Sunday, March 08, 2009

Tet|ba akU raSa LOya-LOya daN |ngIN mUntaH-mUntaH..!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:06 AM
Photobucket

tetiba je kan...?? tiada angin bertiup.. pokok bergoyang.. kenapalah aku loya-loya..?? muntah-muntah...?? ha ha ha ha ha...

okey!! ceritanya macam ni.. daripada pukul 2.00 petang semalam, mak masuk Wad Kecemasan HBM kerana berasa kurang sihat. abah yang hantar di temani adik bongsu aku Dak N. Jadi, aku hanya duduk di rumah menjadi surirumahtangga sepenuh masa.. membasuh baju aku sendiri sahaja yang ada 2 besen ( 1 besen baju yang Dak Uteh dah kencingkan.. hampagas!! sape punye kucing ni..??? ), mengemas rumah yang dah berhabuk-habuk macam rumah tinggalan Jepun, mengemas bilik juga menjemur tilam... ha ha ha ha.. amat rajin sekali.


selepas Maghrib aku di temani oleh adik aku yang lelaki.. menaiki kereta menuju ke HBM untuk menghantar baju sejuk. faham-faham je lah.. namepun wad.. kesejukan yang melampau.. ala-ala hotel 3 bintang... di pendekkan cerita (di sebabkan aku malas nak menaip) mak dah boleh keluar wad... aku yang uruskan sebab kebetulan aku masuk bilik tu nak hantar baju. Selesai semuanya mak, abah dengan adik balik dulu. aku pula pergi farmasi ambil ubat. (aku tidak suka bau ubat di hospital..!!)


Jadi, adegan di atas itu belaku di tempat menunggu Bilik Farmasi HBM. ehMMm.. aku tidak sejahat mana asyik hendak mengutuk orang saja.. ( seperti di artikel ini ) tapi.. entah.. perasaan semulajadi... daripada mereka masuk aku dah pandang dengan perasaan yang 'jahat' ha ha ha ha


aku memang tidak tahu hubungan sebenar mereka. sebab mereka tidak memakai sebarang 'tag' yang mereka ini suami isteri.. hik hik hik... tetapi!!! tetapi.. aksi dan lagak mereka. wallaa!! aku menyekodeng daripada jauh( seperti biasa aku akan mewujudkan perkataan yang baru)


tapi hanya dapat 'snap' 1 gambar sahaja.. sebab belakang dan sebelah aku ada orang.. nanti mereka cakap aku nak buat gambar 18sx lak. aku malas nak cerita sepenuhnya apa yang mereka buat. tapi cukuplah sekadar aku katakan perlakuan begitu tidak patut di tunjukkan di khalayak ramai walaupun anda sepasang suami isteri. tunjukkanlah kemesraan yang malampau itu hanya di rumah. di ulangi di rumah sendiri ye. bukan di rumah mak mertua masing-masing.


huh!! nasib baik giliran aku ambil ubat cepat. jadi tak lah aku manahan gelodak perut aku yang semakin membuak-buak. rasa loya dan nak muntah!! huh!


nota kakitanganku : kalau aku ada kuasa otomen.. aku ingin saja 'mengfire' (seperti biasa) mereka hingga mereka rentung. tapi aku hanya manusia yang hanya mampu membelasah mereka hanya menggunakan kedua-dua belah tangan. muehehehe..





0 kUs-kUs:

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting