Ingat lagi pada budak ini? Pautan ceritanya di sini.
Mula-mula saya namakan dia Snowy. Tapi anak-anak saudara sangat payah mahu menyebut. Saya ringkaskan menjadi Nowy saja. Comelkan nama tu? Hahahhaa
Sudah hampir 2 bulan beliau bersama saya. Pada mulanya saya sangkakan beliau akan buta pada ke dua-dua belah mata. Memang sangat hiba bila veterinar pertama yang saya kunjungi mengatakan kedua belah matanya telah buta. Sedih. Anak sekecil ini yang sepatutnya hidup riang dan gembira bermain akan jadi gelap dan suram.
Matanya tidak di jahit. Itu kata Dr Jeya yang mana kliniknya saya kunjungi.
Selepas biji matanya yang hancur di keluarkan, di beri makan ubat, vitamin dan di titikan ubat mata, di bersihkan selalu, beliau kelihatan sihat. Eh! Setiap pergerakan saya, kepalanya turut mengikut sama. Hairan. Saya jadi teruja untuk tahu.
Maka saya membawanya ke veterinar kedua di Vally Animal Clinic. Ya. Dia boleh melihat dengan sebelah mata. Alhamdulillah. =)) Syukur. Hanya sebelah mata saja yang rosak. Tidak mengapa. Setelah meminta pandangan Dr Tan, mata yang rosak tidak di jahit. Biarkan saja begitu.
Ini Nowy hari ini.
Alhamdulillah. Beliau punya satu mata lagi untuk melihat.
Untuk memuaskan hati sekali lagi saya meminta pandangan dari Pembantu veterinar di Jabatan Haiwan pula. Katanya jika mata itu memudaratkan, jahit sahaja. Ya. Kucing saya Dak Kimo dulu, matanya di jahit bila sudah tersembul keluar. Erhm.. Saya jadi serba salah.
Untuk membuatkan saya yakin dengan setiap tindakan, saya minta pandangan Dr Nurul dari HVC pula.
Ya. Anak kucing ini terlalu kecil untuk menjalani pembedahan ata menerima suntikan bius. Matanya biarkan saja begini buat masa ini. Ya. Saya yakin dengan pendapat dan nasihat 3 veterinar yang bertauliah.
Nowy juga terkena tempias fungus dari budak-budak cinonet yang lain. Dalam proses pemulihan. Saya harap beliau akan terus menunjukkan peningkatan kesihatan yang positif. =))
Caiyokkk Nowy!! We Love You!
Jangan di kenang kisah lama!!

13 kUs-kUs:
Go..go Nowwy, you can make it!!!
suke! xde lg nanah2..
titik kn kington (elken) kat mata..insyaAllah cpt baik..
Nowy dah comel, truskan hidup dgn baik syg.. :)
caiyok nowy!alhamdulillah she found you tedi.
Alhamdulillah sebelah matanya dapat diselamatkan...
Si putih kak e, mulanya mata berair kerana diserang selsema. Sudah dibawa untuk rawatan tapi tiada berkesan... AKhirnya bawa ke UPM, namun begitu seperti tiada apa2 perubahan... Baru masuk 2 hari makan ubat dari UPM. Namun vet minta dibawa ke sana lagi selepas 2 minggu sekiranya tiada perubahan... Susah hati sebab dalam matanya (bola mata) ada ulcer... *ingatkan ulcer dalam mulut je :/
senasib dgn Wira ni...
tp Wira dah besar skrg so nak hantar matanya yg satu tu untuk dijahit ;)
smoga Nowy membesar sihat yer sayang..
Nowy kan kuat..mesti la cepat sihat..
Semoga Nowy akan terus membesar bagai johan and boleh melompat lebih tinggi! :)
moga nowy cepat baik..amin.
wahhh..matanya biru..tentu cantik.
lin doakan semoga nowy cepat sembuh.
kesiannya tengok mata dia..syukur masih boleh melihat.
apa saja yang terbaik untuk dak nowy :)
Post a Comment