Friday, February 18, 2011

HaH!!! aPa? SanGkaR barU? horEEyYY!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:15 AM
Photobucket

Budak ini akan datang hari ini. InsyaAllah. Akan agihkan mereka kepada tuan baru. Sangkar tiada. Aduhai.... Sangkar masih di JB. He he he he.. Amboi KikiLala....

Bagai Allah S.W.T mahu membantu.. Setelah lama tidak membuka mudah.my semalam terlintas untuk melihat. Syukur. Ada satu sangkar untuk di jual. Horeyyyy!! Sangat suka hati.

Terus hubungi nombor yang tertera. Okey!! 'Kompom!!!' Dapat sangkar baru. Semalam terkocoh-kocoh sebab Abah buat temujanji doktor mengejut buat kami. Jadi bila datang ke rumah Cikgu yang mahu 'let go' sangkar itu hari sudah petang. Bayar dulu sebagai tanda jadi dan ambil kemudian sebab kami sama-sama tidak tahu mahu lipat sangkar besar itu. Ha ha ha ha..

Nasib baik rumah beliau dekat. =)) Kalau dekat Alor Gajah. Lunyai lah juga mahu ulang alik!

InsyaAllah hari ini ambil. Ada sesiapa yang mahu sangkar terpakai, ada lagi satu anggaran ukuran 30"x20"x24'h rasanya. =))

Rezeki anak-anak bulus.

Nota kakitanganku : Sangkar sudah besar.. semua sila tidur dalam sangkar. Ini arahan. Jangan mahu merayap dalam selimut lagi malam-malam dengan hidung yang basah. Ekekekeke...





4 kUs-kUs:

starzieti on February 18, 2011 at 8:38 AM said...

due2 comel. tapi yg kelabu tuh memikat hati. <3

umi_e on February 18, 2011 at 8:52 AM said...

Salam...

Alhamdulillah... Allah pasti akan membantu dengan memberi ilham dan gerakan hati :)

Dina Zakaria on February 18, 2011 at 8:57 AM said...

COMELLL nyer yang oren tuhhh.geram lahhh..

JMR on February 18, 2011 at 10:46 AM said...

cam sedap je junkfood sebelah tu..hikhik

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting