Wednesday, May 18, 2011

IniLah yanG PerLu kamU BayaR unTuk TeruS TinGGaL BersAma sayA. Dan InI JuGaLah yanG PerLu sAyA kOrBanKan UnTuk TeruS MenJaGa kaMU!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:00 PM
Reha cakap mata kiri beliau asyik berkelip-kelip. Saya kata itu tandanya mahu menangis. Dan dia tanya balik 'Betul ke?' Dan saya cakap kebetulan mungkin. Kalau kanan mahu tengok orang jauh!

Tapi sebenarnya saya yang asyik menangis.

Sejak kes Pakcik Oghen hilang. Menangis.

Dak Tom yang 2-3 jam tersangkut atas pokok. Saya menangis.

Photobucket

Photobucket

Turun, terus cari makanan. Lapar. Kasihan Dak Tom!! =((

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Keringkan bulu.

Malam tadi dua kali Dak Tom tidak dapat turun dari pokok sebab di kejar SBK. Pertama waktu Maghrib dalam pukul 7.00 lebih. Pokok rambutan belakang rumah. Jenuh saya cuba turunkan dalam dentuman guruh dan kilat. Berbekalkan besen dan lampu suluh saya redah semak samun. Alhamdulillah. Dak Tom meloncat dalam besen.

Belum sempat beliau masuk ke dalam rumah, SBK sekali lagi mengejar beliau. Kali ini Dak Tom memanjat pokok rambutan jiran pula. Agak tinggi dan sayup kelihatan. Saya mengejar sedapat mungkin.

Hujan renyai dan Dak Tom tersangkut atas pokok tidak dapat turun.

Dak Em dan Dak Onchet cuba membantu dengan memanjat poko yang sama dan mengiau. Sayangnya Dak Tom terlalu tinggi dan terlalu takut mungkin. Beliau mengiau tanpa henti. Pasti menjerit 'TolonG! TolonG! Tolong!'.

Hujan semakin lebat dan saya akur. Saya pulang ke rumah dengan baju yang basah dan hati yang tidak tentu arah.

Hujan reda dan saya kembali menjengah Dak Tom. Beliau sudah turun sedikit. Saya mendapatkan kerusi dan mengambil besen beserta lampu suluh. Merayu dan meratap agar beliau beranikan diri untuk melompat ke dalam besen. Agak lama. Akhirnya beliau lompat dan saya berjaya membawa beliau turun.

Kasihan mereka. Asyik di buru walau tidak bersalah. Apa yang perlu saya buat untuk mereka berdamai dan tiada sengketa?

Saya berjuang untuk mereka seorang diri. Tiada bantuan dan tiada ihsan sesiapa. Sebab itulah kadangkala hati sangat terguris dengan sikap manusia. Tapi apalah daya saya dan siapalah saya.

Kamu juga perlu berkorban untuk terus tinggal bersama saya. Bertahanlah sedikit. Abaikan kesakitan sebagaimana saya mengabaikan kesakitan hati saya dengan sikap manusia sekeliling.

Saya akan bertahan demi kamu.
InsyaAllah. Doakan saya!

Nota kakitanganku : =))





8 kUs-kUs:

Wanita Mutalib on May 18, 2011 at 10:09 AM said...

semoga Tuhan permudahkan segala urusan kamu sahabat :)

niat kamu baik. InsyaAllah.

Dak2 sekalian, sila dengar cakap boss kamooo :)

Rosmawati Yusof on May 18, 2011 at 11:05 AM said...

Alhamdulillah, Dak Tom, pakcik Oghen dah selamat... kdg2 kita baik, org pulak jahat, kacau kita...itulah hidup

reha said...

sgt sedih baca entry ni :| tabah nah kak.. moga tuhan permudahkan segalanya... ada hikamh disebalik sumer ni...amin...

GtHans on May 18, 2011 at 1:18 PM said...

sabar yer Tedi..

Tuah said...

cik ted kena perhatikan dak tom 2-3 ari ni. bimbang dia akan demam/selsema akibat kehujanan.

yg SBK ni pun xagak2, bukannya dak tom tu nak usik anak2 kamu pun. garang bebenor...

amir said...

salam nak promosi jugak boleh kan terima kasih...

m4rilyn on May 18, 2011 at 6:41 PM said...

semoga dpermudahkan segalanya. amin

apasal SBK garang sangat? jeles sbb tak dpat kluar negeri ke?

Miss Ieza on May 19, 2011 at 4:11 AM said...

kesian dia.. byk tol dugaan dan halangan jaga dak tom nie. tp takpe.. sume nie pasti ada hikmah yg kita kadangkala tak jangka.
jgn mengalah ok? bersangka baik sentiasa. :)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting