Friday, May 20, 2011

ToLonG JanGan PanDanG MuDah JikA KucinG CiriT-BiriT!! R.I.P IcaK! =((

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:30 PM
Icak sudah berehat dengan tenang di jambatan pelangi!

Semuanya gara-gara cirit-birit yang kronik!

Semalam aku ke rumah Makcik Kucing untuk bawa seekor kucing yang di buang di rumahnya ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana cirit-birit yang kronik juga. Kebetulan sewaktu mencari Pakcik Oghen aku ke rumah beliau dan mendapat berita tersebut. Kasihan Icak. Sudah cantik. Sudah montel. Sudah elok matanya. Ketentuan Allah, tiada siapa yang menduga.

Photobucket

Ini Merah. Sangat cantik dengan pusar di badannya. Tapi sayangnya kurus kering dan cirit birit yang kronik. Hari Rabu aku bawakan dia ke JPV Jasin untuk mendapatkan rawatan. Kasihan Merah. Sudah kurus kering, di buang tuan pula.

Photobucket

Merah di suntik dan di bekalkan ubat. Semoga Merah cepat sembuh.

Tolong kawan-kawan. Jangan pandang mudah jika kucing kamu cirit-birit. Ianya boleh membawa maut kerana kekurangan air dalam badan. Selalunya jika kes ini berlaku kepada kucing-kucing aku, selepas mendapat rawatan, aku akan puasakan dia dalam 6 hingga 7 jam. Selepas itu aku akan bagi makan I/D. Sejenis makanan yang bagus untuk merawat kucing cirit birit.

Jangan pelbagaikan makanan mereka dan pantau sentiasa jenis najis mereka. Samaada ada perubahan atau masih tetap sama cair seperti air. Jika tidak berubah juga, boleh bawa ke klinik veterinar yang lain pula.

Nyawa mereka terletak pada cara kita menjaga kebajikan mereka.

Nota kakitanganku : Saya nampak budak Comel di rumah tuan dia. Sudah bulat dan montok. Alhamdulillah. Jika berkesempatan saya akan mengambil gambar terkini beliau! =))
















4 kUs-kUs:

mamai on May 20, 2011 at 10:10 AM said...

kucing pun macam manusia juga bukanboleh kena sakit perut tu....

Kak Lia on May 20, 2011 at 2:14 PM said...

si kembang akak tu....aduh....memang nk kena puasa neh.....tapi semalam tengok dah kurang sikit.....kasihan....tidak mendapat belaian sepenuhnya dari ibu.......tak pe lah...akan akak usahakan jugak utk kesihatan dia

meowwmania on May 20, 2011 at 4:17 PM said...

setuju!

Khalilah on November 1, 2012 at 11:11 PM said...

As salam..makanan I/D tu apa ye? kitty saya dah 2mggu cirit,bawa jumpa vet dia just bagi ubat air utk Diarrhea and antibiotik sbb usus dia bengkak..mula2 okay dah najis dia keras sikit,tiba2 now dia ciri balik,lagi teruk.. hmm :(

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting