Friday, September 30, 2011

PernaH TerLinTas unTuk mEnyEsaLi semUanyA. TetaPi siAPa sayA unTuk MeniDakkaN TakDir. ReDha. PasrAH. Allah Lebih MenGeTahUi.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:00 AM
Saya pernah rasa menyesal dan terlintas di fikiran...

Kalaulah saya tidak ambil.
Kalaulah saya tidak jaga.
Kalaulah saya biarkan mereka.
Kalaulah saya tidak peduli.

Tetapi, saya cepat-cepat sedar.

Kata seorang sahabat, jika kita berkalau-kalau itu maknanya kita tidak redha dengan apa yang Allah telah tentukan. Kita menyalahkan takdir.

Episodnya bermula saya menerima 3 ekor budak ( GPV5 )yang kehilangan ibu lebih sebulan yang lalu.

Ceritanya di sini.

Tanpa berfikir panjang saya satukan mereka dalam sedar. 3 budak baru itu di jangkiti fungus yang kronik sedangkan GPV4 saya sihat walafiat.

Menyusu dari ibu yang sama.

Akhirnya.

Seekor dari budak 3 ekor mati.

Seekor dari GPV4 mati.

Semalam seekor lagi GPV4 mati.

=((

Photobucket

Semalam juga membawa 2 ekor GPV4 dan 2 ekor GPV5 beserta Nowi, budak buta sebelah mata itu ke klinik haiwan buat kali ketiga. Kali ini saya memilih Maju Animal Clinic.

Tidak kisahlah berapa klinik pun saya bawa asalkan mereka sihat. Asalkan saya berpuas hati dan tidak berdiam diri.

Kali ini mereka di suntik. Selesema dan di nyah cacing sekali. Saya bertanyakan tentang mata Nowi, adakah perlu di jahit atau tidak. Menurut Dr Tan, tidak perlu. Biarkan begitu sahaja.

Photobucket

Membayar bil dan membawa mereka pulang. Mengasingkan satu persatu. Mereka di sangkar yang berasingan. Perlu. Bagi mengelakkan selesema berjangkit antara satu sama lain.

Noname sangat sayang semuanya. Di layan samarata. Walaupun saya sudah memandulkan Noname dan luka beliau belum kering sepenuhnya, dia tetap mahu menyusukan anak-anak ini. ALhamdulillah.

Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati saya. Saya tidak menyesali atas kesilapan menyatukan mereka. Saya mahu menjaga hati semua pihak. Noname, GPV4 dan GPV5 juga. Walaupun ada nyawa yang terkorban.

Ini adalah pengajaran buat saya. Buat baik berpada-pada. Niat saya baik. Mungkin cara yang salah. Hati saya sangat sakit sebab selama menerima kehadiran anak-anak kucing tiada seekor pun yang mati. Baik dari Ibu Kelabu 5 ekor dan Emak Tiga Warna 4 ekor, SBK 8 ekor dan Noname 4 ekor sebelum ini. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat.

Allah ingin menguji saya. Jangan terlalu bermegah dengan apa yang saya lakukan mungkin. Mungkin. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Wallahualam...





7 kUs-kUs:

wanita mutalib on September 30, 2011 at 8:43 AM said...

biar apa pun yang terjadi, kamu dah lakukan yang terbaik.

Tuhan tahu apa yang kamu lakukan itu ikhlas. Tidak ada sedikit pun rasa bahawa kamu bermegah dengan apa yang dilakukan.

Te juga sayang kucing, tapi te tak dapat lakukan apa yang ted| dah lakukan..

te tak tahu apa menda te merepek nih, tapi jangan sesekali rasa 'down' dengan usaha murni ted| ini ya..

Sharz on September 30, 2011 at 9:21 AM said...

sabar la ciktedi...kehilangan tu memang kite takleh nak elak...mungkin Allah menguji kite dengan kehilangan tu kite lebih berhati-hati di masa hadapan dan tak buat kesilapan yang sama...sama jugak macam kes kite... :(((

meowwmania on September 30, 2011 at 9:44 AM said...

mmg sedih dgn kehilangan mereka yg tersayang yg slalu berada di dpn mata
tapi Allah lebih mengetahui segalanya dan yg pasti ada hikmahnya

smoga Tedi tabah dan mendapat semangat yg baru :)

mast on September 30, 2011 at 10:37 AM said...

tabahlah syg ....

Rosmawati Yusof on September 30, 2011 at 11:20 AM said...

Semuga tabah dan kuat semangat utk terus membela nasib anak2 kucil comel ini...

Shaz Alina on September 30, 2011 at 5:43 PM said...

usah rasa down atau patah smgt ye tedi...
saya kagum dgn anda sbb bg saya anda dah byk berbakti kpd kucen² ni...
tedi dah lakukan yg terbaik utk semua dan mmg lumrah dlm kelancaran sesuatu yg dilakukan, pasti ade dugaan yg diberikan utk kita...
redha lah dgn ape yg tlh terjadi sbb ade hikmah di sebalik kejadian...
tabahkan hati & kuatkan smgt k...
we all here to support all your efforts... :))

cacamarba on September 30, 2011 at 11:08 PM said...

yg jd tu dh terjadi..kena redha tp yg penting kita dh usaha sedaya upaya..be strong.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting