Kami tidak sangka ianya akan jadi satu mimpi buruk yang maha dasyat lagi ngeri dalam hidup ini.
Ini saya.
Kegembiraan kami untuk menyambut hari raya terasa tempiasnya pada kami sendiri. Seronok. Dapat pakai baju baru, kasut baru, makan rendang dan main bunga api.
Tapi, kegembiraan kami tidak lama bila mana mama katakan kami tidak dapat ikut sama pulang ke kampung.
Kenapa Mama?
Oh! Tidak muat. barang-barang lagi. Kakak-kakak lagi. Jadi Mama sewa dan tempatkan kami di satu tempat yang menurut mama sangat cantik. Berhawa dingin lagi! Wow!! Kami sangat teruja. Tidak apalah tidak dapat balik kampung pun, tapi layanan kelas pertama.
Tapi, mama hanya merancang. Allah yang tentukan.
Lihat! Bukan begini keadaan saya saat mama hantar saya 9 hari yang lalu. Bukan begini. Sudah hilang suara saya menjerit memanggail ...
Mama!! Mama!! Bawa saya pulang!! Saya sangat lapar!! Saya sangat sejuk!! Saya rasa sangat sakit!! Tolong!! Tolong!!
Mama tidak dengar???
Ini jiran di hadapan sangkar saya. Keadaannya tidak lebih dan tidak kurang seperti saya juga. kasihan dia. Hanya mampu mengelip-ngelipkan mata sahaja. Katanya, dia rindukan kakaknya yang pulang ke kampung berhari raya. Oh! Kita senasib!
Hai! Siapa nama? Soalan saya tidak di jawab di hitam legam itu. Dia memalingkan muka seakan tidak mahu melayan. Lanta si Putih menjawab . Dia hanya mahu balik segera!!
Saya meninjau-ninjau lagi!! Hah! Apa yang saya nampak ni? Saya gosok mata laju-laju. Mereka tidur?
Mereka tidak bergerak!! Mereka berpelukan saling berhadap! Mama tolong mereka!! Tolong mereka. Saya di kemudian pun tidak mengapa. Pasangan anak dan ibu ini perlu hidup! Datang segera mama bantu mereka!! Tolong mama. Mereka sangat comel. Tolong datang!
Saya sudah hilang suara untuk menjerit!! Dari pagi membawa ke petang membawa ke malam, kerja saya asyik menjerit meminta bantuan!
Mama tidak mendengarkah?
Saya menangis dan menangis. Dalam keadaan saya yang begini saya takut mama tidak mengenali saya lagi. Takut andai terus di tinggalkan di sini. Takut andai saya tidak sempat berjumpa mama lagi. Maafkan saya mama jika saya tidak berkesempatan berjumpa mama lagi. Maafkan saya. Halalkan makan minum dan berak saya yang merata.
Saya menangis dan menangis tanpa henti.
Di mana mama. Saya perlukan belaian dan pelukan mama saat ini. Saya berasa sangat-sangat takut! Datang segera mama! Bawa saya pulang!! Ini neraka bagi saya! Neraka bagi mereka. Tiada yang indah di sini melainkan segalanya dusta belaka.
Saya menangis dan menangis.. dan terus menangis..
Kenapa mama tinggalkan kami?
Kami tidak akan nakal lagi.
Kami janji.
bawa kami pulang.
Tolong mama.
Ambil kami.
kami rindu.
Nota kakitanganku : KUDOS untuk semua sukarelawan yang membantu dalam tragedi yang dasyat ini. Terima kasih buat semua volunteer dan fosterer KTAJ. Jadikan iktibar. Sama-sama membantu. Tiada siapa yang mahu ianya berakhir seperti ini. Tiada siapa yang mahu bersengkang mata 48 jam memantau keadaan dan memberi pertolongan. Tiada siapa yang mahu. Sungguh.
Tapi Allah memberi ujian beserta hikmah. Bersatu untuk menentang kezaliman.
Takziah buat mereka yang kehilangan kucing. Takziah buat mereka yang kucingnya berada dalam keadaan yang mendukacitakan.
Takziah buat lebih 300 ekor kucing yang menjadi mangsa!
Maaf kerana kami terlewat mengetahui penderitaan kamu!!
Kita hanya mampu merancang..
Allah juga melaksanakannya..
Wallaualam.
Allahuakbar!

28 kUs-kUs:
waaaa...Tedi, ko buat aku nangessss
waaaa...
Cik ted, sampai skrg, tiap kali baca kisah mrk akak akan menangis. sedih & kecewa... kenapa mrk diperlakukan sedemikian rupa.
kpd owner, tuntutlah anak2 anda secepat mgkn. dgn bersama anda, barangkali semangat anak2 trsbt akan segera pulih. jgn krn mrk dah kurus-kering, sakit, maka anda tdk menuntut mrk. jgn sesekali begitu. ingatlah masa sihat mrk di mana mrk selalu membahagiakan diri anda.
Berita dihari raya yg plg menyedih dan menyayat hati.....
salam...
sungguh tragis.....
manusia yg xlayak dipanggil manusia & sesungguhnya x layak juga menjadi binatang....
menitis airmata setiap kali membaca & menatap berita2 & gambar2 kucen2 yg trpaksa menanggung derita atas kerakusan manusia yg brakal...
nauzubillah...
ya Allah~ sedihnya saya baca coretan ini~! terasa seperti diri berada ditempat mereka ketika itu~!...Subhanallah~ :"(
masa balik kampung aritu, kereta fully loaded! 1 cage ada 1 adult n 2 kitties... another two adults biarkn je x duduk dlm cage sbb cage besar... brg2 org kampung kirim lagi...sumpah penuh....
tapi, untuk meninggalkan diorang kt boarding centre, x mungkin...sbb kt pasir gudang ni ada 1 pet shop yg tawarkan boarding, so i asked mana tmpt boarding, bile die tunjuk,sedih sgt tmpt tu... pastu xboleh keluar cage plak tu!
BUT i wonder mcm mana org tergamak hntr kucing boarding kt situ?
i cried bila tengok video yg KTAJ upload/share... spoil betul mood smlm...
thank ktaj!! kalau i kt kl insyallah i dah jadi volunteer....
jasamu sgt2 dikenang....
Jangan salah kan owners hantar ke boarding centre. Masing2 ada own reasons. Tapi mereka tertipu oleh sweet promises. Malah ada yg repeat customers dan recomended by others. So jangan kita terus menuduh owners, they put their trust to someone who claimed to be passionate and lover of cats. Anyway reading the stories gave me goosebumps....
cepatlah ambil anak2 masing masing..sayu saya tengok...tak mampu nak kata apa apa lagi... hanya airmata yg mampu memahami...cepat parents ambil mereka pulang kerumah...
ANON : BACA ENTRY SAYA DENGAN TELITI. SEPINCING PUN SAYA TIDAK SALAHKAN OWNER. TERIMA KASIH
mama bubuye sampai hari ini xdpt nk ckp apa2..sedih sgt....terlalu sedih........
Sy pn br kematian kucing ahad lalu..ms tglkan kt klinik utk boarding dia sihat..ms raya pertama n kedua tiada doc di sana..anak sy jth sakit dat time..rabu locum doc dtg n tgk condition anak sy menurun..dia m'beri rwtan tp bkn yg spttnya..ms anak sy da nazak,sy dipanggil utk m'gambil dia pulang..sy cb merawat dia n hntr ke AMC tp da t'lmbt..yg sy kesalkan ms sy hntr anak sy sihat,tp ms staff klinik tu hantar blk pd sy keadaan dia sungguh sedih..mata tertutup n kotor,hdg tersumbat n mulut kotor n muka n leher bengkak..anak sy mati sbb dehydration,kurang oksigen,brain death n FIP..
tEdl...sibuk di musim Raya membuat akak tak berkesempatan membaca cerita ini...memang akak dgr dari berita...tapi langsung tak tau secara terperinci...tapi ke FB tEDl... dan ke blog2 yang bercerita ttg kes ni... akak menangis... sedihnya... kenapalah ada manusia yang menjadi binatang kerana tamakkan duit...!!
gambaq mak ngan kitten tu betui2 buat sy nanges~
Myqza,.. i ada kucing, i tau perasaan u, i sedih tengok kucing-kucing hasil dari tanggungjawab PETKNODE tu, mintak maaf kat FB dia ingat dah cukup. Derita kita tengok kucing-kucing ni, derita yang kucing-kucing ni semua tanggungg, kucing tak boleh bersuara dan tak boleh luahkan apa yang dirasa, tapi kita yang membela ni tentu faham,...
pagi td ada dengar berita, suatu undang2 akan di kuatkuasakan bg menyelesaikan masalah sebegini. mereka akan didenda termasuk penjara selama 6 bulan jika menganiaya binatang termasuklah "terlupa utk memberi makan".......mm..lebih baik biarkan mreka lepas bebas..drpd terkurung & kelaparan..
sedeyhnye
tapi hukuman yang diorang terima tak setimpal... damn!!!
ya Allah..mmg xsanggup nak baca ni semua. tersedu2 saya baca kisah diorg ni.sy juga punyai 2 ekor kucing dan sy tidak pernah tinggalkan mereka walau kemana saja sy pergi..ni semua pengajaran dan peringatan buat kita semua..
sy minta izin nk pastekn dlm blog sy utk dikongsi sume..
nanges sudah huwahhhhhh...x saba nak balik peluk kucen2ku...
sedikit dari selesa kita manusia d atas mukabumi ini adalah berkat dari doa2 makhluk Allah yg bernama binatang & tumbuh2an...ingat & insaf lah wahai insan...:'( sedih nya kita d Syawal thn ini...moga begini x kn berulang lgi...
-AKB-
Kot ye pun janganlah buat aku nangis memalam ni, dari hari ahad aku follow benda news ni.
Tak dapat menahan tangis... :((
*syukur suami sanggup berkorban tidak pulang kampung kerana tak sanggup tinggalkan anak2 bulu di boarding...
pet owners x bersalah langsung...ini kan boarding berbayar consider service macam hospital..hotel etc etc..tapi 100% salah pengusaha pet boarding yg x amanah
Sudah tidak ada perkataan untuk menggambarkan kesedihan hati
T_T speechless... ckup dgn gmbr saja menceritakan betapa terseksanya kucing2 ni... T_T
Tidak ada perkataan yang dapat mengambarkan betapa sedihnya hati ini apabila melihat gambar-gambar kucing yang diperlakukan sedemikian rupa akibat kerakusan untuk mencari keuntungan. Dimanakan sikap kemanusiaan mereka? Terlalu sedih.. dan amat menyakitkan.. semoga Allah melindungi haiwan-haiwan yang teraniaya... amin..
Howdy! This blog post could not be written much better! Looking at this article reminds me of my previous roommate!
He constantly kept talking about this. I most certainly will send this
article to him. Pretty sure he will have a very good read.
I appreciate you for sharing!
My blog - forest
Post a Comment