Wednesday, November 24, 2010

CikGu shiDa : kamU SuDah MencaLarkaN seDikiT KekaGumaN sayA KePaDa ProfesiOn PerGuruaN yanG SayA sanJunG SeJak KeciL. sayA Rasa MeLuaT! MaaF!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM
Aku amat menyanjung tinggi profesion seorang guru. Masa kecil dulu kalau di tanya apa cita-cita aku, akau akan jawab 'Cikgu!' Yakin. Tiada pilihan kedua dan ketiga. =))

Tapi bila sudah besar, aku berfikir semula, aku tidak mempunyai tahap kesabaran sebagai seorang guru. Mungkin juga tidak bersedia dari segi mental dan fizikal? Atau juga aku tidak suka bekerja dalam suasana yang melibatkan ramai orang? Erhmmm...

Kini, bila aku kerja di kelilingi oleh guru-guru sedikit sebanyak aku tahu perasaannya. Tahu kesibukan dan tugas hariannya. Tahu tanggungjawab yang mereka jalankan selain dari mengajar murid-murid. Rasa kekaguman itu bertambah tinggi. =))

Tapi bila muncul seorang 'guru' yang suka buat 'miming' dan masukkan ke dalam 'youtube'. Oh! Tuhan! Kenapa? Apakah? Betul ke dia seorang guru? Siapa yang boleh sahihkan?

Mengapa begitu? Tujuan apa? Suka-suka? Hobi? Tapi mengapa? Kenapa? Susah betul aku mahu terima hakikat manusia yang beria-ia bersama memek muka dan lenggok sumbangnya itu adalah seorang guru.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan aku. Mungkin ada yang seronok melihatnya. Menghiburkan. Jenaka. Tapi bagi aku ianya macam satu penghinaan. Rasa kekaguman aku sudah menurun sedikit. Guru kini tidak sama dengan cikgu yang ajar aku masa darjah satu dulu. Lain benar perangainya. Kemajuan teknologi membuat cikgu semakin berani menonjol diri sebegitu?

Bagi aku guru adalah sumber inspirasi seorang murid. Jika tidak masakan aku begitu pantas menjadikan 'Cikgu' adalah cita-cita utama aku. Tolong jangan cakap, 'Sebab dia cikgulah, benda ini jadi isu, kalau orang lain, tak apa.' Bukan macam itu.

Aku melihat profesion dia. 'GURU'. Kalau Jurutera,aku memang tidak kisah. Bila guru yang saban hari bergelumang dengan murid, yang mengajar 'jangan buat ini, ini tidak betul, buat yang ini', guru itu jugalah yang membuat aksi-aksi sebegitu untuk tatapan satu dunia, aduhai.. malangnya.

Sekejap kamu bertudung, sekejap kamu bersongkok, sekejap kamu tutup aurat, sekejap tidak. Sekejap kamu jadi perempuan,sekejap kamu jadi lelaki...

Aduhai Cikgu Shida.. Ingin sekali saya dengar komen-komen dari anak murid kamu ataupun rakan setugas kamu. Apa reaksi mereka. Ingin juga saya dengar komen dari Menteri Pelajaran Malaysia, adakah ini salah satu teknik pembelajaran untuk murid juga?

Nota kakitanganku :Ada yang kata apa sangatlah dengan 'miming' Cikgu Shida berbanding dengan gejala Rempit dan buang anak. Oh! Saya terkilan kerana dia seorang guru.. Itu saja. Kerana nila setitik harap susu sebelanga dapat di selamatkan. =))






47 kUs-kUs:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on November 23, 2010 at 3:05 PM said...

kelakar tengok cikgu shida buat miming. macam tak percaya jer dia adalah seorang guru.

ish ish

HAZRIL HAFIZ on November 23, 2010 at 3:07 PM said...

sokong!!!!

Dina Zakaria on November 23, 2010 at 3:13 PM said...

seriously embarassing..walaupun orang x panggil aku cikgu, but theoretically i;m a teacher laah gakk..x paham betul dengan cikgu2 begitu..x malu ke anak murid tengokk??haiyyooo..

Unknown on November 23, 2010 at 3:14 PM said...

aku sangat marah...
hina plak rasanya diri aku skrg ble ada nila setitik ni..rosak org len...

myQza on November 23, 2010 at 3:17 PM said...

tinie : aku harap dia bkn cikgu
Hafiz : TQ
deena : yup! atau dia terlalu bersifat terbuka?
ashie : aku bkn cikgu tp aku faham perasaannya. Aku ambil sbg 'aku seorang perempuan'. =)) malu!

Unknown on November 23, 2010 at 3:18 PM said...

hehehe.. aku pun xtau nak komen apa ted..:)
sebab aku memula pun suka gak tgk gaya dia.. boleh ilangkan tensen.. ^.^
nak kata aku sokong pun tak, nak kata aku bantah pun tak.. :)

SalTesoro on November 23, 2010 at 3:20 PM said...

memalukan.... mcm tak berapa nak betul pun ada....

myQza on November 23, 2010 at 3:21 PM said...

lyn : Mula2 nampak mcm ok. tapi bila tgk dia dah pakai songkok, gaya mcm lelaki. nampak rambut. Aduhai... rejek!!

saltesoro : he he he he.. Adakah profesion seorang guru itu terlalu membebankan sehingga perlu hiburan terlampau seperti ini? =))

Softtouch [Hanim] on November 23, 2010 at 3:26 PM said...

xpernah tgk tp tau pasal nie..rase mcm dia perbodohkan diri dia sndiri kot...

myQza on November 23, 2010 at 3:30 PM said...

hanim : byk cara lain lagi untuk mempopularkan diri mcm, masuklah rancangan realiti.ekekekeke

Miss Izah Mohamed on November 23, 2010 at 3:55 PM said...

serius.. mmg meluat dgn gelagat pompuan ni.. bkn ape, mmg menjatuhkan profession sorang guru, if btol2 dia sorg guru....
mungkin ade perasaan malu kot

Relevan on November 23, 2010 at 4:10 PM said...

Kenapa ye dengan cikgu itu,.

Muzaffar on November 23, 2010 at 4:14 PM said...

Salam.

Menjatuhkan maruah cikgu? Kita memang senang untuk menjatuhkan hukuman kepada seseorang.

Realiti sebenar dunia guru hari ini tidak sama dengan guru zaman terdahulu. Masih ada lagikah penghormatan dari masyarakat terhadap guru.? Sesuatu yang amat klise bila mengaitkan guru dengan moral. Memang di mata masyarakat kalau guru berbuat sesuatu yang agak di luar kebiasaan, berlumba-lumba masyarakat menghentam dan membelasahnya tanpa ada ruang untuk beliau mempertahankan diri. Saya juga guru dan cikgu Shida bukanlah kawan saya. Beliau di perak dan saya di Kedah. Bukan niat untuk membelanya. Berlapang dadalah untuk menerima sedikit anjakan daripada cikgu Shida. Beliau membuat rakaman "miming" dan memuat turunnya ke You Tube sebenarnya bertujuan untuk memberi semangat kepada anak-anak muridnya. Sekolah beliau merupakan sekolah kecil. Kita mempersoalkan tindakan seorang guru yang dikatakan gila publisiti. Tahukah anda beliau telah menjual rakaman "miming" beliau untuk menampung kos pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. bukankah itu satu cara untuk memberi keyakinan kepada murid-murid luar bandar? Bukankah itu dipanggil berfikir di luar kotak? bukankah itu dipanggil lateral thinking? Bukankah itu dipanggil kreatif? Bukan tujuan saya untuk memaksa anda semua menerima pendapat saya. Masing-masing bebas untuk memberikan pendapat. Pohon maaf kalau ada yang tidak bersetuju dengan saya.

myQza on November 23, 2010 at 4:30 PM said...

Muzaffar,
itu pendapat anda dan saya hormati.
Ini pendapat saya dan saya tidak meminta sesiapun untuk menyokong.

Mungkin saya tidak sebijak dan tiada fakta untuk menaip komen berkenaan dgn ini, atas alasan apa pun bagi saya cara menjual 'muka' dan 'miming' seperti itu di youtube dan di tonton oleh semua adalah sesuatu yang tidak dapat saya terima kerana beliau ada seorang guru yang perlu menunjukkan identiti yg positif di mata anak2 murid bukan dgn menunjukkan pelbagai karektor yang tidak sepatutnya.

adakah ini satu anjakan daripada guru di alaf ini? Oh! Begitu. Mungkin saya masih terlalu kuno dan masih terbawa2 dengan ajaran , sikap dan cara guru saya sewaktu belajar dulu.mengajars ecara klasik tanpa menggunakan kemudahan teknologi terlebih2.

sekecil dan sebesar manapun sekolah itu, setiap peruntukan PCG dan lain2 bantuan telah di turunkan agar pihak sekolah dapat menggunakannya dengan cara yg bijak. Di luar kemampuan saya andainya peruntukan itu tidak mencukupi kerana atas pengetahuan saya pemberian bantuan berdasarkan jumlah murid dan keperluan sekolah.
Tidak terfikir pula saya jika tidak cukup guru perlu mencari alternatif lain untuk mendapat sumber kewangan.

Maaf,
mungkin saya masih di dalam kotak dan saya berharap suatu hari nanti saya dapat berada di luar kotak dan menerima cara cikgu shida atau bakal cikgu2 yg lain menggunakan youtube untuk meningkatkan keyakinan murid-murid di luar bandar atau untuk menampung kos P&P.
Maaf dan terima kasih .

AngeL BeaR on November 23, 2010 at 4:39 PM said...

my family mmg rata-rata golongan pendidik, dari guru tadika sampai lah retired lecturer (tak tau napa lak i tak jadi guru pulak...). tak salah la kalau confidence level tu tinggi...atau ada hobby suka menyanyi ka, menari ka...tapi sampai letak di youtube tuk aksi2 gini..mmg tak patut lah.

dia tengah nak release tension kot...hahahahahaa....

anyway, just my 2 cents.

ejdeejasmi on November 23, 2010 at 5:12 PM said...

she is teacher..ehe cikgu bahasa inggeris lagi..ada satu video tu dia siap menyanyi lam kelas..nyanyi tentang patrioritik rasanya...

sepatutnya dia kena jadi cikgu muzik bukan cikgu B.I

btol TEd, emi rasa cikgu shida ni sedikit memalukan profession perguruan,,,mungkin dia terlalu BERTEKNOLOGI agaknya...

zns on November 23, 2010 at 5:39 PM said...

jap...nak pi check dulu..bru nak komen

Unknown on November 23, 2010 at 5:57 PM said...

Kagum dgn cara u mengkritik..yess masing ada pendapat sendiri

dkama on November 23, 2010 at 6:41 PM said...

apa kata kita soh dak itam cakar muka dia... hahaha... PEACE...

Cikgu Jaja™ on November 23, 2010 at 7:04 PM said...

salam ted~

sy seOrang guru

walaupun ditugaskn utk mendidik anak2 istimewa di kelas pend.khas..sy byk melihat karier seorang guru sbg seorang yg berprofesion, ilmu dan kesabaran yg tinggi, pengalaman byk,berfikiran kreatif dan sememangny harus ad alternatif dlm pnp.

walaubagaimanapon, isu cikgu shida ini sedikit menjengkelkn jiwa sy, disekolah, guru bknlah sekadar seorang pendidik, malah terus terang sy katakn..guru sbg pendidik+pengasuh.di sekolah, guru sbg medium penyalur ilmu dan pembentuk jiwa rohani anak2. bagaimana seorang guru boleh tegar menonjolkan karakter miming seperti cikgu shida? ekspresi wajah yg beriya2 dan terkinja2 menghayati lagu.aduh..sy malu!ape mOtifnya utk dlm meningkatkn mutu kualiti pnp?wujudkah manfaat? berkesankah idea alternatif utk menaikkn semangt murid dlm meraih ilmu?

miming cikgu shida seolah2 menggalakkn murid utk utk berbuat sepertinya..

ad byk lg cara yg boleh digunakan dgn menggunakan teknology..datangkn input yg idelistik.bukanny plastik.

semoga cikgu shida sedar akan kesilapanny..didik dan asuhlah jiwa murid dengan nilai2 murni yg jauh dari pengaruh yg ntah hape2. ikhlaskn hati, itu yg utama..usahlah ajar yg bukan2..sekian =(

Aida Lela on November 23, 2010 at 7:28 PM said...

urmm. memula tengok vc cekgu tu, tergelak la jugak. tapi tak sempat nak tengok abes, terasa cam kesiannye dia. apesal dia nih????

betol2 memalukan diri sendiri. tak kesah diri dia tu cekgu ke ape sekalipom profesion dia. sekalipun dia bukan cekgu, tetapi bile dah buat vc miming cenggitu, pastu taruk dalam youtube plak. aishh! meluat n benci sangat2. gaya dia tu. bukan benci pada orang nya, tetapi pada perlakuan miming dia. hahahha. tak pasal2 membebel kat page ted.

bile tengok dalam fb, banyak pasal vc dia. tengok nama dia dah 'eee. dia nih' jangan araplah nak tengok vc dia. sori la.

nak populas ke ape ke. tengok la keadaan dan cara.

kalau tak cantik buat perangai camtu. apa pun takde. kesian ada lah.

Vivian on November 23, 2010 at 7:42 PM said...

back to basic..batas seseorang adalah malu.. bukan takat profession cekgu tercalar..tp sebagai wanita..mcm tak sesuai jer buat perangai mcmtu..wp aku tahu..aku bukan lah baik sgt..tp aku pasti...aku tak terkinja2 mcmtu..

rosnanie on November 23, 2010 at 9:18 PM said...

salam ted...
memang setuju sgt dgn ted. Ckp la apa shj..nk guna duit YT utk bantu kelas or what ever ttp hakikatnya sebagai seorang wanita sy sgt malu melihat seorang wanita lain, terkinja2 begitu. Byk cara lain lg yg boleh dilakukan selain dr perlakuan yg kurang manis ni utk bantu kelas @ untuk menampung kos pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Niat bkn boleh menghalalkan cara....

kimora yusof on November 23, 2010 at 10:43 PM said...

Setakat nyanyi miming, oklah tapi apsal sampai nak pakai pakaian lelaki, paling tak setuju sgt2 siap ada tanduk2 lagi...apa tu?

Kalau tak jaga malu seorg guru, jagalah malu seorg wanita muslim.

Saya suruh bbrp student tengok, komen mereka..."ee cikgu apa nih..? seram tengok...fikirlah sendiri..

Anonymous said...

aku fikir luar kotak.

(hehe jd mesti kamu faham pendirian aku)

PuanPepel on November 23, 2010 at 11:02 PM said...

cikgu merr sedang terkejut.
omaigod.

Cetusan on November 23, 2010 at 11:06 PM said...

apa-apa pendapat wajar teraskan adat TIMUR kalau tak nak ikut HUKUM..

niat tak pernah halakan cara, elok bertanya hukum dari yang arif supaya tidak dikata sombong dan riak dgn ilmu yang ada..

renungan dari berislam bertimur bukan gaya barat atau LIBRALISME..

elok private atau jemputan...jika terasa terlanggar adat..

white rose on November 23, 2010 at 11:58 PM said...

aduhai...
saya duk ingat kes dia ni dah selesai...
alih2 saya ditag lagu Kalau berpacaran miming cikgu shida...

terkezuttt...

sy penah jumpe dia...
dia mngajar dalam kawasan daerah sek sy...
mulanya akak terkejut kerana dia berasal & mengajar diperak...

Ya Tuhan, sy ni rock jugak...tapi berpada2 laaa...
sy pun banyak jugak buat silap, mulut terkasar & mcm2 lagi la...

sek sy lagi kecik dari sekolah dia...jumlah murid sy lagi sedikit dari murid dia...kami xde masalah kewangan pun, xde masalah budget pun...semuanya terkawal...
malah sekolah kami mampu menampung pembiayaan mane2 program PKG di sekolah kami secara percuma...
tak perlu buat semua itu...

pokok pangkal dari HATI...
HATI MANUSIA...

siapa sy nak menilai seseorang...
sy juga manusia...

tapi sy punya HATI...
HATI MANUSIA...

bijaklah wahai GURU...kerana GURU adalah tulang belakang anak bangsa...

hans on November 24, 2010 at 12:11 AM said...

bagi aku
video nih ada positif dan negatif
bergantung apa yang kita semua fikir
jika kita fikir negatif maka negatif lah hasilnya
jika positif maka positif lah semuanya
semua benda kita buat ada pro dan kontra
komen2 di sini tak kira menyokong atau tidak semua nya betul
tak ada yg salah
cuma bergantung pada cara kita menilai

zino on November 24, 2010 at 12:30 AM said...

tak payah tengok la.. kontrovesi tu yg dia nak cari..

eeeda on November 24, 2010 at 12:55 AM said...

Guru merupakan role model... menjadi ikutan anak didiknya. Aku tidak tahu apa sebabnya dia perlu berbuat begitu.

Aku berpendapat, cikgu shida ini perlu dibantu.

Muzaffar on November 24, 2010 at 12:56 AM said...

Bukan niat saya untuk mencipta polemik. Apapun terpulang pada tanggapan masing-masing. Tanggapan tersebut pula berpandukan latar belakang pendidikan, budaya dan agama masing-masing. Saya akur dan menerima semua pendapat yang tidak begitu menyetujui pendapat saya. Terima kasih kepada semua. Sekali lagi pohon maaf.

Saya bersetuju dengan Zino...mungkin itu agaknya yang dicari...

Kak Anie on November 24, 2010 at 1:02 AM said...

Rasanya kalau anak2 remaja yang buat manislah sikit... sebab mereka memang suka benda2 macam tu... tapi bila guru yang buat begitu akak rasa kurang molek...

Semarak Api on November 24, 2010 at 2:29 AM said...

Slm kenal.1st time dropping by here:)

1st time tgk vid ckgu syida,mulut x smpt nk gelak pon.dahi yg bkerut dlu.haik.."mcm x btol jer"..seyes x rs klaka pon.mcmmane kalo parent students die yg tgk.haduhh!

Unknown on November 24, 2010 at 3:47 AM said...

cikgu manusia.. letih kalo jumpe banyak sgt guru skema.. nak kena behave dat way, diz way..

no wonder student kat malaysia narrow minded.

Mr. Asada on November 24, 2010 at 4:21 AM said...

hihi.. makin pemes cikgu shida..

ULtradya on November 24, 2010 at 8:55 AM said...

boley pandang-pandang........jgn pegang2....hehehehehe

Angah on November 24, 2010 at 4:09 PM said...

owhh saya suka cik shida sebab dia Saaangat BERANI

Anonymous said...

tedi,ada baca di blog mana tah ( sori lupa ) yang cakap cg shida tu mcm ada tekanan prasaan sket esp lepas putus tunang.
hurm.
mungkin ada benar jugak,sb dia still manusia biasa.bila ada tekanan or masalah,mula buat macam2 utk releasekan tension tu.so,ini mungkin cara dia lah.
as for me,saya ok je tgok vid dia.(padahal baru 2 vid tgok..heehe)..but sesetengah org kurang terima cara dia,kan..cuma kalau betul lah dia jadi mcm tu sb tekanan,agak kasihan lah..

hopefully apa yg sy tulis ni bukan fitnah lah kepada cg shida...

myQza on November 26, 2010 at 9:40 AM said...

TERima kasih atas semua komen. =))

nabiha on December 4, 2010 at 2:11 AM said...

hem btw.. just read from another blog, cg shida jadik cm2 cz tekanan akbat putus tunang.. pity her.. =(

alya nasir on December 9, 2010 at 8:16 PM said...

Sokong..rasenye profesion perguruan sekarang hanyalah sekadar pilihan yg dijadikan untuk mendapat pekerjaan n bukan kerana minat..sayang bukan nasib anak2 muda jika salah dicorakkan..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on January 11, 2011 at 9:53 PM said...

mak ayh sy pun ex-guru..tapi tgk guru camnie, adeh...lemah smgt..guru memg spttnye tjk contoh yg baik2 utk ank murid..tapi kalo camnie?? wuwuuwuu~

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on January 11, 2011 at 9:53 PM said...

mak ayh sy pun ex-guru..tapi tgk guru camnie, adeh...lemah smgt..guru memg spttnye tjk contoh yg baik2 utk ank murid..tapi kalo camnie?? wuwuuwuu~

DIL on February 2, 2011 at 2:13 PM said...

terpanggil untuk bertanya sedikit soalan.
kalau pun tekanan perasaan kerana kecewa putus tunang, perlu buat video clip miming dengan begitu banyak sekali?
mungkin 1 atau 2 lagi masih lagi masuk akal.
ini?! saya juga tak pasti berapa lagu yang diupload.yang saya tahu, lebih dari 1 mahupun 2.

kalau saya masih bersekolah,dan saya mahu menjadi seperti cikgu shida ini bila saya dewasa nanti...bagus kah begitu?

Anonymous said...

Salamzxxxx....

bagi pendapat saya..w/pun beliau seorg guru...buat mcm 2...tak der salahnya...
Bukannya buat perkara yg salah...jgn kerana beliau cikgu,dia sentiasa ditunding jari...Saya tengok w/pun miming muka mcm tu...dia tetap pakai tudung...Tidak mengaibkan sesiapa pun..

myQza on February 11, 2011 at 5:32 PM said...

anon 7 Februari.
peminat cikgu shida?
Cari satu video klip yg nampak rambut dia. =))

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting