Tuesday, September 13, 2011

BoarDinG aTaU TiDak : aDakaH kiTa PunyA PiLihaN? KadanGkaLa ManusIa inI sukA BercakaP TanPa BerfikiR....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:10 PM
Bila timbul isu 'pethell' ini ramai juga yang menunding jadi kepada pemilik.

'Jika sayang kenapa tidak bawa bersama.'

'Kata ahli keluarga, tetapi tinggalkan kenapa?'

Syukurnya saya tiada masalah untuk menjaga sendiri kucing saya. Kecuali saat saya ke luar negara ( macam bagus saja ayat ) April lepas, memang pada mulanya mahu menghantar dua ekor kucing saya ke hotel kucing. Tetapi, Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana ada sahabat yang menawarkan diri untuk menjaga dua ekor ' yang bermasalah' ini. Maka jadilah Pakcik Oghen dan Dak Tom warga Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh kurang lebih dua bulan.

Adakah saya tidak sayangkan kucing-kucing saya atas sebab saya tidak membawa mereka bersama? Gila ke mahu bawa mereka naik kapal terbang semata-mata untuk membuktikan rasa sayang??? Bagaimana dengan urusan saya? Tidak terganggukah?

Saya ada pilihan??
Ya. Tinggalkan di hotel kucing dengan pakej dan bayaran yang telah di persetujui dengan harapan kucing saya akan di jaga dengan baik dan saya juga yang jauh beribu kilometer rasa selesa dan tenang.

Adakah saya dapat membaca hari esok? Dapat tahu apa yang akan di laku dan berlaku kepada kucing-kucing saya?

Aduhai,
saya betul-betul tidak dapat terima jika ada yang menyalahkan pemilik dengan ayat ' itulah, nak yang murah sangat. Rasakan!!' Seandainya anda boleh membaca hari depan! Anda sangat ajaib!!

Hotel kucing adalah salah satu pilihan dan tawaran yang ada selain keluarga dan rakan-rakan. Berapa ramai rakan-rakan 'huha' anda yang sanggup menjaga 8 ekor kucing anda pada hari raya? Okeylah, tolak 5. 3 ekor! Ada? Yang sanggup mengorbankan suasana hari raya mereka untuk menjaga kucing anda sedangkan anda sedang riang gembira bersama keluarga? Ada? Kawan anda memang sahabat sejati!!

Jangan salahkan pemilik jika mereka memilih pilihan yang mereka ada. Jika saya di tempat mereka. Kemungkinan saya juga akan berbuat perkara yang sama.

Membawa 25 ekor kucing untuk pulang ke kampung adalah perkara mustahil yang akan saya lakukan. Di manakah akan saya tempatkan mereka? Mahu angkut dengan apa? Berapa bannyak sangkar yang saya perlukan? Mahu sewa lori? Bagaimana keadaan mereka di kampung? Tertekan? Ramai orang. Menjadi tumpuan. Potensi untuk melarikan diri. Hilang. Macam-macam lagi dan lagi dan lagi.

Anda pernah terfikir tentang itu?

Tiada siapa yang mahu ianya jadi begini. Tiada. Tanyalah sesiapa sahaja. Pasti tiada seorang pun yang mahu. Melihatkan reputasi mereka sebelum ini, tiada siapa juga yang menyangka ianya akan berakhir sebegini. Tiada siapa.

Tetapi..
Apalah daya kita untuk menahan sesuatu yang telah di rencanakan..

Wallaualam.


p.s : Ini 'hotel kucing' saya! =))

Photobucket

( Berlakon lebih. Hakikatnya bersepah!! )






10 kUs-kUs:

Anonymous said...

poyo jer.. tpi mslhnyer owner kdai tuh da amek.. kalo xnk jage ckp xblh nk jge.. byk lg kdai lain... biler da trime kucing2 tuh mknenyer da brtanggungjawab nk jge kucing2 tuh.. bkn xnk bwk bersame kucing2 tuh,, takod kne pnyakit,, kucing2 rase trancam kalo jdi tumpuan..

Anonymous said...

Org yg macam tu, kita akan bagi tau dia org.. Kalau kita tak boarding Pets kita, Pet Hotel makan "tanah" la dia org. Selama ni dia org makan apa.? Makan minum pun semua dari owner bayar utk boarding. Pet Hotel boleh makan nasi sebab owner boarding kalau tak dia org makan minum apa.? Duit dari mana datang.?

Unknown on September 13, 2011 at 10:05 PM said...

sy duk sorg2 kat umah nih..ditemankan oleh 2 anak kucing kesayangan saya..

tp mmg pethotel jadik pilihan saya ketika bercuti atau ot...[alhamdulillah petshop yang jaga mmg memuaskan]

sy terpaksa menghantar mereka kesana kerana tiada siapa yg boleh jaga mereka..kerana sy berada di sarawak, n kerap balik kampung di johor...

kawan2 huha mmg ramai, tp kwn huha sy pernah hilangkan kucing saya..dan sy hilang kepercayaan kat kawan sy tuh...

aNIe on September 13, 2011 at 10:31 PM said...

tEDl...dulu masa lolly kecik ...akak hantar juga ke boarding.. tapi alhamdulillah tempat yg akak tinggalkan tu okay... tapi bila dia dah cerdik... akak biarkan kat rumah je... sebab seekor je... pastu tinggalkan makanan dia... air...dah litter dia 2 bekas...tapi kami tak balik kampung lama... hari ke 4 dah kena balik...takut tinggalkan dia lama2...

Anonymous said...

Hantar pets ke pet hotel sama seperti hantar anak ke nursery.. Adakah kita hantar anak ke nursery bermakna kita tak bertanggungjawab? Kita hantar ke pet hotel sebab kita tiada pilihan... Kita bayar mahal-mahal ke pet hotel for what? Dah tentu la untuk jaga pets kita.. Yang salahkan owner tu, fikir-fikirkanlah.. Bukan semua orang senang seperti anda.. Bukan semua orang yang tiada komitmen seperti anda.. Thanks..

cacamarba on September 14, 2011 at 1:10 AM said...

wahai kwn2 pencinta kucing sekalian..jgnlah dilyn sgt manusia yg menyalahkn kita yg menghantar ahli keluarga utk boarding kerana sesungguhny kaki lbey sesuai digunakn sbg medium komunikasi utk manusia2 ni..kasi tendang satu kali br diorg tau langit tggi atau lelangit yg rendah.huh..

ery D cat on September 14, 2011 at 8:49 AM said...

xmengapalah kan..diorg ada mulot diorg sndiri..lantak p la...biarlah hnya pencinta haiwan mcm kita je yg paham...kenapa dan mengapa...

Annursufi on September 14, 2011 at 12:13 PM said...

biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...
jangan dilayan omong2 kosong orang yg xder otak mcm tu....
sampai sekarang saya masih rasa marah bila teringat isu 'petknodehell'...

shana on September 15, 2011 at 12:16 AM said...

Mmg betul kite tak dpt membaca hari esok. Itu jgk terjadi pada kami. Sebab kononnya nak semua 5 ekor tu selamat depan mata, depan mata jgk salah sekor tu pergi meninggalkan kami. Kami bwk 5 ekor balik beraya kat kg. 1st syawal, walaupun dijaga/dikawal mcm bdk kecik main depan rumah, salah sekor simanja telah dilanggar oleh manusia yg ada otak tapi zero. masih tak paham knp dia nak bwk keter laju2 wlupun situ sudah jln mati. Malam tu jgk kami blk kl & berazam akan hantar dorang ke hotel kucing klu mahu kemana2. Baru ckp mcm tu, dpt plk berita sal kucing2 yg terseksa kat PK. So... apa lagi pilihan yg ada?

Anonymous said...

Anything superfluous, all is laconic and beautiful.
You are mistaken. Let's discuss. "http://myqza.blogspot.com/2011/09/boarding-atau-tidak-adakah-kita-punya.html" make yourself scarce
[url=http://vawahuz.comoj.com/U-u-1Y-z-154.html]heavy metal scraps[/url]

Respect!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting