Ini kucing
kurap. Kurus. Badan melengkung! Datang rumah saya tanpa di undang.
Mahu buka mata pun dia tidak larat. Kurap berat. Banyak.
Kurap merata. Eeeeeeee! Kotor!
Saya perlu halau dia? Halau jauh-jauh! Tolong jangan datang rumah aku!!! Tolong pergi kucing kurap!! Kamu sangat kotor. Kamu tidak cantik!
Ini anak kucing kurus. Hitam legam. Kotor.
Tahi mata bersepah. Perut buncit. Kutu banyak!
Tidak cantik langsung!! Busuk! Jijik! Saya jumpa dia dekat
pasar. Perlukah saya tendang dia supaya dia tidak dekat dengan saya? Perlu halau dia jauh-jauh juga. Syuuhhh!! Syuhhh! Kotor kereta aku!!
Budak ini merayau-rayau dekat tempat letak kereta
Hospital Melaka. Perlukah saya lenyek dia dengan tayar kereta saya biar di lumat dan lunyai?
Atau saya biarkan dia berlari-lari ke sana ke sini untuk selamatkan nyawa sendiri. Biarlah kau dekat situ. Bukan kucing aku!!!
Ini pula datang masa bulan puasa dengan perut memboyot bunting!
Beranak lima ekor. Mana saya mahu buang ni?
Ini pun. Saing datangnya dengan Ibu Kelabu. Bawa perut buncit juga. Bunting.
4 ekor. Campur
5 ekor. 9 ekor. Mana saya mahu buang mereka semua. Banyak sangat!
Mana saya mahu lemparkan semua ni?? Tepi jalan? Dalam sungai?
Kawan telefon, ada kucing dalam sangkar di kaki lima kedai. Kasihan. Nanti kena hujan.
Perlu ke ambil? Perlu bawa pulang? Hendak buat apa? Tambahkan populasi anak kucing di rumah?
Ini kelly. Kawan jumpa dekat bawah flat dia. Mahu buat apa? Buat tidak tahu saja?
Biarkan dia dekat situ sampai anjing makan dan dia lenyap di muka bumi ini?
Tengok! Ini semua selepas mereka di selamatkan. Di beri perlindungan yang baik dan di jaga. Adakah mereka akan begini jika terus merempat dan di buang ke kedai makan dan di tepi jalan?
Ini Si Kucing Kurap!
Budak yang kurap 2-3 kilogram!
Budak yang perut buncit.
Budak yang dekat tempat letak kereta Hospital Melaka.
Nasib baik tidak kena lenyek!
Anak-anak Ibu Kelabu dan Ibu Tiga Warna yang sangat bahagia di rumah baru.
Budak kaki lima kedai runcit.
'Entry' ini untuk siapa?
Saya ambil dari nombor 4 hingga ke 6. Saya tidak sanggup untuk ambil nombor 1 hingga 3. Ianya akan melukakan banyak hati lain. Mesej ini di terima oleh seorang sahabat kami. Pastinya kata-kata ini datangnya dari orang yang sangat kaya dan pembersih. Tidak pandang kucing kurap dan mampu beli kucing yang mahal!
4. kamu dan 2 tiga orang sahabat kamu lagi juga sama, membela haiwan terbiar konon diri itu tuhan atau malaikat, mahu dipandang tinggi dimata masyarakat? begitu? Kamu fikir semua manusia yang memuji kamu itu ikhlas?
5. cuba nasihat sahabat2 kamu, tak perlu berlakon baik di depan orang, mungkin hakikat disebaliknya kamu mungkin sama saja spt manusia lain. Busuk hati sama saja, lebih baik kamu buat direct selling sama saja seperti menggali duit orang bukan? Eh, tolong jangan fikir segala perbuatan kamu dan kawan itu semua orang suka.
6.siapa yang selalu menjaja kucing di blog tu, melaka mari kan, jangan fikir semua yang ambil akan sayang kucing2 kurap tu.
Salam, x perlu menjadi wonderpet konon2 tuhan menyelamatkan binatang kotor .
Oh! Nombor 6 itu saya. Saya sangat terharu bila saya di kaitkan sekali. Terima kasih.
Ini jawapan saya kepada Saudari yang agak biadap tersebut.
'Entry' ini memang aku buat dan karang khas untuk kau. Kau pasti baca. Eh! Kau kan peminat aku. Jadi pembaca senyap. Sangat buat aku terharu. Tapi sayangnya kebiadapan kau menyerlahkan siapa diri kau yang sebenar. Kebodohan yang kau tunjukkan.
Nampak gambar-gambar di atas tu? Sebelum dan selepas. Dari kucing kurap jadi kucing yang cantik dan boleh di buat bantal peluk?
Tengok gambar kucing yang orang 'adopt' pula. Adakah kurus kering? Adakah sakit dan tidak boleh berjalan? Macam mana kau tahu orang yang 'adopt' kucing dari aku tidak sayang kucing yang mereka ambil? Macam mana kau tahu kucing itu di dera dan di buang selepas itu? Kau sangat ajaib!
Kau bukan saja melukakan hati aku, tapi sahabat-sahabat yang 'adopt' kucing dari aku juga terluka sama dengan tuduhan bodoh kau!
Ini ringkasan dari perkara 1 sampai 6 yang kau tulis!!
ASKUM, maaf klu sy gnggu, sy cuma nak bertanya dan menegur kamu.
1. knp menagih simpati org klu dh thu diri tak mampu, itukan kucing2 kurap, buang duit, buang tnga, lainlah kucing parsi cantik, lawa berbaloi klu membela.
2. sudah tu minta di wall cages PERCUMA. kamu ingat semua orang akan fikir positif?
3. membela anak2 kucing kurap, berpenyakit, untuk apa...mintak wang dari masayarakat luar? mintak simpati atau mahu glamour? ukur baju lah saudari.
4. kamu dan 2 tiga orang sahabat kamu lagi juga sama, membela haiwan terbiar konon diri itu tuhan atau malaikat, mahu dipandang tinggi dimata masyarakat? begitu?
5. cuba nasihat sahabat2 kamu, tak perlu berlakon baik di depan orang, mungkin hakikat disebaliknya kamu mungkin sama saja spt manusia lain.
salam
WTF???
Kami meminta sumbangan bukan meletakkan pisau di leher mereka sambil mengugut 'Kau tak bagi aku duit, aku bunuh kau!!' Kami tidak pernah 'inbox' dari seorang ke seorang untuk minta duit! Tidak ada! Yang kau terasa sangat ni kenapa?
Cuba kau cari seorang saja yang kami ugut untuk memberi sumbangan. Seorang saja! Dapat?
Kami memohon sumbangan bukan suka-suka. Kami bukan orang berduit macam kau. Kami juga bukan 'beruang' macam kau. Komuniti kami dari kalangan orang yang sangat cintakan haiwan. Kasihkan kucing. Mereka ikhlas memberi tanpa perlu kami ugut-ugut.
Setiap kes yang kami perlu sumbangan semuanya ada bukti. Kami bukan minta sumbangan kemudian suka-suka joli katak dengan duit orang! Kami masih tahu hukum halal dan haram.
Kalau kau rasa diri kau kaya. Tidak pandang kucing kurap. Tidak hairan dengan kucing terbiar di jalanan yang meminta makan, kau
TOLOnG DIAM. Jangan banyak bunyi. Kau mewakili siapa? Mewakili berapa orang yang tidak sukakan kucing kurap ini? Mewakili berapa orang yang tidak sukakan komuniti kami ini? Jika berasa tidak puas hati sekalipun, silalah buat satu 'Fanpage' di Facebook dengan tajuk 'Kami Anti Kucing Kurap Dan Mereka Yang Meminta Sumbangan' Boleh? Aku cabar! Aku pun mahu tahu juga atas alasan apa orang seperti kau tidak suka sangat kucing kurap ni?
Atau pun, kau buat saja laporan polis. Habis cerita.
Tapi maaflah,
usaha kau memperkecilkan kami, langsung tidak memberi tekanan dan buat kami putus asa. Kucing kurap tetap jadi pilihan. Sekurap-kurap dia pun, dia tidak tahu menghina orang. Walapun kau hina dia, dia akan tetap doakan kau agar kau dapat hidayah dan di bukakan hati untuk terima hakikat ' apapun yang ada di Muka Bumi ini semua hak dan milik ALLAH S.W.T. Sekali kau menghina kucing kurap dan menghina kami, terimalah hakikat yang kau juga menghina Allah. Menghina setiap makhluk yang Allah jadikan di muka bumi ini. Itu hakikat.
Kucing Terbiar & Anjing Jalanan tetap akan wujud dan kami tidak akan berdiam diri semata-mata sebab kami dapat penghinaan dari manusia sombong macam kau! Pandanglah cermin, dan tanya diri 'Siapakah yang menjadikan aku? Siapakah yang menjadikan kucing-kucing kurap dan kotor itu? Siapakah yang menjadikan manusia-manusia yang aku hina ini?"
Tepuk dada tanya iman!
Maaf kawan-kawan yang lain. 'Entry' ini menjadi panjang berjela. Saya cuma kamu semua faham, tidak semua yang bernasib baik macam kita. Kita sakit, kita boleh bercakap. Mengadu. Kita lapar, kita boleh meminta dan membeli. Kita berteduh dari panas dan hujan. Tidur di tempat selesa. Salahkah kita berkongsi sedikit keselesaan yang Allah kurniakan kepada kita dengan makhluk-Nya yang lain juga?
Astagfirullah al azim,
segala yang buruk datangnya dari saya dan baik juga Dari-Nya Yang Maha Esa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami dan mereka juga. InsyaAllah.
Wallaualam...
Nota kakitanganku : Entry panjang. Tidak perlu kemaskini seminggu pun tidak apa. =))