Kucing Terbiar Dot Com
Tiba-tiba terasa ingin buat 'review' blog yang menarik di pagi Jumaat ini. Aku ingin berkongsi satu blog pencinta haiwan yang berjaya menarik hati puluhan rakan-rakan.
Entah kenapa hati jadi begitu seronok melihat mereka dan mereka. Yang pastinya mereka lebih bahagia lagi ada tempat berlindung dan tempat berkasih sayang. Mereka dan mereka ini bukan hanya di sayangi tuannya sahaja, tapi puluhan kawan-kawan pecinta kucing yang lain? Betul tidak?
Sila percaya, aku pernah berselisih faham dengan tuan blog hanya kerana perkataan 'BODOH'. Adeh... Tidak boleh mahu ingat! Lucu! =))
Kenapa aku suka blog ini?
Kerana aku lebih suka orang yang 'low profile'. Membantu haiwan tanpa perlu mengwar-warkan seantero dunia. Tidak perlu dari forum ke forum meninggalkan pautan tentang kebaikan yang di buat. Tidak perlu mengetuk tin kosong. Berdentam dentum. Tidak perlu meminta balasan dengan setiap kebaikan. Tidak perlu.
Bila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.
Jika asyik menyebut dan menghebahkan kebaikan yang di buat, ianya jadi tidak ikhlas. Tidak bermakna. Akhirnya aku akan meluat. Kau membantu kerana ingin nama. Ingin tumpang sekaki. Huh!
Kepada kawan-kawan yang belum berkesempatan menjengah ke blog ini, tak kenal maka tak cinta. Luangkan masa kamu seketika melihat aksi-aksi dan membaca kisah-kisah si comel-si comel ini.
Nota kakitanganku : Bilakah dapat bersua? =))
15 kUs-kUs:
salam teDI...akk singgah nie..
aku pun suka. sangat sangat suka..hahaha
GB baru nak berjinak2 dgn kucin, tapi berani dgn yg kecik2 je...
blog yg dekat di hati biasanya kita akan kongsi dgn blogger lain kan?
saya pun suka...
tedi oiii cam tahu je blog sape yg ko maksudkan TIN KOSONG tu.
anyway pengalaman pergi ke teratak papameow laaaaaaagi best.
suka jugak baca blog papa meow.. geram tgk cumel2 kat situ
pun suka gak..
dpt tau pun dr ted| gak :)
comeynye kucing2 awk
baik sungguh hati dia..si tedi taknk bukak kucing centre ke?
triple salute to all pencinta haiwan...u guys mmg bgus aa
wahhh....tedi..sya pun sama..sya skrg ade aktiviti bru..mencarigali blog PM..ehehehe....
Setuju sangat! PM memang berhati mulia dan begitu low profile...
Pertama kali bertandang ke kediaman PM dan haiwan2 terbiar, hati rasa amat damai... gembira melihat kucing2 dan anjing2 di situ... nasib mereka terbela...
pencinta haiwan nie..hehehe
10 Fadhilat Coca Cola, Terbaek Dari Ladang !
Cheq pun suka jugak... suka suka suka...
sangat-sangatlah sukeeee...
bile tgk pohoto2 ni sume..
teringat lak kt kucing sy yd da pegi tu...T_T
Post a Comment