Thursday, November 18, 2010

Isu PusaT JaGaan KucinG TerBiaR MPJ : kamI BerTinDak ikuT unDanG-UnDang BukaN NaFsu amaRah. LaPan ekOr kucinG maTi TermasuK KesayanGan sayA! reDhA!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM
Kadang-kadang kita selalu rasa diri kita betul dan orang lain salah. Tolong komen dengan cara yang berhemah kerana kita juga manusia yang tidak dapat lari dari berbuat silap. Tolong jangan bercakap besar macam kau tahu semua dan orang lain hanya tahu cakap. Kami boleh buat ikut suka kami. Pecah dan ceroboh tapi kami memilih saluran undang-undang agar perkara ini dapat di atasi dengan baik kerana aku sedar aku seorang rakyat Malaysi yang cintakan keamanan. Tolonglah! Walau marah, geram atau sakit hati macam mana sekalipun, bertindaklah menggunakan akal yang waras tanpa hasutan syaitan. Kerana ianya melibatkan kesejahteraan jangka masa panjang.

Pagi 16 November 2010.

Hati terasa malas untuk bekerja kerana semalaman asyik terfikir dan terbayangkan 3 bangkai kucing yang di hurung lalat sehinggat terbawa-bawa dalam mimpi. Kebetulan pula perut terasa sakit akibat cirit-birit.

Seawal 8.45 pagi aku sudah terpacak di halaman Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ yang jaraknya dari rumah dalam 17km. Oh Tuhan! Bangkai masih ada. Tapi.... Kucing kesayangan aku?? Dia sudah berehat dengan tenang bersama rakan-rakan yang lain. =(( baru semalam aku menguit-nguit kepalanya hari ini dia sudah terperosok di bawah pangkin bersama seekor lagi kucing yang baru mati. Menjadikan 5 ekor di ruang belakang premis.

Photobucket

Bangkai dua ekor yang baru mati di bawah pangkin. Kucing yang di atas ada potensi untuk menjadi mangsa korban seterusnya. =((

Apa yang perlu aku lakukan? Berdiam diri?

Dalam 1 jam aku di situ mengharapkan keajaiban agar ada petugas akan datang, tapi sayang tiada. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan aku berfikir lama, membuatkan aku mengambil keputusan berpatah balik dan menuju ke klinik terlebih dahulu.

Di takdirkan Allah Sha dan Eena pemilik kittyworld menghantar mesej dan mengajak aku ke sana bersama-sama. 'Kita bukalah dengan apa cara sekali pun.'

Kami bertiga dengan pelbagai kelengkapan seperti penyodok, ketuk besi, plastik, makanan dan minuman kucing menuju ke PJKT dan mendapati keadaan masih sama. Perlukah di pecahkan kunci mangga ini? Perlukah? Tidak salahkah? Tidak di dakwa? Setelah berfikir panjang adalah lebih baik kami mengikut saluran undang-undang bukan mengikut nafsu amarah.

Aku menelefon sekali lagi ke MPJ. En. Wan pegawai yang aku 'serang' semalam tiada. Minta pula bercakap dengan Mr. Ong, Ketua Unitnya. Juga tiada. Jam hampir 1.00 petang. Mungkin mereka sudah keluar.

Rancangan kedua? Membuat aduan di Balai Bomba. Meminta bantuan untuk memecahkan kunci mangga dan pintu. Walaupun rasanya agak mustahil sebab ianya semacam menceroboh, kami cuba juga. Memandu ke Balai Bomba Jasin dan meluahkan masalah. Penerangannya kami dengar dengan teliti. Ada betulnya. Premis itu bertuan. Jika mahu pecah pun biarlah tuannya ada sekali jika tidak kita akan di caj sebagai penceroboh.

Aku masih mahu menjaga status aku sebagai kakitangan awam dan ingin sekali mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang melanggar perjanjian aku dengan Kerajaan Malaysia. Kami patut ikut saluran yang betul. Kami mengambil keputusan untuk ke MPJ semula selepas waktu rehat ini.

Tepat jam 2.00 petang kami ke MPJ. Syukur, semuanya ada. Di sini seisi meluah ketidakpuasan bermula. Dari sini jugalah baru kami tahu petugas yang di arahkan menjaga PJKT itu BUKAN di kalangan kakitangan MPJ. Dia di lantik oleh badan NGO yang di amanahkan untuk menjaga pusat itu. Maka En Wan telah mengkelentong aku bila mana dia katakan pegawai itu berkursus! Binawe!! Dia juga tidak menyampaikan aduan aku semalam kepada ketuanya. Binawe kali kedua! Staff yang mengambil mudah aduan yang di buat. Dia fikir aku main-main bila kali pertama aku datang 'serang' dia. Dia fikir aku tidak akan buat tindakan susulan. Dia fikir aku akan terus diam bila tiada tindakan. What the fish En Wan? Jangan jadi kakitangan awam kalau malas untuk bekerja dan bertindak. Jangan makan hasil haram!

Kami berpatah semula ke PJKT setelah petugas yang menjaganya berjanji untuk datang.

Kami tunggu dan terus tunggu. Adalah dalam 30 minit. Tidak muncul-muncul. Yang muncul adalah Mr. Ong Ketua Unit Perkhidmatan Bandar MPJ bersama pegawainya.

Photobucket

'Yo yo oooOo jolah korang!!' Kalau tiada aduan tiadalah kamu semua terpacak di sinikan?

Photobucket

Dia paling aktif. =)) Tapi mungkin juga terlalu lapar. Bekas makanan dan minumannya kering betul!

Tunggu lagi En. Azani, orang yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga kucing-kucing ini. Nah! Itu dia sampai dan sebelum itu satu lori barang-barang di angkut sama. Beliau ingin terus berpindah masuk ke rumah di sebelah pusat ini.

Maaflah, gambar beliau tidak sempat di ambil sebab dia datang sahaja aku sudah serbu dia macam wartawan yang tidak bertauliah! Mengasak dia dengan beberapa soalan dan dia terkebil-kebil sahaja.

Cepat!! Cepat!! Buka pintu kami mahu masuk!!

Photobucket

Oh Tuhan! Anak-anak comel ini kelaparan. Dalam pusat ini baunya jangan cakap. Sampai sudah lali hidung aku! Najis bersepah-sepah. Air kencing mereka juga merata-rata. Keadaan amat daif!

Photobucket

Nampak kotak itu. Di dalamnya ada 3 ekor anak kucing yang mana 2 daripadanya sudah mati. =(( menjadikan 7 setakat ini. Satu lagi mati di dalam 'litter box.' Tidak tinggal apa-apa cuma ulat yang menguit-nguit. =(( Aku simpulkan 8 ke semuanya.

Photobucket

Photobucket

Ini anak kucing yang panjang umurnya. Usia belum sampai sebulan rasanya. Mata sudah terbuka. Tapi di abai oleh ibunya.

Photobucket

Ini sebahagiannya. Banyak betul anak kucing kurus dan kecil sahaja. Hari sudah agak lewat, kami hanya sempat membantu membasuh bekas makanan kucing dan menggantikan makanan dan minuman yang baru. Sha dan Eena bawa satu balang 'blackwood'. Mereka makan kenduri beramai-ramai.

Photobucket

Sementara itu bahagian belakang sudah di kemas. Bangkai kucing sudah di angkat.

Photobucket

Di masukkan ke dalam guni. Berkali-kali aku pesankan, tolong tanam bangkai ini, jangan buang!

Kami masih lagi mengulang-ulang perkara yang sama, tolong jaga kebajikan kucing-kucing ini. jaga keselesaan mereka. Jaga kebersihan. Makan minum. Persekitaran. Encik Azani mengangguk dan aku simpulkan itu sebagai satu janji yang perlu di kota.

InsyaAllah, ini bukan penamatnya. Ini satu permulaan. Aku akan selalu menjenguk ke situ. Memerhati mereka agar mereka mendapat layanan yang sempurna.

Photobucket

Sayu betul untuk meninggalkan mereka. Antara kami memang sebak hingga menitis airmata. InsyaAllah kami akan datang lagi.

Di harap segala cacian, makian, carutan dan hinaan berakhir di sini. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan menunding jari. Kesilapan itu boleh di baiki namun makian dan cercaan kita kepada mereka yang di pertanggungjawabkan tidak akan merubah apa-apa melainkan kepuasan sementara.

Aku menjalankan tanggungjawab sebagai sesama makhluk di muka bumi ini. Syukur kerana mendapat sahabat-sahabat yang sama-sama merasai penderitaan mereka. Segala komen-komen yang di terima sama ada negatif atau positif aku baca dengan hati yang terbuka.

Aku harapkan sesiapa yang mengambil 'entry' yang lepas dan sebarkannya, sila ambil 'entry' ini juga kerana ini adalah jawapan segala makian dan cercaan yang telah di lemparkan.

Alhamdulillah. Sujud syukur.

Berkat Aidiladha....

Pulang ke rumah dengan perasaan yang puas. Mencari Dak Oghen dan Dak Tom lantas memeluk mereka erat.

'Kamu berdua kucing jalanan yang amat-amat bertuah......'

Nota kakitanganku : Dan Allah juga yang Maha adil dan lagi bijaksana....





50 kUs-kUs:

ULtradya on November 18, 2010 at 8:26 AM said...

Alhamdulillah......berkat aidiladha yg datang dgn makna pengorbanan...nasib diorang dah terbela...moga perkara nih xkan berulang lagi...sedey + terharu + bangga baca entry nih...tahniah!

Unknown on November 18, 2010 at 8:37 AM said...

terharunya aku tedi.. msto kucing2 tu bersyukur ada org yg slmtkan mreka... aku x fhm kenapa kejam sgt en wan tu... kalo dr awal dia laporkan kpd ketua dia mgkin tindakan awl blh diambil... sedih bila org islam bt begitu sedangkan kita tahu haiwan pn makhluk Allah swt...

Syazni Rahim on November 18, 2010 at 8:38 AM said...

Nampaknya terjahan kamu berjaya merubah sesuatu :')

ejdeejasmi on November 18, 2010 at 8:42 AM said...

tahniah ted..semoga usaha kamu di berkati allah

Vivian on November 18, 2010 at 8:42 AM said...

mengalir air mata..aku ada bc entri sblm ni dari forum cari..dan aku dah follow blog ni..kecian!!

anak2 kucing tu..tak dpt bygkan mereka meraung kelaparan..huhuhu Ya Allah..lindungilah mereka dan insan yang membantu mereka..

Softtouch [Hanim] on November 18, 2010 at 9:39 AM said...

Alhamdulillah tedi...nasiblah tedi sungguh2 buat aduan n buat susulan..tahniah tedi..nasib kucing2 tu terbela dgn adanya tedi n kwn2...teruskan menjenguk dorang tedi..Allah pasti member blasan yag baik pada kamu...

Dee on November 18, 2010 at 9:49 AM said...

syukur..semuanya telah selesai..harap tidak berulang lagi..

Dee on November 18, 2010 at 9:50 AM said...

tahniah juga utk tedi di atas keberanian ini..

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on November 18, 2010 at 10:10 AM said...

alhamdulillah :)

meowwmania on November 18, 2010 at 10:40 AM said...

syukur alhamdulillah...terima kasih tedi, kamu sggh berani dan baik hati smoga kamu akan sentiasa lindungi oleh Allah dan dimurahkan rezeki

sy tumpang gembira dgn perubahan positif yg tlh berlaku, harap berterusan dan akan sntiasa diperbaiki :)

terima kasih sekali lagi

ctpayong on November 18, 2010 at 10:59 AM said...

napelah dia org tu buat mcm ghitu..

p/s : kalau kak ct dekat situ..rasenya kak ct pun tumpang sekaki beri maki free. astag...

Anonymous said...

Tahniah atas tindakan saudara =)

Yatre Hayati on November 18, 2010 at 12:12 PM said...

alhamdulillah. tahniah cik tedi.

Ndeyla :) on November 18, 2010 at 1:06 PM said...

manusia bongkak :(


dekat jasin ea. teringin nak pegi tgk~

faryzh on November 18, 2010 at 1:07 PM said...

sangat kejam mereka.tau nak makan duit haram je.memang sangat2 kesian pada kucing2 tu.yang terbiar jadi makin terbiar.tahniah cik tedi.moga2 semuanya akan kembali okey pasni.

Unknown on November 18, 2010 at 1:28 PM said...

salam tedi~

semoga mereka2 nie akan lebih di jaga ngan lebih sempurna..

Papa Hero on November 18, 2010 at 1:38 PM said...

TERIMA KASIH CIK TEDI DAN KITTY WORLD....AWAK BERDUA MMG BERANI...

ANAK2 KUCING TU TERABAI MGKIN SBB IBUNYA SENDIRI PUN DAH LAPAR SGT2....TAK BOLEH NAK JG DIRI SENDIRI....

SYABAS ATAS KEBERANIAN KAMU BERDUA...

Sharz on November 18, 2010 at 3:02 PM said...

sedih betul baca entry nie..
harap-harap dorg bagi perhatian lepas nie..
lebih baik tempat macam tu bagi je kat sape2 yang cintakan kucing..yang boleh jaga..

kalaula dapat tempat mcm tue memang akan jaga betul-betul..

hans on November 18, 2010 at 3:29 PM said...

sangat bangga denga usaha kamu Tedi dan rakan2

P/S : Gua Rasa Bangga Jadi Pengambil Daging Terakhir Tadi..Muahahahaha!

Lyena Vee on November 18, 2010 at 3:48 PM said...

Ya Allah! Kejamnya mereka! nak duit jer, keje xnk buat. stupid!! neway, tahniah atas usaha anda. sangat bangga dengan kamu. sedih baca entry kamu ni..

Chika on November 18, 2010 at 4:02 PM said...

Alhamdulillah... Terima kasih Tedi atas usaha murni mu dan rakan2..

~ jgn setakat bising tapi tak buat apa2, dan jangan memberontak, baik bertindak cara aman. Thanks Tedi for the lesson. :)

keen on November 18, 2010 at 9:17 PM said...

bravo to tedi n team. hny Tuhan yg mampu membalas jasa anda :D

Anonymous said...

SETAKAT CERITA SAYA LEBIH, BUATS ENDIR TAK MAHU.ORANG LAIN BUAT TAU KOMPLAIN SAHAJA.ITULAH MELAYU

myQza on November 18, 2010 at 11:10 PM said...

anon,
very the kelakar komen kau.
kalau 10 ekor kucingmati tak boleh buat aduan ke?
pandang jek?
jadi dungu?
ikut jek.

ALahai anon.

Kak Anie on November 19, 2010 at 1:26 AM said...

Alhamdulillah tEDl... akak bangga dengan tindakan yang tEDl lakukan.. seandainya ada ramai yang macam tEDl... insyaallah masalah macamni takkan berulang..

Kak Anie on November 19, 2010 at 1:26 AM said...

Alhamdulillah tEDl... akak bangga dengan tindakan yang tEDl lakukan.. seandainya ada ramai yang macam tEDl... insyaallah masalah macamni takkan berulang..

Bella Wella on November 19, 2010 at 10:03 AM said...

subhanallah.. Alhamdulillah.... syukur kepada Mu Ya Allah...
terharu sy dgn usaha tedi & kwn2 dr kittyworld.. kalau sy ada kat sana pun, sy pasti turut serta..
terima kasih TEDI.. terima kasih sgt2~ ='))

Anonymous said...

Tuan punya blog ini salahs eorang manusia yg suka menunjuk baik, awak ada buat ke.atau sekadar nak mencari kesalahan orang, berlakun baik, simpan la. tengok diri sendiri dulu berapa banyak kucing terbiar yg awak ambil bela. jangan menyalak seperti anjing.

myQza on November 19, 2010 at 1:07 PM said...

cik/puan/en/ Tan sri/ Puan sri/datuk/Datin : anon,

sekarang saya sedang membela 16 ekor kucing terbiar yang di pungut di tepi2 jalan.

Jika ingin lihat dan tgk sendiri, sila emel saya di mylosermind@yahoo.com

Oh! Kamu pasti pembaca baru blog saya jika tidak masakan kamu begitu tertinggal jauh mengetahuinya.Di dalam blog pun saya ada tulis bagi tujuan adoption bukan menunjuk2.

Saya memungut kucing2 terbiar, di jaga, di beri makanan dan di rawat kemudian akan membukanya untuk adoption bagi mereka mendapat kehidupan yg lebih sempurna

Ada masalah?

boleh kita buat temujanji dan berdeting di rumah saya. Say akan belanja kamu makan mee goreng.

Saya bukan anjing menyalak bukit kerana saya menyalak beserta bukti, fakta dan tindakan.

Jgn jadi pengecut en anon,
kenalkan diri dan identiti, bersemuka jika tidak puas hati.

Eh! en anon selalu buang kucing di mana? Boleh saya datang pungut!

Terima kasih.

kella on November 19, 2010 at 2:56 PM said...

alhamdulillah..
terharu.. berderau bulu roma membaca semua ini..
terima kasih tedi!
terima kasih atas kesempatan, keperihatinan kamu itu!
syukur..

bettull..Allah itu maha adil. mana bijaksana..

sykur,.

Kak Lia on November 19, 2010 at 3:40 PM said...

sedih...rase nak nangis..tp kt opis la plak....tk pe lah....harap2 kebajikan mereka terjaga....insyaAllah

ejaMaria on November 19, 2010 at 8:29 PM said...

ade 'anon' tak puas hati???...
tahniah tedi... klu banyak hal lagi baru lapor kat aduan rakyat ;)

AngeL BeaR on November 19, 2010 at 11:09 PM said...

congrats! takpe...lepas ni dorang tak berani dah nak buat suka2... =)

yusz chomei on November 20, 2010 at 2:13 AM said...

alhamdulillah & tahniah pd tedi & kengkawan...
trbela juga nasib kucing2 2...
pd tuan yg tidak punya nama 2...jgn ckp org kalo x brani nk letak sape diri awak kat blog nie...brani kalo benar....silap la kalo awk nk kutuk2 apa yg dh tedi & kengkawan tegakkan...ramai yg brsam tedi dlm hal nie sbb nyer kami smua adalah pemilik kucing2 jalanan yg samaada dijaga atau akan diadoptkn...

Anonymous said...

kali pertama sy jtuh cinta dgn kucing semasa sy berumur 1o taun..waktu tu kucing yg paling sy benci sdg sakit..namenya merah..2 hari sebelum hari raye aidilfitri,pd waktu pagi entah kenape hati saye tergerak untuk membelai merah..tengahari tu merah semakin tenat dan telah menghembuskan nafas terakhir dihadapan saye..untuk pertama kalinya dlm hidup sy mengalirkan air mate krn kematian kucing..sy nmpak betapa seksanya merah menghadapi sakaratul maut..sy nmpak perutnya yg tadi kembang kempis,kini dah x bergerak lagi..terlayar di ingatan sy wktu merah msih sehat,sy selalu pukul merah,tarik telinga merah..sy menangis tika ingat peristiwa tu,patut la pg tu sy tergerak hati utk membelai merah,rupe2nya hari tu hari terakhir sy jumpe merah dan skrang pon sy mengalirknn air mate..sejak kejadian tu,,hati sy menjadi lembut terutamanya bile sentuh bab kucing..sekarang sy 17taun dan peristiwa tu 7taun yg lalu namun kasih syg sy kpd binatang tetap utuh shingga sy bercita2 utk mjadi doktor veterinar..akn dtg sy ingin menubuhkan sebuah pusat jagaan haiwan peliharaan..matlamat sy,sy nak kutip kucing2 yg terbuang dan tidak bertuan untuk dirawat..mungkin kosnya besar tp sy yakin ALLAH pasti akn menolong setiap hambe yg ingin berbuat kebaikan..the end

mayh0ney on December 10, 2010 at 1:53 AM said...

kesiannyerr kucen2 tu sume..

Unknown on December 14, 2010 at 1:55 AM said...

Sungguh terharu , menitis air mata kak , tahniah dik kerana keprihatinan pd kucing2 tu. Semog segala usaha adik mendapat keredhaan Allah. Amin ..

myQza on December 18, 2010 at 9:28 AM said...

terima kasih semua!

muslimah on December 24, 2010 at 2:16 PM said...

gud job ted...alhamdulillah. Moga ted n kcg2 tu dipelihara o Allah swt. Geram n meleleh air mata bca entri sblum neh..geram btul ngan en wan tu. Moga dia dpt hidayah. Ted trus la jenguk2 mrk ya...truskn keja neh krn Allah.
Plz sudi2 la singgah blog kita ya. Tq

myQza on December 24, 2010 at 4:26 PM said...

TQ muslimah. InsyaAllah

ELYA SUZANA on March 1, 2011 at 7:47 PM said...

alhamdullillah...tahniah tedi...sy juga pencinta haiwan2 terbiar ni. tahniah awak lakukan dgn baik. harap semua pencinta haiwan terbiar nie dpt berkumpul dan lakukan sesuatu, seperti meminta PM kita ambil serius ttg haiwan2 yg terbiar nie. lakukan sesuatu, seperti di melaka membina tmpt perlindungan haiwan terbiar, memungut derma, meminta pertlgn dr sukarelawan, adakan kempen2 yg memberi kesedaran kpd rakyat, beri lebih pendedahan di media massa, media eletronik ttg haiwan2 yg terbiar ini, war2 kan di seluruh negeri haiwan terbiar ini perlu diselamatkan. haiwan ini ada perasaan mcm kita manusia, rasa lapar, dahaga, sakit, takut, ia juga makhluk allah yg sepatutunya kita yg berakal ini menjaga nya bukan menganiaya nya lagi.

Anonymous said...

menitis air mata ni baca entry kali ni... speechless sgt... semoga Allah je yg mmbalas terhdp org2 yg lari dr tjwb yg dberikan, smbil lewa mnjlnkn tugas... kepada penulis, tahniah n tkasih krn menyelamtkn nyawa kitty's tu. semoga Allah membalas segala jasa baik awk.. Aminn insyaAllah...

Cik Ummi on July 8, 2011 at 5:21 PM said...

sedih sangat baca entry kali ni. hmmmm. alhamdulillah. nasib dorg terbela. semoga Allah balas kebaikan kalian. Insyallah..

Unknown on June 9, 2012 at 6:40 PM said...

Ya allah lindungilh binatang peliharaan yg tdk bdosa.kerana mereka ini jgk makhluk Allah,mengapa tdk diwujudkan akta ke atas binatang yg disiksa?sedih bla nmpak keadaan mcm ni

mmir_tech on June 18, 2012 at 3:59 AM said...

sangat la sedih dgn apa yang berlaku tu.. mujur la akhir2nya nasib dapat terbela gak.

Anonymous said...

sedey btl..geram pun ada... tapi alhamdulillah sumenya dah selesai..diharap pihak yg bertanggungjawab menjalankan tugas dgn betul...apa2 pun yg kita buat kerana Allah Taala... Jgn siksa binatang..!!!!

Aliff JJ on March 1, 2013 at 5:32 AM said...

Tahniah atas segala usaha....moga Allah memberkati hidup puan...amin

Anonymous said...

Dimanakah pusat kebajikan kucing yg saya bole tinggalkan 3 ekor kucing saya? Atas sebab2 ttentu yg xbole dielakkan utk saya terus bela kucing itu..
can email me,
fateeha_lee@yahoo.com

Anonymous said...

Allahuakbar.. alhamdulillah.. bila baca sy rasa mcm nak masuk dlm screen ni. terima kasih kepada empunya blog. Allah sahaja yg mampu membalas jasa tuan/puan. maaf sy x sempat semak siapa empunya blog ni. tgh gugel cari sangkar kucing sebenarnye.

apa2 pon teruskan usaha2 macam ini. saya sokonggg!

Unknown on June 18, 2020 at 9:41 AM said...

tahniah..bgus usaha awak dik..btw..klau ade sapa2 nak pakai penapis udara cuckoo ke..bole roger akak 011-16930576.akak agen cuckoo kl..rmai dh org bela cat.pakai sbb utk sedut bulus dn bauu tu kan...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting