Sabtu lepas seharian dia tidak balik. Hairan juga. kalau tidak pagi dia mesti sudah terpacak dekat dapur sebab mahu makan.
Petang baru nampak dia. Tengok! Kaki dia bengkak dan satu jarinya berikat dengan tali rafia. Dia mungkin terbelit talia rafia di mana-mana dan berusaha untuk melepaskan dirinya sebab kakinya dari jari ke peha bengkang dan calar serta berdarah.
Usaha untuk membuka ikatan gagal sebab Dak Itam agak agresif. Mungkin sakit agaknya. Macam-macam cara sudah di buat. Aku cuba hiris-hiris pun masih tidak terlerai. Buat mana yang termampu.
Petang semalam tengok tali rafia sudah tidak ada lagi. Mungkin hirisan-hirisan aku berjaya meleraikannya bila dia berjalan.
Sudah curah minyak gamat. Harap bengkang akan surut. InsyaAllah.
Nota kakitanganku : Cuba elakkan bawa dia ke veterinar kalau tidak parah sebab Dak Itam ini bukan makan saman budaknya. Takut mengamuk pula nanti. =))
6 kUs-kUs:
kenapa ni dak itam.lenkali jgn masuk semak atau tempat sampah. hati2 bila berjalan tu ye. cepat sembuh ye dak itam.
iskh, naughty tul budak ni =P
ganas la dak itam ni..hehehe
erk..igtkan kaki raksakse.. ekekke... nakal tul dak itam.. geget kang.. suka wat org susah ati taw :( dok ar umah xmo jln2.. isk..kang sakit kang sape susah.. :((
hahahaha jari incik ganas kene ikat.
cepat sembuh ye incik!
syian nye die..
semoga cept sembuh
Post a Comment