~ on November 20, 2010 at 9:34 AM said...

lagi satu tedi, manusia mcm 'org tu',pndai ckp je...kerja xtaula~

ko sabar je k~

Cetusan on November 20, 2010 at 9:42 AM said...

Dia buat fitnah mana tau dpt jadi pakwe tedy

Kak Anie on November 20, 2010 at 9:57 AM said...

tEDl... orang tu nak cari publisiti murah juga..tapi pengecut... tu sebab letak nama jadi cik anon je... ...biarkanlah...

Rozita on November 20, 2010 at 10:01 AM said...

mcm mana nak improve ye,klu di tegur sikit sudah melatah..
mungkin yg menulis itu org2 yg berkaitan.
tp sy mmg setuju dgn pndpt awak Tedi..kesian kucing di situ dibiarkan kelaparan, hanya alasan tiada kunci pendua & org yg bertugas becuti. Teruk sungguh. Lebih baik biarkan kucing itu mencari rezeki nya sendiri, itu lebih baik dari di kurung tanpa diberi makan~ simpati

lupie on November 20, 2010 at 10:05 AM said...

Sis, you did great!

I've read how you exposed the filthy conditions of the so-called "PJKT".

When I first read about "PJKT", I didn't have such good feelings about it. I know the 'intention' is pure, but 'implementation' is lacking.

They should have channeled the funds to people who really loves animal (like yourself) NOT just any salaried staff who goes 'kursus' now and then leaving the animals abandon! Might as well leave them on the street!

Just ignore those cowards. We are behind you!

Aini on November 20, 2010 at 10:37 AM said...

Anonymous yang bg komen tu mmg comfirm tak baca entri2 sebelum ni. Cakap membuta tuli...

Softtouch [Hanim] on November 20, 2010 at 10:39 AM said...

go tedi go....jgn mengalah ngan dorang nie...sy boleh jadi saksi kalu diminta...

dorang ni penakut..dah salah tp xnk mgaku salah..agaknya dia ni bkn org melayu ke asik nk blame org melayu jer, kalu dia melayu, malulah dia kutuk bangsa sndiri..

maaf ckplah kdg2 org ni kita kene srgah dia baru dornag buat keje , kalu x melepak jer..tau2 ujung tahun mintak bonus n minta itu ini masuk sok kabar semua...keje malas!!!

Tlg jangan seksa kucing itu...lebih baik kucing yang terbiar kat kedai2 mkn tu dr kene kurung kat tmpat mcm tu..kalu xmampu buat pusat utk kucing tu baik xyah buat..xkan xde peruntukan ke dah amsuk poket sndiri...ni nak marah nie...

nareiQa on November 20, 2010 at 10:58 AM said...

BOLEH JALAN daaaa ANONYMOUS !

piskemi on November 20, 2010 at 11:01 AM said...

Anynomous ni seorang yg pengecut sbnrnye....pandai ckp tk pandai buat...kalo berani show ur face la...tpe Tedi sabar jelah...kadang2 utk menegakkan sesuatu yg benar mmg byk rintangannya...setakat 'langau' mcm anynomus ni ko jentik jek masuk api...berckp TAKDE FAKTA PANDAI LA...

giha lalala on November 20, 2010 at 11:06 AM said...

go..go.. teruskan niat murni :P

hans on November 20, 2010 at 11:12 AM said...

teruskan niat murni ko tu
aku rasa anonymous tu orang dkt pusat jagaan tu la kut
marah semacam jer
entah apa2
dah memang betul diorang xbuat keja
memang la kena tegur
tak pa tedi
aku sokong ko
jgn berhenti berusaha
lantak la si anonymous tu
diorang cakap jer lebih

P/S : Pandangan Peribadi Aku Berkenaan Filem 2 Alam Yang Aku Belum Tonton

sunyi sepi on November 20, 2010 at 11:52 AM said...

tedi...kamu marah atau tidak...saya tetap dibelakang kamu...saya juga akan lakukan perkara yang sama...

.::cik lin::. on November 20, 2010 at 12:28 PM said...

cik tedi...si anon lebih tepat seperti anjing takut dgn bayang2 sendiri..ops..ni peribahasa dan perumpamaan aje..hehehe lebih baik jadi anjing mnyalak bukit dr jd anjing takut ngan bayang2 betul x cik tedi....

so kepada si anon 2 sila baca n3 sebelum2 ni b4 u nak ckp bagai org xde otak...

Sharz on November 20, 2010 at 12:29 PM said...

memang penakut sebab tak nak tunjuk diri sebenar...aduyai..nak kutuk bagi la link ke..email ke..xsuke xpayah bace..ceh!!!!!

Shazwani on November 20, 2010 at 1:50 PM said...

anony tu patut baca blog ini dari sebelum 'menyerang' sebab sekarang ternyata telah salah orang utk diserang.eh eh.huhuh :)

pakcu on November 20, 2010 at 2:11 PM said...

Salam Tedi... ni saudara kembar, samala mcm pakcu kembar.. hehehe..

Entahler.. itulah org kita ni, facilities tu 1st class, tapi mentality masih lagi 3rd class. Alasan2 tu semua langsung tak logik dan menyedihkan... sampai hati membiarkan nyawa haiwan kesayangan nabi mati disebabkan hanya tiada kunci!.. Huhu... sampainya hati...

Tedi, bawak2 lah banyak bersabar k, Pakcu doakan semoga semua usaha Tedi mendapat keberkatan dan balasan yang setimpal dari NYA..

gadisBunga™ on November 20, 2010 at 2:15 PM said...

jamilkucing guna perkataan dato' untuk membuat fakta dia nampak best? tolonglah...org dah tak pandang tu semua skrg!

Yatre Hayati on November 20, 2010 at 4:08 PM said...

mesti ada syaitan di setiap kebaikan. sabar yer tedi.

Puan Anim on November 20, 2010 at 5:23 PM said...

anonymous tu jgn dilayan cik tedi.. kdg2 leh jadi bdk sekolah..mcm aku pnh kena.. rupa2nya anak sedara member baik aku..dak drjah 6 lagi.. sbb diorang bile online xtau nak bt apa..mula la nak cari perhatian.. siyes aku ckp..lgpn kami2 yg sllu bc blog cik tedi dh mmg tau cik tedi byk bela kucing tbiar.. xkan bersetuju dgn pndpt anonymous yg menyebok xtau ujung pgkal cerita tu

Puan Anim on November 20, 2010 at 5:23 PM said...
This comment has been removed by the author.
Vivian on November 20, 2010 at 7:18 PM said...

alahai..mereka tu nak cover malu..cover kesalahan sendiri..

apa yg ko rasa betul dgn niat yg betol..ko teruskan jer..takpayah nak risau dgn mereka yg skrg ni rasa malu dgn kerja sndiri..

white rose on November 20, 2010 at 7:19 PM said...

eyekkkk...sape tu anon?
polis ke?

arrrgghh...lantak laa sape dia...
bukan dia bagi akak gaji...
bukan dia bagi akak tempat tinggal pun...
bukan dia yang tolong updatekan blog akak...

dia tu ANON je...

akak teruskan usaha murni akak...
jangan dengan adenya anon2 ni mengganggu kerja AMAL akak...

KAMI SOKONG AKAK!!!

meowwmania on November 20, 2010 at 7:56 PM said...

agak sy 'anon' tu di kalangan yg terlibat, x puas hati ditegus kot

biarlah tedi, yg penting kita tahu niat suci kita semata-mata utk membantu makhluk tuhan yg plg comel ini mendptkan hidup yg lebih selesa

kami animal lover sntiasa menyokong usaha-usaha murni ini ;)

love cats, save cats!!

ejaMaria on November 20, 2010 at 8:25 PM said...

;)
buat baik berpada-pada, buat jahat jgn sekali...
biar org kata bagai anjing menyalak bukit... bukit takkan runtuh... tp sekampung tak bole tidur...
;p go tedi go!!!

Dee on November 20, 2010 at 9:21 PM said...

alahai..inilah org melayu...kutuk org melayu sendiri..aku fikirkan isu ini sudah selesai..x abis lagi ke mengutuk2..baling batu sembunyi tangan..x paham langsung..udah2lah anon..benda pun dh settlekan..

amal on November 20, 2010 at 11:28 PM said...

aduhai..macam2 orang ni, sabar la ye cik tedi..yang penting awak dah jalankan tanggungjawab

ULtradya on November 21, 2010 at 8:57 AM said...

apa punya org anon nih...bukan nk tlg...tp kutuk2 lg...adoilaaaa......

fiza on November 21, 2010 at 1:43 PM said...

sabar ye tedi.. bila nak buat baik ni memang byk rintangan... ada yg suka n ada yg x...

but, we all sokong apa yg tedi wat..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting