Sudah lama saya memilih Qiut sebagai makanan basah bagi kucing-kucing saya. Ini kerana tiada jeli yang terdapat di dalamnya dan hanya isi semata-mata bersama sedikit air.
Melalui pembacaan saya, jeli merupakan salah satu cara menaikkan selera makanan kucing. Tetapi bagi saya kalau namanya makanan basah tidak perlu jeli pun tidak apa, pasti licin mereka bedal tanpa menoleh ke kiri dan kanan.
Jika di Melaka terdapat 2 pasaraya yang menjualnya. Di Mydin harganya RM 3.50 dan di Tesco Melaka RM 3.80 Agak mahal bagi saya. Maklumlah, kucing bukan seekor dua. Tapi berpuluh. Walaupun makanan basah hanya 3-4 kali seminggu kadang-kadang tidak sampai hati bila mereka mengiaw meminta lebih. =))
QIUT ada pelbagai perisa antaranya Pilchard, Shirasu, Tuna , Tuna dan sayuran , Tuna dan Sasami. Tapi kucing saya tidak memilih. Semua mereka suka. =))
Saya membeli stok QIUT saya secara online dari Dewi Petshop. Hanya RM3.00 setin. Sangat berbaloi kalau beli 2-3 kotak sekali macam ini. Hehehehe..
9 kUs-kUs:
ok ye.. nak try tapi takut tak bagus
boleh cuba setin. Kalau kucing tak minat baki boleh bagi strays.. =))
selalu gian nak belikan anak2 bulus saya makanan dlm tin cmni..tapi diorg mmg tak suka..ayam rebus pun tak suka..ikan rebus je jd pilihan selain 'keropok kucing' tu la...heheh
sy bg buah hati sy fancy feast... Memang x cukup la setin sorang...sblm ni snappy tom...tp poo bau kuat... Tiap2 hari bg diorang wetfood n kibbles...
humangaih..bykny.. :)
Pernah nampak jenama ni dekat SPCA setapak...ok tak?sebab sekarang ni biasa bagi EVO wetfood..agak kopak gak laa..But Evo pon without jelly..^^
Banyaknya ...
Belum pernah cuba brand ni. Jarang nampak. Yg selalu kat kedai tu Whiskas ngan Friskies je. Tiap2 hari kasi sikit2 kat anak bulus saya.
Dulu pernah gak cuba nak jarakkan hari bagi wetfood ni tapi tak sampai hati dengar depa duk mengiau sambil gesel2 kat kaki huhuhu
Belum cuba belum tahu. APakata cuba dulu! =))
bila baca pengalaman bloggers bagi kucing makan wet food utk tak bagi dia bosan, saya pun nak try lah jugak. so bila gi kat tesco cheng ternampak Qiut..dgn penuh teruja saya pun beli 2 tin. Perisa Tuna. sampai je rumah, tuangkan sikit dlm mangkuk & offer kat tomey..dia hidu2..then angkat kepala..jalan. langsung tak jilat ke..try rasa ke. cess.
the next few days saya try lagi suakan kat dia. pun tak nak juga. there goes my wet food. so letak je kat luar bagi strays makan.
satu lagi, try jugak rebus ayam utk bagi dia makan. pun tak selera jugak. tapi at least dia try jilat2 & gigit2 sket tapi lepas tu angkat kaki & jalan.
so...wet food & ayam rebus/ikan rebus mmg bukan selera tomey saya. apa boleh buat. tuan dia je yg excited try nak varietykan makanan dia tapi dia tak nak pun. =_=
Post a Comment