Terasa bagai 'AdukaTeruna' atau juga 'Puan Famos Amos' bila blog tempat jari jemari mengetuk papan kekunci di perhatikan pihak yang berkenaan. Di beri peringatan tentang setiap 'entry' yang di tulis. Okey! Saya tidak kisah tapi itu bukan bermakna saya tidak peduli. Tiada apa yang perlu di risau atau di khuatiri kerana semuanya yang di papar adalah benar belaka dan bukan fitnah atau buat-buatan.
Perhatikanlah blog saya. Perhatikanlah juga Facebook saya andainya ada ayat atau kata-kata berunsur provokasi untuk mengancam mana-mana pihak. Ini bukan kali pertama saya menulis tentang Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ ini. Sudah banyak. Semuanya tidak di pandang oleh pihak yang berkenaan. Mengapa? Kerana saya hanya penulis picisan yang tiada kuasa apa-apa untuk merubah keadaan melalui tulisan.
Mengapa 'entry' ini begitu terkesan sekali? Kerana kesabarannya sudah sampai ke kemuncak. Perlukah saya hanya melihat dan membebel seorang diri tanpa berbuat apa-apa? Melihat dan terus mengharapkan keajaiban agar semuanya akan jadi perhatian pihak yang berkenaan?
Bukalah mata. Terimalah ini dengan hati yang terbuka. Pendedahan bukan bermakna untuk mengaibkan mana-mana pihak. Bukan bermakna untuk menjatuh atau menyusah orang yang 'bekerja'.
Kamu nampak hikmahnya? Kamu sendiri cakap 'Terima kasih kerana membuat aduan mengenai isu ini."
Nah! Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan mengatakan mereka 'tidak buat kerja' walaupun ayat itu sudah saya 'lepaskan' kepada seorang kakitangan kamu. Saya anggap kamu terlepas pandang ini atau mungkin kamu pandang tetapi kamu tidak berapa kisah. Saya menulis selepas kakitangan kamu tidak mengendah dan memperlekeh saya.
Jangan cakap soal 'tidak sampai hati' atau 'saya sudah mengalah' hanya kerana kamu tidak sanggup melihat kucing-kucing itu. Jika seorang doktor di arahkan untuk melakukan pembedahan ke atas seseorang yang di sayanginya 'Bolehkan dia berkata 'Saya tidak boleh lakukan. Tidak sampai hati.' Di mana keprofesionalan kamu?
Saya tidak dapat menghalang orang lain untuk berkongsi pautan saya. Tapi itu bukan bermakna saya bersetuju dengan setiap komen yang di lempar. Tolong jangan pandang hanya satu 'entry'. Tolong pandang 'entry' saya yang lain juga.
Saya tidak akan menarik 'entry' saya di blog mahu pun di facebook berkenaan dengan isu ini. Saya tidak mahu jadi pengecut atau tidak tetap pendirian. Kamu baca dan nilailah sendiri. Bukan hanya satu, tapi semua 'entry' berkenaan dengan ini. Jika saya tidak menulis dan bertindak, adakah kamu akan kisah tentang ini? Adakah bangkai yang sudah 2-3 hari itu akan di sempurnakan secepat mungkin? Adakah kucing-kucing yang mana makanan dan minumannya sudah kering kontang masih lagi bernyawa?
MPJ,
Telanlah hakikat pendedahan ini walaupun pahit....
Nota kakitanganku : Dan Allah juga yang Maha Mendengar dan Melihat....
15 kUs-kUs:
kamu berada dpihak yang benar tedi. kami pembaca setia sangat faham dengan tulisan kamu.
tiada kata2 cela melainkan berpesan utk kebaikan
berani kerana benar dan kamu dipihak yg benar, kami menjadi saksinya
berani kerana benar....
bersabarlah...kerana yg benar itu selalunya susah utk orang menilai...
bagus pun depa baca...
biar depa sedar apa yang depa dah buat...
betul tedi di pihak yg benar..jgn takut ngan dorang..kalu tedi xdedahkan dorang xtau kesalahan dorang...
saya akan sentiasa menyokong anda..
=)
kakak! salam.
itu sebenarnya matlamat kita sebagai penulis- menjalankan tanggungjawab kita sebagai penulis. sewajarnya mereka menjalankan tanggungjawab mereka di bahagian mereka pula .:)
p/s: blog akak macam portal tau. tak sempat buka paper, org baca blog akak dlu kdgkala, follower akak pun mungkin ada terdri dri ;org2 mereka', jika nasihat dan matlamat akak sampai, harap mereka terbuka hati untuk berubah. Insyaallah.
Cian kucing2 itu..huhu
berani kerana kebenaran..
mereka seharusnya menerima.. itu adalah lebih baik,
jika mereka terus terusan menegakkan benang yang basah...
orang tidak akan mempercayai mereka lagi..
terima kasihsekali lagi tedi! :)
berani kerana benar sis..kalo kita x dedahkan..selama-lamanyalah perkara ini berterusan..pendedahan bukan utk mencari silap siapa..tapi pendedahan utk sama2 memperbaikinya..utk manfaat bersama..x salahkan..jgn kerana 'dia' lebih berkuasa..kita sedikit pun x boleh menegur..xkan selamanya kita berpeluk tubuh..syabas tedi..kami sentiasa memberi sokongan..
hehe... blog anda di perhati kerana mereka sudah rase takut.. rase terjerat. Berani kerana benar.
tahniah tedi.
kami sentiasa ada dengan kamu.
walopon kami jauh tidak bermakna kami tidak ambil pusing.
syukur ada insan mulia seperti kamu.
kamu bertindak memperjuangkan nasib meow sungguh kamu sangat mulia.
walaupun saya tak bela kucing, tapi saya rasa apa yg kamu buat ni mmg betul mulia.
biasa la tedi... kebenaran mmg pahit utk di telan...
sabar... :)
KaDangKala kepahitan itu yg membuatkan mata mrk terbuka utk menilai.
brsatu kte teguh...
pedulikan diowang smua...kte brada dipihak yg benar...kalo diowang nk guna politik kte lawan....
Post a Comment