Tuesday, November 23, 2010

Dak OncheT : BILa kakInyA Di senGaT LeBaH. Oh! KasiHaN.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Malam tadi di beranda luar rumah, banyak betul lebah atau penyengat yang berkeliaran. Nasib baik selepas Maghrib aku sudah tutup sangkar kucing dengan kain. Sesi 'membunuh' pun bermula. Lebih 20 ekor tergolek 'dog' aku sembur dengan Ridsect.

Dalam sangkar aku masukkan sekali ibu Kelabu jadi Dak Onchet yang tidak ngam aku masukkan dalam rumah. Tidak perasan pula seekor lebah boleh terlepas masuk ke dalam rumah dan Dak Onchet buat main pula. Aduhai!

Tiba-tiba dengar dia mengiaw lama dan terjilat-jilat kaki. Sudah terhencut-hencut. Sahlah kena sengat. Tiba-tiba dia muntah. Memang gabra gila. Apa mahu buat?

AKu telek tapak kaki dia ada sesuatu yang tinggal, aku bersihkan dan aku sapu minyak gamat. Dia masih lagi terjilat-jilat kaki. Sakit ke? Memanglah sakit, kalau manusia kena pun sudah sakit inikan pula kucing kecil macam ini. Cuba 'gugel' di internet tentang haiwan yang di sengat, tapi tiada jumpa apa-apa.
Malam tadi aku tidur dengan dia di ruang tamu. Dia ini jenis manja dan mengada-ngada. He he he he.. Tidur atas badanlah, dekat leherlah, macam-macam tempat dia 'parking.' Dak Tom tumpang sekaki tidur di depan tapi tidur atas kerusi. =))
Tengok pagi ini, walau kaki masih sakit tapi masih mahu melompat-lompat. Makan pun selera. Syukur tiada apa-apa.

Nota kakitanganku : Perut buncit dia sudah surut sedikit. =))





9 kUs-kUs:

Dee on November 23, 2010 at 12:31 PM said...

air liur dia penawar yg terbaek kot..

Softtouch [Hanim] on November 23, 2010 at 12:43 PM said...

alahai sian dia kene sengat...manja kemain dia yer....untung dia dpt tedi...

Bella Wella on November 23, 2010 at 12:44 PM said...

alololo.. cian die.. hehe

Unknown on November 23, 2010 at 1:07 PM said...

salam tedi~

hehhee... cian dak onchet.. moga cpt sembuh... :)

Tiara on November 23, 2010 at 2:02 PM said...

bengkak kaki

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on November 23, 2010 at 2:28 PM said...

huhu tak boleh bayang
sakit oh
aku pernah kena sengat dulu zaman budak2
kalau kucing? hmmm

meowwmania on November 23, 2010 at 2:59 PM said...

ciannya dak onchet, slalu kalo kena sengat serangga berbisa ni letak minyak geliga insya'Allah cepat hilang bisanya :)

Unknown on November 23, 2010 at 3:36 PM said...

ala..ciannya dak onchet..

ULtradya on November 24, 2010 at 8:58 AM said...

tgok muka dia pon nmpk manja ja..hihihi

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting