Monday, May 09, 2011

Cik MariE. KucinG CanTik Di HoTeL MeriDiaN, MaKKaH : akU cakaP MeLaYU DenGan KucinG aRaB. BeLasaH saJaLah. HaRaP DiA FaHaM. =))

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Photobucket

Ini Cik Marie. Kenapa saya namakan beliau Cik Marie? Sebab saya jumpa beliau di Hotel Meridian, Makkah Al-Mukarramah. Dia sedang lepak atas karpet di pintu masuk utama hotel. Marie, Meridian.. sedikit lebih kuranglahkan. Lebih-lebih lagi saya teringatkan kawan saya Cik Marie di Malaysia waktu itu. =))

Setiap hari dan setiap waktu saya akan ulang-alik melalui hotel tersebut. Sekali imbas Cik Marie mirip kucing kesayangan saya Dak Kimo.. Muka agak panjang. Bila saya cakap dengan adik, adik hanya cakap 'Dak Kimo mati dulu, dia sampai sini dululah.' =))

Photobucket

Ini hari pertama saya jumpa dia. Ada orang bagi dia minum air.

Photobucket

Dia memang sentiasa ada di hadapan hotel tersebut. Jika waktu panas dia akan tidur di bawah kereta yang di letakkan di hadapan hotel. Pekerja hotel di situ juga sangat baik. Maklumlah, saya kadang-kadang tidak dapat tunggu sehingga Cik Marie selesai makan, minta tolong kepada penyambut tetamu hotel tersebut membersihkan sisa makanan Cik Marie, mereka hanya jawab 'No problem. Syukran'. Dia yang ucap terima kasih pada saya sebab beri Cik Marie makan.

Photobucket

Saya harap Cik Marie akan sentiasa dapat makanan yang enak-enak. Melihatkan keadaan dia yang cantik, memang tidak sedar yang beliau hanyalah kucing jalanan yang sedikit bernasib baik berbanding kucing terbiar yang lain.

Photobucket

Selamat tinggal Cik Marie. Panjang umur kita jumpa lagi. Terima kasih, kerana melihat kamu rindu saya pada Dak Kimo sedikit terubat. Jaga diri baik-baik. Aku tahu ramai yang sayangkan kamu jika tidak masakan jika kamu tidur di atas alas kaki di pintu utama hotel, tiada seorang pun tergamak menghalang kamu. Kamu sangat beruntung dan bahagia.

Aku berharap kita akan bersua lagi. InsyaAllah.










15 kUs-kUs:

Wanita Mutalib on May 9, 2011 at 8:28 AM said...

Alhamdulillah :)

CT on May 9, 2011 at 8:30 AM said...

alhamdulilah...marie kenyang...adik pun dpt pahala.

m4rilyn on May 9, 2011 at 9:00 AM said...

a compliment :)~tq

shukran jazakallah.

kucing2 kat sana mmg sihat2.

saya pelik ms trip nak daki gua hira' ade yg berkata tak jumpa kucing kat kota makkah pdahal saya ade je nampak kucing2 kat area tu.

hijab utk dorang lom dbuka lagi rasanya...

GtHans on May 9, 2011 at 9:30 AM said...

beruntungnya Cik Marie..:)

Azmira Yusoff on May 9, 2011 at 10:28 AM said...

cik maria mcm ibu bulan dan lanun anak dia . tompok2 hitam

deena awanis on May 9, 2011 at 11:33 AM said...

cik marie..macam biskut marie..hihihi..

ctpayong on May 9, 2011 at 11:43 AM said...

cik marie macam si ngot. terima kasih kerana ehsan gambar itu juga dapat hilangkan rindu kakCT pada si ngot yg dah lama pergi.

meowwmania on May 9, 2011 at 3:08 PM said...

alhamdulillah...seronok tgk keadaan kucing kat sana :)

lupie on May 9, 2011 at 5:42 PM said...

Cik Marie, you are very pretty indeed!
We hope that you continue to live happy and healthy. Keep safe and be blessed!

J.M.R on May 9, 2011 at 6:41 PM said...

org ckp, kucing ni faham sumer bahasa...tol ke??

sonata anak kancil on May 9, 2011 at 9:07 PM said...

hanya Allah swt yang membalas jasamu !

Miss Ieza on May 10, 2011 at 6:38 AM said...

beruntung cik Marie... :)

Miss Ieza on May 10, 2011 at 6:38 AM said...

beruntung cik Marie... :)

azureEn on May 10, 2011 at 10:28 PM said...

cik Marie ckp bahase kucing je =D

belogkiter on May 12, 2011 at 9:11 AM said...

macam kucing saya . nama dia bersih sebab dia bersih sangat. cuba tengok kat sini :)
http://belogkiter.blogspot.com/2011/03/aku-tak-tahan-nak-mengawan-ni.html

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting