Tuesday, May 24, 2011

PerinGaTan BersaMa : PerLuKah BerkiRa BiLa SuDah JaTuh kasIH? PerLuKah maraH JiKa TiaDa yanG MenGHuLur BanTuaN? PerLuKah MenGunGkiT? aPa maKnAnyA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 PM
Saya sering berkata pada diri, apapun yang saya lakukan saya perlu niatkannya kerana Allah. Semuanya kerana Allah.

Atas rasa kasih juga kerana Allah. Atas rasa tanggungjwab juga kerana Allah. Atas rasa amanah juga kerana Allah. Alhamdulillah. Allah permudahkan semuanya.

Saya bukan bergaji besar untuk bercakap besar. InsyaAllah. Andai bergaji besar pun, di harapkan Allah masih menetapkan hati saya agar tidak bercakap besar dan bongkak.

Namun saya tertarik untuk menulis bila RM 30.00 yang di laburkan untuk merawat seekor kucing di jadikan bahan ungkitan ianya sesuatu yang tidak sepatutnya.

Ini bukan soal 'Kau ada duit, aku tiada duit.' Tapi pernahkah kamu terfikir, bila kamu mula menceburkan diri dalam aktiviti membantu haiwan terbiar ini, risiko utamanya ialah KOS. Kos makanan. Kos selenggara. Kos tempat tinggal. Kos rawatan. Kos pengangkutan. Pelbagai kos. Siapa yang perlu tanggung? Orang lain? Orang lain yang perlu di pertanggungjawabkan? RM 30.00 pun mahu minta sumbangan orang? Itu baru RM 30.00. bagaimana jika esok kucing kamu sakit lagi? Minta lagi?

Ianya bukan semudah yang di sangkakan. Memang nampak mudah. Jumpa kucing kemudian bawa balik. Kosnya penjagaan bagaimana? Hanya mereka yang betul-betul faham sahaja tidak akan berkira mengenai itu. Kami membantu menjaga dan memberi rumah sementara kepada kucing-kucing jalanan tanpa meminta tajaan dari mana-mana. Kami keluar duit poket sendiri. Ada antaranya mengikut perut asalkan si comel semua senang dan bahagia.

Menjaga sehingga ada yang sudi mengambil mereka. Tidak mengenakan caj jagaan, rawatan atau makan minum kepada tuan baru. Tidak ada. Kami buat secara sukarela. Tidak marah jika tiada yang menghargai atau berterima kasih.

Ini bukan soal 'kau ada duit, bolehlah cakap!!'

Bukan sama sekali.

Kita berbalik kepada niat kita. 'Aku membantu kucing ini kerana apa?' Kerana Allah. Kerana simpati. Kasihan. Tidak sampai hati. Atau. Kerana nama? Mendapat nama baik di mata orang.

Tepuk dada tanyalah hati.

Pernah dengar, jika kita membantu binatang terbiar, memberi perlindungan, makan dan minum. rezeki kita akan sentiasa murah? Pernah? Saya akui itu. Benar! Alhamdulillah. Setakat hari ini, saya belum pernah meminta-minta dari sesiapa hatta keluarga sendiri.

Kenapa?
Cara pengurusan yang penting. Bukan 'rezeki murah' maknanya 'duit tiba-tiba turun dari langit'. Bukan begitu maksudnya.
Ambil dan jaga ikut kemampuan. Ambil keran kita mampu menjaga. Jangan ambil sebab kit amahu nama. Mahu pandangan baik di mata orang sedangkan, kucing tersebut tidak mampu kita peliharan. Tidak mampu menjaga kebajikan mereka. Bagaiman hari seterusnya?

Mungkin hari ini masalah kita selesai bila ada yang mahu membantu. Bagaimana dengan esok? Masih mahu mengharap bantuan?

Nasihat saya kepada mereka yang kononnya mahu membantu haiwan terbiar tetapi lebih mengharapkan sumber kewangan daripada pihak lain, hentikanlah. Tidak perlu membantu andai kamu perlu menipiskan kulit muka meminta kemudian mengungkit jika apa yang kamu dapat tidak seperti yang kamu harapkan. Bagaimana akhirnya nasib kucing itu jika kamu tidak mampu untuk terus menjaga? Melempar? Membuang? Membiar? Nauzubillah!

Bantulah hanya di di dalam kemampuan kamu agar kamu tidak akan rasa tertekan dan menyesal. Bantulah setakat yang terdaya tanpa memudaratkan diri sendiri. Bantulah kerana Allah. Bukan kerana nama atau pandangan baik di mata orang.

oH! sAya bercakap mengenai RM 30.00. Erhmmmm...

Wallaualam..





5 kUs-kUs:

Wanita Mutalib on May 24, 2011 at 11:25 AM said...

kenapa nak ungkit? 30jer? macam2 kan ted|..

ejaMaria on May 24, 2011 at 11:49 AM said...

akak tak mahu bela kucing... sbb masalah kesihatan anak-anak... tapi bila ada kucing jiran melintas kat tepi rumah masa ktorg tengah lunch... terkebil-kebil tengok ktorg makan (agak nya dia lapar) sudahnya akak letak juga lebihan nasi + lauk yg ada... takat tu je yg akak buat... klu ada yg mati kat laman rumah, akak minta suami tanamkan... tak pe kan Tedi... utk jaga mcm Tedi buat... mmg akak takkan mampu...

mamai on May 24, 2011 at 12:02 PM said...

bila kita ikhlas membantu tak kira sama ada pada binantang mahupun manusia...tak perlu nak di ungkit lagi

SabmYzSa on May 24, 2011 at 5:11 PM said...

RM30 pon nak bising ke? Saya penah hantar kucing saya ke vet smpi kene 1k++...tapi saya redha. hanya ALLAH yang memahami kenapa saya sanggup keluarkan sejumlah wang sebesar itu utk selamatkan nyawa seekor kucing...

Anonymous said...

Aslkm..mmg byk dugaan, tp bg mereka yg benar2 ikhlas nak bela..mmg dogr x kan berkira (tanpa sedar). Bahkan ada yg mmg dah bt BUDGET awl utk portion ank2 bulu ni (kat cni kite nmpk seseorg tu lbeh tanggungjawab dan mmg ready nak pikul amanh trsbt.

me diana.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting