Monday, November 30, 2009

Ya! Aku BerHuTanG!! TaP| ToLonG JanGan MaRah!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 PM 41 kUs-kUs
Aku berhutang dengan tiga orang di alam maya ini. Mohon maaf kerana belum berkesempatan melunaskan hutang tersebut. Tolong juga jangan marah! Jangan gelarkan aku penipu. Tapi aku yakin. Mereka semua memahami. Tidak akan marah-marah. Terima kasih.

AKu hutang hadiah atau lebih tepat lagi cendermata. Hutang aku masih belum langsai kepada Miera, Dak Ashie dan x-po. InsyaAllah aku akan langsaikan juga. Jika aku pergi dahulu sebelum sempat di lunaskan, halalkan okey?

Mengapa aku sebut pasal hutang hadiah ini? Aku terkejut membaca blog kawan aku sebab hutang ini. Beliau di kecam. Di pulau rakan-rakan. Di 'bahasakan'. Aku tidak rapat dengan blogger ini, tetapi aku selalu mengunjungi blog beliau begitu juga sebaliknya. Beliau menganjurkan kuiz dan terlewat memberi hadiah kepada pemenangnya. Pemenangnya sudah naik angin dan menghentam beliau di blog dan ruangan komen. Dasyat juga kata-kata mereka yang menghentam!

Aku tidak tahu duduk perkara sebenar. Bagi aku setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Kalau orang yang mahu beri hadiah ini salah sekalipun janganlah kaitkan dengan anak-anak beliau. Jangan sampai putus sahabat.

Aku harap mereka ini tidak masuk blog aku. Takut juga bila aku buat kuiz dan mereka menang aku turut di hentam sebab aku pun kategori lambat juga bagi hadiah. Satu lagi hadiah aku tidak 'makan' ratus-ratus ringgit. Takut di campak dalam tong sampah sahaja.

Pada mereka yang aku hutang cendermata itu, maaf ya!

Miera, hadiah soalan kucing itu sudah ada, sudah hampir di pos, bila kamu menang pula hadiah nombor itu, aku bagi sekalilah ya. Pastu kamu menang pula 'contest' Cikgu Ian!!! Ini tidak adil!!
eh! Emo pula!!

Nota kakitanganku : Aku berblogging bukan untuk mencari musuh!!





ManGsa Kedua! |n|Lah yanG MereKa car| Mungk|n?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:27 PM 32 kUs-kUs
Aku pernah menulis mengenai mangsa pertama di sini. Kamu baca sehingga habis, kamu akan tahu siapa mangsa pertamanya di situ.

Hari ini aku mahu cerita pasal mangsa kedua. Yang ini betul-betul punya mangsa. Sila percaya bawah sekatan jalanraya masih di adakan dan telah masuk minggu ketiga. Kejadian ini berlaku pagi tadi kira-kira pukul 11.00 pagi!

Photobucket

Nampak? Ini mangsa kedua dari sekatan jalanraya yang di lakukan tanpa henti. Sila lihat bulatan kuning itu. Sekatan di lakukan bermula dari situ.

Photobucket

Yang ini dari jarak dekat. Kerja-kerja untuk menarik van sedang di jalankan.

Kerja aku bertambah. Perlu membuat panggilan dan surat kepada Balai Polis Jasin bagi menuntut ganti pemadam api yang mereka gunakan. Van itu sejurus terbalik kerana melanggar tiang lampu jalan, asap keluar berkepul-kepul. Sepantas kilat mereka mengambil pemadam api dari sekolah.

Okey!! Pemandu van selamat kerana keluar dengan pantas. Penunggu bas di hentian bas bertentangan juga selamat kerana mereka lari sambil menjerit 'Api!! Api!!' Aku tidak dapat bayangkan jika van ini terbabas dan melanggar orang ramai di hentian bas.

Aku tidak perlu bertanya kepada Si Pemandu Van atas sebab apa dia terbabas. Mari aku buat kesimpulan berdasarkan logiknya.

Jalan di hadapan pejabat aku memang lurus. Van mungkin di pandu laju. Mungkin terperanjat melihat sekatan jalanraya beliau menekan brek dalam keadaan panik. Kemudian? Inilah jawapannya. Maka berpusu-pusulah yang datang. Anggota BOMBA, Polis, Polis Trafik dan orang ramai. Macam pesta!!

Aku ingin bertanya kepada Polis Di Raja Malaysia. Atas sebab apa sekatan jalanraya perlu di adakan tanpa henti sudah hampir 3 minggu ini? Aku tidak tahu jawapannya. Sila beri aku jawapan yang relevan!! Aku tidak marah! Kamu mungkin sedang bertugas! Tapi tolong beri aku satu jawapan yang kukuh.

Nota kakitanganku : Dengar sahaja satu dentuman kuat, sebelum menjengah keluar, perasaan jahat di hati aku berbisik. "Polis di langgarkah??




B|La aD|k BeraD|k BerGaDuh BereBuTKaN BeT|Na...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:34 AM 30 kUs-kUs
Aku ada bertanya mengenai ini sebelum ini. Keburukan mengawan. Kekurangan spesis betina menyebabkan mereka saling berebut dan bergaduh. Kesannya mereka sendiri yang tanggung. Contohnya seperti budak ini.

Mereka adik beradik sudah mula bergaduh. Pantang nampak! Akan saling bercakaran.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kalau dulu musuk mereka hanyalah Dak Kimo. Sekarang sesama sendiri pun sudah tidak saling boleh bertemu.

Jangankan haiwan, manusia pun boleh bergaduh kerana berebutkan perempuan!!

Nota kakitanganku : Lumrah?





Sunday, November 29, 2009

MaLam |n| akU PengsaN! MaaF!! JangaN Car| aku!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:23 PM 18 kUs-kUs
Ya! Aku sudah pengsan! Menaip dalam keadaan mamai dan di luar sedar. Mata seakan ingin tertutup dan tidak mahu terbuka.

Oh! Maaf zaradgreat!! Aku terlupa kamu! Terlupa untuk menjemput! Bila emak bertanya baru aku teringat! Kesibukan menghalang aku untuk berfikir dan mengingati perkara-perkara seperti itu.

Okey! Tiada gambar yang banyak dari aku. Telefon bimbit terlupa di cas baterinya. Bila mahu guna sudah zero!! :( Gambar-gambar ini sumbangan ALong. Itupun terhad kerana beliau sibuk dengan Adik Ija. Abah pula menggunakan kamera digital.

Photobucket

Kek yang aku tempah dari Kak Julia. 1kg RM 40.00. Aku ambil melalui tangan di Melaka Mall pagi tadi. Pergi dalam keadaan yang tidak mandi.. Syyyyyhh..

Photobucket

Kek Coklat pemberian dari sepupu aku sekeluarga. Terima kasih abang!!

Photobucket

Aku sempat hiaskan sebiji kek sahaja. Gambar sipi-sipi sebelah kanan itu. Ekekeke...Sebiji kek lagi tidak sempat. Ingatkan mahu buat Kek Coklat Pisang!!

Photobucket

Budak ini paling seronok. Dia tidak memotong kek tapi menikam Upin dan Ipin! Kejam!!

Makanan seperti Laksa, Putu Mayam, Sate, nasi Himpit, rendang ayam, Roti canai, dadih dan kuih muih.

Okey! Aku ingin sambung pengsan!!

Nota kakitanganku : Tiada tugas membasuh pinggan kerana menggunakan pinggan kertas buat pertama kalinya!!!






Har| |n| MenDung Dan AkU S|buk!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:17 AM 21 kUs-kUs
ALhamdulillah, semalam berjaya membuat dua biji kek coklat walaupun tanpa 'mixer'. He he he.. Ya! Pasti tangan kanan aku sudah kurus.

Maaf! Hari ini memang sibuk untuk masak memasak dan deko-mendeko kek.

Aduhai! Ini sahaja mahu beritahu. Ekekkekekeke.. Mahu pergi ambil kek di Ayer Keroh!!

Nota kakitanganku : Belu mandi!! HA ha ha.. Jangan beritahu orang!




Saturday, November 28, 2009

SeNamaN MemBuanG LemaK D| LengaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM 21 kUs-kUs
Ya!! Ini aktiviti yang sihat! Senaman ini amat sesuai untuk mengurangkan lemak di lengan! Tapi bukan kemahuan aku melakukan senaman ini. Aku terpaksa!! Aku melakukan senaman membuang lemak di lengan dan tangan kanan tanpa rela. :) Mendukacitakan.

Aku begitu asyik membancuh tepung kek menggunakan 'mixer'. Aku cuai kerana waktu itu petir dan guruh berdentam-dentum. Tiba-tiba 'mixer' aku terhenti!!!! Kenapa apakah? Di panah petir 'mixer'ku di dalam rumah!!!

'Mixer' percuma aku rosak!! Ya! Benda ini percuma!! Hadiah sewaktu aku bertukar pejabat di awal tahun ini!! Sob sob sob!!

Aku menggunakan seluruh tenaga tangan kanan untuk memukul adunan. Lenguh!! :( Sudah lama tidak senaman. Sudah terlalu lama menggunakan 'mixer' sehingga terlupakan cara manual!! Tapi apakan daya, sudah berjanji dengan adik untuk membuat kek coklat tambahan untuk esok. :(

Aku gagahkan diri.

Siapa mahu beri aku hadiah 'mixer' sila tinggalkan alamat emel di ruangan komen. Aku akan mengemelkan alamat aku seberapa pantas yang boleh!!!

Nota kakitanganku : Pasti tangan aku akan kurus sebelah!!!





HuJaN Dan HuJan Lag|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:28 PM 16 kUs-kUs
Aku tengah layan cerita Kembali Senyum di Tv1. Comel sungguh kucing itu! Ekekekeke... MAcam cerita aku sahaja. Emak memang tidak sukakan kucing. Abah pula tidak kisah. Ekekekeke.. Jom layan sama-sama.

Pagi tadi ke Mydin membeli barang-barang. Esok akan buat Majlis Hari Lahir Untuk Wani dan Mak Usunya. Adik punya hari lahir 3hb 12 ini.Buat sekalilah. Jimat! Ekekekeke...

Keluar sahaja dari Mydin hujan turun dengan lebat!

Maaf ya tidak dapat jalan-jalan ke blog kamu. Ada operasi membuat kek secara besar-besaran. Ekekekeke...

Nota kakitanganku : Hujan + panas!!





WaJah SePara KePuasaN MenGawaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:50 AM 26 kUs-kUs
Photobucket

Budak ini sudah balik. Itupun sekejap-sekejap sahaja untuk makan. Perut sudah berkeroncong barang kali.

Photobucket

Keadaan diri memang tidak terurus. Kotor dan comot. Perlu mandi wajib dia ini.

Photobucket

Musim mengawan mengajar satu tabiat buruk kepada kucing yang aku perasan.

Kamu rasa apa keburukan itu?

Nota kakitanganku : Mereka masih buat rumah ini seperti hotel!!




Friday, November 27, 2009

RayA Yang SederHaNa....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 PM 19 kUs-kUs
Walau hanya Aidiladha penat tetap terasa. Kerja aku asyik basuh pinggan sahaja. Malam tadi pun selepas habis sahaja kenduri kerjanya tetap basuh pinggan. He he he..

Hari ini seawal pagi sudah siap menyediakan Lontong! Sate lebihan malam tadi jadi menu sarapan. Usai Sembahyang Raya sudah ada tetamu yang datang. Aku mula menyinsing lengan, bukan mahu bergaduh tetapi mahu menghidang. He he he ...

Petang sedikit sudah mula hujan renyai. Aku pun ambil kesempatan untuk meluruskan pinggang. Ekekekeke.. Tengok cerita Pak Ngah Tarbus, aku pun lelap.

Malam rasanya tiada tetamu lagi. Ambil kesempatan untuk kemaskini blog.

Bagaimana Aidiladha kamu? Harap semuanya seronok sahaja tanpa ada duka nestapa!!

Nota kakitanganku : Makan sahaja kerjanya hari ini! Ekekeke..





Ter|ma Kas|h semuA..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:20 AM 11 kUs-kUs
Alhamdulillah. Kuiz sudah berakhir. Tidak di sangka juga tengah malam baru sampai ke angka yang di cari. Terima kasih kepada semua yang mencuba.

Okey! Oleh kerana syarat penyertaannya ada pelawat pertama yang mengemel, maka pemenang akan di tentukan kepada siapa cepat dia dapat.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pemenang berganda. Ekekekekke.. Cik Miera!
Terpaksalah aku buka balik hadiah kamu yang hampir aku pos semalam miera. He he he...

Untuk Cikgu Ashie dan x-po kerana kesungguhan kamu aku dengan ikhlas hati memberi cenderhati saguhati.

en. x-po sila emelkan nama dan alamat kamu kepada aku. Tapi tolonglahlah jangan berharap mendapat hadiah yang besar dan mahal okey! Ciput-ciput sahaja! He he he..

Okey! Salam Aidiladha..

Nota kakitanganku : Kenyang makan Lontong. Bukan Lotong!! Ha ha ha...





K|Ta TenGOk s|apa yanG Kena!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:07 AM 10 kUs-kUs
**Banyak emel masuk.. Ekekekeke.. pagi nanti aku umum ye!! Terima kasih kepada semua yang sudi berkampung di sini.

Aiya.. itu 'entry' kuiz tidak mahu naik juga!!! He he he..

Jadinya. Kalau 'entry' ini 'publish' sudah sampai rasanya angka 22222 itu!! Terima kasih kepada yang singgah dan mencuba.

InsyaAllah.. esok adalah pemenangnya.

Terima kasih.

Selamat malam.

Salam Aidiladha.

Nota kakitanganku : Penat! Tapi tidak boleh tidur!!







Thursday, November 26, 2009

kU|z TaP| BuKaN MacaM kU|z...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:50 PM 47 kUs-kUs
Photobucket

** Sila baca ini dan lakukan seperti arahan yang tertera jika kamu pelawat yang di cari. Pelawat 22222 yang pertama menghantar emel sahaja di umumkan sebegai pemenang!! Terima kasih!


'Capture' Angka 22222 di ruangan Pelawat dan emelkan kepada aku di mylosermind@yahoo.com

Emel pertama akan menerima cenderhati. InsyaAllah...

Eh! Tapi tolong jangan klik sampai 50 kali dalam satu masa okey! Nuffnang boleh bantu beritahu aku siapa yang buat begitu. He he he....

Nota kakitanganku : Pemenang Soalan Kucing, sabar ya tunggu hadiah. :)






cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:22 PM 12 kUs-kUs
SaLam aiDiLaDha BuaT SeMua.....

9 ZuLHiJJah 1430


Nota kakitanganku : Sayunya dengar Takbir!!

Jom!! K|Ta PekeNa CenDoL SagU!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:43 PM 21 kUs-kUs
Photobucket

Cuaca panas! Tengah hari tadi sempat ke Family Store di Jasin untuk membeli barang. Untuk menghilangkan dahaga singgah membeli Cendol Sagu. Cantik warna dia. Merah jambu! He he he..

Aku punya cendol terus ngap tidak sempat ambil gambar. Yang di bungkus itu untuk di bawa balik. He he he..

Photobucket

Dak Oyen

Niat asalnya hari ini.. mahu bawa budak ini ke Jabatan Haiwan untuk di suntik ubat kurap. Sudah di kurung dalam sangkar. Tapi dia macam tidak tentu arah dalam sangkar sambil suara nyaring. Aku pun jadi tidak tentu arah di buatnya.

Akhirnya lepaskan dia semula. Tidak sampai hati tengok dia menyondol-nyondol kepala di jaring besi. Lain kali sahajalah bawa.

Balik mahu singgah di Pejabat Pos. Tapi manusia, masyaAllah ramainya, Tidak sanggup tunggu. Balik terus.

Aduhai. Sambung memasak. Ekekekekeke....

Nota kakitanganku : Sempat ke nombor gerak ke 22222?







KeMBaL| Lag| DengaN Ku|z 22222

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:48 AM 12 kUs-kUs
Kuiz 22222. Aku mahu sebut lagi pasal ini. Esok semua sudah cuti berhari raya. Aku harap angka itu dapat di cecah pada hari ini InsyaAllah. Tetapi biarlah secara berhemah okey?

Berhemah di sini bermaksud tidak perlulah kamu masuk dan tekan 'refresh' sampai 100 kali. He he he...

Hari ini aku Cuti Rehat. Tetapi tidak macam rehat. Pagi-pagi sudah ke pasar membeli keperluan untuk kenduri malam ini. Kenduri kecil-kecilan sahaja. Jemput orang surau untuk bertakbir di rumah. Jadi aku memang agak sibuk.

InsyaAllah, walau lewat sekalipun aku akan datang menziarahi kamu pula.

Oh! Untuk syarat-syarat kuiz 22222 ini, kamu boleh klik di sini okey?

Terima kasih.

Nota kakitanganku : Alhamdulillah, sudah 2 hari cuaca cerah!




Wednesday, November 25, 2009

T|Dak PerLu PuLanG! TerusKan MenGawaN!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:41 PM 36 kUs-kUs
Musim mengawan sudah tiba? Ya! Sejuk-sejuk begini memang seronok mengawan. Tidak dapat di halang keinginan itu. Teruskanlah! Usah pulang! Kamu sudah tidak fikir yang lain. Fikir yang itu sahaja. Okey! Teruskan. Tidak aku halang niat kamu itu.


Berlagak ya? Aku panggil balik kamu buat tidak tahu sahaja. Sudah sampai muka pintu bila kamu dengar si dia memanggil, kamu boleh buat 'u turn' ya? Syabas!!!

Susah tiga hari 2 malam tidak pulang. Tidak mengapa. Tidak rugi apa-apa. Malah menguntungkan. Jimat kos makanan. Sehari tidak banyak belanja yang di keluarkan. Teruskan mengawan!

Selepas selesai semuanya jangan terhegeh-hegeh tunjuk muka. Aku lesing satu-satu nanti!!! Aku jentik telinga sampai biru. Waktu itu jangan mahu mengada-ngada bergesel-gesel segala.

Teruskan mengawan. Usah pulang!!

Nota kakitanganku : Tapi hari ini panas!






Kenapa Apakah Aku InI?? MukaBuku BuaT Aku MerenG Dan B|oL!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:35 PM 38 kUs-kUs
Aku belum sewel atau gila! Tapi malam tadi macam mereng sedikit. Macam biol yang amat serius. Amat bahaya malam tadi. Tidur pun dengan kepala yang senget!!

Kenapa apakah kegatalan itu menjadi-jadi. Selepas itu, bila bangun tidur pagi tadi, menyesal tidak sudah. Aduhai!!


Biolkah aku kerana telah mendaftar dengan MukaBuku semata-mata kerana terlihat seseorang yang sudah 8 tahun tidak bertemu?

Merengkah aku, selepas gatal-gatal daftar di MukaBuku selepas itu 'takut' untuk menambah beliau sebagai kawan?


Gilakah aku selepas bangun sahaja pagi ini aku terasa ingin memadam MukaBuku?


Waraskah aku jika hanya kerana dia aku mendaftar, kerana dia aku teruja mengenali MukaBuku, kerana dia juga aku ingin memadam Mukabuku? Sedangkan aku dan MukaBuku belum saling beramah mesra?

S.H.I.T!!!

Nafsu sudah menguasai akal!!


Kamu sudah bahagia. Aku tidak akan ganggu. Biar aku lihat dari kejauhan sahaja!


Nota kakitanganku : Masih adakah puisi-puisi dulu?





sELaMaT ULanGTahUn SayanG....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:36 AM 24 kUs-kUs
Photobucket
Gambar kredit untuk Pakcik Gugel!

Photobucket

Teka siapa saya!!

Photobucket

Photobucket

Adik Ija dan Kakak!

Selamat Hari Lahir Buat Wani a.k.a Kakak yang ke -2 pada hari ini
25 November 2009.

Di iringi doa semoga kakak sihat dan membesar menjadi anak yang solehah dan di redhai Allah S.W.T. Menjadi kebanggaan ibu dan ayah. Menjadi kakak kesayangan adik tercinta. InsyaAllah.

Selamat Hari Lahir Sayang...

Nota kakitanganku : Kek? Tunggu 29hb ini okey?





Tuesday, November 24, 2009

MahU WarNa PelanG| DaLam PeruT?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:30 PM 34 kUs-kUs
Petang tadi 'skodeng' blog Farae. Dia 'dok' tepek gambar-gambar ini saat aku kelaparan. Rasa mahu menangis aku tengok! Walhal aku sudah selalu tengok gambar-gambar ini. Sudah merasa sejenis hasil buatan sendiri. Tetapi gambar-gambar ini buat perut aku berkeroncong

Photobucket

Kalau kamu mahu merasa dan membeli silalah baca sampai habis.
Juga boleh lawati blog kakwatie di sini.

Photobucket

Kek Lapis Kukus Hawflakes

Photobucket

Kek Lapis Kukus Prune

Photobucket

Kek Gula Hangus

Harga sebiji Kek RM23
(tidak termasuk kos penghantaran iaitu melalui Poslaju /Pos Biasa)
Free delivery sekitar Pulau Pinang (untuk Seberang Perai boleh dirundingkan)
Untuk Tempahan sila hubungi Kak Watie melalui
E-mail : watierman@yahoo.com.my atau
melalui talian 019-4800424

Nota kakitanganku : Ampun kakwatie. Tepek tanpa keizinan.





OTak BekU..

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:51 PM 24 kUs-kUs
Mendung tetapi hujan sudah berhenti.

Sejuk!

Otak jadi beku untuk menulis.

Audit selesai. Ada beberapa kesilapan yang dapat di kesan. Keseluruhan Alhamdulillah.

Kepala berulang-ulang sakit.

Mahu bawa Dak Oyen pergi suntik kurap. Tiada masa.

Mahu pos hadiah juga tiada waktu. Maaf miera. Ambil masa sedikit.

Cepatlah Khamis. Cuti.

Siapa mahu kerja sambilan masukkan surat dalam fail? Beritahu. Sila datang ke pejabat aku. Sehelai 1 sen!!

La la la la..

Nota kakitanganku : Entah apa-apa!!



Nombor TeLefOn yanG T|Dak D| KenaL|. Apa Reaks| kamU?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:22 AM 43 kUs-kUs
Hari ini hujan turun tanpa henti. Sejuk! Dingin!!
Kepala sudah kurang rasa sakit . Malam tadi sudah ambil 2 biji paracetamol. Tidak berkurangan. 30 minit kemudian ambil pula Uphamol650. Okey! Tidur!

Bangun-bangun sahaja tengok ada mesej. 'Hye Cik tedi, pekabo?' Aku pun tidak sedar pukul berapa mesej itu sampai. Sebabnya jam di telefon bimbit sudah mereng.

Okey! Aku mahu cakap pasal nombor telefon.


Kalau kamu telefon aku enam belas kali sekalipun tanpa henti dan nombor yang tertera tidak aku kenal, aku tidak akan angkat. Melainkan kamu mesej aku. Aku tanya dan kamu jawab. Ok!
Jika aku mesej kamu dan kamu mula buat lawak dengan minta aku berteka teki. Kirim salam sahajalah ya? Aku memang tidak di lahirkan untuk berteka teki dan berlawak jenaka untuk sesuatu yang serius aku mahu bertanya.

Jika kamu pula bagaimana?


Nota kakitanganku : Sudah mula bersin tanpa henti!! :(

Monday, November 23, 2009

KeteruJaaN Har| |n|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 PM 37 kUs-kUs
Pertama : Puan Auditor balik awal dalam pukul 1.00 tengah hari. Apakah kerja-kerja aku terlalu cermerlang hingga beliau balik awal. Esok datang lagi!!

Kedua :

Photobucket

Memandu ke Giant semata-mata untuk membuat kunci pendua. Air Terjun Bukit Sebukur. Opss!! Replika air terjun.

Ketiga :

Photobucket

Lampu sudah bertukar hijau tapi masih tetap mahu ambil gambar nombor flat kereta ini.

Keempat :

Photobucket

KFC! Sehingga menjilat jari.

Kelima :

Terima kasih kepada Aiydalela yang beritahu gaji sudah keluar. Okey! Semua kakitangan kerajaan sila periksa Akaun Bank Gaji masing-masing. Eh! Pandai-pandai sahaja aku buat pengumuman.

Upacara pembahagian harta pusaka. Maksudnya asing-asingkan duit untuk bayar hutang dan pembahagian harta kepada mereka yang berhak. Oh! Ada baki lagi!! Kita 'enjoy'!!!

Keenam :

Keterujaan-keterujaan di atas buat aku sakit kepala. Kita tidur dulu!!!

Nota kakitanganku : Zzzzzzzzzzzzzzz...





Baga|Mana J|ka K|Ta D| TemPaT D|a...?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 PM 17 kUs-kUs
Dia pasti tidak mahu begitu. Jika di beri pilihan pun sesekali dia pasti tidak mahu memilih itu. Minta di jauhkan. Nauzubillahiminzalik...

Namun apalah dayanya sebagai manusia biasa yang mahu menolak segala ketentuan Yang Maha Esa. Kita hanya insan kerdil yang hanya mampu merancang segalanya.

Berita kamu boleh baca di sini.

Gambar pula kamu lihat di sini.

Bagaimanakan kehidupannya selepas ini? Dia yang memandu. Adakah dia penyebab utamanya? MasyaAllah. Jika. Aku katakan J.I.K.A aku di tempatnya, J.I.K.A iman aku senipis kulit bawang, aku sendiri tidak mahu untuk bernafas lagi jika mengingatkan semuanya.

Kita doakan semoga dia menjadi kuat. Menjadi tabah. Menjadi redha pada semua.

Bagaimana jika kita di tempat dia sekarang?

Nota kakitanganku : Al-Fatihah buat semua yang telah pergi....




aDa Dua PerkaRa |ng|n D| Ber|tahU SecarA R|nGkas!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:07 AM 20 kUs-kUs
Perkara Pertama :

Semalam aku buat acara 'pembersihan' blog yang aku ikut (baca: follow) . Lebih 100 blog yang aku padam. Yang tidak aktif, yang tidak lagi wujud dan yang suka-suka ikut aku dan aku pun suka-suka ikut beliau balik! Oleh kerana kapasiti sepatutnya hanya 300 sahaja aku tanpa rela telah meng'unfollow' mereka yang terlibat bagi memudahkan aku ikut blogger yang aktif di sini.

Seandainya kamu rasa aku TIDAK PATUT mengunfollow kamu, sila beritahu dan aku akan ikut kamu semula. Sekiranya juga kamu rasa yang kamu aktif di sini tetapi aku tidak ikut kamu selama ini juga kamu boleh beritahu agar aku dapat ikut.

Perkara kedua : Audit sedang berjalan. Aku tempatkan beliau di perpustakaan. 23 hingga 24 November 2009. Juruaudit seorang perempuan. Muka biasalah mesti nampak 'ganas' (Baca : Serius ) Tolonglah sama-sama berdoa agar semuanya lancar. Terima kasih

Nota kakitanganku : Sekatan jalanraya masih di lakukan. G.I.L.A!!!






GeLanG MeKah!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:45 AM 23 kUs-kUs
Photobucket

Gambar ini adalah definisi gelang Mekah bagi aku. Selain ini tiada.

Masa aku kecil-kecil dahulu, kalau ada orang pergi Haji mesti bagi gelang ini sebagai buah tangan bila balik. Seronok pakai. Tayang pada kawan-kawan macam dapat gelang emas.

Gelang ini penuh dengan nilai sentimentalnya. Aku belum jumpa lagi ada di Malaysia. Walau nampak ringkas, tetapi nilai klasiknya tetap ada.

Nota kakitanganku : Walau hanya plastik!





Sunday, November 22, 2009

Tah| ayaM PUna|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 5:00 PM 36 kUs-kUs
Photobucket

Kenapa ianya di namakan Tahi Ayam Punai? Kenapa bukan Tahi Ayam Merpati? Tahi Ayam Helang? Ha ha ha.. Entah apa-apa soalan.

Budak ini kena Tahi Ayam Punai kemudian lepak tanpa rasa bersalah!

Di mandikan tanpa rela!!

Nota kakitanganku : Bercengkerama dengan ayam?





|n| BuKaN RUmaH KeBaJ|KaN!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:30 PM 32 kUs-kUs

** WTH!! Kalau kau baru pertama kali masuk sini dan pertama kali tinggalkan komen. Tolong jangan beri komen yang sungguh 'S.U.C.K'!!! Jangan mengadili orang hanya dengan 'entry' pertama yang kau baca!! Jangan bagi orang anggap komen kau adalah S.H.I.T.!!! Aku adalah amat kejam dan keji!!
Sekian! Terima kasih!!

Photobucket

Assalammualaikum!!!! Siapa di dalam kami di luar!!

Photobucket

Tuan rumah tidur lagi agaknya. Kami datang mahu beraya! Raji Haji 'in advance'!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Burlp kenyang!! Kita duduk sini sahajalah. Ada makan-makan percuma!

** Ada orang buang kucing 2 ekor di rumah. Dua-dua betina. Yang warna putih kekelabuan itu mata sebelahnya kanannya buta. :( Maaflah kucing-kucing kuota kucing di rumah ini sudah mencukupi!!

Nota kakitanganku : Wahai orang-orang kampung. Jangan buang kucing di rumah aku!!!




Saturday, November 21, 2009

KasuT cOMeL aTas aTaP!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:02 AM 46 kUs-kUs
Photobucket

Kasut comel atas atap! Boleh di jemur hingga kering. Itu tandanya matahari sedang memancar penuh bercahaya. Alhamdulillah.

Jusco!! Kami datang!! Hoye-hoye!!

Nota kakitanganku : Poket kosong!!




G|La!!! SeMaLamAn M|mP| P|sanG!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:20 AM 20 kUs-kUs
Ini serius. Entah apa-apa entah mimpi. Banyak-banyak buah-buahan aku mimpi pisang. Serius! Mana-mana sahaja aku pergi aku mesti jumpa pisang. Aku mesti beli pisang. Semalam pergi Family Store beli pisang seikat. Rasa ingin buat sesuatu dengan pisang itu. Tidak sangka pula sampai terbawa-bawa dalam mimpi!! Angaukan pisang!!

Okey! Aktiviti hari ini. Sebelum Subuh lagi sudah bangun bila dengar ada kucing bergaduh. Sampai belakang rumah orang aku selongkar. Nasib baik makcik itu nampak aku dan aku tegur dia. Kalau tidak habis dia beduk aku dengan kayu!! Mencicit-cicit seseekor lari. Dak Utih rupanya. Bila aku panggil nama dia baru dia berhenti dan telek-telek aku! Dak Boss!! Baru dia ikut aku balik.

Cuaca nampak okey! Aktivit basuh membasuh dan kemas mengemas bolehlah bermula sekarang. Dalam pukul 11.00 tengah hari nanti mahu ke Jusco untuk mencuci mata. Ya! Cuci mata sahaja. Gaji belum masuk. Sendiri mahu ingat!! Ha ha ha...

Petang harap-harap tidak hujanlah. Boleh sambung berhoye-hoye lagi!!!

Okey!! Selamat berhujung minggu!!

Nota kakitanganku : Jalan-jalan makan angin sebab poket kosong!!




Friday, November 20, 2009

Kas|han.. Anak AyaM H|LanG Bapa D| MeLaka....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:15 PM 27 kUs-kUs
Photobucket

Simpati sungguh! Seekor anak ayam atau mungkin beberapa ekor anak ayam telah kehilangan bapa di Melaka. Mengapa ini boleh terjadi? Kemanakah ibu ayam itu pergi? Sampainya hati meninggalkan anak-anak hidup melarat dan terkontang-kanting mencari bapa.

Kepada bapa ayam yang mempunyai blog, silalah dapatkan anak kamu. Jangan jadi bapa ayam yang lupa daratan apabila sudah leka berblogging!

Eh! Masih ada yang cari Karangan Bersiri Terima Kasih Datuk? Oh! Sila tinggalkan alamat emel di kotak komen ini. InsyaAllah, aku akan emelkan kepada kamu. Kepada yang sudah minta tetapi masih belum aku emelkan, boleh juga merungut di situ. He he he...

Alhamdulillah, Cuti Rehat sehari yang aku pohon di luluskan. Berani dia tolak? Ha ha ha!!

Selamat berhujung minggu buat semua. Aku tiada rancangan khusus untuk 2 hari cuti ini.

Apa rancangan hujung minggu kamu?

Nota kakitanganku : Musim hujan, mahu jalan pun tidak seronok!!






aDakah |n| saTu BenTuk Pengan|ayaAn?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:50 PM 32 kUs-kUs
Jangan mengambil terlalu serius dengan apa yang ingin aku katakan. Cukuplah sekadar satu perkongsian atas dasar rasa kemanusiaan.

Jika kamu baca 'entry' aku malam tadi ada aku ceritakan tentang sekatan jalanraya yang di lakukan polis di hadapan simpang pejabat aku.

Hari ini ada lagi sekatan tersebut buat kali ke empat berturut-turut. Aku memang tidak tahu apa tujuan sebenarnya sekatan jalanraya itu di lakukan setiap hari.

Pagi tadi Pakcik PRA * bercerita. 'Alahai.. sekatan lagi. Tidak dapatlah pakcik-makcik mahu pergi menoreh getah'. Aku keliru. 'Kenapa? Apa kaitannya?' Soal aku.

Bila beliau bercerita aku baru faham.

Pakcik-pakcik yang datang dari kampung bersebelahan mahu pergi dan balik menoreh tetapi takut untuk melintas sekatan. Faham-faham sahajalah, motosikal mereka semua jenis yanag hampir roboh, sudahlah itu, dengan tong getah, berselirat tong-tong lain, tidak memakai topi kaledar dan macam-macam lagi. Kebanyakannya tidak berlesen. Motosikal tidak mempunyai cukai jalan. Memang tidak tentu arah mereka di buatnya.

Mahu keluar menoreh tengah hari, petang pula pasti hujan. Alamatnya mereka bercutilah.

Sekatan di lakukan bermula pasa masa yang sama dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Setiap pagi kereta yang sama juga lalu-lalang. Kenapa perlu di lakukan berulangkali? Kasihan juga aku fikirkan orang-orang tua tersebut.

Aduhai. Memang kasihan. Aku pun tidak terfikir sampai ke situ. Yang aku fikirkan hanyalah semak mata aku memandang mereka setiap hari dengan senapang yang tergalas di bahu!

Tapi apakan daya. Kita tiada kuasa.

Nota kakitanganku : Tanam pokok getah depan rumah.








Ya! Aku akaN MengaMuk! TaP| S|La JangaN TembaK!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 AM 44 kUs-kUs
Photobucket

Aku mahu mohon Cuti Rehat untuk Hari Raya Haji walaupun aku belum pergi haji. Satu hari sahaja.

Kamu rasa lulus atau tidak cuti ini? Okey! Sebelum kamu beri jawapan sila semak jumlah cuti yang Bos aku ambil untuk bulan ini dan bulan depan.

23hb hingga 26hb November 2009 -Cuti Rehat
30hb November hingga 3hb Disember 2009 - Lawatan pelajar ke Cameron
4hb Disember 2009 - Cuti Rehat

7hb hingga 11hb Disember 2009 - Cuti Rehat
15hb hingga 17hb 2009 - Kursus.

Okey! Sekarang kamu boleh tolong jawab, adakah cuti aku akan di luluskan? Jika tidak lulus adakah patut aku amuk satu pejabat?

Oh! Tidak boleh. Nanti aku kena tembak!!

Nota kakitanganku : Cuti masih berbaki 22 hari.
cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:00 AM 7 kUs-kUs
PejaMLah MaTa.... PejaMLah...

Nota kakitanganku : ToLOng Tidurkan!




Ter|Ma Kas|h DatUk

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:15 AM 36 kUs-kUs
*Siapa yang mahu kesemua siri tetapi aku belum forward sila beritahu lagi sekali ya?*

Photobucket

Oh! Ini bukan terima kasih kepada datuk. Bukan juga Datuk! Bukan Dato' juga! Aku tidak di taja oleh sesiapa. Ha ha ha.. Gila babas!!

Ini emel daripada kawan aku. Tentang karangan Bahasa Melayu yang bertajuk Terima Kasih Datuk! Ada 4 siri kesemuanya. Ini siri yang terakhir.

Aku rasa ini bukan karangan sebenar seorang pelajar. Aku rasa budak ini pasti di upah untuk menulis. Kemudian orang yang mengupah itu mengekploitasikan penulisan budak itu di dalam internet. Seolah-olah ini karangan kerja sekolah sebenar.

Kenapa aku berkata begitu. Ini kerana aku dapati siri karangan ini tidak selari dengan tarikhnya.

Terima Kasih Datuk Siri 1 tarikh tandatangan guru ialah 26.05.2007.
Terima Kasih Datuk Siri 2 tarikh tandatangan guru ialah 01.06.2007.
Terima Kasih Datuk Siri 3 tandatangan guru ialah bulan 07 juga.
dan Terima Kasih Datuk Siri 4 ialah pada 10.02.2007.

He he he.. Siapa mahu baca semua siri sila tinggalkan emel di ruangan komen. Aku akan emelkan kepada kamu kesemuanya.

Nota kakitanganku : Alhamdulillah. Bahasa Melayu aku cemerlang semasa sekolah dulu. :)





Thursday, November 19, 2009

TeraSa MacaM KanaK-KanaK B|La MakaN SneK MaMee MonsteR !!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:29 PM 34 kUs-kUs
Photobucket

Pagi-pagi lagi sudah dapat ini. Ekekekeke... Ada Majlis Penyampaian Hadiah. Jadi ada budak yang buat Majlis Hari Lahir sekali. Aku mengunyah Snek Mamee Monster.. Ekekekeke..

Photobucket

Erk! Ada polis lalu lalang depan pejabat dengan senapang tersandang di bahu. Aduhai. Rupanya ada sekatan jalanrya di depan. Mereka mahu tumpang ke tandas! Ha ha ha... Aku ingatkan apa halnya.

Photobucket

Amacam fesyen pakaian dia? Tetamu yang datang! WTH pakai macam ini. Baju siap bertali nampak kulit lagi!! Aduhai.. Ikutkan hati mahu sahaja aku tegur. Tapi fikir balik, cikgu pun tidak tegur, apahal pula aku mahu lorat!!

Photobucket

Keputusan UPSR jatuh merundum! Deshummmmm.....

Nota kakitanganku : Siapkan sentuhan terakhir sebelum Audit minggu depan!




BoS! Aku YanG BerSaLah KeraNa TerLeb|H ba|K HaT|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:40 AM 28 kUs-kUs
Photobucket

Dak Itam : Bos. Kau tengok apa yang berbeza pada aku.
Telek-telek.
Dak Itam : Okey! Sebelum kau teka biarlah aku bagi jawapan. Kolar merah aku hilang!!!!
Aku : Kau memang sajakan? Kau sedekah kat kawan kau yang mana satu?
Dak Itam : Sob! Sob! Sob!
Aku : Hairan betullah aku kau ni!! Macam mana boleh hilang? Ini mesti kau buka bagi kat siapa-siapa.
Dak Itam : Ya! Aku yang bersalah. Lain kali pakaikan sahaja tali rafia pada leher aku Bos!
Aku : Tak! Aku nak pakaikan tali ikat lembu!
Dak Itam : MooooooooooooooOo!!

Nota kakitanganku : Ya ! Kolar merah hilang! Hairan sungguh!



N|aT D| sEBaL|k MemaparKaN GambaR LucaH aTau 18sx di BLog. Menas|HaT| aTau Mena|kkan JumLah PelawaT?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:33 AM 27 kUs-kUs
Ini sambungan dari 'entry' semalam. Perkara kedua yang ingin aku perkatakan.

Sudah acapkali aku ketemu ini. Kelmarin seorang blogger telah aku tegur. Beliau memperkatakan tentang pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. Ada unsur menasihati. Ada unsur peringatan. Tetapi aku cukup tidak berkenan dengan gambar yang di tepek di blog. Gambar dua orang pelajar perempuan sedang ehem-ehem. Aku malas mahu ceritalah.

Apa motif meletak gambar sebegitu? Semalam juga seorang blogger buat perkara yang sama. Aku malas mahu melihat isi 'entry'nya. Hanya melihat gambar di paparan 'dashboard'. Tidak jijikkah meletak gambar selucah itu di blog kamu? Tidak rasa bersalah? Kamu bercakap tentang sesuatu yang baik tapi gambar kamu amat jijik. Aku pasti kamu mengambil gambar itu tanpa izin tuan empunya diri. Kamu menambah aib orang. Tidak perlu mengekploitasikan gambar yang bukan hak milik mutlak kamu. Meletak di blog. Berpusu-pusu orang masuk. Tidak baca 'entry'. Cukup tengok gambar! Teruja. Ghairah!

Apakata kalau kamu ingin buat entry sebegitu. Letak sendiri gambar kamu. Letak gambar kamu yang 18sx. Baru kena buku dengan ruas! Tidak perlu letak gambar orang lain. Mungkin kamu tidak kenal dia. Tapi orang lain mungkin kenal. Kamu telah mengaibkan orang!!

Banyak cara lain untuk tarik pelawat membaca 'entry' kamu. Tidak perlu letak gamba-gambar yang keterlaluan. Itu bukan cara yang baik. Oh! Mungkin pada kamu bila tengok gambar sahaja sudah buat orang teruja untuk membaca. Bagi aku minta maaflah! Kamu salah orang! Aku tidak teruja langsung malah rasa jijik untuk klik walau 'entry' kamu mungkin ada info. Lantaklah! Gambar sebegitu telah mematikan selera!!

Berfikir sebelum melakukan sesuatu. Itu memang blog kamu. Kamu boleh buat apa yang kamu suka. Tapi fikirkan sensitiviti pelawat yang berkunjung!

Nota kakitanganku : Kita selalu fikir kita baik dan orang lain tidak. Sebab itu selalu mudah mengaibkan orang.






Wednesday, November 18, 2009

KaLau MahU MaT| sEkaL|puN, MaT| sEOranG!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:38 PM 40 kUs-kUs
Okey! Sebelum kita cakap pasal mati, kita makan dulu!! Ha ha ha! Maaf! Bukan! Petang tadi aku ada kerja luar. Ke hulu ke hilir meredah hujan. Akhir sekali ke Percetakan Nasional Berhad di Taman Tasek Utama Ayer Keroh. Membeli dokumen-dokumen kewangan dan persiapan untuk tahun hadapan. Hujan sudah menggila aku tempuhi juga demi kerja! Ceehhh!!

Lantas terus ke Mydin untuk membeli barang-barang harian. Perut adalah lapar. Jom kita makan!

Photobucket

Nasi Ayam Lada Hitam.

Untuk menjimatkan tidak perlu beli air. Ha ha ha! Bukan kedekut. Selalunya kalau aku makan Nasi Ayam memang jarang beli air. Kalau tidak salah satu sama ada sup yang tidak berusik atau air yang tidak luak. Untuk tidak membazir air minuman tidak di perlukan. He he he...

Okey!

Photobucket

Nampak kereta Wira Putih itu. Pemandunya memang tidak beradap. Jika kamu pernah lalu di jalan hadapan Seri Negeri menuju ke Bukit Katil yang mana waktu puncak adalah amat sibuk. Di tambah dengan suasana hujan. Pemandu Wira ini memotong barisan yang terlalu panjang. Menghadang perjalanan kereta aku untuk membelok ke laluan Ozana. Orang lain boleh mengikut barisan kenapa kau begitu gelojoh dan biadap memotongnya. Tidak silap aku tertera logo Kastam di keretanya. Mungkin Kastam di Hang Tuah Jaya berhadapan dengan Seri Negeri.

Selepas itu dia potong dua kereta sekaligus di hadapan aku. Mahu mati, jangan libatkan orang lain. Hujan dan jalan licin pun masih mahu tunjuk kemahiran memandu! Tidak ke mana pun dia. Sekali lagi dia terperangkap dengan kesesakan di hadapan Ozana kerana ada lampu isyarat di hadapan Water City. Aku mahu gelak guling-guling!! Tidak jauh pun dari kereta aku! Lagi-lagi mahu menyalahgunakan kereta rasmi jabatan untuk membuat onar!! Boleh jalanlah!!

Nota kakitanganku : Masih hujan!!!!





Gambar Kamu D| GunaKan Untuk MemUaskaN NaFsu aTau Menas|HaT|??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:40 PM 47 kUs-kUs
Miss Jane pernah tulis tentang berleluasanya penggunaan gambar peribadi yang di ambil oleh orang lain tanpa kebenaran di blog beliau yang terdahulu. Mungkin cara penyampaian beliau adalah berbeza. Tetapi isi dan maksudnya adalah sama seperti apa yang ingin aku perkatakan.

Ada 2 perkara sebenarnya yang saling berkaitan.

Aku ulas perkara pertama dahulu.

Perkara pertama, kewujudan blog yang mencuri gambar peribadi kamu untuk di letakkan di dalam blog beliau sebagai bahan pemuas nafsu penulis blog dan juga pengunjungnya. Ini betul.

Miss Jane menulis ini beberapa bulan yang lalu. Sayangnya aku tidak berkesempatan untuk membuat 'entry' ini sebagai peringatan buat kamu. Seorang blogger mewujudkan satu blog semata-mata untuk memuaskan nafsu beliau sendiri dan para pengunjung yang 2x5 dengan beliau. Caranya adalah mengambil gambar kamu dari blog kamu sendiri yang lengkap bertudung dan di letakkan di dalam blog beliau di susuli dengan kata-kata nasihat yang kononnya untuk menegur cara pemakaian kamu.

Contoh lagi, jika kamu memakai tudung, seluar ketat dan baju yang melekat di badan. Komen-komen yang di terima semuanya mempersendakan cara pemakaian kamu dan berunsur lucah. Jika kamu lengkap berbaju kurung sekali pun kamu tetap menjadi sasaran mereka.

Terdapat ratusan gambar di blog itu. Aku ada membukanya sewaktu membaca 'entry' Miss Jane dulu. Mungkin salah satunya gambar kamu. Kamu tidak sedar mereka mengekploitasikan gambar tersebut sejak beberapa lama dahulu.

Blog itu sekarang sudah di godam dan tidak dapat di buka lagi. Dengarnya blogger dari Indonesia yang melakukannya.

Nasihat aku, berhati-hati ketika meletakkan gambar di blog. Mereka ada cara mereka sendiri mencuri gambar kamu sekalipun kamu meletakkan kod gambar tersebut tidak boleh di ambil. Kita tidak tahu tentang kewujudan blog itu tetapi dalam masa yang sama orang lain sedang mempergunakan gambar kita untuk memuaskan nafsu sendiri!!

Nota kakitanganku : Kita selalu fikir kita berada dalam zon selamat!




DoakaN PerJuanGan BeL|au...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:25 AM 30 kUs-kUs
Beliau sedang berjuang. Berjuang untuk teruskan kehidupan dengan perjanjian yang lebih baik. Doakan perjuangan beliau. Semoga apa yang beliau harapkan akan tercapai. Walau mungkin tidak setinggi langit, namun jika setinggi gunung pun sudah memadai.

Selamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia mulai hari ini buat Adik. Berkobar-kobar semangatnya. Aku pula yang sebak sedari pagi. Macam mahu lepaskan dia berperang di medan perang sahaja.

Emak sudah menjanjikan hadiah yang cukup lumayan buatnya jika dia mencapat cemerlang dalam peperiksaan nanti. Sebab itulah semangatnya mengatasi segala-galanya.

Tanpa dia ketahui, emak berbisik kepada aku 'Kalau adik tidak dapat secemerlang yang dia janjikan pun, emak tetap akan bawa dia jejak ke Tanah Haram juga.' Oh! Adik tidak tahu itu!

Photobucket

Adik berbaju merah. Pemalu macam kakaknya juga. Sebab itu gambar tidak jelas. He he he..

Semoga berjaya. Semoga beliau tenang menjawab soalan.

InsyaAllah.

Nota kakitanganku : Doakan bersama. Terima kasih.



Tuesday, November 17, 2009

JempuT-JempuT |kaN B|L|s CenDawaN! PergH! EnTah Apa-aPa NaMa akU Ber|...

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:09 PM 34 kUs-kUs
Okey! Aku sangkakan panas hingga ke patang rupanya hujan di petang hari. Ekekekeke.. Pukul 2.00 petang tadi memang cuaca panas. Aku duduk dalam pejabat yang tidak berpenghawa dingin terasa ingin membuka baju untuk mendapat angin dengan selesa! Opss! Gurau! Gila ke apa?

Pukul 4.30 petang hujan mula turun mencurah-curah. Aku yang sejak dua menjak ini rajin meletak kereta di luar liputan kawasan pejabat terkedek-kedek berlari dalam hujan lebat waktu balik tadi. Basah juga walau tidak lecun! Kalau sehari dua ini aku senyap tidak berblogging bermakna aku demam!! He he he..

Balik adalah dalam keadaan lapar. Terasa ingin makan jemput-jemput. Mari kita buat mengikut resepi. Ha ha ha..

Photobucket

Jemput-jemput yang telah di campak ikan bilis, daun bawang, bawang besar, garam, gula, kunyit dan cendawan. He he he ...

Photobucket

Tadaaa.. Siap! Sekejap sahajakan? Makan cecah Sambal Tumis Udang dan yang hitam itu ialah Sos Lada Hitam. Nyummi!! Kenyang!! Resepi asal di sini.

Siapa tidak pernah buat jemput-jemput sila tekan A.
Siapa tidak pernah makan jemput-jemput sila tekan B.
Siapa tidak tahu buat jemput-jemput sila tekan C.
Siapa mahu jemput-jemput sila tekan D.

Nota kakitanganku : Eh! Emak mahu belanja makan Soto pula!!!





 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting