Sunday, February 06, 2011

anTarA MenGHaDirI UnDanGan PerKahwinan , MeLawaT KucinG raksaKsa Dan HanTu kaK LimaH Di asTro FirsT.=))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 AM
Tengah hari sudah keluar ke Dewan Bestari Ayer Keroh, Melaka memenuhi jemputan rakan blogger Kak Anie Yat. Okey! Sangat peramah. Macam sudah kenal dan selalu jumpa sahaja. Walaupun sibuk menyambut tetamu, Kak Anie masih sempat ke meja berbual seketika. Sampai Along kata. 'Betul ke tak pernah jumpa?' He he he he...

Nama pun orang Melaka kan kak? Peramah itu macam sudah semulajadi. Cuma I saja malu-malu kucing gitu. =P

Tiada gambar. Telefon bateri sudah habis. Sempat 'snap' satu. Si Kakak cakap 'Gambar Wani??' Ha ha ha ha.. Tak dapat mahu tolong! Ibu punya telefon pun dalam kereta. =))

Photobucket

Gambar Kendi Air Kuning sajalah pengubat hati. =))

Dari Dewan Bistari bergerak ke Kampung Ayer Molek di Kuala Sungai Baru Melaka. Bukan menghadiri majlis apa-apa, cuma mahu berjumpa tuan Si Comel sebab ada pesan 'blackwood'.

Teruja tengok kucing-kucing Fizan. Eiger, Jinggo dan Si Ibu Comel. (Kalau salah beri nama, minta maaf. ) Besar gila. =)) Si Adik cakap 'rakcakce'. Si Kakak yang tidur dalam kereta hampa. 'Nak tengok kucing?' Aku lagi api-apikan. 'Besar dia 5 kali Dak Tom tau kakak. Rugi kakak tidur!!' Ha ha ha ha...

Alhamdulillah, selamat pergi selamat balik. Cuaca agak mendung.

Balik-balik saja Along cakap. 'Tengok Hantu Kak Limah nak?' He he he.. terus beli filem HKLBR dekat Astro First. Tidak sempat habis filemnya, aku sudah 'hanyut ke laut'. =))

Kepala pun sudah berdenyut-denyut.

Nota kakitanganku : Eh! Perut berkeroncong lagi. =))






1 kUs-kUs:

umi_e on February 6, 2011 at 11:42 AM said...

Salam... Banyak sungguh aktiviti ya...

*Teringin kucing besar ;)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting