Saturday, February 05, 2011

BuDak HiLanG TiGa Jam! GabrA GiLa! =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Budak ini hilang 3 jam sewaktu aku lepaskan dari sangkar besar pukul 5.00 petang tadi. Gabra mencarinya sebab tiada dengar bunyi langsung.

Takut sangat dia termasuk dalam enjin kereta abang aku, sebab abang sudah keluar pukul 6.00 petang. Cepat-cepat telefon, bajet macam pasti ada!! =)) Dia kata 'mana ada!!'

Sama-sama bersantai di luar rumah tadi. Aku tidak lepas pandang dia. Kalau tiada aku pun, budak 4 ekor itu memang mengekor saja dia.
Tiba-tiba masa mahu masuk rumah pukul 6.30 petang bayang dia sudah tidak nampak.

Cari punya cari punya cari, dari rumah aku, luar rumah, dalam rumah. Sampai ke rumah jiran. Lepas Maghrib aku siap bawa lampu suluh lagi!!

Masaklah aku kalau dia betul-betul hilang. Satu rumah aku kerah suruh cari. Ketuk segala apa yang ada takut dia tertidur dan tidak sedar. Memang riuhlah rumah aku sebab seru-seru nama dia. He he he..

Tiada juga. Aku dengan lampu suluh siap pergi meredah rumah jiran. Manalah tahu dia tersesat ke apa. Tiba-tiba Along panggil. Sudah jumpa.

Bawah almari tidur. Eh! Aku punya jerit-jerit panggil dia boleh tidak sedar? He he he

Alhamdulillah jumpa! =))

Nota kakitanganku : Berpeluh!!. =))





4 kUs-kUs:

Rosmawati Yusof on February 4, 2011 at 10:38 PM said...

Saja nak test kesabaran tuannyer... Alhamdulillah dah jumpa

ikahcorner.blogspot.com on February 4, 2011 at 11:14 PM said...

hehehe..si tecit masa tido xsuker diganggu usik...lenkali cik tedi kene cari bwh lemari...kekeke

lupie on February 4, 2011 at 11:16 PM said...

Meriahnya!!! :)

PuanPepel on February 5, 2011 at 8:03 AM said...

eksesais cari kucen..hee

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting