Monday, March 02, 2009

LupekaN kELucaHan.. IngaTLah yanG La|n!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:18 PM
Okey!! hari ini merupakan hari pertama bekerja or bertugas di tempat yang baru!! banyak yang aku belajar.. bukan belajar apa... belajar untuk bertugas secara sendiri-sendiri.. memang ada kejutan budaya sedikit.. sebab kalau dulu aku kerja di kelilingi oleh hampir seratus orang staff n cikgu cikgi.. kat sini amat menyoronokkan sekali.. dan amat menggembirakan sekali.. hanya ada 11 orang guru dan 3 orang staff!! meriah bukan...? muehehehhe!!
:pompom:

nasib baik kak nora masih ada.. belum pindah!! jadi, dapatlah dia tunjukkan serba sedikit apa yang perlu aku buat atau sambung keje dia kat sini. tak lah sebanyak kerja aku kat sana dulu... memang tak menang tangan nak buat. kat sini.. aku belajar lagi.. kita belajar kan tiada istilah tamat. jadi tak salah terus belajar dan terus belajar. malu bertanya sesat jalan. teringat aku GPK 1 pernah tanya aku 'kenapa minta tukar..? sekolah menengah kat bagus.. dapat belajar banyak perkara'... aku rasa nak saja aku jawab macam ni.. 'cikgu.. kalau saya sekejap saja kat sini tapi saya ada inisiatif nak belajar berbanding dengan orang yang kononnya mengaku ada pengalaman bertahun-tahun.. tapi tak mahu belajar perkara yang baru, itu beerti ilmu saya lebih banyak dari dia..' hehehehehe.. kejam jawapannya...

:smoke:

aku tak rasa aku banyak ilmu dalam tugas yang aku buat sekarang.. tapi oleh kerana semangat belajar tu dah ada... tak putus-putus bertanya.. alhamdulillah.. setakat ini.. aku tak banyak hadapi masalah.. berbanding ketua aku yang lama... mengaku banyak pengalaman.. tapi bila tanya dia untuk selesaikan sesuatu masalah... hampa....!!!! itulah yang aku selalu cakap.. macam tin kosong.. bunyi saja kuat.. tapi...???

:what:
okey! berbalik semula di tempat yang baru... belum panas punggung aku kat sini.. aku dah di arahkan pergi taklimat . alahai... hari tu aku gelakkan dak mus sebab kena pergi taklimat kat sekolah yang agak 'ceruk' dan jauh.. rupa-rupanya aku pun kena pergi juga!!! terpaksalah minta peta jalan!! ha ha ha ha.. sampai gak akhirnya...

:look:
erhMmmmm.. aku harap aku gembira kat tempat baru.. itu bukan bermaksud aku tak gembira di tempat lama.. cuma kadang-kadang aku rasa tak adil.. kita bersungguh-sunggu buat kerja.. orang lain yang mengaku ketua.. hanya duduk goyang kaki memantau kita tetapi hujung bulan mendapat gaji yang lebih banyak... ha ha ha ha.. aku rasa itu tak adil..

:dizzy:
malas nak cakap lagi. nak ungkit-ungkit pun tak guna.. hehehhe.. sekarang.. aku harus pandang ke depan tanpa perlu memandang ke belakang lagi....

nota kakitanganku : kita selalu fikir kita lebih pandai daripada orang lain... tapi.. pernah tak kita fikir... ada orang lain yang lebih pandai lagi daripada kita...???

:laugh:

0 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting