Kelmarin budak ini boleh di ambil. Lagi pun keadaan mereka amat daif dan sengsara sebab emak mereka macam endah tak endah saja.
Bila aku datang petang semalam sebab ada rakan FB yang mahu, tiba-tiba dia kata tidak boleh ambil. Ada orang nak. Mereka akan datang ambil lagi sehari dua. Minggu ini kononnya. Aku tidak pastilah anak kucing itu boleh bertahan atau tidak sebab tengok keadaan yag kurus dan emak yang tidak kisah itu.
Akhirnya aku ganti dengan budak ini dan seekor lagi kucing oren yang sangat daif kerana sakit mata. Syukur sangat-sangat sebab Aenn memang tidak kisah tentang fizikal kucing. Cantik atau tidak. Gemuk atau kurus. Aku hantar ke rumahnya semalam. Banyak betul kucing di rumahnya.
Alhamdulillah. Dua ekor budak kurus kering sudah berjaya dapat rumah. Harap mereka gembira. =))
Terima kasih buat Aenn. =))
Nota kakitanganku : Harap mereka akan terus bertahan sebagaimana aku cuba tahan kesabaran.
2 kUs-kUs:
penyelamat kucing semoga dirahmati Allah...
Alhamdulillah..moga yg lain2 selamat juga..
Post a Comment