Sunday, October 23, 2011

GPV4 : Kamu hanyA TinGGaL BerDua. sayA HaraP kamu akaN Terus TaBah dan KuaT.




Setiap kali saya menyembur ubat, menyapu krim dan menitikkan ubat mata, saya selalu akan berkata kepada kamu 'Saya minta maaf'. Kecuaian saya buat kamu jadi begini. Saya minta maaf. Saya mahu kamu tahu ini bukanlah sesuatu yang di rancang dan bukan kemahuan saya, sesungguhnya.'

Melihat mata kamu semakin hari semakin bulat dan terang saya sangat bersyukur. Berbanding dengan sebelum ini kamu seolah-olah hanya memiliki sebelah mata. Sakit mata yang kronik sampai saya takut kamu menjadi buta dan hidup dalam kegelapan.

Saya harap kamu dapat bersabar. Saya akan berusaha untuk sembuhkan kamu dan buat kamu sihat dan cantik seperti rakan-rakan lain. Berilah saya masa untuk menunaikan kata-kata saya. InsyaAllah.

Melihat kamu riang bermain, bergurau, bergumpal dan melompat sana-sini buat saya tersenyum. Kamu sihat dan aktif. Itu sudah cukup meyakinkan saya yang semangat kamu kuat untuk terus hidup.

Maaf, beri saya peluang untuk tebus kesilapan....








3 kUs-kUs:

norien arshad said...

jg elok2 taw .. cian tgk diorg ni . kne jgk diorg ni idop sht smpi tue . huhu .. **tetibe plak rndu kuceng kt kampong

Penoreh Getah said...

selalu berdoa tidak terjadi perkara yg tdk elok....baik2 sahaja hendaknya...

Faaein Talip Roy said...

semoga kucing itu diberikan kesihatan yang baik..

About This Blog

.

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP