Thursday, November 19, 2009

N|aT D| sEBaL|k MemaparKaN GambaR LucaH aTau 18sx di BLog. Menas|HaT| aTau Mena|kkan JumLah PelawaT?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:33 AM
Ini sambungan dari 'entry' semalam. Perkara kedua yang ingin aku perkatakan.

Sudah acapkali aku ketemu ini. Kelmarin seorang blogger telah aku tegur. Beliau memperkatakan tentang pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. Ada unsur menasihati. Ada unsur peringatan. Tetapi aku cukup tidak berkenan dengan gambar yang di tepek di blog. Gambar dua orang pelajar perempuan sedang ehem-ehem. Aku malas mahu ceritalah.

Apa motif meletak gambar sebegitu? Semalam juga seorang blogger buat perkara yang sama. Aku malas mahu melihat isi 'entry'nya. Hanya melihat gambar di paparan 'dashboard'. Tidak jijikkah meletak gambar selucah itu di blog kamu? Tidak rasa bersalah? Kamu bercakap tentang sesuatu yang baik tapi gambar kamu amat jijik. Aku pasti kamu mengambil gambar itu tanpa izin tuan empunya diri. Kamu menambah aib orang. Tidak perlu mengekploitasikan gambar yang bukan hak milik mutlak kamu. Meletak di blog. Berpusu-pusu orang masuk. Tidak baca 'entry'. Cukup tengok gambar! Teruja. Ghairah!

Apakata kalau kamu ingin buat entry sebegitu. Letak sendiri gambar kamu. Letak gambar kamu yang 18sx. Baru kena buku dengan ruas! Tidak perlu letak gambar orang lain. Mungkin kamu tidak kenal dia. Tapi orang lain mungkin kenal. Kamu telah mengaibkan orang!!

Banyak cara lain untuk tarik pelawat membaca 'entry' kamu. Tidak perlu letak gamba-gambar yang keterlaluan. Itu bukan cara yang baik. Oh! Mungkin pada kamu bila tengok gambar sahaja sudah buat orang teruja untuk membaca. Bagi aku minta maaflah! Kamu salah orang! Aku tidak teruja langsung malah rasa jijik untuk klik walau 'entry' kamu mungkin ada info. Lantaklah! Gambar sebegitu telah mematikan selera!!

Berfikir sebelum melakukan sesuatu. Itu memang blog kamu. Kamu boleh buat apa yang kamu suka. Tapi fikirkan sensitiviti pelawat yang berkunjung!

Nota kakitanganku : Kita selalu fikir kita baik dan orang lain tidak. Sebab itu selalu mudah mengaibkan orang.






27 kUs-kUs:

Nakamura Kazuki on November 19, 2009 at 7:44 AM said...

mostyly nak cari publisityla kut..sebab blog kurang sambutan....bagi kome..tak kesah korang nak usha blog ambe ke lantakla.yang penting aku tulis untuk sharing bagi yang suka membaca...so kalau ada blog2 macam tu.tak perlu buka pun takpe..dan tak perlu singgah..namun kalau terbuka juga...hehehehe..baca je la.......dan kome pun terbukakan tedi bukan membuka..hahahaha

on November 19, 2009 at 8:12 AM said...

kenaper la ada lagi makhluk2 mcm ni kat alam blog kan?

haihh.....cukup2 la mengaibkan orang lain.....

@reLong on November 19, 2009 at 8:13 AM said...

Salam..
MorniG tEdi..
ehh..lately bnyk entry psl blog org yg mCm tu..
meh bg kt link org tu..maU tgOk la..hihi

bOsan2 ni leh cUci mata.. =)

Azureen Azlan on November 19, 2009 at 8:14 AM said...

ada betul nya apa yg kamu ckp tedi. kenapa xletak gambar sendiri, kan? ewah2.

erk. tiba2 mcm terkena pd aku, sbb entry aku yg latest ada gambar makhluk bercium. huu. tp seriously xada intent pun utk menarik traffic (-_-") huu.

bagus2. saling mengingati, bole muhasabah diri. kita manusia xselalunya betul. kan :)

thanks for sharing ur thought!

amal on November 19, 2009 at 8:23 AM said...

ghoiroh ke melihat gambar2 begitu?jijik ado laaa..huhuhuh..

but ur rightla..x baek mengaibkan org..kalo nak berkongsi cerita atau nak nasihat pasal tu bulehla, tapi x perlula letak gambar2 macam tu...

Relevan on November 19, 2009 at 8:26 AM said...

Sembat je pada blogger yang letak gambor kelucahan melampau tu..

ASYIQ on November 19, 2009 at 8:34 AM said...

Nak tarik pengikut kut....blog mcm ni mesti panas kan..

Jgn hairan tgk akak awal2 pagi ni..ambil CRK, nk pi sekolah kak ngah...UPSR kuar hari ni.

Dup...dap...dup...dap...apa la nasib ko kak ngah!!

Unknown on November 19, 2009 at 8:42 AM said...

memang buruk perangai....cam cilake...

a.z.r.i.n.a.03.07 on November 19, 2009 at 9:19 AM said...

nak carik publisiti lah tu ..pomfuan ke ? kalau ye ..nak tarik ramai blogger laki lah tu pasal pomfuan xberapa suka menda2 camni..

Tak pon desperado ..

Anisa on November 19, 2009 at 9:20 AM said...

eee
sapekah gerangan blogger tersebut
nak skodeng jap

*publisiti murah2*

Finaz on November 19, 2009 at 9:20 AM said...

yelah.. tak senonoh.. cuba tgk budak Finaz tuh dia siap tutup gmbr dedah dada yg ada kat blog dia.. takut viewer juling. Tak caya? tgklah kat blog si finaz tuh..hehe

[s][u][e][h][a][n][n] on November 19, 2009 at 9:26 AM said...

macam2 hal la...issshhh2

Solehah on November 19, 2009 at 9:36 AM said...

aku setuju hujah2 kamu..huhu..

weh, tolog emailkan alamat ko ke solehah_azit@yahoo.com sebab ada souvenier drp aku sbb korang dah joint my contest. tp bukan hadiah yg menarik pun la..kalo ko tanak pun ko kasi la alamat sesapa wakilkan ko..tq.

sueanne on November 19, 2009 at 9:36 AM said...

Ted,

rasenya macam tau je blogger kedua tue..heheh..

yup betul tue..tak perlu la letak gambar2x cenggitu..stiap orang kan tak dpt lari dari membuat kesilapan..mane tau budak tue dah berubah..kesian kat die..klu tak berubah, panjatla doa semoga die berubah..tak perlu mengguna kan gambar die tuk menaikkan rating blog sendiri..tak elok laa..

Unknown on November 19, 2009 at 9:36 AM said...

mmm..berlambak-lambaklah kalu blog camni,...tp aku malas nak layan dorang...isi kandungan menasihat..gambo kat side bar..x menahan...uish..

D.O.U.B.L.E...S on November 19, 2009 at 9:57 AM said...

betul, betul nak bagi org suka baca blog sendiri cuma letak gambar sendiri apa rasa...

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on November 19, 2009 at 10:16 AM said...

letak gambar sediri xder kelassss

Watierman on November 19, 2009 at 10:34 AM said...

Ooo..ada gak yer yg cam tu..akak suka yg ada gambar novel,kucing & makanan jer...& masuk kalau blog tu akak dah follow...tapi yg x rated tu...tak pernah lak lagi terjumpa...harap2 tak yah jumpa lah...sebab takut power cermin mata ni bertambah lak...!!

Ape nak buat..kalau dia rasa puas berblog cam tu...kita jgn support dia...those yg think alike jer will go to the blog....!!

Anonymous said...

letak ayat sudah..
gambar tak perlu lar kot..

PuanPepel on November 19, 2009 at 11:19 AM said...

hoh~ org gmbr dorg kang mengamuk lak...

CEOMesinTaip on November 19, 2009 at 11:20 AM said...

dunia ini kan adil...hari ni ko aibkan org..sok lusa..Allah bagi peluang plak kat ko..tul kan tedi..

beskot on November 19, 2009 at 12:26 PM said...

kebanyakknye nk naek kn trafik..
ape yg di kejar kn tah..
hmm..

khasyikelvin_ on November 19, 2009 at 1:07 PM said...

hurm,
memang tak suka la
org guna cara macam tu nak
tarik trafik. agaknya
mind set dia tu
mmg penuh 18SX sahaja!

U-Nie_sYa on November 19, 2009 at 6:11 PM said...

sikap yg suke mencari kesilapan n aib org nie la yg x elok..
fikir diri sangat bagus..
untuk membincangan sesuatu ada batasnya, tidak perlu la mengaibkan sesiapa..

Aida Lela on November 19, 2009 at 6:37 PM said...

ntahpape kalau buat macam tu.. tambah2 kalo pompuan.. aduyaii..

niesz on November 19, 2009 at 10:33 PM said...

ade gak org mcm tu kan..gune bnda mcm tu tuk tarik perhatian..bkn semue org suke ngan bnda2 mcm tu..geli lg ade la..

Faarihin on November 19, 2009 at 11:55 PM said...

haahlah cik tedi.. saya ada gak komen kat blog yg paparkn pic cam tu.. sy nak gak ckp psl tu.. kekadang dia ni cam tak pk.. yg dia akan mengaibkan org lain.. mesti malu tuan punya pic tu bila tgk pic dia de kat blog tu.. makin lama blog tu makin menjadi2 letak pic2 yg bukan2.. smpai meluat gak nak pi ke blog tu.. tapi kekadang ter pergi gak.. adeh.. rosak mata.. walaupun dia sensored kan.. hmm..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting